Friday, June 1, 2012

alamak, tak baca lagi!

Ok, tengok tajuk ni, bagi yang tahu saya dalam fatrah exam, mesti akan ingat saya nak cerita tentang subjek exam kan. Kot-kot la nak cerita banyak lagi tajuk yang tak baca dan nak mengadu kat sini ke kan.

Oh tak tak.

Sebenarnya nak cerita tentang seorang kawan ni. Minggu lepas kami ke pasar malam. Bestnya kan g pasar malam, boleh beli makanan banyak-banyak dan beli makanan sedap-sedap. Heaven kan bila nampak makanan banyak dan heaven lagi bila kita banyak duit. Oh my bad, memang kalau bab makanan susah nak tahan nafsu.

Selepas memborong makanan dengan jayanya, masuk kereta nak balik Tabari. Oh ye, Tabari itu nama asrama kami.

Tiba-tiba, si driver berkata, dengan loghat Kedah yang amat pekat;

"Weh aku tak baca lagi Surah Al-Kahfi ni. Tak ingat langsung aku nak baca semalam dan hari ni. Sekarang pukul berapa ni weh?. Sempat lagi tak nak baca ni?"

Wah, bagusnya dia kan. Resah gelisah semacam bila teringat tak baca lagi Surah Al-Kahfi tu. Resah gelisah jugak sebab masa tu dah pukul 7 ok!

Yang seorang lagi dalam kereta tu dok cerita yang dia dah baca Surah Al-Kahfi semalam sebab semalam dia tension, jadi, baca Quran dan sekaligus habis kan surah tu untuk tenangkan hatinya.

Baiknya kawan-kawan saya kan. Pernah tak kamu semua rasa gelisah bila tak ingat nak buat benda baik, lagi-lagi benda baik tu memang dah jadi habit atau rutin kita? Wah! Readers saya pun baik-baik jugak nampaknya :)

Waktu masih pagi. Jadi di hari Jumaat yang mulia ni jomlah kita baca surah tu sampai habis. Surah tu nampak panjang, 110 ayat semuanya. Tapi bila ingatkan ganjaran yang bakal kita dapat, terus rasa nak grab ganjaran tu dengan baca sampai habis kan.

"Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dua Jumaat"

(HR An-Nasa'i dan Baihaqi)


Dan, kalau sape nak pahala lebih lagi, bolehlah kita amalkan sunnah-sunnah Baginda di sayyidul ayyam ni. Moga nanti kita tergolong dalam kalangan umat yang cintakan Baginda, mengikut sunnah Baginda dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Ameen, ameen, ameen, ameen .............


notakaki :: The flower shape pavlova is very pretty. Drooling :)

Sunday, May 27, 2012

rasa syukur itu


Pagi-pagi ni online untuk elakkan tidur lepas subuh. Dan, terbaca satu benda ni yang buatkan saya kata pada diri, 

"Hei athirah, betapa banyak nikmat yang Allah bagi selama ni pada kau, tapi jarang sekali kau bersyukur. Selalu tengok pada kelemahan kau je dan selalu bandingkan kelemahan kau dengan orang lain. Selalu je kau rasa serba tak cukup. Selalu je rasa orang lain lebih bagus dari kau walhal setiap orang punya kelebihan dan kelemahan masing-masing"

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kita selalu nampak kelebihan orang lain, dan kita seolah buta dengan keleibihan diri sendiri. Manusia ni memang tak bersyukur dengan kejadian yang Allah dah buat.Tengok balik Surah Ar-Rahman, betapa banyak kali Allah ulang ayat, "Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?". 31 kali ayat ini diulang. 31 kali tu bukan jumlah yang sedikit. 

Sebab tu umi selalu pesan, setiap orang punya kelebihan dan kelemahan, jangan fokus dan sedih dengan kelemahan kita, sebab mungkin kita ada kelebihan yang orang lain tak ada. Umi selalu pesan macam ni. Mungkin si ibu tahu anaknya ni selalu sangat rasa tak besyukur dan rasa tak yakin pada diri sendiri. Yeh, one of my weakness is not being confident with myself. Hmmmm...

Serius saya rasa terkesan dengan benda dan statement yang saya baca tu. Tapi rasanya tak perlu la kot nak share benda tu kat sini ye. Cumanya nak cakap, setiap dari manusia ni Allah ciptakan berbeza kelemahan dan kelebihan setiap dari kita. Dua-dua ada hikmah masing-masing. Dan kita, sebagai manusia, kena ada rasa syukur setiap masa kerana Allah dah pilih kita untuk jadi khalifah di muka bumi ni.

Oklah, rasanya setakat ini sahaja pagi ni. Jangan banyak tidur ye kawan-kawan especially time exam ni. Kita tidur waktu malam, bukan waktu pagi dan petang. Malam masa untuk kita rehat. Kita amalkan gaya tudur awal bangun awal, bukan sebaliknya ye.

Selamat belajar kawan-kawan :)



notakaki :: apa pandangan korang tentang Himpunan Belia di Putrajaya?

Saturday, May 26, 2012

baking


Tadi ada kawan post gambar ni kat FB. Looks delicious right? Rindunya nak berbaking. Hobi yang dah lama ditinggalkan. Sabar trah sabar, 3 papers to go. Lepas tu boleh lah balik jumpa adik-beradik dan umi abah tercinta. Hopefully plan nak pergi holiday jadi la kan sementara semua ada lagi. Nanti bila masing-masing dah fly jauh susah pulak nak jumpa dan kumpul ramai-ramai.

Rindunya si kecik lutfi. Rindunya eca dan baby eca 4 ekor yang comel-comel semuanya.

Satu lagi, teringin sangat nak makan pavlola. Cuti ni kalau rajin nak try buat (tak taw la jadi x haha).

Ok, athirah, SILA STUDY SEKARANG.

baibai kawan-kawan :)


notakaki :: asal dok bilik je mesti ngantuk dan malas. nampaknya, memang kena bertapa kat library baru rajin kan :)

Wednesday, May 23, 2012

selamat

Hari Isnin yang lalu, sempat keluar makan di Tanjung Lumpur dengan geng-geng kelas masa CFS dulu. Masa tu masih sama-sama dalam one year programme sebelum saya ambil keputusan untuk extend.

Ada bercakap dengan sorang ni, katanya, "Dalam hidup setiap dari kita, ada susahnya. Belajar ni susah, tapi kalau kita lari dari kesusahan yang sikit ni, kita akan tempuhi banyak lagi kesusahan lain kan. Kalau sekarang ni ambil keputusan untuk duduk rumah dan relax saja, nampak macam senang, tapi sebenarnya kita menempah kesusahan di masa akan datang".

Luahan dari orang baru lepas exam. Almaklumlah, mereka ni second year Medic, jadi hari tu ada Minitest. Tu yang mereka ajak keluar makan tu. Tension barangkali.

Saya menangguk tanda setuju.

Membelek balik helaian dalam buku tulisan Prof. Dr Muhaya. Satu perenggan yang amat menarik.

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa, "orang yang tidak berdiri sekarang tidak akan boleh duduk kemudian". Ini bermakna sesiapa yang tidak bekerja keras pada masa mudanya, tidak boleh menjalani kehidupan yang senang pada masa tua. Apa jua kesenangan dalam hidup ini perlu dibayar dan kita semua terpaksa membayar 'cukai' untuk kejayaan yang ingin kita capai. Saya percaya untuk memperoleh gred yang baik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, anda telah mebayar 'cukai' dalam bentuk bersengkang mata sehingga larut malam, kerja keras dan mungkin berhempas pulas bermandikan darah, peluh dan air mata.



Dan esok, giliran saya pula berdepan dengan final exam. Moga dipermudahkan urusan esok hari. Ini baru permulaan untuk perjalanan yang masih jauh lagi. Kalau bercita-cita nak sambung belajar dan jadi macam pensyarah-pensyarah kamu yang hebat tu, kamu kenalah rajin dan tunjukkan keinginan dan kebolehan kamu ye athirah.

Ikhlaskan niat dalam belajar.
Kuatkan diri dalam mengharungi hidup sebagai seorang pelajar.
Perjalanan kamu masih jauh lagi.

Moga kita lebih ihsan, lebih sedar yang Allah melihat kita,
tenang-tenang dan tidak stress
bukankah belajar itu juga satu ibadah ?

Ingat athirah, kebanyakan perkara-perkara penting dalam dunia, berjaya dicapai oleh orang-orang yang tidak jemu-jemu mencuba walaupun dalam keadaan yang tidak ada harapan langsung.

Ayat diatas juga diambil dari buku Prof. Dr. Muhaya. So inspiring kan :)

Buat sahabat-sahabat yang saya sayang sekalian, selamat berjaya juga buat kamu. Doa selamat ini bukan hanya untuk ujian di dunia ini, malah moga kita berjaya tika di Hari Pemabalasan, Hari Penentuan kelak.

Doakan saya juga berjaya dunia akhirat :)



notakaki :: Tak sabar nak balik :)

notakaki :: Sempat lagi ye kau update blog trah... hehe...

