Wednesday, July 3, 2013

kuasa istighfar



Hari tu sempat tengok cerita Dikir Zikir kat channel 114 Al-Hijrah. Tertarik dengan kisah Imam Ahmad bin Hanbal dengan pembuat roti tentang kuasa istighfar. Terus cari kat google dan jumpa cerita yang diceritakan oleh ustaz (lupa la nama ustaz tu) dalam Dikir Zikir tu. 

Rasulullah beristighfar 70 kali sehari. Rasulullah yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat. Kita? Err krik krik.

Pagi tadi kat Madrasah Hadith di TV Al-Hijrah, Ustaz Nor Hisyam ada mengatakan ulama menjelaskan Rasulullah beristighfar walaupun bersih dari dosa kerana merasakan diri Baginda masih lagi tak sempurna dalam beribadah.. betapa tawadhuknya Rasulullah yang kita cintai ini....

Kita (saya) yang banyak dosa ni... Istighfar kita macam mana?
Jadi mulai hari ni jom lazimi mulut kita dengan istighfar ni :)

Saya kongsikan cerita ni di blog ni, khas untuk tatapan diri sendiri. Nak ingatkan diri yang banyak dosa dan lalai ini.. Allah...

Kalau malas nak baca cerita kat bawah ni boleh tengok YouTube, Dr Asri ada ceritakan tentang kisah ini. Tekan SINI =D



********


Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” 

Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.

Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.

Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.

Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.

Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.

Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?

Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” 

Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”

Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.

Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

“Saya Ahmad Ibn Hanbal!” mencelah Imam Ahmad lalu menambah

“Demi Allah! sesungguhnya aku dibawa oleh Allah kepadamu untuk memenuhi doamu”


notakaki :: Ramadhan dah nak dekat... 6 hari lagi...
 Allah... sampaikan aku pada bulan itu Ya Allah...

1 sila..silakan komen..:

Unknown said...

Hebatnya kuasa Istighfar..kekadang kita tahu, cuma kita lupa atau malas nak beramal.. :)
Moga sama2 kita dapat terus beramal dengan nya..In sya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com