Monday, December 22, 2014

kerana mereka mahu yang terbaik


Adik-adikku.
Buat adik-adikku, buat saudara seakidahku.

Mereka mahukan yang terbaik buat kita.
Mereka tahu apa yang terbaik buat kita.

Andainya kau tahu.
Mereka tahu apa yang mungkin kau tak tahu.

Andainya kau tahu, mereka bukan memaksa.
Cuma sekadar menyuarakan apa yang mereka fikir terbaik buat kita.

Mereka kadangkala mengorbankan kepentingan diri sendiri.
Demi anak-anak yang mereka amat sayangi.

Dan bila nanti, kau juga akan merasa apa yang mereka rasai.
Mahukan yang terbaik, untuk kepentingan duniawi, juga ukhrawi.

Mungkin buat anak-anakmu kelak.
Mungkin juga buat kepentingan dirimu sendiri kelak.

Andainya kau tahu, isi hati mereka.
Kau takkan lakukan apa yang kau lakukan tika ini wahai saudara.

Andainya kau tahu, berapa beruntungnya kita masih punya ibu bapa.
Kerana di luar sana masih ramai yang ditakdirkanNya untuk tidak merasa kasih sayang dari mereka yang bernama ibu juga bapa.

....................................

Moga kita ini jadi anak soleh solehah. Santuni ibu bapa. 
Kerana bila ibu bapa tidak redha, segala amal kebaikan yang kau lakukan mungkin tidak dicatat malaikat, tidak diterima Allah. Sia-sia saja amalanmu. Dan paling besar kesannya, hilang barakah dalam hidupmu. Hidup di dunia, juga di akhirat.

Dan moga, anak-anak kita juga akan santuni kita sebagaimana kita santuni mereka. 

Sekian.

Luahan hati. 
Yang mungkin bisa ditulis di sini. Yang diluah dari hati yang paling dalam. Yang tak terluah di mulut.

Wednesday, December 17, 2014

hujan


Bismillahirrahmanirrahim :)

Sekarang Kuantan hujan lebat. Hujan-hujan ni sedapnya la duduk kampung (rumah mek). Rumah kayu memang sangat sejuk bila musim hujan lebat ni. Duduk rumah mek sambil minum air teh ke kopi panas yang mek buat lepas tu makan ubi kayu panas-panas, tak pun makan putu halba memang heaven (sila la google putu halba kalau tak tahu. makanan ni ade mase musim hujan je XD). Alahai mana la nak cari kat Kuantan ni =.='

Sebenarnya tak ada apa nak taip tapi rasa nak menulis.


Waktu antara mustajab doa ialah bilamana hujan turun. Bila nampak hujan turun, marilah banyakkan doa ye ^.^

....... 


"Bunga tu, waktu hendak tunggu dia mekar, kita rasa terseksa dengan kelambatannya. Tapi, bila dia dah mekar indah, kita seakan merasakan bahawa sebelum itu kita tak pernah terseksa menunggunya." 
.Hilal Asyraf.

Mekarlah wahai bunga dengan hujan yang merintik turun.... 

Thursday, November 27, 2014

PRK 2014

Allah. Lama tak menulis sesuatu di sini. Hari ini, terasa nak mencoret serba sedikit kisah mengenai pilihanraya kampus UIA Kuantan 2014 yang telah diadakan pada 20 November 2014 yang lalu.

Sebelum saya berkongsi cerita, izinkan saya kongsikan satu video yang insyaAllah sangat bermanfaat. Satu video yang dirakam ketika sesi Sembang Jumaat dan disampaikan oleh sahabat baik saya yang solehah, Najah Solihah. Hebat sungguh ukhti hihi ^.^


Tergerak hati untuk berkongsi di sini sebab dulu pernah kongsi cerita tentang Pilihanraya Kampus UIA Kuantan 2013. Kali ini ingin berkongsi kenangan pada tahun 2014 yang mungkin ada sedikit kenangan manis buat saya, ye la kakak tahun akhir la katakan. Tahun depan dah tak dapat rasa bergerak kerja untuk PRK dah kan.

Untuk kuliyah kami, tahun ini ada 4 calon yang bertanding. Keempat-empat calon masyaAllah soleh solehah serta hebat gerak kerjanya. Rambang mata nak pilih. Apapun, hanya 2 calon yang boleh dipilih dan rasanya saya dah buat pilihan terbaik dah hehe.

