Sunday, November 10, 2013

maka berdoalah...


Petang ni, tergerak hati ini ingin berkongsi satu tazkirah yang saya dengar dari seorang ustaz semasa Hari Raya Aidiadha yang lalu.

Tazkirah : peringatan. Dan peringatan ini ditujukan khas buat diri sendiri khususnya.

Ustaz itu sebut, Nabi Ibrahim sangat banyak berdoa. Dalam Al-Quran, sangat banyak direkodkan doa Nabi Ibrahim. Antaranya, baginda berdoa supaya anak dan zuriatnya menjaga solat. Doa ini yang selalu juga kita baca dan ulang setiap kali selepas solat.

Seperti yang kita tahu, Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang anak, Ismail dan Ishak, dan baginda berdoa agar anak-anaknya dan keturunannya tergolong dalam kalangan mereka yang mendirikan solat dan menjaganya.

Kata ustaz, doa ini merupakan satu contoh bagi kita agar sentiasa mendoakan selain dari diri kita sendiri, sebaiknya doakan juga keluarga dan keturunan kita.

Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa yang akan datang. Doa inilah yang jadi kekuatan pada kita untuk menghadapi masa yang akan datang.



Dan ustaz itu juga berkongsi, Nabi Ibrahim ada berdoa agar negeri Mesir ini aman dan kaya dengan buah-buahan. Maaf tapi saya lupa doa ini dalam ayat yang mana dalam Al-Quran.

Tegas ustaz, berdoalah apa sahaja dan yakin dengan kuasa doa itu. Keyword : YAKIN!

Umi juga pernah pesan, doa seorang ibu itu sangat berharga. Dan umi selalu pesan, jangan pernah tinggal solat hajat setiap malam (huuu tapi sedihnya tak dapat istiqamah lagi dengan amalan ni).

Saya kagum dengan umi yang setiap malam (selepas isyak/maghrib @ waktu qiam) umi memang akan amalkan solat hajat. Moga saya juga akan amalkan amalan ini secara istiqamah, sekarang dan masa akan datang. Nampak kecil, tapi impaknya besar. Benarlah... sebaik-baik amalan ialah amalan yang istiqamah.

Moga saya, adik-adik (amir, imran, hanif, adik & lutfi) dapat jadi anak-anak yang soleh dan solehah dan penyejuk mata buat umi dan abah, dan juga moga keturunan kami akan baik-baik semuanya. Ameen ameen Ya Rabb :)


Dan, moga kita, keluarga dan keturunan kita semua tergolong dalam kalangan yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen :)

attitude

Reading article from this guy made me nodded my head a few times. Yes.. i truely agree with all that he mentioned in his article :)

Klik SINI untuk baca article tu :)

Something to ponder up by Malaysians... and especially Muslims...

Kita ni nama sahaja negara Islam tapi tak mencerminkan keadaan agama Islam yang sangat mementingkan kebersihan. Cuba tengok negara macam Australia, New Zealand. Negara mereka lebih bersih seperti apa yang dituntut agama Islam.

Kebersihan ni nampak benda yang simple for certain people but it is a huge deal for me. Geram sangat bila kat UIA pun, sisters ni ada yang 
pengotor. I hate messes seriously. 

Kalau baca sirah Nabi pun, Nabi ni sangat la kemas & pembersih. So bila kita kata kita nak ikut sunnah Nabi, marilah kita jadi kemas & pembersih. 

Kadang-kadang non muslim lebih pembersih, peramah, jujur, amanah, bersopan, beradad (and many more to list)... dari orang Muslim kan.

And after reading this, i said to myself.. "Start with YOURSELF, your family, your friends"!



notakaki :: Gambar kat atas tu saya ambil dari internet. Calgary, Canada, bandar paling bersih di dunia. Huu i wish to go there :)

Friday, October 18, 2013

duit vs pahala

Salam sayyidul ayyam :)

Hari ni sekadar berkongsi satu nukilan dari senior yang amat saya hormati kerana ilmu dan akhlaknya. Satu tulisan yang berbekas di hati. Saya panjangkan tulisan hati ini, moga-moga ia berbekas di hati anda dan mendapat manfaat darinya :)

Dan, moga kita semua berjaya dan bahagia DUNIA dan AKHIRAT insyaAllah ^.^

*******
Duit itu sedikit jika hanya RM300, bahkan jika RM10K, ataupun RM1jutaK sekalipun masih sedikit. Pahala itu banyak walaupun sedikit.

Subhanallah walhamdulillah wa la ilaaha illah wallahuakbar sudah menabur benih didalam syurga. La haula wa la quwwata illa billah sudah membina sebuah gedung simpanan didalam syurga.

Satu huruf al-Quran sudah membalik keuntungan 10x ganda. 1muka surat al-Quran sudah mampu membuah kurang lebih 4000-5000x ganda keuntungan.

Solat sunat 2rakaat sebelum subuh sudah mengisi kekayaan melebihi seluruh dunia dan seisinya. Maka nikmat Allah yang manakah lagi yang mahu kita dustakan sehingga masih terliur dosa, maksiat, kelalaian dan berbangga dengan ideologi dan susuk pemikiran selain Islam?

Andainya kita nampak ganjaran2 ini dalam bentuk nyata dan didepan mata sekarang, pasti kita hari ini bukan kita yang dulu.

Manfaatkan detik2 terakhir bertakbir sebanyak-banyaknya hari terakhir jumaat yang mulia ini sehingga asar esok. Kahfi, selawat , amal Islami mengiringi 'packing' bekalan akhirat kita.

Mungkin esok jumaat terakhir dan ini adalah Aidiladha terakhir kita didunia ini. 'Mungkin' yang boleh mengasak kita untuk mempersiapkan bekal.

