Tuesday, December 29, 2009

out...cosmos

Happy..happy...
happy sgt hari ahad ari tu
coz all 12 of my classmates (except fusa coz family fusa dtg kl, jauh dari terengganu)
keluar pergi jalan-jalan kat cosmo,
erk, i mean main kat sana la...
actly, it was my 1st time went to cosmos world..
coz b4 ni kalau ak pergi times square pun ak just tgk2x dgn perasaan jeles org tgh maen mainan yg available kat cosmos tu..
dan tanggal 27/12/2009, dgn rasminya ak menjejakkan kakiku ke cosmos theme park..
oh, sungguh bahagia...
erm, malas nak tulis pepanjang..
tapi hari tu mmg best, pergi pukul 11, balik uia pukul 7, dekat nak maghrib kot
(ishh, apela anak2x dara sekalian...)
dan, ari tu jugak ak beli handbag baru (xceli it was my 1st handbag)
ni semua gara-gara emalah, dia cakap yg ak ni patutnya dah ade handbag daa..
so, setelah round satu ts tu, ade la satu tg berkenan di hati, then, ak pun belila..
tapi, masa kat cosmos tu, ak main sikit je game, sebabnya ak senang sgt pening kepala, adoai~
bu, i'm happy to see my friends happy...
game yg paling ak benci ialah DNA MIXER..oh, i really hate that game..
mmg jadi musuh ak selamanya lah game ni..
ntah ape2x la, adeke benda ni buat ak pening sampai nak termuntah ak dibuatnya..

oklah, nak pergi solat dulu...ak pun nak study dah lepas ni, ingat, enjoy. enjoy jugak, study jgn dilupa yerr...

enj0y d pics ya!

.. mereka ..

faddy,ko tembak ape tu?


Saturday, December 26, 2009

spineless muslims

Alhamdulillah, ari ni ak dah abis semua paper untuk mid sem untuk 2nd sem, tingal je lagi paper untuk final pulak. Ak harap dapatlah ak skor utk midsem ni. So, boleh la menambahkan carry mark ak, then, pointer sem ni pun harapnya tinggi dari sem lepas. INSYAALLAH.

Ok, ari ni internet kat sini buat hal. Ak sgt x suka. Dahla ak baru abis exam ni, x kan nak suruh ak study kut~~..So, dgn semangatnya ak pun pergi la merantau pinjam br0adband, YES! dapat jugak akhirnya...thank sis!!

Then, bila bukak tenet ni byk la laman web yg ak bukak. Facebook of course..hehe..dan juga feveret ak, ILUVISLAM, HILAL ASYRAF, USTAZ ZAHARUDDIN, UMMU HUSNA dan byk lagi la. Kira borong la ari ni, ak bukak semua.

SPINELESS MUSLIMS. Agak terasa jugak bila ak dgr ceramah yg Ahmed Debat bagi ni. Rasa macam ak ni x laksanakan tanggungjawab ak yg sebenar pd agamaku yg tercinta. Mulalah rasa kurang sgt diri ni bila nak dibandingkan dgn org lain yg istiqamah dalam menegakkan Islam. Tapi ak???

Tapi, ak harap, aku akan berusaha walaupun hanya sedikit usaha ak itu. Teringat kisah seekor burung yang berusaha memadamkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim. Kalau kita lihat, amatlah mustahil utk burung ni memadamkan api itu dgn hanya menggunakan paruhnya dek kerana amat sikit kuantiti air itu jika dibandingkan dgn unggun api yg besar itu. Tapi, apabila ditanya, burung itu lantas menjawab bahawa biarpun usahanya hanya sedikit, namun, dia takut jika ia dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.Jadi, walaupun usahanya hanya sedikit, namun ia telah berusaha sedaya mampu untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim.

AMAR MA'RUF, NAHI MUNKAR!!! Tanggungjawab bersama!!!
**cam iklan je, tp, serius ni**

p/s:
~ esok 10 Muharram, Hari Asyura...Selamat Berpuasa Sunat ye!!!

~ esok nak pergi Cosmos World...yippi33x..

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

oOwwh..lama sudaa ak tinggalkan encek bl0g ini..sori ye encek..sy sayang kamu..cuma..ak sgt bahagia sekarang, lagipun, ni ak baru balik trgganu ni..x sempat nak jenguk encek...

ok..oK..

Masih x t'lambat rasanya utk ak ucapkan Salam Maal Hijrah untuk sahabat seagamaku sekalian...

Sama-samalah kita renungi pengorbanan hijrah Rasulullah dan para sahabat demi untuk menegakkan agama Islam yg tercinta ini..


Sahabat, jgn kita hanya tahu apa itu Maal Hijrah, tapi hayati maksud tersirat di sebaliknya..

Kita sbg umat Islam harus berkorban untuk berhijrah untuk berpindah drpd bentuk negatif yg ada dalam diri kita kpd bentuk2x positif yg selaras dgn Islam...

Ak juga manusia biasa yg punya banyak sifat negatif dlm diriku. Apa yg ak harapkan, segala sifat negatif itu akan diubah kepada sifat positif..Insyaallah...

Ak juga punya azam...satu azam yg akan ak buktikan pada semua yg ak boleh lakukannya..dan ak harap segala apa yg ak lakukan adalah lillahitaala, agar segala keringat ak ak keluarkan akan dikira sbg ibadat, bukan keringat yg sia-sia....

Ya Allah, hanya Engkau yg mengetahui apa yg terbuku di hati ini..

Ak harap sempena tahun baru ini, ak akan menjadi insan serta hamba yang lebih baik dari segala segi, duniawi mahupun ukhrawi...AMIN...

psst: happy birthday to faddy and my little brother. hope both of u will succeed in your life now and hereafter...

Wednesday, December 9, 2009

Study trah..study...

Honestly, i'm not in a mo0d of blogging rite now....

Minggu ni ak agak 'down', malas sangat nak study. I don't know the reason why. Maybe sebab ak baru abis 3 paper dalam masa 2 hari kot. Tapi, itu bukanlah satu alasan yg munasabah untuk ak x nak study. Tadi, masa kelas mat tadi, ada sesi tazkirah before madam start lecture. Tazkirah ni disampaikan oleh salah seorang classmate ak, juga seorang budak DQ (darul quran), kak jaja. Then, dia pon bagila tazkirah. Tazkirah ni pasal Muslim Ilusi vs Kafir Realiti. Ak pun actly pernah baca article ni kat laman web iluvislam. Tapi, explanation yg kak jaja bagi agak jelas dan membuatkan ak lebih faham akan perkara itu. Kak jaja cakap yang ciri-ciri orang Islam sekarang x sama dgn ciri-ciri org Islam dalam Alquran. Dalam Alquran, antara ciri-ciri org mukmin yang berjaya ialah orang yang mengikut segala syariat yg terkandung dalam Alquran itu sendiri tanpa mengabaikan kepentingan duniawi dan ukhrawi.