Tahun ini, saya diamanahkan untuk terlibat sebagai salah seorang CA (counting agent) semasa sesi pengiraan undi berlangsung. Sesi pengiraan undi berlangsung sejurus selepas masa pengundian tamat. Berdebar jugak jadi CA ni. Kena sangat teliti dan peka. Alhamdulillah, ianya bejalan dengan sangat lancar. Pengalaman pertama dan terakhir untuk menjadi CA untuk PRK. Nice moment indeed. 


Jika kita rujuk balik sirah, sejurus Rasulullah s.a.w. wafat, perkara awal yang dilaksanakan oleh para sahabat adalah MELANTIK PEMIMPIN untuk menggantikan baginda. Betapa pentingnya melantik pemimpin itu sendiri. Jadinya, penting juga kita sebagai warga kampus, untuk memilih pemimpin yang QAWIYUL AMIN untuk menjadi pemimpin buat kita semasa di kampus.

Tahniah dan tahziah buat adik-adik yang terpilih sebagai YB. Selamat bekerja adik-adik!

Kepimpinan (Al Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).


عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)

Last but not least, nak letak gambar sebagai kenangan di blog kesayangan. Gambar kali terakhir mengundi zaman bergelar pelajar bersama sahabat seperjuangan tersayang, Izzati :)



Doakan kakak tahun akhir ini dipermudahkan segalam urusan ye :)


notakaki :: homesicknyaaaa.. nak balik kelate T.T

Tuesday, November 25, 2014

juga buatmu



"Can I ask you one thing?"

"What?"

"Put me in your du'a."

"Okay. But why?"

"Because I will put you in my du'a. We'll meet there." 

.....

Malaikat akan aminkan sahabat yang mendoakan sahabat lain sambil berkata, "juga buatmu.."

Moga Allah kurniakan kita hati yang suci bersih yang sentiasa melihat kebaikan orang lain serta sentiasa mendoakan kebaikan orang lain ^.^

Monday, October 6, 2014

anak soleh solehah




Pertama kali melihat video ini ketika berada dalam satu program tarbiyyah yang diikuti. Beberapa bulan yang lalu mungkin. Tapi masa tu, sangat penat sebab hari dah malam, terpaksa melayan karenah adik-adik dari pagi lagi. Tak fokus. Alhamdulillah, sahabat yang menayangkan video ini pada adik-adik berkongsi link YouTube untuk saya lihat sekali lagi.

Melihat video dan mendengar kisah yang diceritakan dalam video in buat air mata ini gugur. Sungguh, penyampaian Ustaz Dusuki memang tak pernah mengecawakan hati.

Bait-bait yang ditutur oleh Ustaz Dusuki yang buat hati ini tersentuh,

"ngaji la tinggi mano pun, belajar la hebat lagu mano pun. tika kami x dok, mung kena mmandi mayat kami, time kami x dok, kubur kami ni jange sunyi dari doa pok2x mung"

Teringat satu hadith yang mungkin semua orang pernah dengar. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Benarlah, anak soleh solehah itu aset buat ibu bapa. Moga kita tergolong dalam kalangan anak soleh solehah buat ibu ayah. Moga kita juga diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat yang soleh solehah, yang dapat jadi pembela di alam kubur dan di akhirat sana yang kekal abadi.

Saya berpegang pada kata-kata, "Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today"


Selalu juga amalkan doa Nabi Ibrahim yang dirakam dalam Surah As-Saffat, ayat ke 100.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”

Moga Allah bagi saya kekuatan dan petunjuk untuk jadi anak yang solehah buat umi abah :)

Dengar taw video ni. InsyaAllah bermanfaat ^.^

Satu lagi, sambil baca post ni, minta tolong doakan sekali ye hihik ^.^


p/s :: parking video ni di blog khas untuk tatapan diri sendiri sebenarnya, dan harapnya bermanfaat jugak buat readers. dan moga, nanti saya tua-tua, bila saya tengok balik post ni, Allah dah kurniakan saya dengan zuriat soleh solehah. saya juga berimpian cerita dalam video ni jadi kisah kami adik-beradik. ameen :)

Sunday, October 5, 2014

haramain

LabbaikAllah Humma Labbaik
LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak

Setiap kali terdengar bait-bait ini, hati meronta. Ya Allah, rezekikan aku ke sana. Ke Tanah SuciMu. 

Moga diri ini bisa menjadi tetamu di haramain. Ya Allah, panjangkan umurku dan rezekikan aku untuk sampai ke tanah haram itu. 

Moga Kau makbulkan doaku :)

Selamat Hari Raya Aidiladha. Banyakkan takbir, tasbih dan tahmid.