Thursday, May 17, 2012

baguskanlah


Ya Allah baguskanlah agamaku karena ia menjadi peganganku. 
Baguskanlah duniaku kerana disitulah kehidupanku, dan 
baguskanlah akhiratku kerana itulah tempat aku kembali. 
Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan
 jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.

(HR. Muslim)



notakaki :: Janganlah ikut nafsu tu wahai athirah. tidur lepas subuh memang syok kan. kuat oh kuat. jangan ikut nafsuuuuu

Wednesday, May 16, 2012

Nakbah Day


Kalau yang buka Facebook, mesti ada yang perasan ramai yang tukar profile picture macam ni kan? Walau hanya menukar DP, besar kesannya. Besar penangan Facebook, gelombang coklat ni buatkan ramai yang sedar akan Nakbah Day. Semalam ada seorang kawan bertanya, kenapa ramai sangat tukar profile picture pada warna coklat. Terus saya cerita pasal Nakbah Day :)

Biasanya kan, sejak dari kecil, kita akan mempenringati 16 Mei je kan. 16 Mei tu hari guru. Memang penting, tapi jujurnya, sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan Nakbah Day. Jahilnya aku =.=

15 Mei = Hari Nakbah = Hari Kecelakaan Pencerobohan Palestin

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi Palestin.

Saya tertarik dengan status FB Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofre. Seorang ustaz yang saya sangat suka dengar kata bicaranya. Kalau anda biasa tengok Tanyalah Ustaz, anda mungkin pernah tengok ustaz ni.

"Hari ini Hari Nakbah. Tahukah anda apa dia Hari Nakbah? Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut. Mari sama-sama kita juga mengingati peristiwa-persitiwa ini untuk sama-sama memacu perjuangan Islam ke hadapan."

Ada juga terjumpa artikel yang menarik tentang Nakbah Day ni kat FB. Boleh klik SINI dan SINI untuk baca.

Moga tanah suci itu menjadi milik kita akhirnya.


notakaki :: Hari ni 16 Mei 2012. Buat semua guru, Selamat Hari Guru saya ucapkan, terutamanya buat umi, Kalau dulu umi dapat Anugerah Guru Paling Sporting, agak-agak anugerah apa umi dapat tahun ni? hehe. Tak lupa juga buat uru-guru yang pernah dan sedang mengajar saya di SRI Aman, SRK Zainab 1, SMKA Naim Lilbanat, UTP, Matrikulasi UIA, dan juga UIA Kuantan :)




Monday, May 14, 2012

last minute

Apabila segala kerja kita lakukan saat-saat akhir, orang kata, buat kerja last minute, kita akan salahkan masa. Masa jadi serba tak cukup. Kadang-kadang rasa serabut tu datang, tapi sengaja tak mahu tunjukkan atau expresskan sebab satunya rasa bersalah pada diri sendiri. Sebab memang salah diri sendiri, kerja tu dah lama orang bagi tapi masa-masa terakhir ni la nak buat segalanya.

Ini salah aku. Ini salah aku. Ini salah aku. Berkali-kali cakap pada diri. Jangan kerana salah kita, kita nak salahkan dan libatkan orang lain. Prinsip aku, jangan kerana salah kita, orang lain jadi mangsa. Itu salah satu prinsip yang aku pegang. Satu prinsip yang agak susah untuk diimplementasikan sebenarnya.

Mengurus masa dengan bijak itu tak mudah, ia sangatlah susah, tapi tak mustahil kan. Kagum pada mereka yang pandai mengurus masa dan siap kerja before time (before time lebih hebat dari on time kan).

Allah dah cakap dalam Quran, demi masa, manusia itu berada dalam kerugian. Ia disebut dalam surah yang pendek tapi sangat berisi intipatinya.

Maka akhirnya, bersengkang matalah menyiapkan segalanya. Longgokan kerja yang bertimbun yang dah lama diberikan, tapi saat-saat akhir inilah saya nak siapkan segalanya. Padan muka. Esok nak quiz tapi apa pun tak sentuh. Luckily pagi esok tak ada kelas, jadi kena rajinkan diri buka nota Biochemistry.


Pengajaran buat si penulis : lakukan kerja awal-awal. Kita tahu kita sibuk dan berbeza dengan orang lain, jadi pandai-pandaikan diri mengurus masa dengan bijak.

Saat kesemputan masa ini, masih sempat lagi mencuri masa update blog saat rasa sangat-sangat nak balik rumah tenangkan hati :)

notakaki :: Orang Canada baru sampai rumah. Lamanya tak jumpa. Tak sabar nak balik :)

notakaki :: Girangnya hati berFD. Sape tak g rugiiiiiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...