Bismillahi walhamdulillah :)
Ramadhan Kareem...Allahu Akram!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi mempertemukan kita dengan penghulu bulan yang sungguh mulia ini. Hari ini dah masuk 11 Ramadhan 1434 H. Bagaimana ibadah kita kali ni ye? Quran kita? Qiamulllai kita?
Untuk muslimah solehah yang baca ni, jom kita ambil peluang bulan Ramadhan ni untuk sediakan makanan buat family kita, bersahur mahupun berbuka. Doa banyak-banyak masa memasak tu. Pernah dengar seorang ustaz pesan, kalau kita 'bercuti' pun (faham-faham je la ye heheh), jangan tak bangun sahur. Sediakan makanan untuk orang yang nak berpuasa walau kita tak berpuasa, betapa banyak pahala kita dapat. Kita yang sediakan bekalan makanan yang akan jadi tenaga buat mereka berpuasa. Hoho... Banyak kan. Free-free je dapat pahala :)
Ramadhan kali ini alhamdulillah, bersama keluarga tercinta di rumah kami. Sekarang ni alhamdulillah, dah ada group tadarus Quran. Setiap pagi kami akan bertadarus, betulkan tajwid masing-masing (Kak Yana la yang banyak betulkan tajwid kami, dia lulusan Al-Azhar), dan last sekali akan tadabbur dan baca tafsir ayat. Dah lama dah teringin macam ni. Allah makbulkan :)
Bila berpuasa kat rumah ni, hari-hari kena fikir nak masak apa. Kena rajinkan diri pergi pasar beli barang... huuu baru tahu banyak sangat harga barang naik sekarang ni. Kadang-kadang terfikir, orang miskin makan apa ye? Ikan selayang pun mahal loni =.= Seronok pergi pasar ni, sebab ada orang tolong angkatkan barang. Saya beli dan bayar je heheh. Duk kat rumah ni letih jugak la. Tapi seronok taw. Self satisfaction kata orang putih heheh.
Cumanya hari ini tergerak hati ingin nukilkan satu cerita di sini, cerita biasa saja, tapi ini untuk tatapan diri sendiri di masa akan datang.
6 Ramadhan 1434 H yang lalu, saya ditemani adik lelaki, berkesempatan beriftar di rumah Senator Khairiah Mohamed, kami panggil dia Kak Long :)
Saya dan adik sampai lewat di rumah beliau, dalam 6.15 petang baru sampai, muslimin muslimat lain dah ramai datang. Huuu malu jugak nak jalan masa tu.
Di rumah Kak Long, jumpa junior UIA, sekarang belajar di UIA Gombak, dia adik kepada suami Kak Long, Abe Long.
Petang itu kami mendengar taujihat dari Kak Long dan Abe Long. Saya suka dengar Kak Long bercakap, masuk ke hati dan 'jijok' ore Kelate kato hihi... Allah... sukanya lihat pasangan ini... pasangan yang istiqamah di jalan perjuangan sejak dari zaman kampus hingga kini... dan kata mereka, hingga hujung nyawa...
Kata Kak Long, tak ramai yang mampu istiqamah di jalan juang ini. Bila kahwin, ramai yang lari dari jalan perjuangan... Baitul Muslim dijadikan penamat pada perjuangan, bukan pemula pada perjuangan...
Allah... takutnya dengar...
Masa Kak Long bagi taujihat, tak putus-putus saya berdoa dalam hati ini, agar dikurniakan pasangan yang mampu buat saya istiqamah... Kak Long dan Abe Long saya jadikan contoh :)
Saya berimpian, rumah saya nanti akan dijadikan tempat usrah, majlis ilmu dan halaqah al-Quran.... Lepas tu hidangkan tetamu yang datang dengan bermacam masakan heheh. Orang kata manfaatkan hobi ke jalan yang betul hihi. Seronok kan :)
Serahkanlah soal cinta dan masa depanmu kepada Allah. Usah khuatir, jika engkau lelaki yang soleh, pasti Allah akan kirimkan si bidadari yang solehah buatmu kelak. Jika engkau wanita yang solehah, pasti Allah akan menghadiahkanmu dengan sang imam yang soleh nanti (An-Nur : 26)
Cewahhh.. hihi
Doakan saya ye.. mungkin ada doa pembaca yang soleh solehah ini diterima Allah di bulan barakah ini :)
Pesan Kak Long, balik kampung, berbaktilah pada orang kampung, yang lelaki, jadi imam di masjid / surau / balasoh di kampung anda walau apa bidang anda. Tolong orang-orang kampung yang sedang berjuang tu, jangan berjuang di kampus je. Ajar orang-orang kampung Fardu Ain, terutamanya Al-Quran. Jujur saya kata, ramaiiiiiiiiii sangat yang tak pandai baca Al-Quran dengan betul, ramai yang tak boleh baca lancar lagi, dan yang paling sedih, tak kenal sangat dan gagap-gagap baca Al-Quran.. Ini realiti.
Kak Long pesan lagi..... ini Kak Long tekankan sangat... Hidupkan masjid / surau / balasoh di kampung anda! Jangan kita aktif berprogram di kampus je. Pesanan buat diri juga ni.
Bila di luar, lain suasana lain dengan di kampus. Kita akan berdepan dengan orang yang tak berdisiplin, orang yang tak tepati masa, orang yang tak nak dengar pendapat kita sebab kita ni muda... dan banyak lagi. Ini yang buatkan ramai orang fed up. Abe Long pesan, kita kena jadi rendah diri, sabar dan hormat orang lain.
Banyak yang Kak Long pesan hari tu, tapi saya rasa tak perlu saya tulis di sini...
Tahniah pada yang habis baca bebelan saya ni.
Selamat beribadat!
Fikir banyak kali sebelum post.. Takut nak tekan 'Publish'.. Takut di uji dengan kata-kata ini.. Tapi, saya niatkan, berkongsi sedikit apa yang Kak Long pesan, dan saya harap, di masa hadapan, bila saya baca post ini balik.. Saya masih istiqamah di jalan ini.. dan ada pasangan yang istiqamah juga di jalan ini insyaAllah :)
notakaki :: Driving test 29 hb ni. Allah... takutnyaaaaaaaa tak tahu nak cakap macam mana. Dah la sokmo kena maroh dgn pok cik =.=
3 sila..silakan komen..:
you can do it tirah! chaiyok! -aqilah
Yeay aku habis bc bebelan mu :)
Nice sharing, doakan kbahagiaan kita dunia akhirat ye :) dpt sm2 istiqamah, dp
t psgn mcm kaklong abe long..
Allahumma ameen, moga Allah kmblikn doa mu ko aku jgk :')
aqilah :
Alhamdulillah LULUS. Ni pun sebab qilah banyak bagi tips la ni :) tenkiuuuu =D
izzati nur :
Allahumma ameen :) Moga Allah bagi yang terbaekkkkkk buat kita. Percaya, dan doa yang terbaik =D
Post a Comment