Wednesday, September 24, 2014

sempurna


O Allah, I want to walk together with those whose hearts are Yours and willing to learn along the journey. No, I don't seek for perfection because I am not perfect either...

Wednesday, September 17, 2014

tenang


Ada masa-masanya kita seakan merindui syurga, terlalu merindui Tuhan. Saat dada terasa semakin sesak dengan hal-hal keduniaan. Telekung yang disarung sepertinya tidak mahu ditanggalkan kerana saat itu tubuh bagai diselimuti kasih Tuhan. Ah, tenteram... Berbaring di atas sejadah sepertinya berbaring di atas pangkuan Tuhan. Ah, enak... Angin kipas yang menampar-nampar pipi bagaikan elusan lembut belaian cinta dari Tuhan. Ah, nyaman...

Bagaikan Dia juga sedang memberitahu, "Hambaku, Aku turut merinduimu.."

Sungguh, dengan mengingati Allah wahai perempuan, hatimu akan tenang. Setenang-tenangnya :)


[ Moga Allah mudahkan urusan athirah ariffin di tahun akhir ini ]

Monday, September 15, 2014

diri ini


Kini, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tersedar atas sebab satu mimpi. Allahurabbi.

Diri ini agak berserabut tika ini. Kubuka blog yang kusayangi untuk menitipkan sedikit bicara yang mungkin terlahir dari hati ini. Mudahkanlah urusanku Ya Rabbi.

__________________________________

‘Alastu bi rabbikum?` “Qaalu, bala syahidna”

Pertanyaan ini ditanya kepada seluruh manusia saat
 kita belum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah Al-A'raf : 172)

Diri ini lahir dari setitis mani yang sangat hina. Mulia kita kerana taqwa. TAQWA!

Allah.


Diri yang hina ini punya tanggungjawab sebagai hamba, anak, kakak, mahasiswa, rakyat, sahabat, bakal isteri dan bakal ibu.

Jadikanlah aku hamba yang menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya. Kerana aku tahu, ia bakal dipersoalkan.

Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan. Atas pilihanMu untuk aku memilih jalan ini sebagai jalanku.

Ayat-ayat Al-Quran di bawah ku belek. Ayat motivasi buat pendokong amanah, penggalas tanggungjawab.



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" 
(As-Saff : 10)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" 
(As-Saff : 11)

"Biar ada harga pilihan Allah ini". Kata-kata seorang yang amat kukagumi.

Baiknya Allah, mengurniakan ganjaran-ganjaran seperti ayat di bawah ini buat mereka yang istiqamah menjalankan taklifan yang diamanahkan :)



"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar"  
(As-Saff : 12)


1. Diampunkan dosa
2. Dimasukkan ke dalam taman-taman syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai
3. Ditempatkan kamu di dalam syurga Adn

Allah. Aku tahu aku insan yang punya banyak dosa. Tapi apalah lagi yang dapat membuat hati ini girang gembira selain dapat menjejaki syurgaMu nan indah.

Sungguh, SYURGA lah motivasi terbaik!


p/s :: dan setelah berbulan lamanya mengabaikan blog, ia terusik di saat hati gundah gulana tika ini.

p/s :: buat adik yang mesej kak tirah, moga sama-sama thabat ye dik :)

p/s :: Lagu Langkah Pejuang ni boleh jadi booster kot. Terima kasih adik manis di Dublin yang share lagu ni.

Saturday, March 8, 2014

engkau yang Maha Merancang


Dari 99 nama Allah, berapa yang kita tahu maksudnya dan yang kita boleh terangkan pada orang lain dengan jelas? Allahurabbi.. termuhasabah dengan satu sesi dalam kelas di UIA ini, bila lecturer minta senaraikan semua nama Allah berserta maksudnya sekali dalam masa beberapa minit sahaja. Dan saya? Memang boleh kata fail :(


Sejak itu, salah satu azam diri sendiri, untuk lebih kenal maksud nama Sang Pencipta ini. Tak kenal maka tak cinta. Moga Allah kurniakan istiqamah untuk saya lebih mendalami nama-nama Allah dan beramal dengan nama Allah.

