Sunday, December 30, 2012

musim exam

Alhamdulillah, 2 paper sudah berlalu. Tinggal lagi 3 paper untuk aku berhempas pulas berusaha dan menjawab di medan exam.

Untuk semester ni, ada 5 subjek semuanya ;
- Anatomy : 28.12.12
- Human Genetic : 29.12.12
- Microbiology : 31.12.12
- Parasite : 05.12.13
- Physiology : 07.12.13

May Allah ease me :)

Musim exam ni, teringat satu pesanan seorang senior, semasa satu sesi bersama beliau. Katanya, bila kita study ni, ikut kemampuan kita. Ada orang, untuk skor, tak perlu study pun, hanya perlu beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas, ada orang, study sikit-sikit pun dah dapat ingat dan faham semuanya, dan satu jenis lagi, yang kena study dan berusaha bersungguh-sungguh untuk dia hadam, faham, dan faham. Berusahalah untuk anda berjaya.

Kenali dulu kita ni dalam kategori yang mana. Saya sendiri, memang jenis kena spend masa yang lebih sikit dari orang lain untuk saya faham dan hafal. Every person has their own abilities and limitations. 

Pesan beliau lagi, berdoa dan merayu pada Allah. Sebut dalam doa, "Ya Allah, aku berjual beli denganmu, aku jualkan segala amalan dakwah, masa dan keringat yang aku peruntukkan untuk dakwah dan untuk membantu agamaMu, maka bantulah aku, kasihanilah aku, tolonglah aku. Berikan aku kejayaan padaku"

Bila dia cakap macam tu, sebak rasa. Terfikir banyak mana la masa dan keringat aku curahkan untuk Islam.

Katanya lagi, orang yang berada atas jalan dakwah ni jangan sesekali ada rasa malas, pemuda pemudi di Palestin sana berjuang dengan darah demi Islam. Kita di sini, ada ke kita berusaha untuk belajar sampai keluar air mata dan darah? Jangan gelar diri kamu pejuang agama kalau belajar pun malas. Di negara kita ni, kita perlukan lebih ramai umat Islam yang bijak pandai dan orang yang faham Islam untuk berjaya dan memonopoli segenap ruang.

InsyaAllah, akan melawat anak si senior, baby Sofea dalam masa terdekat ni. Terima kasih buat senior dan zaujahnya yang comel :)


Satu yang saya selalu sematkan dalam hati ni, every time spent to study proportional to pahala. Ingat benda tu betuk-betul. Jika kita punya cita-cita yang besar, pengorbanan juga perlu besar kan. Err, reminding myself, sebab terasa ciput sangat usaha ni =.=


Petikan ayat di bawah saya kutip di wall FB sahabat yang solehah, Najah Solihah ^^,


Antara nasihat prof sempena musim exam ni, "Tiap kali nak blajar, jgn lupe sebut di mulut, AKU BELAJAR LILLAH TA'ALA. Nmpak simple, tp dalam kesannya. Lama2 akan timbul rasa nikmat dan syok menuntut ilmu, bukan sekadar nk kejar pointer di dunia, tp nak kejar ganjaran pahala Allah bg org menuntut ilmu ni"..

Sememangnya menusuk kalbu InsyaAllah, akan ingat dan amal sampai bila-bila. Terima kasih kawan :)


Doakan saya kawan-kawan. Fight your laziness! Laziness will ruin eveything.

Dear athirah, 

You have to be intentional. Success doesn’t come by accident.
Whatever your dream is. Whatever your goal is. Whatever you have set your sights on accomplishing. Don’t give in to the laziness that will inevitably creep in. Be a winner.
notakaki :: Buat si dia yang jauh, good luck untuk final dan fyp! ^^,
notakaki :: Buat si dia yang dekat, yang berkorban masa dan keringat demi ummah, yang sanggup korbannya masanya walau dia tahu dia akan exam dalam masa yang terdekat ni, may Allah ease you. Kagum betul dengan awak wahai si gadis yang tabah berjuang demi agama tercinta ini ^^,

Wednesday, December 26, 2012

kita Muslim cemerlang


"Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah satu penghinaan kepada kemuliaan dan ketinggian Islam"
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

KITA MUSLIM CEMERLANG!

Semoga kita dijauhkan dari menjadi fitnah kepada Islam ♥

Tuesday, December 25, 2012

doa untuk ingat dengan sekali baca


"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan
daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,

Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Maulana Mansor, Naib Mudir Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (semoga Allah sentiasa memberkati beliau)

Saturday, December 22, 2012

terhubung ke langit

berdirimu di waktu malam, sujudmu yang dalam
mengokohkan hatimu melebihi gunung membiru
lalu kau terima beban untuk mencntai semesta
membagi senyum ketika kau terluka 
memberi minum ketika kau dahaga
menghibur jiwa-jiwa ketika kau berduka



Seharusnya dia beroleh istirehat di malam hari. Siang demi siang terasa panjang, melelahkan, dan menyesakkan dada. Ke sana ke mari dia susuri Makkah dari ujung lain ke ujung satu, berbisik dan berseru. Dia ajak orang sat demi satu, kabilah suku demi suku, untuk mengimani risalah yang diamanahkan kepadanya.

Dia dilempari batu, kotoran, sambil diteriaki gila, dukun, penyihir, dan penyair ingusan. Dia terkadang sujud di depan Ka'bah, lalu seseorang akan menuangkan setimba isi perut unta ke kepalanya, atau menjeratkan selendang ke leher di saat ruku'nya. Dia kadang harus menangis dan mengumamkan ketakberdayaan melihat sahabat-sahabatya yang lemah dan terbudak disiksa di depan matanya. Kejam dan keji.

Dia sangat lelah. Jiwa mahupun raga. Dia sangat payah. Lahir maupun batin. Tenaganya terkuras. Luar mahupun dalam. Seharusnya dia beroleh istirehat di malam hari, meski gulana tetap menghantuinya. Tetap saat Khadijah membentangkan selimut untuknya dan dia mulai terlelap dalam hangat, sebuah panggilan langit justru memaksanya terjaga.

"Hai orang-orang yang berselimut. Bangunlah di malam hari kecuali sedikit. Separuhnya, atau kurangilah yang separuh itu sedikit. Atau tambahlah atasnya dan bacalah Al-Quran dengan tartil" (Al-Muzammil : 1-4)

Untuk apa?

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat" (Al-Muzammil : 5)

Seberat apa?

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah berantakan disebabkan takut kepada Allah" (Al-Hasyr : 21)

Ini kalimah yang berat Itu beban yang berat. Beban yang gunung-gunung tak sanggup menanggung. Beban yang dihindari oleh langit  dan bumi. Dan Muhammad harus menerimanya. Dia harus menanggungnya. Maka hatinya harus perkasa daripada bumi. Maka dadanya harus lebih lapang daripada lautan. Kerana itu harus bangun di waktu malam untuk menghubungkan diri dengan sumber kekuatan yang Maha Perkasa.

***********

Setiap kali membelek helaian yang tedapat dalam buku 'Dalam Dekapan Ukhuwah' ini. Air mata jernih ini gugur. Entah kenapa, hati ini terusik mengenangkan betapa sukarnya Rasulullah mennyampaikan dakwah buat umatnya. Yang siangnya penat menyampaikan risalah, tapi di malam harinya, hatinya terhubung ke langit, saat orang lain tidur, dia menangis dan mengadu kepada Sang Pencipta. Betapa bukan mudah jalan perjuangan ini. Betapa untuk kita terus kuat, qiamullai itu satu kemestian. 

Ya Rasulullah, dirimu berkorban untuk umatmu ini. Umatmu yang kau cintai. Yang kau sebut tika malaikat datang menjemputmu. 

Ya Rasulullah, kami ini ingin menyambung tali rantai perjuanganmu. Jalan ini susah, jalan ini bukan dihamparkan kesenangan, tapi jalan inilah yang kami pilih Ya Rasulullah.

Kami ingin berada dalam jalan yang pernah dilalui oleh RasulMu ini, jalan yang perit dan sukar, demi untuk menggapai syurgaMu. 

SyurgaMu... itulah yang didamba.

Kuatkan kami, kuatkan kami Ya Allah.

Ikhlaskan hati kami. Moga kami thabat atas jalan yang kami pilih ini.

Bekerjalah untuk duniamu, seolah engkau akan hidup abadi, beramallah untuk akhiratmu, seakan engkau akan mati esok hari.

"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kami akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yanng nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telaah kamu kerjakan" (At-Taubah : 105)

Melihat ayat ke 105 dalam Surah At-Taubah, air mata ini jatuh. Bekerjalah, beramallah. Moga Allah dan Rasul dan orang-orang beriman akan melihat amal-amal kita dengan senyum dan bahagia.

Sekadar nota cebisan dari hati di pagi hari........  buat diri dan sahabat yang dicintai kerana Allah.

Friday, November 30, 2012

aku impikan



aku impikan, membayangkan
 diriku lah yang bekerja sehabis tenaga untuk mempertahankan islam!

ya Allah
aku impikan..
jiwa yang kuat
teguh dengan iman
tak lembik diserang ujian
tak layu dengan bermacam godaan

ya tuhan, 
saksikan lah
aku masih punya impian!
impian untuk islam terus bertahan!
impian untuk islam kembali tertegak memakmurkan!
bumi ciptaan Engkau ya Tuhan

walau aku mungkin belum cukup memperjuangkan
hanya seciput manalah usaha yang dilaburkan
namun jauh di sudut hati, aku masih mengimpikannya ya Tuhan

Wednesday, November 21, 2012

buat pencinta Gaza

Hari ni kelas pukul 10 pagi. Jadi pagi ni online kejap. Terbuka blog sahabat ni, dan sangat tertarik dengan apa yang dikongsi. Satu artikel tentang Briged Al-Qassam. Baca la kalau nak tahu.

Ini yang buat saya kagum dan SANGAT KAGUM dengan kekuatan umat Islam di sana.


"Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya." [Dr Zainur Rashid Zainuddin] 
Allahu Allah. Betapa hebatnya mereka kan. Sebab tu Israel takut akan golongan ini
.






Teringat satu perkongsian di alam maya yang buat hati ini sangat tersentuh.



Buat semua pencinta Gaza... Bangun Subuh kena awal! Solat berjemaah! Baca Al-Quran! Baca Mathurat! Bukannya lepas solat Subuh, tidur, ponteng kelas, malas belajar dan muka pun x bermmotivasi. Jews control the world, Muslim play the world.


Harapnya kita sama-sama istiqamah. Peringatan buat diri sendiri. Untuk yang terbaca apa yang saya tulis ni, jom kita sama-sama mujahadah ye.

Kalau malas ke kan, ingat balik saudara kita kat sana, Kita kat sini malas nak bangun dari katil yang empuk tu, mereka di sana tak tidur malam untuk lari dari dibom atau ditembak tentera musuh.

Masa tengok Tv Al-Hijrah time duduk rumah minggu lepas, ada wakil dari Gaza ni cakap, mereka sangat memerlukan bantuan kewangan, mostly untuk ubatan dan makanan. So apakata kita pakat-pakat bank in duit kita. Kalau malas sangat nak pergi bank, derma dekat tabung bantuan Palestin yang dilancarkan.

Satu lagi benda penting yang kita jangan pernah lupa, DOA!

Jangan pernah lupa ye sahabat.....

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين 
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,

Berilah kemenangan pada Muslimin di semua tempat,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin,

Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,

Ya Allah,
Ya Allah,

Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Saturday, November 17, 2012

darul naum


Lautan manusia membanjiri stadium semalam

Semalam sempat ikut umi abah ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Kalau nak tahu siapa yang ada dan apa motif himpunan boleh lah Google je, malas nak cerita.

Ramai yang bagi ucapan semalam, tapi ada satu yang sangat membekas di hati.

Sindiran yang sangat tajam. Namun peringatan beginilah yang kita inginkan untuk memperbaiki diri dan sesiapa yang mendengar.

Terdetik di hati saya, orang Arab ni memang telus dan tegas dalam mengkritik.

