27 November 2018 yang lalu, bermakna 2 bulan Ahmad Anas hidup bersama umi di dunia, bukan di alam rahim.
Umi catatkan di sini beberapa kenangan sewaktu melahirkan Anas, untuk Anas baca di kemudian hari. Awas, coretan ini agak panjang!
Selama mengandungkan Anas, pregnancy journey umi sangat smooth, hanya sekali umi masuk wad, berbanding waktu kakak Najah, umi beberapa kali masuk wad dan yang paling umi tak boleh lupa, umi dimasukkan ke ICU (Intensive Care Unit).
25 September 2018, ada check up di klinik. Rupanya ini check up terakhir di KK. Masa waktu sebelum Subuh hinggalah pagi semasa di klinik, Anas sangat kurang bergerak. Biasanya, waktu selepas Subuh memang waktu Anas paling aktif bergerak.
Bila tiba di KK dan berjumpa doktor, doktor arahkan umi untuk terus ke labour room, walaupun masa ni umi masih lagi tiada tanda untuk melahirkan baby.
Umi terus bergegas ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Sampai di sana, bukaan dah 2 cm dan umi dirujuk pakar untuk scan baby di dalam perut.
Rupanya, AFI (amniotic fluid index/air ketuban) umi kurang, plus minus dapat 6 sahaja. Menurut doktor, sebab ini jualah Anas kurang bergerak. Jadi, umi dimasukkan ke dalam wad.
2 hari umi di wad. Rutin umi seperti biasa, bangun seawal sebelum Subuh, tunaikan solat tahajud dan masa di dalam wad banyak umi habiskan dengan membaca Al-Quran dan banyakkan berjalan serta lakukan exercise. Alhamdulillah, surau sangat dekat hanya beberapa langkah dari katil. Keadaan di wad pun sangat selesa, siap ada aircond, even di hospital government.
Pagi 27 September 2018, doctor check cervical opening. Bukaan 4 cm, tapi masih tak rasa any contraction. Dan menurut doctor, umi perlu ke labour room pada pukul 9 pagi.
Masuk dalam labour room, proses induction (proses mempercepatkan bersalin) dilakukan.
Allahu, pertama kali perlu menghadapi situasi begini. Sebelum ini, alhamdulillah kandungan pertama tiada masalah dan dimudahkan Allah untuk bersalin normal.
Jujurnya, bersalin secara induction lagi sakit dari bersalin biasa kerana dipaksa dengan ubat namanya pitocin.
Due to failure of induction (kegagalan proses mempercepatkan bersalin) & baby mengalami fetal distress (bayi lemas), para doktor decide untuk adakan pembedahan emergency lower segment ceaserean section (EMLSCS) dengan segera untuk menyelamatkan anak yang umi kandung.
"Kita operate ya, CTG memang tak cantik"
2 petang, umi masuk ke OT (operation theater).
Allahu, tak pernah terbayang akan melahirkan anak secara operation. Segalanya berlaku sangat pantas. Tandatangan dokumen kebenaran pembedahan, kebenaran transfusi darah jika kehilangan banyak darah, masuk tiub kencing, tukar baju untuk pembedahan.
Rasa tak mampu berbuat apa-apa, masa tu hanya berserah kepada Allah dan doa dengan sepenuh hati moga anak yang dikandung selama 38 minggu lahir dengan selamat.
Umi menangis masa ni sayang 😢
Pertama kali pengalaman ketika di OT. Pengalaman merasa spinal anesthesia, proses yang mudah, tiba-tiba sahaja bahagian pinggang ke bawah terasa kebas.
Rasa sejuk dan kesakitan hilang sekelip mata. Rasa hangat dan nyaman dirasai. Sedar tak sedar, pembedahan pun bermula. Perut ditekan, tahu itulah saatnya bayi dikeluarkan.
Bila baby dikeluarkan, air mata mengalir, bersyukur kepada Allah. Cuma umi terkilan sebab tak dapat nak skin to skin dengan Anas, mungkin kerana doktor ingin selamatkan Anas waktu itu. Anas terus ditempatkan di NICU.
Maka, lahirlah bayi lelaki soleh ke dunia ini. Umi namakan Ahmad Anas mengambil inspirasi nama anak angkat Rasulullah, Anas Ibn Malik.
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya takwil.
Anas is an indirect Quranic name for boys that means a person who brings you joy and peace of mind, who removes your fears and worries. .
It is a common name of the Sahabah (companions of the Prophet, peace and blessings of Allah upon him and his companions). .
It is derived from the A-N-S root (to see, to recognize, to feel safe) which is used in a number of places in the Quran and is the root for the word Insaan (mankind). .
Rise and shine my baby boy Ahmad Anas!
May you grow into a soleh wa musleh man ❤️
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment