Wednesday, November 4, 2009

Diri Ini

Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.

----------------------------------------------------------------

‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172~

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com