Friday, October 16, 2009

.: SUBHANALLAH :.

Arie nie terasa nak bukak i luv islam...da lama da x bukak..then ada satu article nie yang bila first time ak baca..subhanallah..amaran tuhan untuk kita semua..exceli time gempa bumi 2, ak tgh study bio, preparation for final exam...rasa jugak gegaran tu..ak ingat ak pening sebab lama sgt dok kat study table tu..tapi pelik gak, takkan ak penim sampai laptop ak shake, kuat sangat auranya tu...tula 1st time ak rase gegaran gempa bumi nie, selama nie ak dok kat Kelate aman jer...

eh, banyak bebel plak..

Antara yang menarik tentang article tu ialah bila author dia buat aku bukak mata tentang mukjizat al Quran bila ada keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Dalam article tu ada bagitau apabila kita selaraskan
masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

oK, Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal.

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


Ya Allah...besarnya kekuasaanMu..Ayat - ayat kat atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia . Even berlaku kat indon, tapi Malaysia (Pantai Barat) pon terasa jugak pedasnya...Ak yg dok kat bilik tgh study pom rasa shakin-shakin tu..

Juga, ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia (termasuklah ak,ak, kamo,kamo dan kamo..) supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

So, sama-samalah kita jauhi perkara munkar dan buat perkara yang maaruf..Ustaz ak penah jugak cakap yang bala yang Allah timpa nie bukan untuk orang yang jahil sajer, tapi orang yang alim pon akan kene jugak..sebabtulah pentingnya konsep amar ma'aruf, nahi munkar...So, semua golongan dlm masyarakat akan cenderung untuk melakukan perkara yang ma'ruf sajer..

Renung-renungkanlah wahai diri ini dan sahabat yang kusayangi sekalian...

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com