Satu tips dari lecturer tersayang, untuk apa-apa doa dan situasi yang memerlukan kita berinteraksi dengan Allah, sebut namanya. Contoh : Ya Allah Ya Rahim, jadikanlah aku insan yang penyayang dan moga hidup ini dikelilingi insan yang penyayang. Haaa tu contoh la! There's a lot to discover :)


Ok, so saya akan kongsikan salah satu nama yang amat saya suka. Mula jatuh cinta pada nama ini sejak pertama kali mendengar bicara lembut dari Prof Dr Wan Maseri ^.^


Al Baari', antara salah satu dari 99 nama Allah yang amat kusuka. Al Baari', membawa makna Maha Merancang 


Teringat satu perkongsian dari Prof Wan Maseri, beliau akan amalkan untuk membaca Ya Baari' sebanyak 40 kali selepas Subuh (atau seeloknya semasa Qiamullai, saat kita bersendirian dengan Sang Pencipta), sebelum kita memulakan perjalanan hari kita.



"Ya Allah, sebelum aku memulakan perjalanan hari ini, aku serahkan segalanya kepadaMu. Aku menyerahkan seluruh jiwa raga untuk agendaMu, jadikanlah aku abdiMu yang sejati."

Moga dengan penyerahan jiwa ini, hidup kita mengikut agenda Allah, agenda yang menjadikan kita insan yang bermanfaat buat Islam. Walau apa sahaja yang kita lalui untuk setiap hari, kita akan menerima segala apa yang telah Allah tetapkan. Moga hati kita sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya. Dan moga, segala gerak geri dan perlakuan kita sehari-hari, akan menjadi asbab untuk kita masuk ke syurga Allah dan jauh dari neraka Allah. 


Ameen 

Sunday, February 23, 2014

umur 23 tahun



Alhamdulillah thumma alhamdulillah :)

20 Februaru 2014, 23 tahun sudah menapak di bumi yang sementara ini. Melalui perjalanan yang sementara sebelum ke tempat yang abadi. Terima kasih umi sebab melahirkan kakak. Terima kasih abah jadi orang yang menyambut bayi kecil ini 23 tahun yang lepas.

Melangkah ke umur ini, banyak yang perlu difikirkan secara serius. Pelajaran, kerjaya, perjalanan dakwah, keluarga, suami, anak-anak (err err).. but really, i have to think about all of these stuffs.  

Ramai yang meraikan. Terima kasih buat semua. Terima kasih sebab sudi meraikan walau diri ini sudah pun masuk umur 23 tahun.

Buat roomate yang buat prank sampai diri ini menangis, terima kasih. Terima kasih atas kasih sayang kalian. Terima kasih sebab tak pernah lupa sambut hari jadi setiap tahun. Kalian memang osem!

Buat classmates yang jerit dan nyanyi lagu Happy Birthday dalam lif, terima kasih. Terima kasih sebab ingat akan diri ini dan buat rasa diri dihargai. 


Terima kasih jugak buat Geng Kembara (Izzati, Kak Mun, Kak Syakirah dan Kak Hani) sebab buat post birthday celebration. Secret Recipe memang tempat terbaik buat penggila dan penggemar kek macam saya. Terima kasih pada Cik Izzati sebab bagi tudung colour biru. Memang sekarang dalam fasa nak try colour biru sebab kurang sangat baju & tudung biru hihi. Terima kasih juga sebab sudi jadi sahabat yang solehah buat diri ini :)


Petang tadi, dapat kejutan dari anak-anak usrah. Allah.. saya amat sayangkan mereka. Terima kasih adik-adik atas kejutan, hadiah dan kek. Comel sangat hadiah. Kak Tirah akan ingat surprise ni dan simpan hadiah yang adik-adik bagi sampai bila-bila. Moga Allah kuatkan tautan hati-hati ini.


Terima kasih jugak buat Dr Mukminah to be, Najah sebab buat post tentang saya di blog. Satu potong ayat Quran yang diberi tika diri ini masuk umur 23 tahun, yang buat diri ini terharu. 


"Jadikan bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian". 
(Asy-syu'ara' : 84)


Doakan saya berjaya dunia akhirat. Dan, doakan, hari yang paling terindah buat saya ialah hari di mana saya mati. That's it. That' all. Itu cukup bagi saya. Husnul khotimah! Ameen :)

Last but not least, teringat kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari, untuk renungan bersama.

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

Saturday, February 1, 2014

if and only if i have the chance


Jumaat, 31 Januari 2014, ramai sangat yang akad nikah :)

BarakAllahhu lakuma,
Wa baraka 'alaikuma, 
Wa jama'a baina kuma fii khair.

Semoga bait al-muslim yang dibina kekal selama-lamanya disertai sakinah, mawaddah & rahmah dan dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah yang dapat menjadi pembela di akhirat.

Cewah!

Semalam je, 2 pasangan dinikahkan oleh TGNA, pasangan yang saya kenal la :)

Petang tu tunjuk gambar Huda, junior masa di CFS PJ dulu kat umi, yang dinikahkan oleh TGNA. Excited sebab pengantin lawa sangat :)

Satu lagi pasangan, sahabat baik abah masa di UKM, YB Dato' Fatah, yang berkahwin dengan pasangan (beliau kehilangan isteri tersayang tahun lepas), yang juga merupakan orang kampung saya. What a coincidence. Dulu masa kecik-kecik adik-beradik saya semua buat spek dengan Pak Cik Fatah.

Allahu Allah.. untungnya dapat dinikahkan oleh orang soleh macam TGNA.

Lepas tunjuk gambar kedua pasangan yang dinikahkan oleh TGNA kat umi, tersasul di mulut, "Bestnya kalau Tok Guru jadi tok kadi nikah"

Umi kata, "InsyaAllah kalau ada rezeki"


Moga makbul kata-kata umi.

Satu lagi, bila orang yang ada anak kecil yang sempat tahnik anak mereka dengan Tok Guru. Allah, jeles sungguh heheh.


Beruntungnya baby-baby yang dapat ditahnik oleh insan yang sangat mulia kan. Moga baby-baby ni dapat aura Tok Guru, jadi anak yang soleh solehah dan jadi penerus kepada perjuangan Islam.

If and only if i have the chance ^.^


notakaki :: fikir banyak kali sebelum post, tapi takpelah, moga ada antara yang baca ni mendoakan saya :)

notakaki :: suka tengok video ustaz don buat untuk anaknya sempena hari ke-7 anaknya ke lahir ke dunia. video yang sarat dengan sunnah Rasulullah di hari ke-7 kelahiran permata hati.

Wednesday, January 29, 2014

gila pada buku


Sorry la ada word 'gila' kat tajuk post =.=

Gila pada buku. Kalau guna cinta buku lagi elok kan? Tapi nak sangat title gila buku tu. Jealous tengok perempuan-perempuan solehah yang saya kagum pada ilmu & thaqafah mereka (cik izzati, kak mun, kak syakirah & kak hani) yang saya yakin tengah khatamkan banyak buku masa cuti ni :)

p/s : ada ke antara geng kembara yang baca blog ni hihi

Entah kenapa nak post benda ni hari ni, mungkin sebab perasan cuti dah nak habis tapi buku yang target nak baca still tak achieve lagi heh!


Ini mungkin untuk diri sendiri la, yang malas ni, nak lancarkan kempen iaitu, Satu Bulan Satu Buku (at least!). Ni sebab ada tengok sahabat yang buat macam ni untuk pastikan dia baca buku at least sekali sebulan.

Moga Allah mudahkan projek buku saya ni. Sape nak join? JOM! Mari sama-sama kita mengislah diri ayuh! :)

Wahailah perempuan, sila rajinkan diri anda jadi macam perempuan yang rajin dan solehah menambah thaqafah :)


notakaki :: Alhamdulillah atas result yang dapat semalam :) Ya Allah Ya Bari, aku serahkan segalanya padaMu. Moga kau aturkan pelan kehidupan yang terbaik buatku, DUNIA dan AKHIRAT ^.^

notakaki :: Sekarang addicted dengar short lecture by Nouman Ali Khan. Oh i'm so in love with the way he delivered his lecture ^.^

Monday, January 27, 2014

backbiting


Malam ni rajin nak bukak blog rahsia, dan membaca azam sahabat di UK, untuk semester 2 di University Manchester sana (sem 2 dia la, saya masih degree =.=), iaitu : berazam untuk buat kerja dengan lebih teratur dan kurangkan mengumpat.

You go girl!


Tertarik dengan 'kurangkan mengumpat' tu.

Kita ni (baca : aku) selalu sangat cakap pasal orang (baca : mengumpat). Allah. Astaghfirullahalazim. Moga Allah ampunkan dosa aku. Dan satu lagi, dosa mengumpat ni, akan diampunkan Allah jika orang yang kita umpatkan tu maafkan dosa kita. Betapa besarnya dosa mengumpat ni.

Selalu pesan kat diri, jangan suka ambil tahu hal orang, dan jangan suka cakap pasal orang lain. Sebab tu kadang-kadang, bila nak marah ke ape ke, tak suka sangat cerita kat orang, bila cerita ni kan, biasala perempuan, semua benda nak cerita. So, as prevention method la katakan, saya tak suka sangat cerita kat orang. Susah jugak sebenarnya sebab memang fitrah wanita tu suka bercerita. Ingat kat dosa athirah, dosa mengumpat tu macam makan daging saudara kita sendiri. Ingat tu, ingat tu..... 

