Sunday, November 10, 2013

maka berdoalah...


Petang ni, tergerak hati ini ingin berkongsi satu tazkirah yang saya dengar dari seorang ustaz semasa Hari Raya Aidiadha yang lalu.

Tazkirah : peringatan. Dan peringatan ini ditujukan khas buat diri sendiri khususnya.

Ustaz itu sebut, Nabi Ibrahim sangat banyak berdoa. Dalam Al-Quran, sangat banyak direkodkan doa Nabi Ibrahim. Antaranya, baginda berdoa supaya anak dan zuriatnya menjaga solat. Doa ini yang selalu juga kita baca dan ulang setiap kali selepas solat.

Seperti yang kita tahu, Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang anak, Ismail dan Ishak, dan baginda berdoa agar anak-anaknya dan keturunannya tergolong dalam kalangan mereka yang mendirikan solat dan menjaganya.

Kata ustaz, doa ini merupakan satu contoh bagi kita agar sentiasa mendoakan selain dari diri kita sendiri, sebaiknya doakan juga keluarga dan keturunan kita.

Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa yang akan datang. Doa inilah yang jadi kekuatan pada kita untuk menghadapi masa yang akan datang.



Dan ustaz itu juga berkongsi, Nabi Ibrahim ada berdoa agar negeri Mesir ini aman dan kaya dengan buah-buahan. Maaf tapi saya lupa doa ini dalam ayat yang mana dalam Al-Quran.

Tegas ustaz, berdoalah apa sahaja dan yakin dengan kuasa doa itu. Keyword : YAKIN!

Umi juga pernah pesan, doa seorang ibu itu sangat berharga. Dan umi selalu pesan, jangan pernah tinggal solat hajat setiap malam (huuu tapi sedihnya tak dapat istiqamah lagi dengan amalan ni).

Saya kagum dengan umi yang setiap malam (selepas isyak/maghrib @ waktu qiam) umi memang akan amalkan solat hajat. Moga saya juga akan amalkan amalan ini secara istiqamah, sekarang dan masa akan datang. Nampak kecil, tapi impaknya besar. Benarlah... sebaik-baik amalan ialah amalan yang istiqamah.

Moga saya, adik-adik (amir, imran, hanif, adik & lutfi) dapat jadi anak-anak yang soleh dan solehah dan penyejuk mata buat umi dan abah, dan juga moga keturunan kami akan baik-baik semuanya. Ameen ameen Ya Rabb :)


Dan, moga kita, keluarga dan keturunan kita semua tergolong dalam kalangan yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen :)

2 sila..silakan komen..:

Seri Selaseh said...

terima kasih utk doa tu... insyaAllah saya nak cuba hafal.

athirahariffin said...

saya pun adik saya yg ajar doa ni.. lepas tu dgr pulak ustaz cerita.. sama2x kita beramal ye. moga Allah makbulkan doa kita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com