Wednesday, November 14, 2018

aktiviti anak-anak sempena rabiul'awal


Semalam, balik dari masjid, abang kata di masjid ada ceramah tentang kelahiran Nabi Muhammad sempena bulan Rabiul'Awal.
Pagi ni tirah cari sikit aktiviti yang boleh buat bersama najah & anas sempena bulan kelahiran Rasulullah yang kita cintai.
Terjumpa ni. Tirah share sini dulu. Kalau ada yang berminat boleh ke link link di bawah. Tirah cari ni di pinterest.


Boleh download di link kat bawah ni secara PERCUMA! Ada 11 pages semuanya.


Menurut Habib Ali, Nabi Muhammad SAW berwasiat akan 3 perkara kepada para sahabat, iaitu :
1) Ajarkanlah anakmu cinta pada Nabi Muhammad SAW
2) Ajarkanlah anakmu cinta pada keluarga Nabi Muhammad SAW
3) Ajarkanlah anakmu cinta pada Al-Quran

Bagaimanakah caranya? Ini antara yang perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk rasa cinta ini.
1) Sentiasa membaca dan mengkaji sirah Nabi Muhammad SAW
2) Meneladani akhlak Baginda
3) Memperbanyakkan bacaan selawat memuji Baginda
Kita akan dikumpulkan bersama orang yang kita cinta di akhirat kelak. Jadi muhasabah diri kita, sejauh mana kita cintakan Baginda.
Jom buat aktiviti ni bersama-sama anak-anak dengan niat nak memupuk cinta mereka kepada Baginda.
Moga bermanfaat!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Moga di akhirat kelak, kita semua beroleh syafaat Baginda. Amin Ya Rabb 🌸

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com