Monday, August 22, 2011

teruskan dan teruskan!


Hari tu dengar ceramah Ustaz Zaharuddin (tengok kat YouTube je). Ustaz ada cakap, doa paling baik untuk diamalkan dan diminta pada bulan Ramadhan ialah doa minta keampunan dari Allah, seperti yang dibawah,


Lebih-lebih lagi masa qiamullai di 10 malam terakhir. Andai kita tahu masa itu malam lailatulqadar, seharusnya doa inilah yang diminta.

Lepas tu ustaz cakap, ramai sangat manusia sekarang ni, tak minta pun doa untuk beroleh keampunan. Ramai yang minta hal duniawi je. Walhal, beroleh keampunan Allah tu lah benda paling berharga.

Ustaz cakap lagi, ramai orang sekarang, even minta keampunan dari Allah, tak bersungguh pun. Even masa solat taubat pun, tak ramai yang mampu menitiskan air mata bila mengenangkan dosa-dosa mereka.

Kadang-kadang kita istighfar memohon ampun, namun air mata kesal tak juga jatuh.

Kadang-kadang terfikir, kerasnya hati aku kan?

Ustaz cakap, tak ramai yang tahu betapa pentingnya keampunan Allah sebab tak ramai yang bayangkan macam mana azab kubur dan azab neraka. Andailah kita tahu bagaimana azabnya, nescaya setiap saat kita menangis kan.

Ustaz cerita, ada sekali dia pergi luar negara (tak ingat nama apa, pelik sangat). Lepas selesai ceramah, student-student kat sana bawa ustaz melawat satu muzium ni. Kat muzium ni, dia tunjukkan seksaan kepada pesalah-pesalah di zaman yang lampau. Ada satu hukuman ni, digergaji kemaluan pesalah hinggalah sampai ke kepala, dan akhirnya badan akan terbelah dua. Rasionalnya hukuman ni, untuk si pesalah seksa dulu sebelum mati.

Masa dengar kan, takutnya rasa.

Tapi, itu baru hukuman dunia, hukuman ciptaan manusia. Dan manusia yang menerima hukuman tu pun akan mati. Di neraka, seksaan yang bakal diterima lagi dasyat, lagi pedih. Tak terbayang dek akal. Lagi satu, manusia tak akan pernah mati. Akan terus menerus menerima hukuman. Akan diseksa dan diseksa.

Kadang-kadang, kita buat amalan-amalan, tak rasa menyentuh hati, orang kelantan kata, tak rasa 'gha'.

Pagi tadi, ex-roomate, Najah Solihah berkongsi di facebooknya. Dia berkongsi apa yang didengarnya di slot Fikrah Ramadhan di MHI, penceramahnya Ustazah Laila Aniza.

"Ustazah sebut 4 perkara yang Nabi galakkan sepanjang akhir Ramadhan: zikir, istighfar, mohon lepas dari neraka n mohon syurga Firdaus. Kalaupun kita tak rasa 'gha' waktu istighfar, teruskan zikir dan istighfar, sesungguhnya Allah ni Maha Penyayang. Lama-lama, Dia akan campakkan jua kemanisan dalam hati kita, asalkan kita istiqomah dan ikhlas."

Ya, Teruskan dan teruskan. Lama kelamaan, Dia akan mencampakkan kemanisan itu. Walau masa solat taubat, istighfar, zikir, kita tak mampu nak rasa 'gha', tak mampu nak menitiskan air mata ini, teruskan!

Terima kasih sahabat :)

Cukup bermakna! Marilah kita menjadi hamba yang istiqomah dan ikhlas melakukan amal. Nescaya, akan beroleh kemanisan cinta hakiki dari Dia

"Wazakkir Fai'nnaz Zikra Tanfau'l Mu'miniin"
[Az-Zariyat:55]
~Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.~


notakaki :: Hari ini kena mula beli barang, esok pagi dah kena start buat kuih raya. Yahuuu~~ Selama ni susah nak buat sebab tak cuti kan, sekarang ni, senang la, masa lapang berlambak. Kena buat awal sebab hari Khamis ni akan bertolak ke KL sudaaa.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com