Dalam surah Al-Mukminun, banyak ciri2x orang mukmin yang telah Allah gariskan kepada kita, umat Islam. Tapi, seramai mana umat Islam hari ini yang mengikut segala apa yang telah Allah gariskan? Sebab tu umat Islam hari ini lemah, dari segi kejayaan di dunia mahupun kejayaan yang relate dgn akhirat. Contohnya**umi sokmo wi contoh ni**, kalau dilihat dari sudut seorang pelajar, dahlah gagal dalam pelajaran, means that benda ni akan menyumbang kepada kegagalan future seseorang pelajar itu, pastu, tinggal solat pulak, dapat dosa, jadi, sah2x akan dapat balasan Allah di alam barzakh mahupun di akhirat sana. So, kehidupan dunia dan akhirat GAGAL. Ak takde la cakap ak ni seorang yang pelajar yg amat, amat, dan amat cemerlang dari segi pelajran mahupun sahsiah. Tapi, one ot the reason ak post entry ni pu sebab ak x nak ak lalai melaksanakan tanggungjawabku sbg seorang pelajar Islam. Ak juga punya harapan untuk berjaya dunia dan akhirat. INSYAALLAH. **Uish, panjang pulak cerita, cakap x de mo0d tadi**


Ok, lepas kak jaja bagi tazkirah, madam pun add la sikit apa yang kak jaja cakap tu. Madam cerita la pengalaman dia masa belajar kat UM. She said that 90% of her classmates are chinese. Madam cakap masa 1st day lecture, diorang dah siap photocopy all past year punya exam questions. Hello, its the 1st day of lecture ok. Tengok, betapa semangatnya mereka nak tuntu ilmu. Amatlah berbeza sekali dgn budal melayu yang agak layu. Actly, they are not naturally born genius, but they really word hard to get what they want. So, they deserve it right. Then, ak pun mulala start compare dgn diri ak. Ak ni agak x konsisten kerajinan ak. Kalau ak dalam mo0d rajin, ak kan terperaplah dalam bilik study tu buat beberapa jam lamanya, tapi bila ak dalam mo0d malas, facebook n tidur la sahabat setia ak. I HAVE TO CHANGE THESE BAD HABITS. I HAVE TO CONSISTENTLY WORH HARD AND SMART. Hope, starting from now, i'll will stuggle giler to achieve what i want for this sem. 4 FLAT. And, hopefullay, i can enter the Kuliyyah of Dentistry. AMIN.

Sunday, December 6, 2009

Hatiku hanya pada yang HALAL buatku

Jika ada sesiapa yg meminta cintaku, kukatakan ianya hanya pd Allah..

jika ada sesiapa

yg meminta kasihku,kukatakan ianya hanya pd Rasulullah SAW...

jika ada sesiapa

yg meminta rindu & sayangku, kukatakan ianya hanya pada umi & abah...

jika ada ssiapa

yg meminta utk b'takhta d hatiku, maka akanku berikan pada yang benar-benar HALAL bagiku...=)


Ya Allah, jika ak jatuh cinta,
Cintakanlah ak pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mcncintaiMu...

p/s: hate to think b0ut this coz i have another priority rite now,
but i know that it is fitrah to have this kind of feeling..

Mati itu pasti

Mati, ya, mati itu pasti. Tidak kira tua atau muda, setiap orang pasti akan menghadapi mati. Sahabat sekalian, bila berbicara ttg mati, ak jadi takut. Takut amalan ak selama ini tidak cukup untuk ak hidup tenang di alam barzarkh nanti. Yang paling ak takut, dosa yang selama ini ak lakukan akan menjadi satu bencana buatku di alam barzakhku nanti. Sahabat, kita sbg manusia ni kene selalu ingt mati. Walau sesibuk mana pun dgn urusan dunia, ingatlah mati. Dengan ini, diharap, rohani kita ni terisi dgn benda2x yg berfaedah. Sebusy mana pun, jgn dilupa baca Quran, qiam, solat sunat dan macam2x lagi la amalan yg mendatangkan pahala.

Bila malaikat maut datang menjemput, terputuslah amalan anak adam kecuali ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.

Beruntunglah mereka yang melaksanakan setiap amalan itu kerana Allah swt, dengan cara yang diredai Allah. Semoga setiap amalan tersebut bisa menjadi saksi di akhirat kelak. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

So, kawan2x ku yang amat kucintai, ingatlah mati, maka kalian akan teragak-agak untuk melakukan dosa. Jadilah orang yang bijaksana.

Friday, December 4, 2009

Abah ak datang UIA...bestnye!!

Ni nak share seket nih..*mo0d yg teramat happy**
Tadi kan, tgh2x syok landing atas katil, abah call...
Then abah cakap abah dah sampai kat UIA PJ ni..
Ooow, so happy....
Then, ak pun terus siap2x n turun jumpa abah...
Kitoram pergi makan kat Nando's Chicken...
Puyer la lama kat situ...
Dok dgr abah cakap..
Almaklumlah, kalau dgn abah, ak x byk cakap sangat..
Abah citer pasal adik-beradik,pasal umi n sedikit nasihat ttg study..
Paling penting, abah juga bagi tips kat ak macam mana nak study Medic, pengalaman masa abah study dulu n macam2x lagi...
Erm,tapi ak bukan nak amik medic pon, dentistry jer, tu pun kat asasi baru..
But,i still appreciate it...
Tapi,ak still happy coz abah dtg kl nak jumpa aku..
Haha, actly abah dtg bukan semata-mata nak jumpa ak..
Tapi sebab abah ada meeting seket kat kl ni..

Abahku yg tersayang

Anak gadis abah yg kekenyangan

Pastu, lepas abis makan ak pun pergi beli kek kat secret recipe...
And of course ak beli my favourite kek kat secret recipe, raspbery cheese cake...
Nyum2x..**nampak sgt ak ni byk makan kan**
Then, abah bawak round2x kl...
Masa dalam kete tu ak tanya la abah pasal kontroversi Tuan Guru Nik Aziz...
Almaklumlah ak ni kat kl banyak baca paper yg ak byk memutarbelitkan keadaan..
Abah pun explain n citer la kat ak perkara yg sebenarnya...
Abah kalau citer bab2x ni mmg akan relate dgn sirah2x nabi..
Ak amat berpuas hati dgn apa yg abah cakap...
Tu yg ak suka cakap ngan abah, ak tanya sikit je, tapi abah akn jawab byk..
Even kdg2x lari tajuk,tapi byk ilmu yg ak dapat...
Sampaikan tadi pasal abah citer kat ak macam mana kehidupan Nabi Muhammad, pasal perang khandaq dan macam2x lagi...
Ak mmg suka dgr cite pasal ni, almaklumlah ak ni cetek ilmu agama ni..
Syukur ak dapat abah macam abah..

~~ LOVE ABAH ~~

Thursday, December 3, 2009

Congrate adek!!

Hari ni result SPRA kuar...
Alhamdulillah, she got 8A's in her SPRA..
Adik ak la, satu-satunya adik ponpuan yg aku ada..
We call her adek, even dia bukan la anak bongsu...
SPRA tu exam cam UPSR la,tapi untuk subjek agama..
Exam no budak darjah 5 yg amik..
Adik ak akhirnya dapat score all A's in that exam..
Dia blaja kat ABIM, tu yg amik exam ni..
Ak dulu blaja kat Zainab,mane ade exam camni...
Budak ni mmg, abah ak cakap ada potential jadi ustzh..
Even dia ni 11 tahun baru, banyak dah hadith n ayat Quran yg dia dah hafal..
X macam ak **oh, rasa nyesal n rendah diri**...
Ok lah my dear adek, work hard for next year k..
Make sure u get 5A's in ur UPSR...
Kene dapat jugak, anak umi abah x de lagi yg dapat below than that**ni nak cakap yg ak dulu pon dapat 5A gak, haha,poyo jer**...

