Friday, August 5, 2011

HAI ♥ Bicara Selebriti 2011


Bak kata Siti, program ni memang berbaloi-baloi! Program ni diadakan di Balai Islam pada 30 Julai 2011 yang lepas. Saya dok sana bersama dengan Shikin dan Kak Pujah. Kat sana juga, jumpa ramai sangat Naimians! Huhu~~

Bual bicara yang sangat sempoi, tapi sangat berilmiah. Memang berbaloi datang. Secara peribadi, saya tersentuh sangat dengan kisah penghijrahan Sham Kamikaze dan dia menceritakan kekuatannya adalah doa. Sungguh, betapa mahalnya hidayah Allah. Juga, terkesan yang amat di hati apabila Kak Wardina mengatakan kekuatannya adalah Al-Quran dan dia akan bawa ayat cinta Allah ini ke mana sahaja dia pergi. Masa forum tu pun dia masih bawa Al-Quran. Satu habit yang boleh dipraktikkan. Satu lagi, sangat tersentuh hati dengan nyanyian Ustaz Hasrizal yang diiringi alunan merdu muzik dari Sham Kamikaze. Bukan sebarang nyanyian, tapi ianya adalah petikan dari kata-kata akhir pejuang Islam, asy-Syaheed Sayyid Qutb sebelum meninggal dunia.

Oklah, tak nak ulas panjang-panjang. Cumanya nak linkkan beberapa artikel yang diulas sendiri oleh selebriti yang hadir pada malam tu.

Dr Asri Zainal Abidin - Kelantan : Sederhana dan Mendidik
Amin Idris (Moderator) - Kelantan Menongkah Arus

Lagi satu, tadi baru terjumpa video ni kat YouTube! Pada yang tak berkesempatan datang, silalah tengok. Best! Tak rugi anda tengok.


Terima kasih pada Kerajaan Negeri Kelantan, terima kasih penganjur serta AJK yang terlibat!


notakaki :: Ramai pakai baju kuning hari tu. Lupa pulak hari tu hari Sabtu :)

notakaki :: First time ke Qaryah Ramadhan semalam. Ramai orang datang. Sampai tak cukup tempat solat. Indah sangat suasana. Bi'ah Ramadhan memang kuat terasa.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com