Thursday, November 19, 2009

Amalan selamatkan manusia daripada api neraka

Alhamdulillah...ari ni boleh jugak update blog..

Hari ni ak nak share satu hadis yg terdapat dalam buku Bertemu Janji Allah nukilan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafaie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Semalam aku melihat perkara tang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan lelaki itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu).

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dilkelilingi syaitan yang akan meyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Mka orang itu pun terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan meyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu adan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Au juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga,setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.

Aku juga melihat sekumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan itu dia akan cuba dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan para manusia dan nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dilkelilingi oleh gelap-gelita meyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ke tempat yang terang-benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini.’ Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin ini kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku sedang diheret ke api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi munkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas meemimpin tangan otang itu menuju ke hadrat Allah SWT.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang duhulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada Allah melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebalinya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah amalan anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir trjerumus ke dalamnya, maka,ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hinnga terselamatlah dia darpada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu dosebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah api neraka. Meyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebgaimana ketarnya orang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu amalan ‘Husnu Dzan’ (sangka baik) terhadap Allah, mak husnu dzan itu mernyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneryskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang emngengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah SAW) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat orang itu memimpinnya terus merentasi titian siratitu dan selamat sampai ke syurga.

Akhirnya aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”

Ambillah iktibar daripada hadith ini wahai sahabat sekalian. First time ak baca hadith ni dalam buku Tok Guru, ak rasa nak share dengan sahabat sekalian. Diharap segala apa yang telah dikatakan oleh baginda akan kita jadikan amalan seharian.

"Sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat"-Maksud hadith-

Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yg kupilih ini

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com