Semalam, ada satu ucapan dari wakil Arab Saudi minal Makkah. Katanya, ramai yang menyuruh dia datang ke Malaysia, lebih-lebih lagi Kelantan. For 1 week, dia berada di Kelantan untuk lihat apa yang ada di Kelantan.

Untuk seminggu itu, satu perkara yang dia ingin lihat ialah kekuatan solat subuh berjemaah di Kelantan. Untuk seminggu juga, dia melihat, saff solat subuh di Kelantan sangat sedikit, katanya, tak sampai 20 orang.

Sindiran tajam ini ditujukan buat para pendokong dan penyokong Islam, khususnya di Kelantan, adakah ini Kelantan Darul Naim atau Kelantan Darul Naum? Katanya, jika di Kelantan sebegini rupa, bagaimana di negeri lain?

Kalau compare suasana kat Kelantan, bagi saya as orang Kelantan jati, memang better lagi dari negeri lain. Lebih islamik. Tapi bab solat subuh tuuu, no comment... memang sangat lemah lah kan.

Pada pemerhatiannya, saff solat Subuh di Kelantan di masih sangat sedikit bilangannya... jadi bagaimana kita nak harapkan pertolongan Allah untuk menangkan Islam??

Kita nak Islam menang bukan hanya di Kelantan, kita mahu Islam itu mekar di seluruh negara, seluruh dunia. Maka, ayuhlah kita sahut seruan tokoh ulama' dari Arab Saudi ini, beliau sangat mengharapkan pendokong Islam terutamanya untuk menjaga solat subuh. Tunjukkan yang kita mampu mengurangkan tidur kita di waktu malam dan solat subuh berejemaah.

AllahuAllah. Peringatan yang sangat tajam dan berbekas di hati....


notakaki :: Got to bake the cake. Malasnyaaaa tapi kesian kat adik-adik :)

notakaki :: Balik himpunan tu terus pengsan, sorry my dear girlfriend Nur Ashikin, tak leh jadi orang 1st wish birthday :(

Thursday, November 15, 2012

1 Muharaam 1434 H ; gaza diserang

Pagi ini, saat kita menyambut 1 Muharram, saudara seakidah kita jauh di Gaza sana diserang. Saya sendiri, saat dibuai nikmat masa lapang bersama keluarga di rumah, mendapat berita yang umat Islam di sana diserang.




Allah, Allah. Mungkin ini juga peringatan buat diri. Ketika kita bersama keluarga, ada antara saudara kita di Gaza kehilangan ahli keluarga, saat kita menikmati masa lapang, mereka di sana berlari-larian mengelak diri dari di bom oleh Israel laknatullah, saat kita melihat daun-daun gugur dek angin sepoi-sepoi bahasa, saudara kita gugur syahid di medan jihad dengan darah berlumuran di tanah.

Allah.




Hari ini Gaza diserang. Bagi yang tahu, ayuhlah kita berdoa. Bagi yang tak tahu, rasanya anda patut mencari sedikit masa untuk update tentang isu semasa umat Islam. Mereka saudara kita, di Palestin, di Syria, di Rohingya, dan banyak lagi tempat di dunia ini. Jauh mereka dari kita, tapi andai kita cakna dan rasa kesatuan akidah itu, mereka dekat di hati. Kita akan selalu ingat pada mereka, kita akan selalu menadah tangan berdoa buat mereka.

Moga aku ini selalu ingat pada mereka, pada umat Islam yang bermati-matian menegakkan kalimah syahadah di bumi mereka.

Ayuh sahabat, kita amalkan Qunut Nazilah. 

Dalam peristiwa Bir'u Maunah, yang mana pada peristiwa ini, berlakunya pembunuhan 70 orang sahabat yang kesemuanya adalah penghafaz Al-Quran. Rasulullah sangat sedih atas peristiwa pembunuhan para qurra' ini. Selama satu bulan, Rasulullah amalkan Qunut Nazilah atas musibah yang menimpa umat Islam ketika itu.

Jadi, apakata, kita amalkan Qunut Nazilah agar Allah memberi kekuatan pada mujahidin di segenap pelusuk dunia dan memecah belahkan pakatan orang yang ingin mezalimi umat Islam.



Ya Allah 
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka 
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ingatlah, doa itu senjata buat kita umat Islam, bahkan ia lebih tajam daripada mata pedang. Believe it, believe it!

Doa, doa dan berdoalah buat umat Islam, khususnya di Gaza, Syria dan Rohingya, juga tak lupa, buat umat Islam di Malaysia.

Untuk tahu dan update tentang keadaan di Palestin, boleh lah nak LIKE page ni ;


Mereka insyaAllah mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah. Berjuang dan mati demi Islam.Namun, kita di sini bagaimana? Apa pengorbanan yang kita lakukan untuk Islam?


Fikir fikir tirah, cuba kau fikir~~

Monday, November 5, 2012

Kurniakan kami keikhlasan dan itqan dalam menuntut ilmu-Mu Ya 'Alim!


Belajar akan menjadi satu tekanan jika dilihat hanya pada pointer, sudah rasa kenyang bila dapat 'A' walau hakikatnya ilmu hanya pada helaian kertas, habis exam maka berterbanglah ilmu di dada.

Tapi belajarlah dengan berjiwa besar. Belajar kerana Allah. Belajar untuk mengajar. Belajar untuk menjadi pakar dalam bidang 
yang dikhususkan. Belajar untuk ummat. Hasilnya, 'A' akan mengejar kita InsyaAllah.

Akhir sekali, soal pada diri kita. Adakah kita belajar hanya semata-mata menyelesaikan tuntutan atau memenuhi keperluan?


notakaki :: One paper to go :) Parasite oh parasite!

Saturday, November 3, 2012

berpagi-pagian

Update blog. Moga ada manfaatnya dari luahan hati yang tak seberapa ini. Moga Allah redha.

Sesungguhnya, aku akan diuji dengan apa yang aku kata dan tulis di blog ini.


Sebelum tu, eloklah baca artikel ini. SULITNYA BANGUN SEBELUM SUBUH.


MasyaAllah, saya tersentuh lagi dengan kata-kata Ibnu Munkadir yang saya temui dalam artikel ini :

“Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal iaitu qiamullail, bertemu dengan saudara-saudara seiman dan solat berjemaah.”