Dah 'full' ke 'tupperware' pahala kita? Atau hanya bawa 'pinggan mangkuk pecah akibat dosa' untuk dibayar dengan api neraka nanti?

Doakan saya yang miskin dan faqir segala bagai ini juga ya..

Sunday, October 13, 2013

glasgow - hull


Bila buka FB, terbaca ini.. Sungguh... terharu....

Nukilan sahabat baik yang dulu kami pernah bermimpi dan berimpian bersama-sama sejak dari sekolah lagi :)


******
Teringat waktu mula-mula timbul idea nak sambung belajar kt UK. Ada la sorang hamba Allah tu yg selalu jd teman berangan aku. Nak ke Glasgow katanya, aku pulak nak ke Hull. Disebabkan dia aku mula menggoogle, ajak kawan-kawan lain pegi tanya lecturer, tanya orang sana sini, cuba dapatkan sedikit sebanyak info cara-cara nak sambung master kt luar negara. Lepas tu kami akan share info. Sebab dia jauh jd terpaksa la habiskan kredit menelefon 

Sangat indah nikmat bersahabat yg Allah bagi ni. Siapa sangka benda yg mulanya hanya angan-angan dh jadi kenyataan pun.

Saje je buat post ni sbb dia kt Malaysia lagi, nak burst semangat dia. Gituu. Belajar rajin2, habiskan degree dgn cemerlang, semoga sama2 dapat capai impian kita, semoga Allah mudahkan jalan kamu.

Rindu pulaks :')
******

Mungkin ini sebagai pemangkin semangat buat aku. Aku abadikan di sini untuk tatapan aku di kemudian hari.

Dulu, teringat kenangan dia menangis saat dia gagal beberapa kali. Dan, benarlah, rezeki itu Allah yang tetapkan. Tak siapa tahu perancangan yang Maha Hebat itu.

Dan, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan moga impian ini untuk ke sana berjaya :)

Moga selamat saja di Manchester sana sahabatku Isna Athirah. Jaga diri, jaga akhlak, jaga ibadah. InsyaAllah aku bakal menyusul heheh.

Umat Islam harus cemerlang. Ingat selalu, Athirah. Both Athirah :)


Friday, October 4, 2013

anniversary umi abah

Salam sayyidul ayyam. Jangan lupa baca Al-Kahfi dan banyakkan berselawat ye :)


Esok, 5 Oktober 2013, merupakan tarikh keramat buat semua ahli dalam family kami. Tarikh ini merupakan tarikh umi dan abah disatukan.
HAPPY ANNIVERSARY UMI ABAH :)

Err post kat blog awal-awal sebab weekend ni akan merantau jauh ke negeri lain, insyaAllah, untuk berjumpa orang-orang yang saya sayang selagi mana mereka ini hidup dan mengutip serba sedikit ilmu dari mereka.
 

Moga keluarga kami bahagia dunia dan akhirat. Moga umi dan abah pun berbahagia dan bercinta hingga ke syurga hihi.

Dan moga, kami anak-anak umi dan abah mampu jadi anak yang terbaik dan dapat jadi saham akhirat buat umi abah ^.^

Tak lupa juga buat adik perempuan tersayang, Nurul Najihah, yang sedang exam PMR, moga dapat 9A ye adik! Kakak juga doakan adik berjaya jadi hafizah dan beramal dengan Al-Quran. Jadi anak yang solehah ye adik :)



Dan sebenarnya, saya amat rindukan umi abah dan adik-adik........

Tuesday, September 3, 2013

kunci


Terbaca ni kat FB. Sekadar berkongsi khusus buat tatapan diri ini :)

"Bak, Yah nak naik kapal terbang."
Ayah akan jawab,

"Belajar. Kalau Muhaya rajin belajar, Muhaya akan dapa apa-apa saja yang Muhaya nak."
"Kunci untuk berjaya di dunia, belajar. Kunci untuk pintu syurga, tolong orang dan murah hati."

 
Hoping to be a professional mukminah like her. Definisi professional mukminah by Prof Dr Muhaya, ni dapat masa tengok satu program di Tv Al-Hijrah : taat perintah Allah, berakhlak dengan manusia dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi :)


Doakan!

#moodmalasnakbalikuia (eh blog takde hashtag eh? facebook, twitter, instagram semua dah ada hehe)

Sunday, September 1, 2013

R4BIA

Tergerak hati nak share lagu ni. Pada yang free sila la tengok ok!


Masa teman adik ke KB beli barang-barang nak ke Canada, nampak ini. Biasa nampak kat FB je, tapi bila lalu KB, nampak bilboard R4BIA yang sangat besar :)


Dan seperti yang Tok Guru kata dalam video di atas.

DOA
DERMA

Qunut Nazilah jangan pernah lupa ye. Jadikan habits kita. Yakin doa itu senjata mukmin. Doa itulah yang mengikat hati-hati antara kita dan saudara seakidah kita yang jauh di Mesir, Syria, Gaza....



Thursday, August 29, 2013

don't wait


I found this beautiful and lovely message, and i would like to share it :)


By the time you finish your studies, you are 25.
By the time you finish working hard and saving up, u are 55.
By the time you truly realize that you must prepare well for the aakhirah, you're already dead!

Don't wait until you grow old. Take Islam seriously NOW. You don't know at which corner Malak al-Maut is waiting for you.



notakaki :: Sangatttttttttt (nampak tak nak sangat tu) ke Konvensyen Bidadari 2013.............. PICC tu macam susah nak pergi dgn public transport kan....

Sunday, August 25, 2013

the future


Baru balik dari graduation adik di PICC. Seronok dapat tengok budak-budak ni graduate. Heheh. Masa duduk dalam dewan tu, kiri kanan semua orang ucapkan tahniah pada pelajar. Tahniah buat adik-adik yang berjaya sebagai IB graduates.

Ni ucapan dan soalan typical dari parents pada sahabat-sahabat pelajar. Saya dengar je la kan.

"Congrats. You dapat mana?"

"Lepas ni fly mana?"


Dan bila dengar jawapan macam ni...


"Alhamdulillah.. I dapat RCSI"

"Dapat UCD, Dublin"

"Thanks, dapat ke UK. Thanks to Him"

"Dapat ke Canada Alhamdulillah"

"Nanti jumpa kat Ireland ye"



And i was like.. Nak pergi jugak! I don't know what the future brings, but i'll keep praying for it and struggling towards it.


Oklah. That's it. Doakan ye :)


Dan buat adikku... Selamat meneruskan kembara ilmu di University of Toronto. Moga menjadi seorang engineer hafiz Quran yang berjaya, as what you wish. Selamat meneruskan dakwah di bumi Canada :)

Thursday, August 22, 2013

syawal 1434 H

Salam aididlfitri saya ucapkan utk semua sahabat yg sudi singgah ke blog ni. Sepuluh jari saya hulurkan tanda kemaafan atas segala salah silap. Taqobballahu minna wa minkum =) 

Izinkan saya abadikan kenangan syawal 1434 H di blog ini :)

Solat tarawih terakhir untuk Ramadhan 1434 H ini, kami sekeluarga solat di balasoh / surau dekat dengan rumah, berimamkan adik saya. Mendengar tazkirah antara tarawih dari Tok Imam berkenaan Al-Quran. Sungguh, Al-Quran itu pedoman sepanjang zaman, bukan hanya dibaca tika bulan Ramadhan sahaja. Dan kita kena tanamkan sifat cintakan Quran itu dalam diri kita yang pertamanya, selepas itu isteri, suami, adik-beradik, keluarga.... dan masyarakat seluruhnya.

Buka puasa terakhir di rumah mek, mek adakan solat hajat untuk keluarga belah umi. Sayu sangat malam tu, bila doa dibacakan, adik-beradik umi ada yang menangis. Moga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat buat kami dan zuriat kami :)

1 Syawal, macam biasa, akan ziarah rumah saudara-mara belah umi dan abah. Rumah memang tertutup la hari ni. Umi pun just masak untuk keluarga je, nak makan sebelum solat sunat Hari Raya. Masa hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan, sempat dengar kuliah Dhuha dari Ustaz Azariza di Masjid Taman Uda tentang cara sunnah menyambut Hari Raya. Banyak la ustaz kongsi, cuma yang tertarik untuk saya kongsi di sini, kata ustaz, sunnah Nabi pada pagi raya sebelum solat sunat Hari Raya, makan buah kurma dengan bilangan ganjil, 1 / 3 / 5... and the list goes on, nak makan 101 biji kurma pun boleh hehe. 


Pagi tu sempat ambil gambar family. Tahun ni tema purple. Kucing 2 ekor lagi tak sempat nak tangkap, so eca je yang masuk gambar. Lepas tu terus solat sunat Hari Raya di surau / balasoh milik keluarga belah abah. Semua yang solat dalam surau ni dari family abah yang besar tu. Nampak macam assobiyah jugak tapi bila macam ni, jadi kenal dan rapat dengan saudara-mara walau mereka tu saudara jauh. Lepas solat, ziarah rumah-rumah saudara abah yang ada di sekeliling kawasan surau. Ni pun dah sampai tengah hari.
 


2 dan 3 Syawal, keluarga besar belah umi adakan family gathering di Tok Bali. Seronok sangat dapat gather ramai-ramai kan. Kalau Family Day yang dulu mek tak dapat join sebab jaga arwah ayoh yang sakit stroke, tapi kali ni mek join. Sebenarnya, mek jugak la yang request nak adakan family gathering ni, nak tengok anak-anaknya 7 orang berkumpul dan cucu-cucu dan cicitnya berkumpul. Malam tu kami adakan BBQ. Makan memang tak ingat dunia heheh. Balik dari Tok Bali tu, terus beli barang-barang nak masak untuk rumah terbuka esoknya. Mujur la ada adik-adik yang soleh dan solehah nak teman kakak beli barang ngehngeh :)

4 Syawal, baru la adakan rumah terbuka. Hari ni barulah rumah kami menerima tetamu. Biasanya 2 Syawal kami buat rumah terbuka, tetapi sebab nak meraikan family belah umi buat family, open house kami buat hari raya ke-4. Sate, soto, pavlova, chocolate cheese brownies, dadih, triffle.... semua ada hehe. Penat jugak nak masak tapi berbaloi. Kuih-muih semua beli, cuma masukkan dalam balang je :) Seronok tengok tetamu datang dan makan, dan saya percaya, tetamu itu datang dengan membawa rahmat dan rezeki. 

5 Syawal, beraya sakan ke rumah bff zaman muda-muda dulu, geng di Naim Lilbanat. Vvians nama geng kami. 10 orang semuanya. Dah lama menanti saat berkumpul ramai-ramai macam ni. Sebenarnya nak ke rumah Sofia untuk majlis aqiqah anak saudara dia, tapi lepas tu terus konvoi 2 kereta ke rumah-rumah yang ada kat sana alang-alang ke Pasir Mas kan. Susah nak jumpa dan kumpul ramai-ramai macam ni, ye la diorang semua ni belajar jauh-jauh, Mesir, UK, India... Malaysia pun ada :)


7 Syawal, sekali lagi jalan-jalan dengan bff ni. Kali ni kami ke Jeram Linang. Jauh tu perjalanan, tapi dekat kalau nak compare dengan Lata Tembakah, sebab mulanya plan nak ke lata tu. Best-best bakar ayam sama-sama (huh nak hidupkan api tu dah makan masa berjam-jam dah), makan meehun, makan colek... Perkara wajib bila gather macam ni, ambil gambar banyak-banyak, teringat masa sekolah dulu semua gila gambar. Err typical Naimians indeed. 9 years friendship and still counting...


