Tuesday, December 27, 2011

exam fever


Bila kita dah berusaha keras dan sehabis daya kita, pastinya kita mahukan sesuatu balasan untuk setiap usaha itu. Namun, apakah balasan yang lebih baik selain dari amal itu diterima Allah dan mendapat keredhaan-Nya dalam setiap detik kehidupan kita?

Dan ingatlah: " Di antara keberhasilan pada akhir perjuangan adalah berserah diri kepada Allah sejak permulaan " (Ibnu Ata'illah)

Bakal menghadapi exam pada 3, 5, 9 dan 13 Januari 2012. Mohon doa semua agar dimudahkan urusan dan diberikan yang terbaik. Lepas exam, kami ada rehlah batch kami, GX 111. Woot, woot, BESTNYA!

Pada saim-saim di UiTM, UIA Gombak, UDM, Manipal, Belfast, Alexandria dan serata dunialah, good luck juga buat kamu semua okeh!

Time spent to study proportional to pahala. Mujahadahlah engkau wahai athirah melawan nafsumu. Jangan mudah mendengar bisikan syaitan yang menghasutmu untuk rebah di katil atau lakukan perkara yang langsung tak penting buat masa ini.

*Selamat bermujahadah mengulangkaji lecture notes! Allahumma yassir wala tu'assir*

Hidup untukMu, apalagi matiku :)


notakaki :: Kalau saya rasa malas-malasan, dan saya taip mesej kepada kamu-kamu untuk kuatkan semangat saya, sila balas ok!

notakaki :: Setiap kali umi mesej, "Study sungguh-sungguh ye sayang", rasa macam nak nangis je. Oh patutnya aku bukan nangis, patut lagi semangat la nak study kan! Chaiyok tirah!

Friday, December 23, 2011

It's Jumuah

Curi masa update blog lagi :)

Sebenarnya, sekarang ni saya tengah menyiapkan assignment MGT yang perlu dihantar lusa. Hari Ahad ini juga, kami kena buat presentation regarding on the topic of assignment. Tajuk yang kami dapat, Facebook. Ingat senang la, rupanya sangat susah. Memang susah la jadi manager ni ok. Tak pasal-pasal saya tahu segalanya tentang Facebook, siapa CEO, COO, organisasinya, keadaan office Facebook, pekerja di Facebok. Huh! boleh dah ni kalau nak apply kerja kat Facebook ni.

Doakan kami buat yang terbaik untuk presentation hari Ahad ini!

Ya, hari ini hari Jumaat. Sekarang ni tengah melayan lagu It's Jumuah. So sweet lagu ni :) Lagu ni pun Aqilah yang introduce. Paling suka part ni ;

It’s Jumuah, Jumuah
Gotta make dhikr on Jumuah,
Everyone is reading Suratul Kahf, Kahf
It’s Jumuah, Jumuah
Gotta make dhikr on Jumuah
Everyone is reading Suratul Kahf


Dan marilah kita luangkan masa baca surah Al-Kahfi yer. Banyakkan juga selawat pada Rasulullah yang tercinta
Minggu ini, dapat markah quiz yang sangat meyedihkan. Minggu depan mungkin, akan keluarlah segala carry marks untuk exam. Ya Allah, jadikan aku orang yang mengejar kecemerlangan dunia untuk kecemerlanganku di akhirat. Moga aku ikhlas lakukan segalanya keranaMu.

Dan, marilah studi selagi ada waktu.

Semalam, berlaku sesuatu yang sangat membuka mata dan hati. Katanya, kamu semua ni bagaikan dalam gelas yang tinggi, sedang merangkak keluar dari gelas yang tinggi itu, untuk kamu tahu apa yang berlaku di luar gelas tinggi itu, tanyalah orang yang sudah nampak betapa luasnya pemandangan yang berlaku, bukan tanya orang yang masih sedang merangkak. Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita dongeng yang boeh bawa kamu jatuh.

Dia, seorang yang saya sangat hormati sejak dari itu.

Tak pe, tak pe kalau anda tak faham. InsyaAllah satu hari akan saya kongsikan sepenuhnya. Jangan sibuk-sibuk nak tanya :)

Tahniah adikku Hanif, dapat juga 7 A walau dapat B untuk BM. Dah cukup baik dia skor, sebab kerjanya main game tiap-tiap hari. SPM nanti tak boleh buat macam tu ok! Kena usaha jugak! PMR tak pe la, senang kot.

Satu lagi, tahniah buat rakan-rakan Medic yang pass semuanya dalam block 1.


notakaki :: Teringat kawan-kawan NAIM. Rindunya dengan mereka. Dulu kami pernah masuk paper ok! Muka terpampang kat Berita Harian kalau tak silap. Congratz Naimians, 92 orang dapat 9A :)

notakaki :: Selsema. Ni jadi sangat rindu nak balik rumah, dapat special treatment dari umi abah.

Sunday, December 18, 2011

cherry blossom



Subhanallah, cantik kan pink cherry blossom ni. Terjumpa kat blog INI. Pink itu cantik kan :)

Pagi tadi, sempat dengar Prof. Dr Muhaya di Majlis Ilmu. com. Tertarik dengan kata-katanya,
"Muslim yang baik, dengan Allah, dia bertaqwa, dengan manusia, dia berakhlak, bila melakukan pekerjaan, dia itqan (melakukan dengan bersungguh-sungguh"
Berada di minggu terakhir lecture. 2 minggu lagi akan final. 2 assignment perlu dihantar. 2 quiz menanti. 1 presentation hujung minggu ini. Rabbi yassir wala tuassir.

Final exam is coming. A lot to study. Ya Allah, make it easy for me to face it :)

I miss my family. Hope everything fine at home. They went out to celebrate Hanif''s birthday last night. So jealous. Miss the moment where we went out together to celebrate the members of family's birthday :(


notakaki :: Update blog lagi sebab berusaha untuk tak tidur di waktu pagi yang nyaman dan sejuk dan sangat lah sesuai untuk tidur. Huh!

Saturday, December 17, 2011

Oley vs Sembang Rakyat

Sekali lagi, bercakap mengenai ini, seperti dalam entry sebelum ini. Tapi, ini bukan hasil tangan saya, ini karya Najah. Gembira dengan cerita di sebalik artikel ini. Tak perlu dicerita, tapi cukuplah anda tahu bahawa ia satu berita yang sangat positif. Moga penghijrahan mereka ada maknanya dalam kemenangan Islam.

Untuk baca artikel menarik ini, sila klik gambar di bawah ok!



notakaki :: Sedih dengan berita pelajar Perubatan Malaysia di Ireland yang gay, dia lelaki dan kahwin dengan lelaki. Allah, teruknya remaja-remaja hasil didikan sistem pembelajaran Malaysia ni. hmmmmmmm~

notakaki :: Jatuh cinta dengan lagu, Its Jumuah, nyanyian artis baru di Awakening Records :)

Thursday, December 15, 2011

Oley!!

Balik bilik, bila bukak FB, ramai yang share video yang bertajuk Oley!!. 45 orang kot yang share setakat petang tadi. Rupanya tulah video Ustaz Riduan Mat Nor cerita masa Fiqh Sirah hari Ahad yang lalu. Yang bestnya, Matlutfi ada ok! Bob Lokman pun ada.

Subhanallah, a very good effort indeed :)

Pada saya, ni salah satu dakwah yang sangat berkesan, menggunakan figure2x terkenal seperti Matlutfi dan Bob Lokman sebagai tarikan untuk menarik orang ramai melihat video dakwah ini.


Sebenarnya, video ini menerangkan tentang hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.

Tadi baru tengok video Sembang Rakyat tu dengan roomates, Zaleha dan Kak Syakirah. Video tu dah lama saya download. Video tu saya tengok lepas adik-adik kat rumah tu kecoh tentang video ni masa saya call umi.