Seperti biasa, dalam pukul 5 pagi, alhamdulillah, akan tersedar dari tidur. Nikmat. Ini nikmat yang Allah bagi. Kena hargai. Kalau dah tersedar, terus kena bangun. Jangan bermalas-malasan. Apa yang aku pegang, "You snooze, you loose".


Pukul 5.33 pagi, azan Subuh berkumandang dari handphone kesayangan. Terus kejut semua roomates macam biasa. Tak nak bergegas ke surau lagi, decide untuk turun lambat sikit. Jadi, baca Quran semuka dua.


Bila turun surau, saya expect orang dah solat. Tapi, surau masih gelap. Di mahallah saya, ada 2 surau, satu surau atas, satu surau level paling bawah. Surau level paling bawah tetap menjadi pilihan hati :)


Sedih la jugak, bila tak ada orang langsung, walau dah decide turun lambat sikit dari azan. Tunggu sorang-sorang dalam surau tu. Last sekali, memang tak ada orang langsung. Sedih sangat. Sedih yang teramat. Nak nangis je rasa. Benda ni bukan berlaku sekali dua, banyak kali jugak pernah berlaku.


Berhusnu dzon. Mungkin ramai yang solat Subuh berjemaah dalam bilik dengan semua roomates kot kan......


Memang bukan mudah nak bangun awal, nak bangun pagi. Solat berjemaah tepat pada waktu, lagi-lagi solat Subuh. Saya pun, bukan hari-hari bangun awal. Selalu jugak lepas azan Subuh baru bangun. Normal la, manusia kan. Bukan hari-hari solat di surau. Bukan nye orang baik pun saya ni, tapi berusaha untuk jadi orang yang lebih baik. Saya bukan orang hebat, tapi mahu jadi orang yang hebat buat Islam.

Teringat satu kata-kata yang memang saya akan ingat sampai bila-bila. Islam tak akan menag dan mencapai kegemilangan andai jumlah orang yang solat Subuh tak menyamai jumlah orang yang solat Jumaat.


Biasanya, kat surau ni, yang solat subuh pun pernah lebih dari 20 orang :( Sedih sangat-sangat.


Mungkin la orang rasa tak penting bagi mereka untuk solat Subuh di surau, bagi muslimat la kan. Mungkin lebih selesa untuk solat di bilik. Sebab bagi muslimin memang sah-sah dianjurkan untuk solat berjemaah di masjid.


Tapi bagi saya, satu kemegahan jika dapat berkumpul beramai-ramai untuk solat. Satu kebahagiaan bila solat bersama-sama dan menadah tangan berdoa bersama-sama. Satu keceriaan bila dapat bersalam-salaman bersama-sama jemaah selepas solat.


Waktu yang paling bahagia, waktu Subuh. Dengan suasana yang aman damai itu, memang membahagiakan.


Jangan pernah kita jadikan alasan 'busy meeting' dan 'tidur lambat semalam' sebagai sebab untuk kita tak boleh bangun awal pagi dan solat Subuh berjemaah seawal yang mungkin.


Teringat dalam satu ceremah dari seorang ustaz, yang menceritakan apa yang diceritakan oleh Ustaz Nik Abduh, anak Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Katanya, TGNA balik rumah dalam pukul 2 pagi lebih, dek kerana kesibukan berjuang buat ummah. Masa dalam pukul 3, baru nak bersiap untuk tidur. Dan bila Ustaz Nik Abduh bangun untuk qiamullai pada paginya, dalam pukul 4 pagi lebih, TGNA sudah pun di atas tikar sejadah mengalunkan bacaan Quran.


Subhanallah, betapa hebatnya para ulama'. Mungkin ini mustahil untuk kita, tapi sekurang-kurangnya, kita bangun seawal yang mungkin untuk solat Subuh. Kata pejuang agama, tapi solat Subuh... hmmm...


Sekadar pandangan dan luahan hati dari insan yang hina.



notakaki :: Berfikir banyak kali sebelum tekan 'publish'. Akhirnya, tekan jugak. Moga Allah redha....


notakaki :: Moody pagi ni pun sebab ni la....

Friday, October 12, 2012

berdakwah pelbagai cara

Entahlah, tak tahu apa sebab saya letak tajuk seperti yang di atas.

Bagi saya, berdakwah ni banyak caranya, mungkin mengikut peribadi si pendakwah itu sendiri bagaimana dia nak membawa agenda dakwah dalam setiap perlakuannya.

Ada terbaca satu komen di blog ni, entahlah, ia seakan mengetuk pintu hati saya untuk berkongsi. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya tak penting, tapi bagi saya, ada perkara yang dapat saya ambil ibrah.

Dalam berblog, punyai blog dan kendali blog, setiap orang punya cara bagaimana untuk menarik hati si pembaca dan mengetuk sedikit demi sedikit hati si pembaca. Mungkin bagi kita, simple, tapi bagi orang lain, ia sangat berharga.

Dalam berblog, terkadang ada tohmahan yang mendatang. Mungkin ada yang tak setuju dengan cara kita menulis dan berkongsi cerita dan juga gambar. Bagi sesetengah orang, it's ok for them to share the picture and the stories about their families. But for others, mungkin mereka rasa itu privacy. Cumanya di sini, kita jangan senang-senang dan mudah-mudah condemn orang dan judge orang.

Setiap orang punya cara masing-masing. Dan selagi ia menepati syariat dan tak salah di sisi agama, teruskan dengan cara dan pembawakan kita.



Ini yang terkeluar dari hati saya bila saya baca komen di bawah ini ;


" Salam perkenalan sis.. Btw,I used to be ur silent reader but guess skrg da no longer silent la yek sb I dropped a comment ;) sy da bce blog akk lame.since zmn undergrad dkt Msia until now am in Sydney doing my postgrad.well,I personally think u shouldn't stop writing.akk mgkn rse akk tidak 'memberi' spt yg spatutnye but believe me u did tho u didnt realize.i personally love seeing u wearing hijab yg labuh.i always had this kind of feeling 'cantiknye this sister with such hijab'.mybe muke akk yg babyface buat sjuk mata memandang plus cara bpakaian yg insyaallah I believe mengikut piawaian menutup aurat yg sepatutnye.i must say am not wearing hijab and perhaps am typical modern type woman yg lost dlm arus fesyen.i admit am way far from the right path but u somehow inspired me to change.of course there's a lot of other factors buat sy rase sy perlu brubah but again u're between people yg buat sy rse indahnye,cantiknye klu sy jgk berpakaian spt mana akk.well,I dunno how is it for others tp u ''gave" me such inspiration.sape tau mgkn indirect inspiration ini akn buat sy bnr2 berubah.sy tdk bmksud utk menghamparkn pujian but I just wanna show u how u actually telah 'memberi' tanpa akk sndr sedari.mgkn nmpk kecik and remeh tp bukankah berpesan kpd kebaikan itu hatta sdikit sgt dituntut? ;) be strong sis.smg blog ni xditutup.and ohh,I love reading ur entries ttg kerenah ur kids.they're lovely!rase terhibur bce crita anak akak time kpala rase tepu mngadap journals.hehe. "

Secara jujurnya, saya sendiri pernah kenal orang yang sebelum ni tak pakai pakaian menutup aurat pun tapi disebabkan baca dan melihat gambar-gambar di blog yang si bloggernya menutup aurat, sedikit demi sedikit dia menutup aurat secara total sekarang. 

Sia-sia je orang yang mengata di belakang, dalam masa yang sama, orang tu dah bawa perubahan pada diri orang lain. 

Di sini nak cakap, setiap orang ada niat masing-masing. Bila kita nampak si blogger yang post gambar family atau diri sendiri (yang menutup aurat), jangan pula kita yang mudah mengata. 

Selagi ia bertepatan dengan syariat dan tak menyalahi agama, teruskan. Itu yang saya pegang.

Ini sekadar pandangan yang daif dari saya. Sekian. 


notakaki :: Buat akak, sori trah ambil komen di blog akak. Entah kenapa, terkesan.

Friday, October 5, 2012

cerita pilihanraya kampus uia

Sepatutnya petang ni ada lab Anatomy tapi lab cancel. Jadi bercadang nak update blog sebab hujung minggu  macam busy je (macam la wajib kan update blog...). Post hari ni dibuat khas untuk Kak Nadiah yang berada jauh di Lincoln sana, yang nak sangat tahu cerita pilihanraya kampus di UIA, khususnya di UIA Kuantan. 

Kak Nadiah ni saya kenal melalui blog je, tapi rasa sangat dekat dengan dia. Nanti bila hubby akak dah habis study kat US dan dah balik sini, kalau panjang umur, nanti kita jumpa ye kak :)

Alhamdulillah, UIA Kuantan menang besar. Menang di sini bagi saya, pimpinan SRC tahun ini bakal diduduki oleh mereka yang ada fikrah Islam dan bagi saya, saya yakin mereka mampu membawa agenda Islam dalam setiap program yang mereka bakal laksanakan. Saya juga yakin mereka mampu mencorakkan UIA Kuantan ini ke arah universiti yang berbeza dari 'typical university' di Malaysia ni. 

Us, during the voting day session. Semua pakai hijau haha

2 Oktober 2012. PRK kali yang ke-2 buat kami warga UIA, Gombak dan juga Kuantan.Tarikh yang penting dan keramat buat saya. Pagi tu kan, masa nak bertolak pergi mengundi di Grand Hall, berdebar semacam je. Tak tahu la kenapa.

Alhamdulillah. Dapat juga merasa manual voting instead of e-voting yang dibuat minggu yang sebelumnya. Macam nak mengundi PRU je rasa.

Ada beberapa sahabat yang ditugaskan untuk jadi wakil calon, ini memang ditetapkan oleh pihak UIA. Calon boleh pilih kalau tak silap 5 orang je wakil, untuk pastikan sistem pengundian berjalan secara lancar dan BERSIH. Pilihanraya kampus pun, ada jugak manipulasi dari sesetengah pihak, tak tahu la kalau PRU kan, Kat UIA tak tahu la ada ke tak, tapi untuk langkah berjaga-jaga, wakil-wakil calon dan uga pimpinan SRC yang lepas memang sangat alert dan bekerja dengan tekun sekali hari tu. Serius betul muka diorang, tak senyum pun.

Untuk kuliyyah saya, ada 3 calon. Alhamdulillah, calon feveret saya menang. Sorang tu budak DQ, orang cakap memang dia bagus dan sangat mesra rakyat ok. Sorang lagi tu, akak naqibah saya. Sah-sah dah saya akan undi dia :)

Masa tamat mengundi pukul 5. Petang tu, ada sahabat ajak ke Grand Hall untk tengok proses pengiraan undi. Ramai jugak yang datang. Berdebar je masa tengok proses kiraan undi tu berlangsung. Sebelum Maghrib, kami dah tahu keputusan untuk beberapa kuliyyah. Selepas Maghrib, dah tahu semua keputusan kuliyyah yang bertanding. Alhamdulillah wa syukurillah :)

Counting session

Pukul 8 lebih, dijadualkan untuk pengumuman keputusan PRK UIA Kuantan 2012. Keputusan di Gombak agak lewat, mungkin disebabkan bilangan student lebih ramai. Balik bilik, alhamdulillah dapat tahu keputusan PRK di UIA Gombak.

Suasana tika keputusan diumumkan

Untuk keputusan yang full, saya listkan di bawah ni. Untuk Kuantan sahaja :

Dentistry
Najibah Kazmin
Faiz

Sciences

Fathi Salleh
Alyaa Zahra Ahmad Fadzil

Pharmacy

Zulhilmi Razali
Farah Atiqah Husni

Allhs
Razani Azmi
Aida Noorsyuhada Zuraidi

Nursing

Nuur Asyrafuddin
Fatimah Mohamad

Medicine
Ahmad Syahid Ibrahim
Hanis Abdul Rani



Mereka inilah yang bakal memimpin UIA Kuantan buat setahun yang akan datang! Tahniah dan takziah buat mereka.

Perancangan Allah itu Maha Hebat. Ada sesetengah kuliyyah, yang rasa calon yang nampak Islamik ni tak mampu menang, tapi Allah beri juga kemenangan dan tanggungjawan memimpin ini pada yang layak. Tugas memimpin ni bukan mudah, dan kita yang ingin memberi undi ni pun, undilah calon yang selayaknya yang mampu memimpin kita semua ke arah yang lebih baik.

Sujud syukur selepas menerima kemenangan. Di Gombak.

Al Qawiyul Amin. Kuat(cerdas) dan amanah. Begitulah ciri pemimpin yang ditetapkan dalam Islam.

Pagi masa hari mengundi tu juga, kami geng Biomed ada photoghraphy session di masjid yang tersergam indah ni. Inilah hasilnya :) :)

Errk, actually, sebab ni la kami pakai bau warna hijau ye. No other reason :)


Petang ni ada talk Dr. Zakir Naik! Tak sabar nak pergi. Adik saya pun ada jugak share input yang dia dapat masa talk Dr. Zakir Naik masa kat Shah Alam. Best friend pun ada cerita pasal talk Dr. Zakir Naik di Shah Alam. Serisu tak sabar nak pergi dan dengar secara live ceramah dia yang sebelum ni tengok di You Tube je.


notakaki :: Kalau PRK pun saya rasa sangat lah penting untuk kita beri undi (tak tahu la kan kalau ada orang rasa tak penting), PRU, lagilah penting kan. So, sesape yang tak daftar ngundi lagi tu sila-silalah ye daftar. Tak guna bersemangat tapi nak bagi undi pun tak boleh. Rasanya sempat lagi koooot....

Monday, October 1, 2012

beautiful promising Monday


Random post :0
Such a beautiful promising Monday. Let's be happy and grateful for all the wonderful things that we have because insyaAllah we'll gain more of that. Be positive. I know I'm going to love today. SMILE.
Not to forget, it's the first day of October :) (cepatnya masa berlalu, nak masuk umur 22 dah)

Today, we, Biomedical student will be having the very first quiz for this semester.  Human genetic. A tough subject but definitely i can score this paper (it's not bragging, but it's about to be positive).

Semalam kan, ada orang bagi tazkirah, berkenaan POA untuk gapai MARDHATILLAH. POA tu, bagi sesape yang tak tahu, ialah Plan Of Action. Mardhotillah, redha Allah, memang itu tujuan setiap dari kita kan.

Kalau kerja ke program ke, kita bersungguh je rangka dan laksanakan POA ni. Tapi, tak ramai yang nak rangka dan laksanakan POA untuk gapai MARDHOTILLAH. Adakah sebab kita tak bersungguh? Hmm hmm ask yourself.

Saya dan sahabat yang mencintai Allah dan Rasul (insyaAllah) ada plan 4 target yang ingin dicapai (bukan setakat sem ni, tapi buat selamanya). It's a bit tough for me. Yelah, kita ni bukannya baik sangat tapi apa yang kita perlu tanamkan dalam diri ialah untuk jadi 'a better person' than before.

Pepagi buta buat benda ni dan tampal kat board depan meja. I believe in myself that i can do it, everyday (positive positive) :)


Tersentak dengan satu hadith Rasulullah....

 Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yang beruntung.
Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka. 

Moga kita termasuk dalam kalangan orang yang beruntung. Ameen.

Pagi ini juga terbaca status FB Ustaz Mustaffa Kamal yang menyentuh hati sanubari ini ;

Buatlah kebaikan dalam kehidupan kita dan berpalinglah (jangan hiraukan )perkataan manusia terhadapmu kerana pasti ada manusia membencimu walaupun kamu banyak melakukan kebaikan.Buatlah kebaikan kerana Allah dan jangan marah kepada orang yang membencimu kerana itu adalah ujian terhadapmu.


RE-ELECTION! TOMORROW IS THE DAY. LET'S VOTE THE RIGHT CANDIDATES. DON'T FORGET TO CHOOSE TWO OF YOUR FAVORITES CANDIDATES OK!

Saturday, September 29, 2012

HURRAY!

HURRAY!

Heals Ukhuwah and Reacreational Day.

What an awesome day :)

Selari dengan namanya, hari ni memang berukhuwah habis dengan warga KAHS (Kuliyyah of Allied Health Sciences), especially, adik-adik 1st year.

Kalau minggu lepas saya dan beberapa orang adik-adik 1sy year ke TC (Teluk Cempedak), kali ini Sport Complex UIA Kuantan menjadi tempat kami menjalinkan ukhuwah :)

Malam sebelumnya, ada Pre-Hurray. Masa ni kami diberi masa untuk siapkan bendera kami dan juga discuss untuk cheers. Malam tu best, sebab dapat warnakan kain rentang tu. Lama dah tak mewarna ni.


Esoknya, bermulalah HURRAY yang dinanti. Sampai je kat Sport Complex tu, lagu horay horay bergema. Best jugak lagu ni. Kira ni lagu tema HURRAY la.

Kalau untuk tahun lepas, saya ahli kumplan merah, kali ini beralih ke kumpulan biru, PEACOCK! Satu group pakai baju biru. Comel je.

Gambar kat bawah ni adik-adik bawah jagaan saya. Bagus betul saya ni kan nak jaga adik-adik padahal kat rumah tu ramai lagi adik-adik hehe.


The best part is, our group won the 2nd place and the best marching (apa yang best pun tak tahu, marching tu last minute punya je). Saya dan Syafiq dua kali naik stage ambil hamper. Seronok betul dapat hamper.


Lepas bergambar bersama geng Peacock, tiba masanya untk bergambar dengan semua 2nd year yang hadir.


Last sekali, bergambar dengan geng Biomed. Ramai je yang datang tapi mostly committees, jadi diorang a bit busy sampai tak hiraukan langsung kitorang dok memekik nama diorang dari jauh.


Banyak betul games yang ada, mostly saya main. Penat betul. Tapi yang penting, sangat happy dapat berukhuwah dengan adik-adik dan kawan-kawan.

Friday, September 28, 2012

perlu ke ambil kisah?

25 September 2012. Hari dan saat ini, sepatutnya kami mahasiswa UIAM sudah mendapat tahu siapakah bakal pemimpin kami. Saya dan beberapa orang sahabat ke Banquet Hall petang itu, sanggup meredah hujan (naik kereta tapi kena hujan jugak, basah habis baju) semata-mata nak tahu keputusan. Kami sampai dalam 6.20 petang, majlis bermula pukul 6.00 petang lagi. Jadi, nervous la jugak kan kot-kot dah habis ke. Tapi, bila sampai di sana, nothing happened. Maka menunggulah kami akan keputusan yang dinanti.

Pukul 7.00 malam. Masih lagi menunggu. Dalam 7 lebih, kami disuruh untuk solat. Maka, masjid UIA yang tersergam indah itu kami jejaki untuk tunaikan solat Maghrib. Kawan pesan, jangan lupa solat hajat.

Sampai di Banquet Hall pukul 8, menunggu dan menunggu. Maka tibalah masa yang dinanti. Dato Dr Mizan Hitam berucap, disangka beliau ingin mengumumkan keputusan tapiiiiiii........... RE ELECTION!


Mungkin keputusan yang diperoleh tak seperti apa yang dirancang barangkali. This is now getting interesting.


Ya, ini pertama kali aku mengundi. Dan, tahun ini juga, masalah berlaku. UIA dah mengamalkan sistem e-voting bertahun lamanya, tapi pelik, tahun ni muncul masalah ini secara tiba-tiba dan seolah ada dalang di sebaliknya, alasannya, "incomplete encryption process". Maka, kami di UIA, kena turun untuk mengundi buat kali yang kedua. Dalam 2 minggu, 2 kali turun mengundi. Hmm hmmm..


 

Jadi, marilah mengundi sekali lagi ye 2 OKTOBER 2012, SELASA ini.


Ada juga yang tanya, kenapa kecoh-kecoh sangat nak tahu tentang PRK ni. Satu je jawapan yang saya dapat bagi. Saya sayang UIA. Saya tak nak UIA jatuh ke tangan mereka yang tak mampu untuk hidupkan biah solehah di UIA. Pernah dulu UIA dimenangi oleh mereka yang tak faham agama dan tak ingin laksanakan Islam dalam kepimpinan mereka, nak tahu apa jadi pada tahun tu? Konsert sana sini, program dakwah terkubur, biah yang langsung tak islamik. Nak ke tahun yang mendatang, itu natijahnya buat UIA yang tercinta ini?


Oklah, rasanya elok juga kita tengok apa pandangan orang yang dah berjaya dalam hidup merek. Yes, one of my idol is Prof. Dr Muhaya. Marilah kita tengok apa pendapat wanita berjaya ini.



PERLU AMBIL KISAH KE ISU POLITIK / PRK ?

Soalan:

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya, dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berk
aitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.

Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.

Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.

[ Dipetik dari Buku PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB ]

Walau perlu Re-election atau apa, kuasa mengundi, dan memilih pemimpin terletak di tangan kita. JOM JALANKAN KEWAJIPAN KITA!!

Thursday, September 20, 2012

prk oh prk


Alhamdulillah, tadi selesai sudah sesi mendengar manifesto daripada calon-calon untuk Kuliyyah of Allied Health Sciences. Di UIA Kuantan ni, banyak tarikh yang penting yang berlaku dalam 2 minggu ini.

19 September 2012 - Nomination Day (tak sempat nak pergi)
25 September 2012 - Election Day

Bagi saya, mengundi tu sangatlah penting. Sama pentingnya dengan kita memilih calon yang selayaknya untuk memegang amanah yang berat itu. Jangan buat endah tak endah je taw bab mengundi ni. Penting sangat. 

Bayangkan kalau kita buat-buat tak tahu dan tak nak mengundi, tiba-tiba kepimpinan di universiti kita dapat pada mereka yang tak nak laksanakan agenda dakwah dalam kuliyyah kita. Lama-kelamaan, matilah budaya Islam dalam kuliyyah kita yang tercinta ni. Tak nak kan? Masih sayang pada UIA yang terkenal dengan biah solehahnya kan? Jadi, jom lah mengundi ye.

Tapi, pastikan pilih calon yang betul. Calon yang kita rasa mampu hidupkan budaya Islam di kuliyyah kita.

Untuk mereka yang bukan bergelar pelajar UIA, rasanya, setiap universiti memang ada pilihanraya kampus untuk kuliyyah / fakulti masing-masing kan, Jadi, kenalah turun mengundi jugk ye!

Saya dah punya 2 calon favourite untuk diundi, anda pula bagaimana? :)

Saturday, September 15, 2012

konvoi raya geng biomed

Hari ini sangat best. Walau hari ni letih dengan kelas pagi start pukul 8 sampai la lab habis petang tadi, malamnya memang sangat best :)

Malam 14.09.2012, kami geng biomed berkonvoi 8 buah kereta ke rumah cik Raihan yang ayu dan jelita yang bakal berkahwin bulan 11 ni. So, ni kira gathering dia dan kawan-kawan sebelum dia mendirikan rumah tangga la, sambil-sambil kenal rumah dan family dia.

Jamuan raya ni memang best! Geng biomed ni memang sangat sempoi la. Maaf jugak yer kawan-kawan sebab tadi lambat sikit hehe. Baiknya hati korang tunggu sampai diri ni siap.

The girlssss

The boysss

Sisters semua makan dalam rumah, brothers makan di luar, ye lah, takkan nak campur skali kan, dah la sisters ni ramai. Memang riuh rendah rumah tu, sorry mak cik dan pak cik kami ni memang bising. Diorang ni memang bising, makan bising, ambil gambar bising, ambil makanan bising, tidur kot baru tak bising. Tapi makanan yang mak cik masak memang sedap la :)

Di rumah Raihan, bercerita dan bersembang mengenai persiapan kahwin. Huu, seronoknya nak kahwin haha. Hujung tahun depan sorang lagi geng biomed ni bakal kahwin, insyaAllah. Kalau jadi, berkonvoi ke Johor la kami ni.

Hari Ahad, kami insyaAllah akan beraya di rumah seorang lagi geng Biomed dan 2 orang lecturer, Dr. Norafiza dan Dr. Munirah. Tapi tak tahu dapat join ke tak, sedihnya :(

Bestnye ada kawan-kawan sekelas yang memang sempoi habis ni :)

Ok lah, just a short update. Got many things to do. May Allah ease me :)

Friday, September 14, 2012

getting started



I remembered that my kakak usrah once told us, the top ten lists on what most of the people around the world afraid of. My kakak usrah is really a great speaker in front of public. She's very confident and her English is so great. Huuu, i'm proud of you sis!

And you know what, the fact really shocked me, but i am totally agree with it.

According to most studies, people's number one fear is public speaking. Number two is death. Death is number two. Does that seem right? Hmm, hmmm, you can start mumbling.

This study is conducted among the non muslim, but, it seems right. Looking to myself, i am totally agreed with this statement. But still, as a muslim, DEATH is something that we afraid of (yelaaa, amalan tak banyak, sumbangan untuk Islam pun seciput je, kena tanya dalam kubur nanti nak jawab macam mana). People do really afraid of talking in front of public, and of course, i am one of them.

Most of us live with this fear throughout our lives. Being an underrated skill we fail to get proper guidance to overcome our stage fright. 

Nothing happens until you take action. You must take action, and, in most cases, the sooner the better. It is good to become a Muslim that can proudly and confidently speak at the front and talk about Islam in front of people (i wish i can be one of them).

I remember my brother told me, to be good in English and speaking fluently and confidently in English, make a habit to always listen to the Islamic lecture in English. And, most importantly, practise speaking in English. Now i know why he keeps on listening to all those stuff. Kadang ter'amazed' jugak dengar adik-adik kakak ni speak very fluently in English padahal kat rumah cakap kelate pekat je. Kakaknya pun merangkak-rangkak nak speaking bagai.

It is also 'ok' to listen the song given by the singers from the overseas, but the options are limited. Kononla tak nak dengar lagu orang putih yang merapu bagai tu kan sebab nak jaga hati hehe. Tapi jarang-jarang dengar jugak lagu tu semua.

This is what crossing in my mind right now. Speaking to myself, just be confident with yourself. Successful people do make mistakes at the beginning. It is ok to make a mistake dear.

Before i end, i would like to share a story that inspired me a lot. Tak salah kan cedok pengalaman dari non-muslim as long as it benefits the Muslim.

Semua mesti pernah makan KFC kan? Tak kisah la maca kecik dulu-dulu ke. Nama founder KFC ni ialah Colonel Harlen Sanders. Sebelum resepinya diterima orang, dia telah menerima lebih 300 REJECTION daripada masyarakat sebelum dia jumpa orang yang benar-benar ingin menerima resepinya.

Because he REJECTED REJECTION over 300 times, there are now 11,000 KFC restaurants in 80 countries around the world. Amazing story right? :)

So, don't be afraid to get started in every single thing that you do, and if people rejects you, it is a good news. Try to just REJECT THE REJECTION by trying to be a better Muslim than before.

Just remember that, the secret of getting ahead is getting started.

Maafla ye, merapu sikit hari ni. Just nak bercakap dengan diri sendiri, mungkin ada ibrah walau tulisan ni lintang pukang :)

Haaa, lupa nak pesan, hari ni hari Jumaat so jom kita baca Surah Al-Kahfi dan banyakkan selawat ni. Selamat beramal!


notakaki :: Good luck to all! :)


Tuesday, September 11, 2012

tahun 2



Permulaan sem yang sungguh baik. Malam sebelum bermula semester baru, melawat bilik adik-adik, ikut kawan-kawan je la. Seronok bercerita dan mendengar cerita adik-adik. Baik betul kan kakak-kakak ni nak melawat bilik adik-adik ni hehe.

Hari ini, bermula kelas Human Genetics. Kelas 2 jam yang sungguh padat dengan ilmu yang baru, Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Betullah kata orang, bila makin belajar ni, kita akan rasa semakin kecil diri kita, betapa kita ni sangat hina segabai makhluk Allah dan betapa hebatnya Allah.

Awal sem ini, ramai lecturer di Kuliyyah Allied Health Sciences ni menyambung PhD, kiranya, ramai jugak lecturer baru yang menggantikan mereka.

Awal sem ini juga, suami kepada lecturer saya yang dulu pernah mengajar saya Molecular Biology, yang juga lecturer di Department Of Biomedical Sciences, menyambung PhD yang kedua di France, dan isterinya (lecturer yang ajar saya la) juga akan turut menyambung PhD yang kedua tahun depan. Seronok kan :)

Pernah dulu bercakap one to one dengan lecturer ini, bertanya mengenai masa depan sorang pelajar Biomedical Sciences, katanya, usah risau, peluang cerah menanti di hadapan. Dia dulu, juga pelajar Biomedical Sciences di UKM, sama seperti suaminya, dan sejurus selepas grad, mereka berdua menyambung Matster dan PhD ke Sweden.

Ya, itulah juga impian aku. Belajar itu memang perit. Belajar untuk mencintai sesuatu yang kita tak kenal itu juga perit, dan sebab itu jualah, kita kena banyak berusaha untuk lebih mengenali dan mencintai perkara itu sepenuh hati kita, kerana kita tahu, itulah takdir yang ditetapkan olehNya buat kita.

Dan, belajar untuk tidak menyesal dengan masa lalu dan mencipta sesuatu yang boleh diri sendiri banggakan di masa hadapan, dan paling penting, jadi orang Islam yang hebat!

Sekadar berkongsi cerita.

Mohon doa ye wahai pembaca budiman, moga Allah permudahkan urusan dan juga cita-cita saya :)

"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"

Selamat memulakan semester baru ye adik-adikku sayang dan sahabat-sahabatku sayang

^^,


notakaki :: PRK dah tak lama dah, 25 September ni dah. Kot-kot la ada ulat buku yang tak tahu PRK tu apa, PRK tu Pilihanraya Kampus. Rasanya serentak seluruh Malaysia. Jadi, jangan lupa hak anda sebagai pengndi k! Menteri Pengajian Tinggi kata, UIA ni termasuk dalam universiti yang harus diberikan tumpuan kerana sangat bermasaalah, selain UKM, UM dan UPM. Kenapa ye? huu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com