Nurul Najihah with si gadis ayu...hehe..

Again....CONGRATE ADEK!!!!

Thursday, November 26, 2009

Muhasabah Diri....

Alhamdulillah, akhirnya ari nie aku dah boleh bukak laptop, and of course bukak facebook n encek blog stlh 5 hari ak 'puasa'..hehe..almaklumlah minggu ni ak agak busy.

Ya, seperti sediakala, bilamasa ak free jer akan ku luangkan masa untuk ziarah blog dan website. Banyak yang aku dapat. Mungkin boleh mendidik jiwa ini yang kalau tidak diberi makanan, mungkin akan jadi kosong. Bukan badan ak je yg perlukan makanan, jiwa ini pun perlukan makanan agar sentiasa berada di landasan yang betul.

Hari ini, ak ingin berkongsi tatapan yg ak dapat dari Hilal Asyraf, melalui website beliau. Aku amat suka cara dan pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej2x islam.

Bayak artikel yang sempat ak baca, tetapi, ada satu artikel yang amat menarik perhatianku. Tajuk artikel ini, "Wahai Umat, Aku Memanggil-manggil Kamu". Actly, ia adalah sebuah cerpen. Tapi mesej yang tersirat dalam cerpen ini amat mendalam. Ia berkenaan dengan perjuangan para pejuang palestin di Gaza dalam memperjuangkan tanah air mereka, tapi, harus diingat, mereka bukan sahaja memperjuangkan bumi Baitul Maqdis, tapi memperjuangkan ISLAM wahai sahabat sekalian. Islam yang kini kian tergadai dek kealpaan umat Islam yang hanya mementingkan kepentingan duniawi.

Cerpen ini dimulakan dengan satu ayat yang membuat diriku tersentak seketika....

" Kamu tinggalkan kami berjuang sedangkan pada kamu ada tanggungjawab"

Ya, kita juga punya tanggungjawab dalam menegakkan agama kita yang tercinta ini. Aku bertanya diriku, sejauh mana ak berkorban untuk Islam? Hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya diri ini, betapa lemahnya iman ini jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sanggup mempertaruhkan segalanya demi Islam.

Aku, seorang insan yang amat lemah. Malu sebenarnya untuk kuakui, tetapi aku seorang yang punya banyak kelemahan. Maksiat dihadapan mata ini tidak aku cegah, tapi hanya sekadar membenci di dalam hati. Itulah aku. Takut. Itu yang ak fikirkan. Takut untuk kehilangan kawan bila kita menegur mereka, takut orang membenci diri ini tatkala ak menutur kata, dan takut..takut...takut....

Dalam cerpen itu juga diselitkan bersama sepotong hadis yang amat familiar bagiku, tapi, membuatkan otakku ini berfifkir sejenak.

Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”

Ya, umat Islam kini boleh diibaratkan sebagai buih di lautan. Pernah anda melihat buih2x terapung di lautan? Ya, begitulah keadaannya. Umat Islam kini ramai, tetapi, berapa ramai yang menjadikan Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup mereka? Berapa ramai yang menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan sempurna?

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah. Kekadang aku terfikir baagaimana keadaanku bila ak MATI? Aku tidak lagi bersedia Ya Allah. Amalanku amatlah sedikit. Amatlah sedikit. Namun, aku berharap aku tidak tergolong dalam kalangan umat Islam yang tergolong dalam penyakit wahn. Tahukah anda apakah wahn itu? Rasulullah pernah bersabda bahawa kelemahan umat akhir zaman ialah wahn, iaitu satu perasaan cintakan dunia dan takutkan mati.

Ya Allah, aku tahu aku hambaMu yang amat lemah lagi hina....
Ya Allah, tunjukkanlah padaku jalan yang lurus....
Ya Allah, mantapkanlah imanku walau apa jua badai yang melanda....
Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yang kupilih ini....

AMIN...

Saturday, November 21, 2009

Urghh..kenapa ni tirah??

Umi, miss u...

Nak balik umah...

Kakak nak study pun malas...

Next week ada quiz chem and mat...

Nak balik....

Nak dok umah ngan umi...

Nak maen ngan lutfi n adek...

Nak...nak..nak...semua yg ada kat umah tu..

Ya Allah, kenapa hatiku amt tidak tenang sekarang?

Mungkin ini ujian dariMu...

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini...

Ak disini belajar untukMu, demi agamaMu...

Ak juga disini untuk buat umi dan abah gembira dengan kejayaanku...

Ak tidak mahu gagal lagi dalam perancangan hidupku...

Ak tidak mahu umi n abah lihat ak seorang anak yg lemah...

Tetapi, hakikatnya, ak mmg lemah, amat mudah air mata ini gugur..amat mudah...

Hanya umi yg tahu betapa lemahnya ak..selalau jer nak nangis...

Mungkin betul abah cakap yg ak ni nampak je tough, anak sulung, tapi, akulah paling *****....

Ya Allah, kuatkanlah hatiku...

Bantulah aku untuk capai kejayaan dunia dan akhirat...

Jauhkanlah ak dari azab api nerakaMu...

Ya Allah, ak tidak hanya mahu berjaya di dunia, tapi ak juga mahu berjaya di akhirat sana...

"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka"~Al-Baqarah : 201~

p/s...dah,dah...nak study pulak...umi..kakak balik next week..really miss u SO MUCH..wanna hug u my mum...

Thursday, November 19, 2009

Amalan selamatkan manusia daripada api neraka

Alhamdulillah...ari ni boleh jugak update blog..

Hari ni ak nak share satu hadis yg terdapat dalam buku Bertemu Janji Allah nukilan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafaie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Semalam aku melihat perkara tang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan lelaki itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu).

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dilkelilingi syaitan yang akan meyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Mka orang itu pun terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan meyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu adan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Au juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga,setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.

Aku juga melihat sekumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan itu dia akan cuba dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan para manusia dan nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dilkelilingi oleh gelap-gelita meyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ke tempat yang terang-benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini.’ Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin ini kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku sedang diheret ke api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi munkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas meemimpin tangan otang itu menuju ke hadrat Allah SWT.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang duhulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada Allah melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebalinya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah amalan anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir trjerumus ke dalamnya, maka,ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hinnga terselamatlah dia darpada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu dosebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah api neraka. Meyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebgaimana ketarnya orang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu amalan ‘Husnu Dzan’ (sangka baik) terhadap Allah, mak husnu dzan itu mernyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneryskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang emngengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah SAW) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat orang itu memimpinnya terus merentasi titian siratitu dan selamat sampai ke syurga.

Akhirnya aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”

Ambillah iktibar daripada hadith ini wahai sahabat sekalian. First time ak baca hadith ni dalam buku Tok Guru, ak rasa nak share dengan sahabat sekalian. Diharap segala apa yang telah dikatakan oleh baginda akan kita jadikan amalan seharian.

"Sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat"-Maksud hadith-

Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yg kupilih ini

Wednesday, November 18, 2009

Good Luck Amir..Do your best k..

Ermm, today my brother, amir, is sitting for spm rite now..

Wish him good luck..

Hope he'll get straight A+ for ur spm..

I know u will cause u really word hard towards it..

I know that..

Please, make umi n abah happy with ur success..

They really want to see us be an educated person and not to forget a good muslim.

...GOOD LUCK AMIR..HOPE U'LL GET 10A+...

Saturday, November 14, 2009

Weekend yang amat BEST..

Weekend ari tu amat kusuka..ceh, poyo je ayat..haha..ya, i really LOVE this weekend. Biasanya weekend ak yg biasa hanya teperap dalam bilik and of course depan laptop. And semua orang ingat ak tgh study. No..No..No..kalau ak bukak buku pun kejap je la..

Jumaat,13 Nov 09

Ok, lepas abis tutorial test mat je ak terus pergi PWTC, lebih kurang dalam pukul 12 lebiy cam tu. I went there with 6 of my classmates,x classmates exceli. Kitorang teramat lah letih. Macam mane x letih, terkejar2x bus, terkejar2x lrt, terkejar2x komuter..huh, boleh kurus ak camni. At last, sampai la jugak kitoram kat PWTC tu. sampai sane, kitoram cari surau nak solat zohor dulu. Terserlah yang amat sangat la yang kitoram pentingkan solat. Hahaha..amatlah perasan. Surau kat PWTC tu punya la cantik, cam kat hotel je. Then kitoram pun terus pergi Career Exhibition kat leverl 2 kot kalau x silap. Saje je nak pegi, bukannya kitoram nak cari kerja pun, just nak jalan2x sajela.

Masa kat PWTC

Then, punya la kitoram x de keje, kitoram pun meneruskan pengembaraan yg amat meletihkan dan menyeronokkan ke Times Square plak. Haha.. Ak ingat x nak la beli benda sebab duit x de (almaklumlah elaun x masuk lagi), tapi masa tgh jalan2x tu ak nampakla high heel yg amat memikat hatiku. Amatlah chanteek. Price pun cam ok je, then ak terus la beli. Amatlah puas hati.

Jibah..ni la high heel ak yang cun cam ak tu..
don't mind that background, tu katil ak tu..

Lepas kitoram shoping2x, rasa teramatlah lapar perut kami semua. So, kitoram decide nak pergi makan kat mcd, dan mcd ini amatlah dekat dgn Cosmos Theme Park. Even kitoram x main coz dah lewat dah+x solat asar lagi, tapi boleh la jugak nampak orang lain main roller coaster yg amat best itu. Yang penting, semua tempat yg kitoram pergi, sure pic akan diambil. Lepas abis makan, kitoram teruslah balik ke UIA.

Sabtu, 14 Nov 09

Hari ni pulak, atas request roomateku, ak pun pergilah ke Mid Valley pulak. Fareza, classmate ku yg tersayang pun join kitoram pergi mid. Then tetibe je vdad, bestfren forever ku msg bagitau yg kawan kitoram kat uitm nak jumpa kat mid jugak. Ak amatlah gumbira coz che 10 pun pergi mid. I miss her damnly. Lama sangat x jumpa dia.

Sampai je kat mid, ak, nadia n fareza terus pergi food court kerana perut kami amtlah lapar. Lepas makan je vdad cakap yg dioram semua tunggu kat mcd. So, ak pun pergila soram2x coz nadia n fareza nak pergi MPH. Sampai je kat mcd, punye la ramai yang ada, ety, enul, vdad, salma, che 10 n yam. Cam outing bebudak naim plak. So, ak pun decide la nak spend masa ngan dioram, balik lewat seket. Nadia n fareza balik UIA dulu coz nadia ada kerja nak disettlekan.

Yam n ety balik dulu, so, ak pun hangout la ngan uma, cep 10 n vdad. Rindunya kat cep 10, banyak jugak kitoram borak2x. Amatlah best hari ini.

Kat mid valley ngan bebudak UiTm, enul n c'10


LOVE VIVA VOUGE A LOT..HOPE WE CAN SPEND TIME TOGETHER....

Tuesday, November 10, 2009

Masa amatlah mencemburuiku.....

Huh..at last i found the article on baptism.. Yes, baptism in christianity. Actually, this is for RIM course project. RIM stand for Religions In Malaysia. When i say religious it means many religion rite. So, for this subject i'll learn all the religions in Malaysia. So, by this, we will know that only ISLAM is the only one for us and our way of life... And there's a lot of "karut-marut" things in their religion...

Ok, back to the topic.. Actly, there's a lot of things that i've been thinking rite now. There's a lot of things to do. Ok, ok, ok..be cool trah..Yes, i do not have much time.

Alah, cakap omputih la plak. Okla, ak nak cakap melayu plak. Kite ni org melayu, ckp melayu lg best. Seperti apa yg telah ak katakan, byk benda yg nak ak buat ari ni tapi ak rase macam masa amatlah m'cemburuiku. Teringat pula satu drpd 10 wasiat As-syahid Imam Hassan Al-Banna;

Kewajipan lebih banyak dari masa, oleh itu gunalah masa sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya

Ya, masa harus diguna dgn sebaik-baiknya. It's easy to say but it's hard to practise it. That's my opinion. Ya, mmg mudah untuk diucapkan, masa harus diguna dgn sebaik-baiknya, tp, bagaimana?? Teringat pula kpd satu surah di dlm Kitabullah yg amt pendek, tp besar sekali maknanya.

"Demi masa. Sungguh, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
~Surah Al-'Asr ; 1-3~

Ya, manusia berada dalam kerugian. Ak manusia dan ak juga berada dalam kerugian. Masa yg Allah berikan kdg2x ak habiskan dgn tidur yg terlampau, tgk movie, tgk tv, facebooking, borak2x kosong, gelak byk2x dan amatlah banyak lg. Semua benda ni kdg2x melalaikan kita daripada ingat akan mati. Ya, mati. Perkara ni juga kdg2x boleh menggelapkan hati kita.

Hari ni, antara perkara yg ak plan untuk buat ialah baca chem for quiz tomorrow, pergi talk kat Lectue Hall B, cari article pasal baptism (da jumpe pon, after 3 hours of googling) dan byk lagi....
Yes, i did mention about talk kat LHB tu rite. That talk is about "Muhammad, The Art of War". This talk will be given by Ustaz Syaari Abdul Rahman (actly ustaz ni adalah abg kpd saudari Hajar Farhana, kwn kat sekolah Naim dulu). Ya, kdg2x ada jugak terlintas tak nak pergi talk sebab nak study. Tapi bila fikir balik..erm.. baik ak pergi talk. 2 jam je pun. Kalau tgk movie + borak2x + tidur + shopping + buat benda x b'faedah lgsg x pe la plak kan....Adoi...Ak harap bila ak pergi talk ni malam ni, byk ilmu yg ak dapat dan ak dapat lebih mengenali sirah Nabi Muhammad SAW...

Tu lah manusia, kalau pasal bab2x cari ilmu agama je rasa buang masa lah, bab beli buku agama plak rasa macam buang duitlah, kalau nak sedekah rasa macam x de faedah lah dan banyak lagi. Ak pun manusia jugak, actly, its a reminder for me too. Tulah, mmg dunia ni byk sgt benda yg best. Kdg2x yg haram pun kita tak hiraukan sgt sebab rase best tuh. And kdg2x bila environment kita byk buat benda yg haram ni, automaticly kita menghalalkan perkara tuh. Ingat, kita hidup kat dunia ni kejap je. Kejap sgt. Cuba bygkan macam mana keadaan kita semua bila di alam barzarkh dan di tika dihisab di pdg mahsyar kelak? Takut utk ak bygkan macam mana keadaanku di alam ini..takut...amat takut...

Oklah, that's all for this entry.....

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini.....

Friday, November 6, 2009

Something that i want to share bout my usrah....

Alhamdulillah, ari nie boleh postkan entry nie. Nak citer sikit bout usrah ptg tadik.Usrah ari ni buat pukul 6 ptg kat surau. Tapi, adoai, ak dtg lewat la. Adus, athirah, can't u be punctual? Ok, back to the topic. This is the very 1st usrah for this sem. Actly, ahli usrah ak same je cam last sem. Usrah ni under Persatuan Darul Naim or briefly known as PERDANA. It means that semua ahli dalam usrah ni adalah budak klantan. So, kitoram semua kecep klate ler.Ok, i got something to share with u all about our topic for usrah just now. Topic kami pada hari ini ialah Tasawwur Tarbiyah Islamiyah. Firstly, akak usrah kami, kak zati, tanye apa itu tarbiyah. Macam2x la kitoram jawab, itu la, ini la...

Kak zati pun cakap, time ni die x ckap lagi ape itu tarbiyah, tapi dia memetik kata-kata presiden GAMIS, seorang mahasiswa UM, yg pernah berkata bahawa tarbiyah bukan hanya didikan, tapi ianya adalah ternakan. Ternakan?Pelikkan? Kak zati pun explain la bahawasanya maksud tarbiyah seperti ternakan itu adalah seperti kita menjaga, memberi makan dan membelai haiwan peliharaan, begitulah juga tarbiyah. Ok or ko? Aku macam x dapat catch lagi maksud tarbiyah yg sebenarnya, then barulah kak zati bagitau the real definition of tarbiyah. Agak panjang maksudnya.

Tarbiyah ialah suatu peraturan yg terbaik yg mampu bertindak balas bersama fikrah insan, dikemukakan secara langsung melalui perkataan atau secara tidak langsung melalui qudwah (contoh ikutan / perbuatan), bertujuan mengubah manusia ke arah yg lebih baik menepati manhaj & wasilah tertentu.....


Teringat pula sepotong ayat Quran yg berbunyi...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung"~Al-Maidah; 35~

Apa yg ak paham mengenai tarbiyah diri ialah bagaimana kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai aktiviti, antaranya dengan menyerai usrah. Melalui usrah, kita berupaya untuk bertukar-tukar pendapat sesama ahli dan mendengar ilmu yg disampaikan oleh naqibah. **Teringat pulak mase kat Naim dulu, selalu ajer ponteng usrah, odoai, teruknya ak dulu. Dah tua-tua ni baru nak berusrah**


Ok, then, apa itu matlamat tarbiyah? Sebenarnya, matlamat tarbiyah itu amatlah tinggi, tidak seperti apa yg aku fikirkan. Matlamatnya berperingkat, bermula dari Fardu Mualim hinggalah kepada pembentukan Khilafah Islamiyah.

1. Fardu Muslim
Ini bermaksud setiap individu Muslim wajib melaksanakan apa yg telah ditetapkan dalam Islam berpadukan Quran dan Sunnah.
2.Baitul Muslim
Iaitu pembentukan keluarga muslim yang terdiri daripada ibu dan bapa yang memahami hukum Islam dan dapat mentarbiyah anak-anak mengikut landasan syariat. **Nanti korang kalau nak nikah esok2x, carilah yg elok2x erk..**
3.Mujtamak Muslim
Apabila banyak keluarga Muslim yg terhasil, maka, komuniti masyarakat Muslim juga akan terbentuk. Dengan ini, golongan masyarakat cenderung untuk mengamalkan cara hidup Islam.
4.Daulah Islamiyah
Dengan komuniti masyarakat Muslim yg ramai dan memahami agama Islam itu sendiri, maka masyarakat akan berusaha untu menegakkan hukum Islam di negara mereka dan akan terbentuklah negara Islam. Negara Islam yg dimaksudkan bukan hanya pada nama, yakni hanya mengisytiharkan negara Islam, namun tidak mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.
5.Khilafah Islamiyah
Masih ingatkah anda akan kejatuhan Khilafah Islamiyah pada 3 Mac 1924? Satu malapetaka yg amat besar untuk umat Islam kerana Khilafah Islamiyah yg dibentuk sejak era awal Islam runtuh begitu saja. Pembubaran Negara Khilafah Islamiyah yang berpusat di Istambul ini dilakukan oleh seorang agen Inggeris berbangsa Yahudi iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Inilah impian sebenar tarbiyah ini. Membentuk semula Khilafah Islamiyah.

Do u see how important tarbiyah is? Before ni ak hanya fikir skop tarbiyah hanya untuk memperbaiki diri sendiri, but, the real thing is, asas tarbiyah yg mantap mampu membentuk semula Khilafah Islamiyah yg pernah hancur suatu ketika dulu. Insya Allah, Hidup Islam, Hancur Kafir!!!

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini.....

Thursday, November 5, 2009

Ak tension nih..

Huh..tension sesangat semalam..ptg tu ok jer..tp malamnyer..tension gilerrr..byk sebab ak tension nih..nih bukan sebab study...tapi the reasons are....
1.......................
2......................
3......................
and byk lg...

Eeii..geramnyer ak..geram sesangat kat *********...

Dah la semalam umi call, tp mase tu mood ak x baek sgt..cakap kejap je ngan umi..around 15 minutes, biasenyer kalu ckap ngan umi at least dekat2x sejam...tp, my mom's voice make me feel cool for a moment...

***sori umi, kakak tension semale...***
sob3x....nak nangis, nak balik umah, nak jumpe umi...sob3x....

Tau2x je la kan, bile dah tension x kan tetibe nak study lak, kalau ak study pon x masuk gak..
Then ak decide nak bukak tenet, tp, huh, tenet x leh bukak plak..nie tetibe buat ak hangin semacam je ni..
Ok, nak call maheran la, tp ak msg die dulu sebab takut die busy...
And, mmg die busy, esok arinya(that's means ari nie la) die ade test chem..ok lah, x nak ganggu mum la cayarm..study betul2x, bia result gempak yer my dear...
Pastu, ak msg la ckin...budak ni mmg jenis yg happy go lucky giler, so, ak ingat nak call ckin la..

Ak msg ckin, "Mum tdow doh ko?"

Tapi, ckin reply lambat sgat..ak tidur doh ckin weh...

Then ak ingat nak tidur la...hope mimpi best2x..
Tapi mimpi pun x best gak..
Ak kunci jam kul 5, tapi bgn 5.30...huhh..
Sempat la sahur tapi ngan air masak+roti jerk...
coz ak ingat nak pose ari ni...
pastu, baca chem kejap qada' yg semalam...
kan semalam da ckap x leh study kan..

Ok, ari nie, mood tension tu dah ilang dah sikit...ok, tak nak dah tension cam tu...penat tau tension nih..

Wednesday, November 4, 2009

Diri Ini

Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.

----------------------------------------------------------------

‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172~

Tuesday, November 3, 2009

7 sunnah utama Rasulullah

Hari ini petang ak takde kelas. Free..free..free....Then ak nak habiskan baca buku yang ak beli kat Kelantan ari tu. Tajuk buku ni ialah Diari Hidup Rasulullah SAW. A very nice and beneficial book. Banyak input yg ak dapat. Alhamdulillah, ak berjaya khatamkan buku ni. dari buku ni. Ok, sharing is caring rite? So, ak nak share la seket ape yg ak dapat aku dapat dari buku ni. Sikit dah la, ak dalam mood malas actly ni..haha...

Ok..serius...be serius...Melalui buku ini, kita dapat menjejaki sunnah utama Rasulullah SAW dalam sehari dari pagi hingga malam. Terdapat tujuh amalan sunah harian Rasulullah SAW yang terdapat dalam buku ini. Ini bukan bermaksud hanya tujuh amalan sahaja yang harus kita ikuti kerana masih banyak amalan yang telah dilakukan oleh baginda sepanjang hidup baginda, namun, tujuh amalan inilah yang Rasulullah SAW lakukan daripada bangun tidur sehinggalah baginda tidur semula pada malam hari. Harus diingat, setiap perbuatan yang telah dilakukan oleh baginda, jika kita contohinya dan jadikan sebagai amalan seharian, diharap akan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah dan diharap kita akan mendapat syafaat Rasulullah tika kita amat butuh akan bantuan di akhirat kelak. Juga, diharap kita akan menjadi seorang Islam yg bukan hanya bergelar seorang Muslim, tetapi mempraktikkan setiap amalan yang dituntut syariat....INSYAALLAH.....

7 sunnah utama Rasulullah SAW...
1.Solat Tahajud
2.Menyelami dan memahami Al-Quran
3.Solat Subuh berjemaah di masjid
4.Solat Dhuha
5.Sedekah
6.Memelihara wuduk sepanjang waktu
7.Zikrullah

Untuk keterangan lebih lanjut akan fadhilat dan keistimewaan amalan ini, akan kukupas untuk entry yang lain..nak study pulak ni..

Antara pengajaran yg ak dapat dari buku ini ialah..
-Rasulullah SAW tidak diutus semata-mata mahu dipuja dan diagun-agungkan
-Rasulullah SAW tidak diutus semata-mata untuk menjadi simbol agama Islam
-Namun, Rasulullah SAW diutus sebagai qudwah hasanah, supaya kehidupannya, keperibadiannya dan keunggulannya menjadi bekal utama kepada umat baginda, iaitu saya, saudari, saudara dan seluruh umat Islam sekalian
-Jadi, ayuhlah athirah dan sahabat sekalian kita jadikan 7 sunnah utama Rasulullah SAW ini sebagai amalan seharian kita......

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini......

Thursday, October 29, 2009

My life as a 2nd sem student...Ok la kut..

Alhamdulillah..arie ni ak baru boleh bukak tenet ni..hish, geram jugak ak lame-lame x leh bukak ni..ok..so, for this post, ak akan citer my life in this whole week...

1st day....sampai kat Hentian Putra dalam pukul 5..ak dtg kl dengan rommateku yg tercayam, nadia..ingat nak pergi umah c'tee kat mane ntah, tapi last-last balik uia dengan cab dgn 2 org lg senior..Ya AllaH, umi punyer la takut anak dara sorang ni naik cab,umi, i'm big enough now..**ngee**..ptg tu pergi buat online registration ngan nadia..pastu, dapat tahu yg faddy n ema dapat 4 flat..congrate buddies..nak jugak 4 flat..

2nd day....ari ni sedikit letih..pagi2x lagi dah pergi class..and mostly all of my classmates are from DQ (Darul Quran)..ak punyer la rase inferior sesangat..almaklumlah, dioram tu semuanya hafal Quran 30 juzu'..ak ni..ermm..rase rendah diri sesangat..doram sesangatlah baik..then, buat add drop after habis class..i suppose to take chem 1 this sem but in my course slip tertulis chem 2..ok, takkan ak nak ami cehem 2 kot, chem 1 pun x lepas lagi..malam tu call umi, haha, best cakap ngan umi...dalam 1 jam jugak borak ngan umi..love u, my mom!!!

3rd day....alamak, ak terlewat..janji ngan fareeza nak pegi AMF pukul 8..tapi,ak pergi lewat seket..sori erk fareezaku sayang..puyer la beratur panjang2x tapi still x settle2x lagi..umi, kakak x ada group for my RIM (Religous In Malaysia) subject..

4th day....hari ni barulah ak dapat online..huh..penantianku selama 3 hari berakhir juga..haha..ak cayam tenet kat uia..tapi, bia la boleh online selalu erk tenetku sayarm..

oklah..inilah srba sedikit ngarutanku..coz ak x tahu nak tulis ape..hehe..ok, for this sem i'll take chem 1, mat 2, rim, n also bahasa arab..alamak, dah lama dah tinggal arab, dah x ingat sgt dah..i'll hope that i'll get 4 flat for this sem ( kalau x pun, biar tinggi la cet)..INSYAALLAH..

Sunday, October 25, 2009

Ibadat

Rasa malas mula menghantui diri ak..
Dalam beberapa hari lagi ak akan start second sem in foudation of dentistry..
Tapi, malas, malas dan malas..
Hanya itulah yg dapat ak katakan di saat ini..
Malas sebab ak akan tinggalkan umi, abah n all my siblings..
Malasnya bila tau yg dioram semua tiada di sisiku dalam beberapa hari lagi..
Malas bila dapat tahu ak akan berjauhan dengan mereka..
Ak tahu, ak merantau untuk menuntut ilmu..
Ya, ak sedang berjihad..
Ak di jalan yg benar..
Ak harap niat aku untuk belajar x akan dikotori dengan niat yg jahat..
Akan ak ingat pesan umi..

"Kakak, study biar lillahitaala..so, bila kakak study, dapat pahala, bila dapat result, even result x ok..kita still dapat pahala...."
"Kakak, kakak smaye cukup deh, baco quran sokmo, study2x jugop, tapi biar tau kito org Islam.."

ok..i'll remember apa yg umi kata..then umi juga cakap..masa umi study kat ukm dulu umi selalu pergi ceramah, sebab umi cakap umi nak dapat ilmu dunia dan akhirat..
Umi, kakak akan ingat pesan umi..
I'll be a dentist that can practise an islamic way in my life..
Abah pula cakap..

"Kite dalam hidup ni banyop buleh buat ibadat..belaja tu ibadat..even maso kito kijo..ibadat ni buke semaye, poso n baco quran je....sebab tu maso abah rawat patients, kene ingat Allah jugop..niat lillahitaala..jange ingat bila patient tu sihat sebab kito, tapi sebab Allah.."

Betapa abah ingin ak ikut jejak langkahnya..tapi..ak rasa ak tidak mampu untuk jadi seorang doktor..bergelumang dengan oncall, melibatkan nyawa orang..ak tidak mampu...x mau..tp, abah still want me to work at hospital..ok, i'll choose dentist as my future career..hope to be next dentist soon..actlly my ambition is to be an engineer..yup..an engineer..tapi abah cakap i'm not that though to be an engineer..sebab tu bila dapat from utp buat mechanical engineering, abah x bagi..tp ak degil, tetap mahu ke utp kerana itulah impianku sejak kecil..

Ya, Allah telah membuka mataku..Kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan..ak tahu ak tidak mampu utk jadi engineer..kalau keje dgn Petronas, as mechanical engineer, ak kene byak deal dgn mesin ..mesin pulak dekat plant..setelah 5 bulan ak berada di utp, ak ke uia pula..alhamdulillah, sekarang ak di asasi pergigian..harap, ak akan dapat buat degree in dentistry..Tapi, ak x menyesal berada di utp..malah, ak bersyukur, banyak yg telah ak pelajari, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat..ya, utp boleh dikatakan sebagai terapi rohani buatku..di utp, ak mula sukakan usrah (di utp dikenali sbg smart group), bukan seperti semasa ak di naim, ak selalu ponteng usrah, ak suka dgr ceramah di masjid, suka pergi surau v2, suka tgok kakak senior bagi tazkirah..Ya Allah, betapa ak mengagumi mereka..Ak juga bersyukur megenali ustazah mashitah, lecturer islamic studies yg amat sporting dan best..Ak rindu akan ceramah beliau tentang kaum hawa yg diadakan setiap hari selasa di surau v2..Ya, ak, rindu..Biasanya, segala persoalan ttg wanita dan agama akan diutarakan kpd beliau..

Abah,kakak bukan nak jadi dentist sebab abah yg suruh..tapi kakak ada mission kakak yg t'sendiri..haha..(apelah mission tu erk?)

Tetapi, ak kini berada di UIA...ya, di UIA..best jugak kat cini..talk banyak diadakan..diri sendiri yg decide mahu pergi ke tidak..akan ak usahakan utk pergi setiap talk yg ada jika ak tidak busy, jika asinmen tidak banyak..ak berpegang kpd ayat ini..Allah telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
~Surah Muhammad,ayat 7~

Berbalik kepada soal ibadat..Ya, kita diciptakan oleh Allah hanya untuk beribadat kepadanya..Ianya jelas dan nyata..Allah berfirman dalam surah Az Zariyat ayat ke 56 yang bermaksud
Sesungguhnya tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Kami. Ayat ini jelas menuntut kita untuk beribadat kepada Allah 24 jam tanpa henti.Ya, beribadat tanpa henti. Sekarang ak paham apa yg abah ingin katakan padaku. Segala aktiviti harian boleh kita jadikan sebagai ibadah..Tetapi, ada syaratnya..

Syarat ibadah:

1. Hendaklah pekerjaan itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah contohnya Aku bekerja untuk mendapat rezeki yang halal kerana Allah menuntutku mencari rezeki yang halal.

2. Dilaksanakan bertepatan atau tidak bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW.
Yakni tiada unsur yang diharamkan seperti rasuah, tidak menutup aurat dan tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas contoh solat fardhu tidak dilengah-lengahkan.

ok..apepun, niat itulah yang paling penting..
Ambil contoh kita tidur. Tidur bagaimana dikira sebagai ibadat?
Orang lain tidur untuk berehat sahaja. Semua orang akan berniat begitu. Bagi orang Islam kita perlu niat yang lebih baik dari itu dan menepati syarat kerana Allah iaitu Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat – Riwayat al-Bukhari dan Muslim

oklah..tangan pun dah letih dah..Tapi, akn kubuang sifat malas itu..trah kan nak jadi dentist..so, kene la rajin belajar..kalau malas x boleh jadi dentist jugak..ingat tirah, belaja dapat pahala..free2x dapat pahala..tapi..ingat tirah!! Niat belajar kerana Allah..Then jgn campur adukkan your life dgn perkara yang tidak mengikut syariat Islam..ok..ok..i will..

Ya Allah, tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini....


Friday, October 23, 2009

Aku sedih..

Ak sedih..i can't tell the reason why..but i'm really sad now..kenapa ak senang sgt sedih bila Allah bagi ak ujian sikit saje..sikit je tirah..sabar la..sabar kan separuh daripada iman..ermm..memang..kadang2x memang ia senang untuk diucap tapi sukar untuk dipraktikkan..teringat balik ayat 216 surah al-baqarah:
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu kamu meyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kau tidak mengetahui"
Ayat ini akan kutatap setiap kali ak menerima sesuatu yang ak tidak ingini. Mungkin jika ak mendapat apa yg ak ingini, ak mungkin jadi riak..nauzubillah..mungkin inilah yang telah ditetapkan untukku..Ya Allah..bantulah ak mencapai cita-citaku..Hanya kepada Engkau ak berserah..


Ya Allah..tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini....

Wednesday, October 21, 2009

I Love Them..

Arie nie ak googlee-googlee....then tetibe t'jumpa la blog coach sha and coach riz (at10tion to naimians, u know them rite?)..I really love to see this couple..really happy go lucky couple..camni, ak kenal dioram mase dioram datang kat sekolahku yg tercinta, SMKA Naim Lilbanat..in ESB ( English Sure Boleh) program..i really love and miss the moment where all of us sing and laugh A LOT kat dewan makan naim yg kucintai..

..coach sha & coach riz..

then, tgok la blog dioram..ooo..rupanya that blog about their experience in homeschooling their kids..muhammad, musa, maryam and sarah..pastu tgok gamba family dioram yg i think best giler..coz their kids do not have to go to school..they can stay with their parents and learn with them..i'm quite amazed jugak bila tgok all their kids dah pandai memorize quran even they are small..pastu, both of them ajr anak dioram in a very islamic way..waa, best nyer..baguih2x..(biler la ak nak kawen, pastu ade anak, pastu, didik anak cam dioram..haha..ngarut jer..)


..their family...

hahaha..that is it..saje je nak cite pasal orang lain in this entry..kalaulah korang semua nak singgah sekejap kat blog dioram..ini linknya...http://coachsha.wordpress.com...

p/s: ini BLOGKU..it's up to me to post about myself, other person or everythinglah...

Tuesday, October 20, 2009

..AInul Mardhiah...

Petang tadi ak bual-bual ngan adek n lutfi. Pastu tetibe je nak bagitau diorang pasal Ainul Mardhiah. Cakap nganbebudak ni x leh serius sangat, then ak tanyer la dioram. Mula-mula tanye adek dulu.
" Adik kenal dop sapo Ainul Mardhiah?" nie ak tanye..
pastu, ade ke die jawab..
" Kenal..kenal..Saim (kawan) adek namo Ainul Mardhiah. Gano kakak kenal?"
Punye la hangin ak die cakap cam tu..Then, tanyo Lutfi pulak...Lutfi pulak cakap..
" Mano tau Lutfi..mano Lutfi kenal budok tino (perempuan)"
Ok..nampaknya dua-dua adik ak tak kenal siapakah itu Ainul Mardhiah. Ak pun mula-mula ingat Ainul Mardhiah is one of the sahabat nabi. La, ak pun tau pasal bidadari syurga nie this year i think. Mase tu akak usrah kat UTP dulu yang bagitau rasenyer la (kalau x silap). Then, when i read the book entitled Riwayat Bidadari Syurga by Munif Ahmad (ak recommend korang baca buku ni, a very nice book, banyak kisah-kisah serikandi Islam ada dalam buku ni), i'll know better about this. Erm, betullah orang cakap, book is the garden of knowledge...
Then, ak citer la serba sedikit pasal Ainul Mardhiah ni kat adik-adikku yang tercinta. Tapi cite seket-seket je kat diorang, diorang tu budak lagi, kan boring pulak citer panjang-panjang ni.

Tapi untuk post ni, ak nak cite panjang-panjang..

Ainul Mardhiah ialah antara bidadari syurga yg paling jelita dan rupawan. Ainul Mardhiah means 'mata yg diredhai'. Ainul Mardhiah ialah bidadari yang akan dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada orang Islam yg mati syahid demi menegakkan agama Islam yg tercinta di syurga kelak.

Alkisahnya...

Pada suatu hari Rasulullah SAW memberi targhiib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama Allah). Rasulullah SAW telah berkata berkata sesiapa yg keluar berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba mati syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yg paling cantik di kalangan bidadari-bidadari lain. Seorang pemuda yg mendengar ucapan Rasulullah SAW ini jadi curious akan kecantikan bidadari ini. Ingin ditanya kepada Rasulullah SAW, namun, beliau agak keberatan kerana malu kpd sahabat-sahabatnya yg lain. Walau bagaimanapun, beliau tetap keluar berjihad di jalan Allah.

Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor. Maka pemuda itu pun tidur bersama jemaah tadi. Dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yg berpakain bersih dan muka yg berseri-seri, di suatu tempat yg indah. Pemuda itu pun bertanya,"Di manakah ak skrng?" Lalu lelaki itu pun menjawanb. " Inilah syurga." Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya utk b'temu dgn Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjuk ke suatu arah. Maka berjalanlah pemuda itu ke arah yg ditunjukkan. Lalu, pemuda itu bertemu dgn sebatang pohon dan seorang perempuan yg teramatlah cantik, yg tidak pernah dilihat kecantikan seperti itu di dunia. Setelah memberi salam, pemuda itu pun bertanya,"Adakah kamu Ainul Mardhiah?" Wanita itu pun menjawab," Bukan, saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

Pemuda itu pun memasuki satu mahligai yg cukup indah dan bertemu dgn sorang wanita yg kecantikannya berganda-ganda dari kecantikan wanita tadi. Pemuda itu memberi salam dan bertanya,"Adakah kamu Ainul Mardhiah?" Wanita itu pun menjawab'"Bukan, sy hanyalah khadamnya shj, Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana"Lalu, pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai. Di situ dia melihat seorang wanita yg berganda-ganda cantiknya dari wanita yg pertama dan yg kedua tadi. Wanita itu pun berkata, "Aklah Ainul Mardhiah. Ak diciptakan untukmu dan engkau dicuiptakan untukku. Pemuda itu pun cubamendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhah berkata, "Kamu tdk boleh mendekati diriku kerana kamu belum mati syahid lagi". Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya dan menseritakan segala yg dimimpikan itu kepada sahabatnya.

Di sebelah ptgnya, pemuda itu tlh keluar berjihad dan tlh mati syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid utk menantikan waktu bukak puasa, sahabat kepada pemuda tadi tlh merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabatnya yg gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sdg berdceria, Rasulullah hanya menjawab, "Benar". Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah SAW pun berkata kepadanya, "Mmmg benar apa yg kamu ceritakan tadi, sahabatmu itu sedang menunggu utk berbuka puasa di syurga".

Ya Allah, Ainul Mardhiah adalah ciptaan Allah SWT untuk pemuda yg sanggup berjihad demi agama Islam yg tercinta..
Dialah pembakar semangat untuk perwira Islam..

Itulah kisahnya..

Ya Allah, tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini...

Monday, October 19, 2009

...Fell Like Want to be at Home Forever...

Hari ni, umi beli tiket for me to return back to uia next week. Ak balik ngan bus je. Balik malam 25 aribulan. Arghh..malasnya nak balik uia..even 1 week lagi (actly less than 1 week), rase macam seksa sangat bila tau kena balik uia. Its not becoz i hate uia but becoz i really LOVE to be at home. I feel really really really happy to be with all my siblings, umi and abah. Best duduk kat rumah, bila boring maen je ngan adik-adik..petang2x main badminton..boring lagi, masak untuk umi, abah and adek beradik (bajet pandai masak la konon)..paling best, kitoram semua kumpul kat katil umi n borak ngan umi..my mom is reallly cool n funny...ermm, bestnyer..

Then, i got a a message from my dear fren ety. She told me that our result will be out on 22/10/09. OK..actly, i'm really nervous thinking bout it. I mean, really realy nervous. As i'm doing foundation in dentistry, i have to get pointer 3.5 and above so that i'll be able continue my degree in dentistry....yes, i really want to continue my dream to me a muslimah dentist...So, u can't be like this, i mean, malas-malas nak pergi uia..kata nak jadik dentist, so, there's a lot of things that u have to sacrifice..hope to be the next dentist soon..AMIN..

Hope to be like him, treating patients with oral problems...
but. i want to be a MUSLIMAH DENTIST..
hahhaha..pray for me k..
buat la pahala seket doa kat ak..

Saturday, October 17, 2009

ARE WE PROUD WITH OUR IDENTITY?

I'm happy today...
arie nie ak lawat adik ak yg dok kat asrama Maahad Tahfiz Sains. He going to sit for STAM next 2 weeks. I miss him damnly. We spend time with him about 3 hours i think. Raser cam kejap je bual ngan adik ak yg sorang nie. Die ni mmg giler sket otaknya, even budak hafiz quran. Punyer la kitoram semoua gelak2x. Best sesangat. After that abah bawak kitoram semua pegi KB Mall. Ok...i'm still happy, then ade la soram mamat nie yg totally spoil mood happy ak...geram giler yg x t'hingga!!!!!! ader ke die ckp...
"Ayunye die, pakai tudong...cewah, pakai tudong..."
OK...pelik sngt ke? I'm just wearing a tudong and baju kurung...Mamat tu kalu oram putih tu ak consider la jugak, tapi budak melayu..and of course ISLAM..
Then, ak pikir balik, mmg dalam Quran Allah ada berfirman:
"Orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia...."
-Surah Al-A'raf:51-
Maybe they just kidding, but even if they are kidding, i take it seriously as for me, tutup aurat tu WAJIB...Bila dioram gurau cam tu, firstly, ak rase malu, adekah, adekah patut ak rase malu? Then, terdetik di hati; "Am i proud with what i'm wearing right now?"..Ya, it makes me think like that..
But, i have my on principle on covering my aurat. Allah dah bagi kita kite Quran dan Sunnah untuk kita pegang. Allah berfirman dalam Al-Quran;
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
-An-Nur: 31-
Rasulullah S.A.W. juga ada bersabda;
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Juga, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

So, ape yg ak paham on the above statement is aurat wanita nie as u'll know, all body parts except for face and palm hand, baju n tudom x jarang(kalu tudum jrg nampak leher & kalu baju jrg nmpk bentuk tubuh ) dan tudong melabuhi dada (it means that it cover ur breast n peolpe can't see the its' size).

Ya, maybe its hard for us to do this..i mean, leceh la nak pakai sarung kaki, tudung kene carik yg tebal cket, baju x leh ketat n jrg (dahla byk baju yg cantik n jarang nia yg cantik sesangat) pastu pakai handsock la pulak..

Tapi, ak tahu. pengorbanan itu pahit kerana syurga itu sangat manis...

Ya Allah..Janganlah jadikan ak wanita yang membawa fitnah kepada kaum lelaki..

Ya Allah..Tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini...

.:AMIN:.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com