9 Syawal, orang yang nak buat master ke UK datang rumah =D Entah bila lagi nak jumpa kan. Mujur dia datang, lama sangat tak jumpa. Izzati dan Faiezah pun datang. Thanks to Izzati yang jadi penunjuk jalan, almaklum lah rumah saya ni dalam kampung, susah sangat orang nak ingat jalan. Thanks jugak sebab Faiezah jadi driver. Tunggulah aku kat UK tu Isna, insyaAllah ada rezeki aku ke UK sana. Its my dream to be there, hope Allah will grant my wish. Doakan saya ye...



15 Syawal, ada makan-makan raya bersama ahli usrah kawasan di rumah kakak usrah, Kak Farah. Hari ni first time drive jauh sikit dari rumah, tapi still dalam area PC la, ni pun nak kena begging mintak permission umi abah. Lama tak berusrah, banyak bermuhasabah diri. Moga kami semua thabat atas jalan yang dipilih ini :)


Hujung minggu ni Lina, sahabat sekolah Naim dulu + geng masa buat 1 year programme dulu (halfway je) nak kawin. Sedih dan terkilan sangat sebab tak dapat nak tengok saat Lina jadi isteri orang, ada hal dan terpaksa bermusafir waktu ni. Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair buat Lina dan suami. Lina lepas ni dah ada soulmate dah hihi. Moga Lina jadi zaujah yang solehah, penyejuk mata dan hati suami (err meremang bulu roma...)

Minggu depan ada plan nak sleepover bersama Vvians di Tok Aman Bali Resort. Yay! Hope jadi la ni. Nak sangat jumpa buah hati yang dah lama tak jumpa ni, Maheran dan yang lain jugak la. Tapi still tak dapat nak kumpulkan 10 orang semuanya. Bila la nak kumpul 10 orang macam kat sekolah dulu :)

Oh dah macam diari Syawal pulak kan heheh. Tertulis panjang pulak, ye lah lama tak update blog.

Last but not least, nak share satu hadith yang baru pagi tadi dengar dalam Assalamualaikum, disampaikan oleh Ustaz Taha :)

Nice hadeeth indeed!

Nabi bersabda: "Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezekinya, maka hendaklah ia menghubungkan / memanjangkan silaturrahim".


This year's Eid feel much more interesting and happier with the meetings and reunions with long-time-no-see family members and friends. At the same time, our brothers and sisters in Egypt are very much in pain. Never forget them. Never stop praying for them. Please don't ever forget to always recite Qunut Nazilah. Hasbunallahu wa ni'mal wakil.Ok pen off, toodles!



notakaki : Rumah dah makin sunyi. 2 orang dah ke asrama. Doakan adik saya cemerlang ye untuk PMR dan SPM, sorang di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan sorang lagi di MARA Tumpat. Lepas ni saya dan 2 adik lelaki dah nak ke universiti masing-masing. Tinggal Lutfi je la kat rumah. Makin sunyi rumah kan...


notakaki :: Balik UIA kena giat diet sikit, for HEALTHY body of course :)

Wednesday, August 21, 2013

shaheed

Shaheed. May Allah grant us with the reward of shaheed.

Rasulullah pbuh said that Allah will bless the shaheed with 6 traits. SUBHANALLAH 


1. That the first blood that will be shed from their body, Allah willl forgive all of their sins and they will be able to see their seats in Jannah. 
2. Allah promised them that they will be not punished in the grave.
3. They will not be scared and fearfull when the people are so scared and running around on Yaumul Qiamah. 

4. They willl be given a crown of honour and dignity, Al-Wiqar, lots of jewel are attached to it. Only one of that jewel is more valuable than the whole earth and whatever it contains. Allahuakbar!
5. They will be given amongst the beautiful spouse ever created by Allah.
6. They will be able to intercede for seventy of their family members. What an honour!

SUBHANALLAH.....

Nice message taken from a beautiful lecture by Bro Majed Mahmoud

Saturday, July 20, 2013

iftar yang sangat bermakna


Bismillahi walhamdulillah :)

Ramadhan Kareem...Allahu Akram!


Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi mempertemukan kita dengan penghulu bulan yang sungguh mulia ini. Hari ini dah masuk 11 Ramadhan 1434 H. Bagaimana ibadah kita kali ni ye? Quran kita? Qiamulllai kita?


Untuk muslimah solehah yang baca ni, jom kita ambil peluang bulan Ramadhan ni untuk sediakan makanan buat family kita, bersahur mahupun berbuka. Doa banyak-banyak masa memasak tu. Pernah dengar seorang ustaz pesan, kalau kita 'bercuti' pun (faham-faham je la ye heheh), jangan tak bangun sahur. Sediakan makanan untuk orang yang nak berpuasa walau kita tak berpuasa, betapa banyak pahala kita dapat. Kita yang sediakan bekalan makanan yang akan jadi tenaga buat mereka berpuasa. Hoho... Banyak kan. Free-free je dapat pahala :)

Ramadhan kali ini alhamdulillah, bersama keluarga tercinta di rumah kami. Sekarang ni alhamdulillah, dah ada group tadarus Quran. Setiap pagi kami akan bertadarus, betulkan tajwid masing-masing (Kak Yana la yang banyak betulkan tajwid kami, dia lulusan Al-Azhar), dan last sekali akan tadabbur dan baca tafsir ayat. Dah lama dah teringin macam ni. Allah makbulkan :)

Bila berpuasa kat rumah ni, hari-hari kena fikir nak masak apa. Kena rajinkan diri pergi pasar beli barang... huuu baru tahu banyak sangat harga barang naik sekarang ni. Kadang-kadang terfikir, orang miskin makan apa ye? Ikan selayang pun mahal loni =.= Seronok pergi pasar ni, sebab ada orang tolong angkatkan barang. Saya beli dan bayar je heheh. Duk kat rumah ni letih jugak la. Tapi seronok taw. Self satisfaction kata orang putih heheh.

Cumanya hari ini tergerak hati ingin nukilkan satu cerita di sini, cerita biasa saja, tapi ini untuk tatapan diri sendiri di masa akan datang.

6 Ramadhan 1434 H
yang lalu, saya ditemani adik lelaki, berkesempatan beriftar di rumah Senator Khairiah Mohamed, kami panggil dia Kak Long :)

Saya dan adik sampai lewat di rumah beliau, dalam 6.15 petang baru sampai, muslimin muslimat lain dah ramai datang. Huuu malu jugak nak jalan masa tu.

Di rumah Kak Long, jumpa junior UIA, sekarang belajar di UIA Gombak, dia adik kepada suami Kak Long, Abe Long.

Petang itu kami mendengar taujihat dari Kak Long dan Abe Long. Saya suka dengar Kak Long bercakap, masuk ke hati dan 'jijok' ore Kelate kato hihi... Allah... sukanya lihat pasangan ini... pasangan yang istiqamah di jalan perjuangan sejak dari zaman kampus hingga kini... dan kata mereka, hingga hujung nyawa...


Kata Kak Long, tak ramai yang mampu istiqamah di jalan juang ini. Bila kahwin, ramai yang lari dari jalan perjuangan... Baitul Muslim dijadikan penamat pada perjuangan, bukan pemula pada perjuangan...

Allah... takutnya dengar...

Masa Kak Long bagi taujihat, tak putus-putus saya berdoa dalam hati ini, agar dikurniakan pasangan yang mampu buat saya istiqamah... Kak Long dan Abe Long saya jadikan contoh :)

Saya berimpian, rumah saya nanti akan dijadikan tempat usrah, majlis ilmu dan halaqah al-Quran.... Lepas tu hidangkan tetamu yang datang dengan bermacam masakan heheh. Orang kata manfaatkan hobi ke jalan yang betul hihi. Seronok kan :)


Serahkanlah soal cinta dan masa depanmu kepada Allah. Usah khuatir, jika engkau lelaki yang soleh, pasti Allah akan kirimkan si bidadari yang solehah buatmu kelak. Jika engkau wanita yang solehah, pasti Allah akan menghadiahkanmu dengan sang imam yang soleh nanti (An-Nur : 26)

Cewahhh.. hihi

Doakan saya ye.. mungkin ada doa pembaca yang soleh solehah ini diterima Allah di bulan barakah ini :)

Pesan Kak Long, balik kampung, berbaktilah pada orang kampung, yang lelaki, jadi imam di masjid / surau / balasoh di kampung anda walau apa bidang anda. Tolong orang-orang kampung yang sedang berjuang tu, jangan berjuang di kampus je. Ajar orang-orang kampung Fardu Ain, terutamanya Al-Quran. Jujur saya kata, ramaiiiiiiiiii sangat yang tak pandai baca Al-Quran dengan betul, ramai yang tak boleh baca lancar lagi, dan yang paling sedih, tak kenal sangat dan gagap-gagap baca Al-Quran.. Ini realiti.

Kak Long pesan lagi..... ini Kak Long tekankan sangat... Hidupkan masjid / surau / balasoh di kampung anda! Jangan kita aktif berprogram di kampus je. Pesanan buat diri juga ni.


Bila di luar, lain suasana lain dengan di kampus. Kita akan berdepan dengan orang yang tak berdisiplin, orang yang tak tepati masa, orang yang tak nak dengar pendapat kita sebab kita ni muda... dan banyak lagi. Ini yang buatkan ramai orang fed up. Abe Long pesan, kita kena jadi rendah diri, sabar dan hormat orang lain.

Banyak yang Kak Long pesan hari tu, tapi saya rasa tak perlu saya tulis di sini...

Tahniah pada yang habis baca bebelan saya ni.

Selamat beribadat!


Fikir banyak kali sebelum post.. Takut nak tekan 'Publish'.. Takut di uji dengan kata-kata ini.. Tapi, saya niatkan, berkongsi sedikit apa yang Kak Long pesan, dan saya harap, di masa hadapan, bila saya baca post ini balik.. Saya masih istiqamah di jalan ini.. dan ada pasangan yang istiqamah juga di jalan ini insyaAlla
h :)


notakaki :: Driving test 29 hb ni. Allah... takutnyaaaaaaaa tak tahu nak cakap macam mana. Dah la sokmo kena maroh dgn pok cik =.=

Monday, July 8, 2013

ahlan ya ramadhan



Ini dia lagu Welcome Ramadhan by Mishary Rashid. Sangat menyentuh hati kan :) Ini antara lagu feveret saya, sejak pertama kali dengar beberapa tahun yang lepas.

2 hari lagi dah nak masuk Ramadhan... Bahagia kan? Moga Allah panjangkan umur kita dan moga kita sampai ke bulan penuh barakah ini. Allahumma ballighna Ramadhan...

Antara perkara yang paling saya tak sabar bilamana tibanya Ramadhan ialah Qaryah Ramadhan. Setiap tahun akan menanti perkampungan kecil Ramadhan di Kota Bharu.... Suka sangat melihat suasana orang yang datang beramai-ramai untuk hidupkan bulan ibadah ini :)

Kalau tahun lepas saya berkesempatan untuk menjadi salah seorang amilat di qaryah.. letih tapi puas hati sangat dapat menghidangkan makannan berbuka untuk orang yang berpuasa..

Errmm boleh tak nak pesan kalau adik-adik yang tengah bercuti ni, kalau tak pernah jadi amilat / amilin cuba la.. seronok sangat pengalaman tu dan mengajar kita jadi sabar. Ye la.. kita pun puasa kan.. tiba-tiba ada mak cik dan pak cik marah-marah complain kita buat kerja lambat dan tak edarkan makanan dengan baik. Huh.. senyum je la layan karenah pak cik mak cik ni :)

Tahun ni berkhidmat sepenuhnya untuk umi abah la pulak kan.. 
lagipun adik-adik pun bercuti jugak ni.. sebelum mereka berdua ke Kanada bulan 9 ni sobsob.. Untuk yang seronok bercuti tu kan, tak kira la lelaki ke perempuan, bantulah ibumu sediakan sahur dan berbuka. Dari kecil lagi mereka yang sediakan, apakata kita ambil alih tugas mereka. Erm jangan limitkan anak-anak gadis ye kena bantu mereka kat dapur, anak-anak teruna pun sama la. Betapa banyaknya pahala orang yang sediakan makanan untyk orang berpuasa kan :)

Ingin berkongsi kata-kata yang begitu menusuk kalbu dari seorang ulama' yang saya sangat sayangi, TGNA 

"Ihya' maksudnya menghidupkan, jika jam hidup dengan bateri, jika lembu hidup dengan rumput... maka Ramadhan hidup dengan ibadah.. puasa, qiyam dan bacaan al-quran ialah di antara program-program yang menghidupkan Ramadhan.."

Jom sama-sama kita hidupkan Ramadhan kali ini ye :)

Haa sebelum lupa, ni nak kongsi kuliah Ramadhan oleh Ustaz Dusuki. Best best. Kalau ada masa dengar la ye. Tak lama pun kan nak dengar ni. Banyak benda yang boleh dapat. Believe me heheh.

[Tazkirah]
"Ramadhan Menggamit Kasih Sayang Allah SWT"

Friday, July 5, 2013

bumi anbiya' yang jauh itu

Khamis, 04.07.2013

Pagi itu... bila buka Facebook, terbaca mesej dari seorang sahabat yang jauh di bumi anbiya' sana.

"Salam. Rah, rampasan kuasa berlaku. Dr.mursi digulingkan oleh tentera. Air mata menitis terus di pipi. Geram teramat 
Hati duk terfikir, senyum lebarkah Bashar saat ini? Gembirakah Israel Amerika dan sekutunya? Sungguh sekular masih bernanah dalam diri orang Mesir.. All i can see are Muslims who are afraid of Islam 
Doakan Mesir..."


Air mata ini menitis. AllahuAllah.. Dulu, pernah conteng di blog ini tentang 'vote for the first time since uprising'. Dan keputusan pilihanraya berpihak pada Ikhwanul Muslimin. Pemimpin dari IM diangkat menjadi presiden. Allah.. tak terkata betapa gembiranya saat itu.


Ingat lagi saat tika Dr Mursi menjadi presiden Mesir, sahabat yang seorang inilah antara yang gembira dengan keputusan ini... dan ramai juga sahabat di Mesir yang menunjukkan kegembiraan mereka pada saya.

Mesir dalam doaku... Kemenangan Islam itu dalam doaku duhai sahabat..


Saya tetap percaya, nusrah Allah tetap bersama orang-orang yang berusaha dan bersabar.

Di sini, ingin saya kongsikan bingkisan hati dari Dr Mursi dan zaujahnya, Dr Najla. Bingkisan ini mungkin buat tatapan diri sendiri masa ini dan pada masa akan datang...

Dan ku berharap, saat ku melihat bingkisan ini pada masa akan datang, aku akan kembali tersenyum melihat bumi anbiya' ini memiliki pemerintah sebaik 
Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Nabi Harun. Saatnya akan tiba... percayalah...



[Dr Mursi]


Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan,
Itulah islam bagiku, Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
Maka aku hanya berpegang dengan Tali-NYA,

Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!


[Dr Najla]


Di hari-hari yang penuh dengan ujian,

tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sentiasa sujud memohon pertolongan kepada Allah 
dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.. 
Apabila dia nak tidur, tangisan itu kedengaran 
walaupun beliau berada di atas katilnya
sehingga basahnya umpama mandi.. 
Demi Allah wahai Dr Morsi, 
nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu 
terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripadaNya 
disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih.. 
Maralah wahai Sang Presiden, 
Demi Allah jika Dia menggoncangkan sungai Nil dan Laut..
nescaya digoncangkan mereka bersama mu..


Saya harap, kita yang jauh ini, jangan pernah lupakan saudara seakidah kita di sana. Sentiasa doakan mereka dan amalkan Qunut Nazilah, ikut sunnah Rasulullah.


Moga lantunan Qunut Nazilah dan titipan doa tidak putus dari setiap umat Islam seluruh dunia buat mereka yang terpilih untuk diuji disana.


Ya Mesir itu jauh.. Tapi dekat di hati.. Entah kenapa...

Allahummansur ikhwanana fil Misr!



notakaki :: Nama Najla cantik kan. Maksud pun elok : yang bermata elok, yang baik keturunannya. Cop buat nama anak ni hihi. Nama isteri seorang pejuang di jalan Allah yang saya sangat kagumi :)

notakaki :: Phone rosak :( Mohon pada sesape yang banyak duit sponsor beli phone ok. S3 ke Galaxy Note pun ok heheh.

Wednesday, July 3, 2013

kuasa istighfar



Hari tu sempat tengok cerita Dikir Zikir kat channel 114 Al-Hijrah. Tertarik dengan kisah Imam Ahmad bin Hanbal dengan pembuat roti tentang kuasa istighfar. Terus cari kat google dan jumpa cerita yang diceritakan oleh ustaz (lupa la nama ustaz tu) dalam Dikir Zikir tu. 

Rasulullah beristighfar 70 kali sehari. Rasulullah yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat. Kita? Err krik krik.

Pagi tadi kat Madrasah Hadith di TV Al-Hijrah, Ustaz Nor Hisyam ada mengatakan ulama menjelaskan Rasulullah beristighfar walaupun bersih dari dosa kerana merasakan diri Baginda masih lagi tak sempurna dalam beribadah.. betapa tawadhuknya Rasulullah yang kita cintai ini....

Kita (saya) yang banyak dosa ni... Istighfar kita macam mana?
Jadi mulai hari ni jom lazimi mulut kita dengan istighfar ni :)

Saya kongsikan cerita ni di blog ni, khas untuk tatapan diri sendiri. Nak ingatkan diri yang banyak dosa dan lalai ini.. Allah...

Kalau malas nak baca cerita kat bawah ni boleh tengok YouTube, Dr Asri ada ceritakan tentang kisah ini. Tekan SINI =D



********


Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” 

Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.

Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.

Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.

Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.

Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.

Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?

Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” 

Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”

Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.

Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

“Saya Ahmad Ibn Hanbal!” mencelah Imam Ahmad lalu menambah

“Demi Allah! sesungguhnya aku dibawa oleh Allah kepadamu untuk memenuhi doamu”


notakaki :: Ramadhan dah nak dekat... 6 hari lagi...
 Allah... sampaikan aku pada bulan itu Ya Allah...

Sunday, June 30, 2013

you are LOWER than her


"When you see a female dressed in a manner that is unacceptable Islamically, do not for a moment think that she is lower than you spiritually. If you do that, you are LOWER than her. Believe me, that is the teaching of your religion. She might have a link with her creator that you do not know about. She might have a heart that is tons better than yours. She might have one weakness that is outward, and you have 50 weaknesses that are hidden."

~Mufti Menik~

Allah.. Allah.. Allah..

Tuesday, June 25, 2013

happy birthday to my precious

My two precious person in life, umi and lutfi.

Umi, her birthday is on 21st June 2013 .
Lutfi, his birthday is on 24th June 2013.




UMI, a woman who i always believed was the 'one' for me. I know a lot of people say they have a great mom, but i truly believed that Kakak, Amir, Imran, Hanif, Adik and Lutfi have been blessed with the worlds greatest mom. Thank you Allah for creating me out of her womb and putting me under her love and care. Oh Allah, please keep her in great health, protect her always. LOVE U, MOM >.<

Happy Birthday to my beautiful mother, Kamariah binti Awang. Thank you Allah for her presence in my life, because i could not be blessed with a mom better then you.


I hope I still have a lot of time.... Even though I cannot equal what she did for me, perhaps I can still do something, make her feel the way I felt when she took care of me, if I try really hard. And I will.


To my baby Lutfi, please always be a soleh boy to umi, abah and your kakak and abang ok baby :)


With love, kakak :)

*******

Semalam baru wish kat umi. Kesian kat umi tertunggu-tunggu anak-anak wish kan. Hehe. Semalam, adik ada kat rumah, dia dapat MC. Masa pergi klinik Jumaat lepas, Dr kata dia ada Otitis Media. Kesian adik. Pukul 11 malam semalam baru hantar adik ke MTS.

Jadi birthday kali ni semua anak-anak umi ada, kecuali Hanif yang duduk asrama (going to sit for his SPM this year).

Lutfi ni lahir sehari selepas Allahyarham Dato' Fadzil Noor meninggal, iaitu pada 23 Jun 2002. Malam tu umi dengar berita, umi sempat baca Yasin untuk arwah, dan keesokan harinya lahirlah anak soleh yang bernama Lutfi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, seorang pejuang Islam yang banyak berjasa.

Tahun ni senang sikit sebab Imran yang jadi driver ambil dan hantar umi ke sekolah. Jadi bila nak sampai rumah Imran mesej, "Nok sapa rumah dah ni". Jadi semua orang tunggu kat pintu nak wish kat umi dan lutfi.

Lutfi kata, "Yay, esok birthday lutfi. Nak hadioh icecream wawa"

Erkk... apa  benda ice cream wawa pun saya tak tahu haha.

Untuk birthday umi kali ni, terajin nak masak walau lewat jugak start masak heheh. Specially bake pavlova, lemon tart and spaghetti bolognese topped with white sauce :)

"Kakak kato nak masok pizza ko Lutfi"

Err ok lain kali la kakak masak ok kalau kakak rajin ye baby boy.

Sebab Lutfi tak makan nasi, so kena fikir makanan yang ala-ala western sikit heheh. First time masak spaghetti bolognese topped with white sauce. Biasanya guna sos merah je (bolognese). Personally saya prefer makan dgn sos merah je, muak jugak letak cheese atas tu.




Pavlova tu last minute baru terfikir nak masak. Lepas tu cepat-cepat suruh Imran dan Amir pergi beli strawberry, kiwi dan grape. Unfortunately, strawberry takde :(




Lemon tart ni dah lama mengidam nak makan. Erm tapi yang ni masam sikit. Lain kali nak buat kena kurangkan lemon zast tu.


Oklah, dah habis dah makanan ni berposing. Last but not least, i love both of them! Mohon doakan mereka bahagia dunia akhirat :)

Wednesday, June 19, 2013

2nd year done


Yeaaay dah habis 2nd year.. Halfway on my journey in this biomedical field. Rasa baru je say babai to 1st sem. Errr ni kira officially dah completed my second year sebab dah tengok result kan. Sebenarnya pagi hari ni baru tengok result. Semalam tido awal malas nak fikir hehe.

Alhamdulillah wa syukurillah :)

Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung, yang bertambah imannya bila tengok result tu kan. DIA tahu yang terbaik buat kita. Jangan pernah compare diri kita dengan orang lain.


Umur 22 tahun baru nak masuk 3rd year. 2 tahun lagi baru grad. 4 sem lagi tinggal. Tahun 2015 baru grad. Umur masa tu? Do your own math ok. Masa jumpa kawan hari tu ada yang kata, "Tirah, yang duk UTP dulu dah grad siap nak keje dah". 

Huh =.=

I never regret. I know this is the right path for me =D


Moga Allah berikan apa yang terbaik buat saya dunia dan akhirat =D


Tuhan, aku megimani, tiada apa yang KAU takdirkan sia- sia melainkan ada hikmah di setiap yang berlaku.


notakaki :: 21 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :)

Saturday, June 15, 2013

good morning person



Good morning beautiful =D

Ada terbaca satu blog ni, sangat menarik, dia dan suami berazam untuk jadi good morning person. Nice kan. Bila terbaca blog tu, rasa nak update blog :)

Mungkin ada yang bertanya, "Kenapa, sebelum ni tak jadi good morning person ke?" Jawapannya, sebelum ni maybe boleh jadi morning person tapi rasanya belum boleh dapat title good morning person. Kalau time belajar waktu pagi paling saya suka.. dan mudah sikit nak masuk sebab tak bising (saya ni jenis mudah sangat nak distracted kalau bunyi bising).

Err sebenarnya to be a good morning person memang azam saya sejak dulu. Practice make perfect. 

Buat yang tengah best2x bercuti tu, eloklah practice jadi good morning person ye. Kalau macam saya ni, yang tak kerja time cuti ni (nak sangat kerja =.=), akan tend untuk tidur pagi kalau tak plan apa-apa untuk cuti ni kan.

Saja nak kongsi. Mungkin bermanfaat untuk orang lain juga =)

Bagaimanakah yang dikatakan a good morning person
  1. Bangun awal pagi sebelum subuh dan qiyamullail - dirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat tahajjud. Kejut adik-adik dan ahli keluarga lain ataupun kalau letih sangat suruh umi, mek atau adik-adik kejutkan.
  2. Persiapkan diri.
  3. Solat Subuh - seboleh-bolehnya berjamaah.
  4. Bersarapan bersama-sama sebagai satu keluarga. Preferably masak breakfast untuk family. 
  5. Sedia untuk meneruskan aktiviti harian.
  6. Baca Quran wajib. Jangan lupa baca Surah Al-Waqiah (moga dimurahkan rezeki).
  7. Solat dhuha pun jangan pernah nak tinggal ye.
If there is a will, there is a way... insya Allah! Berpagi-pagian juga sebenarnya amalan Rasulullah kan. Niatkan untuk ikut sunnah Baginda =D

Cuti kali ni tak boring macam dulu sebab dulu cuti sorang-sorang, tapi kali ni ada 2 adik lelaki jadi peneman cuti kakak. Sebelum both of them ke Canada ni kena luangkan masa betul-betul dengan adik-adik tersayang. Pasni dah jauh dah kan :( Errr dan adik-adik pun kena berkhidmat kat kakak kot hahah.

Banyak je benda nak buat kat rumah pagi-pagi ni. Atas kita la nak tidur ke nak buat benda bermanfaat kan. Bagi makan arnab yang berpuluh ekor tu, bagi makan kucing yang 3 ekor tu, bersih rumah, cantikkan halaman rumah yang tak cantik tu (ni pesan umi).. and the list goes on....

Haaa satu lagi paling penting sila rajinkan diri tambah ilmu dan thaqafah. Tambahkan ilmu sirah  paling penting (bab sirah memang fail, malu kat Najah yang dah khatam kitab Al-Hikam hoho). Buku bertimbun-timbun tak baca tak guna kan =D

Dan dan dan satu lagi, wajib dapatkan lesen kereta! Susah sangat tak reti drive ni. Mujur ada adik yang sanggup jadi driver dan bawa ke mana-mana kakak dia nak pergi. Kalau pergi beli barang pun ada orang nak tolong bawakan barang. May Allah ease me.... biar jadi berani sikit nak drive (selalu kena marah kat pak cik sebab kalut D= )

Kalau orang tanya buat apa time cuti, these are the things that i did during holiday. 

Dan... kalau terupdate blog hari-hari jangan rasa annoying ye. Lebih pada nak ingatkan diri sendiri dan nak berkongsi cerita untuk tatapan masa datang ni (alang-alang ada masa update je la heheh).

Ok lah, toodles!

Lets be a good morning person!


notakaki :: Umi ada high cholestrol level, so bila nak masak kena avoid makanan yang ada high cholestrol so that my umi dapat makan makanan sihat :)

notakaki :: 25 hari sebelum Ramadhan insyaAllah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com