Hari ini, masuklah sudah 18 Ramadhan. Cepat sungguh kan masa berlalu. Kalau ikut, hari ni kena masuk juz 18 dah. Yang tak masuk lagi tu sempat lagi la nak kejar. Kejar, jangan tak kejar. At least khatam 1 kali Quran Ramadhan ni ye.
Memetik kata-kata Uthman bin Affan yang saya baca dalam majalah Solusi, "Kalau hati kita bersih, kita tak akan pernah kenyang daripada al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca al-Quran padanya"
Haaa, tajuk tu bukannya silap taip ye, tapi memang nak cerita tentang 17 Ramadhan.
17 Ramadhan, Kelantan cuti. Sebab apa? Mesti ramai yang dah tahu kan, hari ini ialah Nuzul Quran. Memang tarikh turunnya Quran ni berlaku khilaf di kalangan ulama', ada ulama' yang menyatakan pada 17 Ramadhan, ada juga yang berpendapat bahawa ianya berlaku pada malam Lailatul Qadar, iaitu antara 10 malam terakhir. Ini apa yang saya dapat grab melalui ceramah Dr Asri di Qaryah Ramadhan pada 17 Ramadhan hari tu la. Ini dia video ceramah Dr Maza pada malam itu, KLIK SINI.
Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, tapi bulan di mana turunnya Quran. Jadinya, meh la kita banyakkan baca dan tadarus Quran ye.
Satu lagi peristiwa besar yang berlaku pada 17 Ramadhan ialah peristiwa perang pertama yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar Kubra, yang berlaku pada tahun ke 2 Hijrah. Kalau kita tengok balik sirah, ibadah puasa difardhukan ke atas umat Islam pada bulan Syaaban tahun ke 2 Hijrah. Dan, pada bulan Ramadhan di tahun yang sama, umat Islam berperang menentang musyrikin dan memperoleh kemenangan.
Semua pun tahu, jumlah tentera Islam sangat sedikit, iaitu hanya 313 orang jika dibandingkan dengan tentera Quraisy iaitu sebanyak 1300 orang. Walaupun tentera Islam sedikit, namun dengan rahmat Allah pasukan Islam menang. Allah menurunkan pasukan malaikat untuk membantu mereka. Allahuakbar, hebatnya percaturan Allah!
Nak tahu lebih, sila banyakkan pembacaan anda ye. Sila rajinkan diri dengar ceramah dan baca buku berkenaan sirah nabi ye :) Pernah dengar seorang Ustaz ni kata, "Remaja muda mudi zaman sekarang ni tak tahu kisah perang Badar ni, yang dia tahu kisah movie-movie Barat" Lepas dengar, ketuk kepala sendiri. Hee~
17 Ramadhan di Qaryah Ramadhan
Alhamdullillah, pada malam 17 Ramadhan, sempat berbuka puasa dan berterawih di Qaryah Ramadhan.
Alhamdullillah, pada malam 17 Ramadhan, sempat berbuka puasa dan berterawih di Qaryah Ramadhan.
Malam tu jugak, ada program 100 kali khatam Quran. Haa, nak tahu macam mana 100 kali khatam Quran ni. Malam tu, Quran dibahagikan secara percuma pada 3000 jemaah yang hadir. Setiap Quran tu dah ditandakan kita akan baca juz yang mana, Contohnya, Quran yang saya dapat, bertanda juz 29. Maknanya, kena habiskan baca juz 29 tu la. Setiap orang akan baca 1 juz, dan setiap juz akan ada 100 orang yang membacanya. Jadi, bila 3000 orang yang membaca setiap juz dari 30 juz, akan khatamlah 100 kali Quran.
Ramai sangat yang hadir pada malam tu. Rasanya ada dalam 5000 orang. Mujurlah sempat masuk dalam khemah tarawih yang ada air cond tu, kalau tak memang kena solat kat atas jalan (ada je diorang bentang tikar).
Malam tu jugak, jumpa adik. Adik datang dari MTS. Tu pun jumpa lepas habis solat tarawih masa nak cari selipar. Hehe. Rasanya, semua budak asrama dari sekolah YIK (Yayasan Islam Kelantan) hadir pada malam tu sebab nampak pelbagai jenis baju outing asrama. Teringat pulak zaman sekolah. Kalau ada event keluar ramai-ramai dari sekolah memang happy la.
Honestly, memang suka lihat biah Ramadhan di Qaryah Ramadhan, especially malam tu. Masa baca Quran ramai-ramai tu kan, nak nangis pun ada. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab suka tengok suasana macam tu tambah lagi ribuan orang baca Quran at the same time. Menurut Dato' Takiyuddin juga, ada yang sanggup datang dari jauh untuk merasa suasana di Qaryah Ramadhan pada malam tu. Ada dari pahang, siap naik keretaapi satu family lagi. Ada yang datang jauh dari Singapura.
Pada yang tinggal kat Kelantan tu. Rasanya masih tak terlambat lagi untuk anda datang ke Qaryah Ramadhan dan merasa biah Ramadhan di sini. Heeee~
Moga Allah kekalkan pemerintahan Islam di bumi Kelantan ini.
notakaki :: Gambar diambil di page Qaryah Ramadhan.
notakaki :: Petang kelmarin pergi KK Home Deco. Allah, memang banyak sangat benda cantik, especially bunga-bunga kat floor paling atas. Mujo la aku ni tak kayo, kalau tak aku ambik je semua.
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment