Tuesday, October 20, 2009

..AInul Mardhiah...

Petang tadi ak bual-bual ngan adek n lutfi. Pastu tetibe je nak bagitau diorang pasal Ainul Mardhiah. Cakap nganbebudak ni x leh serius sangat, then ak tanyer la dioram. Mula-mula tanye adek dulu.
" Adik kenal dop sapo Ainul Mardhiah?" nie ak tanye..
pastu, ade ke die jawab..
" Kenal..kenal..Saim (kawan) adek namo Ainul Mardhiah. Gano kakak kenal?"
Punye la hangin ak die cakap cam tu..Then, tanyo Lutfi pulak...Lutfi pulak cakap..
" Mano tau Lutfi..mano Lutfi kenal budok tino (perempuan)"
Ok..nampaknya dua-dua adik ak tak kenal siapakah itu Ainul Mardhiah. Ak pun mula-mula ingat Ainul Mardhiah is one of the sahabat nabi. La, ak pun tau pasal bidadari syurga nie this year i think. Mase tu akak usrah kat UTP dulu yang bagitau rasenyer la (kalau x silap). Then, when i read the book entitled Riwayat Bidadari Syurga by Munif Ahmad (ak recommend korang baca buku ni, a very nice book, banyak kisah-kisah serikandi Islam ada dalam buku ni), i'll know better about this. Erm, betullah orang cakap, book is the garden of knowledge...
Then, ak citer la serba sedikit pasal Ainul Mardhiah ni kat adik-adikku yang tercinta. Tapi cite seket-seket je kat diorang, diorang tu budak lagi, kan boring pulak citer panjang-panjang ni.

Tapi untuk post ni, ak nak cite panjang-panjang..

Ainul Mardhiah ialah antara bidadari syurga yg paling jelita dan rupawan. Ainul Mardhiah means 'mata yg diredhai'. Ainul Mardhiah ialah bidadari yang akan dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada orang Islam yg mati syahid demi menegakkan agama Islam yg tercinta di syurga kelak.

Alkisahnya...

Pada suatu hari Rasulullah SAW memberi targhiib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama Allah). Rasulullah SAW telah berkata berkata sesiapa yg keluar berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba mati syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yg paling cantik di kalangan bidadari-bidadari lain. Seorang pemuda yg mendengar ucapan Rasulullah SAW ini jadi curious akan kecantikan bidadari ini. Ingin ditanya kepada Rasulullah SAW, namun, beliau agak keberatan kerana malu kpd sahabat-sahabatnya yg lain. Walau bagaimanapun, beliau tetap keluar berjihad di jalan Allah.

Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor. Maka pemuda itu pun tidur bersama jemaah tadi. Dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yg berpakain bersih dan muka yg berseri-seri, di suatu tempat yg indah. Pemuda itu pun bertanya,"Di manakah ak skrng?" Lalu lelaki itu pun menjawanb. " Inilah syurga." Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya utk b'temu dgn Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjuk ke suatu arah. Maka berjalanlah pemuda itu ke arah yg ditunjukkan. Lalu, pemuda itu bertemu dgn sebatang pohon dan seorang perempuan yg teramatlah cantik, yg tidak pernah dilihat kecantikan seperti itu di dunia. Setelah memberi salam, pemuda itu pun bertanya,"Adakah kamu Ainul Mardhiah?" Wanita itu pun menjawab," Bukan, saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

Pemuda itu pun memasuki satu mahligai yg cukup indah dan bertemu dgn sorang wanita yg kecantikannya berganda-ganda dari kecantikan wanita tadi. Pemuda itu memberi salam dan bertanya,"Adakah kamu Ainul Mardhiah?" Wanita itu pun menjawab'"Bukan, sy hanyalah khadamnya shj, Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana"Lalu, pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai. Di situ dia melihat seorang wanita yg berganda-ganda cantiknya dari wanita yg pertama dan yg kedua tadi. Wanita itu pun berkata, "Aklah Ainul Mardhiah. Ak diciptakan untukmu dan engkau dicuiptakan untukku. Pemuda itu pun cubamendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhah berkata, "Kamu tdk boleh mendekati diriku kerana kamu belum mati syahid lagi". Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya dan menseritakan segala yg dimimpikan itu kepada sahabatnya.

Di sebelah ptgnya, pemuda itu tlh keluar berjihad dan tlh mati syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid utk menantikan waktu bukak puasa, sahabat kepada pemuda tadi tlh merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabatnya yg gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sdg berdceria, Rasulullah hanya menjawab, "Benar". Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah SAW pun berkata kepadanya, "Mmmg benar apa yg kamu ceritakan tadi, sahabatmu itu sedang menunggu utk berbuka puasa di syurga".

Ya Allah, Ainul Mardhiah adalah ciptaan Allah SWT untuk pemuda yg sanggup berjihad demi agama Islam yg tercinta..
Dialah pembakar semangat untuk perwira Islam..

Itulah kisahnya..

Ya Allah, tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini...

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com