Hmmmm, honestly, sedih dengan mereka yang hina hudud sebegitu rupa dalam video tu. Berilah petunjuk dan hidayah buat mereka, moga dibukakan pintu hati mereka. Sedih dengan umat Islam di negara ni terutama orang Melayu yang senang-senang je dibodohkan oleh media massa. Sebab tu pentingnya menuntut ilmu agama. Dengan ilmu, barulah kita tahu mana yang baik, dan mana yang buruk, bukan bulat-bulat je menerima propaganda pihak yang membenci Islam.


notakaki :: Saat entry ini ditulis, saya masih lagi tak dapat nak tengok video bertajuk Oley!! tu. Tenet sangat lambat macam siput kekenyangan.

Tuesday, December 13, 2011

3 weeks left

Semalam, ada orang buat status macam ni,


Seriously, rasa sangat takut ok! Ya, status Kak Husna tu buat aku rasa sangat takut. 3 minggu tu tak lama ok!

Bangun pagi tadi, nampak mesej dari si budak comel yang tak jemu-jemu melayan karenah aku, Eti,

"Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan @ kekuatan ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan @ kesungguhan dan kemahuan. Doakan kejayaan bersama"

Terus rasa tak mengantuk dan terus tutup alarm phone, pukul 4.30 pagi terus aku capai buku Biochem (ngiga ni kali). Hehe.

Semalam, cakap dengan raja. "Kita ni selalu underestimate ability diri kita, susah nak faham la, susah nak hafal la, padahal, kita langsung tak berusaha nak hafal atau faham tu kan".

Selalu aku ingat pesanan Senator Mumtaz. Berjayalah untuk Islam. BACA dan USAHA, soal ingat atau faham itu milik Allah.

Ya, usaha itu penting, tapi ia harus seiring dengan ikhtiar, usaha dan tawakal. Mintalah pada Dia. Mohonlah pada Dia agar berikan yang terbaik buat kita. Jangan lupa juga selalu dating dan mengadu pada Dia.

Ya, aku pernah gagal dalam usaha mencapai misi aku, dan aku tak mahu kali ini aku jatuh lagi. Perit rasanya. Dan aku harap, misi kali ini berjaya. Bukan hanya berjaya dalam Degree sahaja, malah aku akan melangkah jauh dan jauh lagi.

Semalam juga aku sempat menyelongkar banyak tentang Biomedical. Memang kadang-kadang akan cari masa untuk tahu lebih tentang BioMed untuk bina keyakinan diri aku. Oh sangat excited rasanya bila dalam group BioMedical UIA, ada senior share application untuk sambung Master di pelbagai universiti di UK, Cambridge pun ada, siap dia cakap, 'the scholarships are for Malaaysian only'. Wah, teruja ok! Ya, di UK, bidang BioMed ini sangat luas! Itu cita-cita aku!

Dan, ini langkah dan permulaan pertama. Ya Allah, berikanlah aku kejayaan :)

Moga aku rajin berusaha ke arah kejayaan itu, bukan hanya mengharap kejayaan itu datang bergolek. Janganlah aku melayan perasaan malas hasutan syaitan itu!

Kalau umi dan abah yakin dengan aku, kenapa aku tak boleh yakin dengan diri sendiri. Aku harap sangat aku jadi seorang kakak yang tabah macam adik-adik aku sebab aku ni memang lembik sikit.

Yes, i need motivations a lot! Dalam gambar di bawah ni antara kata-kata motivasi yang aku tampal di board depan meja.


Dan, buku ini juga sangat membantu. Tak rugi baca. Aku pun masih lagi tak habis-habis baca walau dah lama start baca. Hee~~


Dan, kalau aku rasa down lagi, aku akan terus menulis dalam blog. Blog ni macam tempat aku remind diri aku. Jangan la rasa annoying ye baca nanti.

Ya, sekali lagi, guna kata ganti diri 'aku' supaya aku rasa lebih 'feel' menulis.


notakaki :: Aku paling benci bila orang kata, "Score tinggi-tinggi pun bukan boleh dapat kerja". Habis tu baik kau berhenti belajar je kalau just nak dapat pointer 1 lebih. Habiskan masa dan tenaga je.

notakaki :: Buat Dijah yang tanya Kak Tirah tentang tu, insyaAllah, usaha sikit dapat la tu. Pointer sekarang dah sangat tinggi untuk dapat masuk Dentistry. Sama-sama berjaya ye dik :)

Sunday, December 11, 2011

bulan


Semalam, berlakunya gerhana bulan. Di Kuantan, hujan sangat lebat. Memang tak dapat nak intai-intai bulan dari kejauhan. Nak tengok live streaming pun internet di uia ni sangatlah lembap macam siput.

Ini gambar dari Planeterium Negara,


Subhanallah

Letih sangat-sangat semalam sebab petang dari pukul 6 petang pergi kenduri kahwin sampai pukul 10 malam. Sebenarnya pergi lewat sebab sebelum tu ada hal lain, jadi bila kami pergi, gulai dah habis, jadinya malam tu kami keluar makan di TC. Tahniah Zati sebab terus dapat 2 abang ipar dan 1 kakak ipar sekaligus. First time pergi kenduri gabung 3 pasangan pengantin macam ni. Jimat betul.

Alhamdulillah, sempat tunaikan solat sunat khusuf. Terima kasih pada mereka yang mengingatkan. Solat yang sangat jarang dapat kita tunaikan kerana ada masa-masa tertentu sahaja untuk kita tunaikan solat ini.

Bulan, satu ciptaan Allah yang ada sepanjang waktu menerangi kegelapan malam. Jarang kita mendongok ke atas, tapi sekali kita mendongok ke atas melihat indahnya bulan, hati jadi tenang. Mungkin kerana itu jualah, saat Rasulullah bersedih, Baginda mendongok ke langit. Andai saat kita mendongok ke langit, kita niatkan mengikut sunnah baginda, insyaAllah beroleh pahala. Indahnya Islam :)

Doaku juga, semoga bulan mengambang bersinar di Malaysia tak lama lagi :)

******************************

Terjumpa status fb seorang sahabat yang sangat sweet ;

when I'm older & my daughter asks who my FIRST LOVE was, I don't want to have to pull out the OLD PHOTO ALBUM.

I want to be able to point out across the room and say :
"he's sitting right over there, yes, your daddy ♥"



notakaki :: Gambar bulan yang paling atas diambil di page si photographer muslimah, Huda di blognya.

Thursday, December 8, 2011

fitrah yang menyuntik motivasi

Berjalan-jalan di blog Farah Aisyah, sahabat sekolah rendah dulu, terjumpa satu artikel yang sangat menarik hati. Artikel ini diaambil di MyIlham. com. Sila tekan pada gambar di bawah untuk baca artikel ini.


Suka dengan petikan ini;

Percayalah, anda akan berubah menjadi seorang yang penuh dengan motivasi dan ‘mimpi-mimpi’ yang bersedia untuk dijadikan realiti. Anda beruntung jika masih muda dan perkahwinan masih jauh dalam perancangan anda, kerana anda akan punya banyak masa untuk bersedia.

Jika anda sedar dan faham apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ini, maka jangan ragu-ragu untuk berubah.

Asingkan diri anda dari kehidupan ‘biasa’ orang-orang bujang, kepada kehidupan ‘luar biasa’ orang-orang bujang.

Anda akan menjadi orang bujang yang rajin, kemas, matang dan positif sebagai ganti kepada orang bujang yang pemalas, selekeh, kebudak-budakan dan negatif.

InsyaAllah, jika anda sanggup mengambil fitrah itu sebagai Motivasi.


notakaki :: Bahagia bersama keluarga selama 5 hari berturut-turut. Moga selepas ini menyuntik motivasi untuk aku lebih tekun dan bersungguh mencapai cita-cita. Tercabar dengan adik, yang tidur pukul 1 dan bangun pukul 3 pagi lebih untuk menelaah pelajaran.

adik ; baru berumur 13, yang baru sahaja habis exam minggu lalu (sekolah MTS ni pelik sikit, orang cuti dia tak habis cuti lagi). moga kuat adikku, kuat untuk menjadi seorang hafizah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com