Lepas je baca statement sahabat tercinta di UK ni, terus terbaca di FB kata-kata Ustaz Pahrol Muhammad Juoi,

"Hebatnya peribadi mu wahai Rasulullah, kau mampu mendoakan musuh-musuhmu! Aku pula, masih tega mengumpat sahabat dan saudara sendiri. Akukah yang mengaku cintakanmu?"

Kena pada masanya.

Aku cintakanmu Ya Rasulullah. Aku ingin akhlak mulia sepertimu....

Muhasabah diri. Tak nak jadi orang yang muflis di akhirat sebab dosa mengumpat ni. Tak nak jadi orang yang termengumpat dan banyak mendengar umpatan.

Allah.

Ok lah selamat malam


notakaki :: lama tak tulis secara random di blog tersayang ni. hopefully lepas ni rajin nak menulis :)

Thursday, January 16, 2014

ingatan buat pencinta Rasulullah


Ini nukilan dari Ustaz Rosli Jabbar yang menyentuh hati saya. Moga perkongsian ini ada manfaatnya. Sengaja saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Moga Allah suburkan cinta di hati kita buat sang Rasul yang tak pernah kita bersua. Moga Rasulullah kenal & memberi syafaat kepada saya di akhirat kelak . Allahumma ameen :)

*************************************************

Sedikit ingatan sempena MaulidurRasul SAW buat murid-muridku di Ma'had Tahfiz Darul Fikri, juga dimana-mana sahaja.

Jangan hanya sekadar membuai hati untuk menanamkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW dengan berselawat kamu semata-mata. Menelusurilah perjalanan dakwahnya, rasailah kepahitan natijah perjuangannya. Rasulullah SAW tidak diutuskan oleh Allah swt untuk kita berselawat kepadanya semata, tetapi juga sebagai Qudwah dalam seluruh kehidupannya.

Jangan hanya gembira dengan kelahirannya, kerana kelahirannya hanya seketika, tetapi perjuangannya sepanjang hayat. Jangan hanya bermanis wajah dan berair mata berselawat kepadanya, tetapi tidak sanggup untuk berkerut duka, bermandi peluh dan darah untuk menuruti dan berhadapan dengan Ibtila perjuangannya.

Janganlah berselawat kerana halobakan pujian kerana ingin dikatakan cinta kepadanya, tetapi menjauhkan diri daripada perjuangan untuk menegakkan Islam yang terpaksa menerima kejian dan fitnah, Rasulullah SAW tidak hanya dicintai orang yang beriman tetapi juga dibenci oleh musuh-musuh Allah SWT.

Jangan hanya beramal dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan kamu dihormati, tetapi beramallah juga dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan Rasulullah SAW diperangi oleh musuhnya. Jangan hanya bersunnah dengan natijah kegembiraan tetapi menjauhkan diri dari kedukaan mehnah perjuangan.

Jangan hanya berpakaian indah untuk berada dipentas-pentas selawat semata, tetapi jejakkanlah kaki mu di medan perjuangan yang pastinya menyebabkan tubuhmu meleket peluh, pakaianmu bersalut debu, kulit mu hitam terbakar dek kepanasan kerana itulah juga perjalanan Rasulullah SAW.

Janganlah rasa kamu hebat kerana indahnya suaramu berselawat, lalu kamu lupa untuk menyatakan kebenaran yang akan menyebabkan hilangnya penghormatan musuh Islam terhadapmu. Rasulullah SAW tidak hanya disantuni tetapi Rasulullah SAW juga disanggah.

Jangan hanya bersunnah dengan makanan yang lazat-lazat dari apa yang pernah dimakan oleh Rasulullah SAW, hingga kamu lupa berpuasa dan lupa bahawa Rasulullah SAW juga kelaparan ketiadaan makanan. Ingatlah ketika kamu pelahap memamah makanan yang dikatakan Sunnah lalu kamu lupa Sunnah untuk membantu orang-orang fakir dan miskin yang kekurangan makanan.

* Perbanyakkan selawat keatas Junjungan Rasulullah SAW.
* Beramallah dengan sunnahnya.
* Menelusurilah perjuangannya.


Jadilah Islam yang tulin, jangan jadi Islam yang tuli. Yang manis itu kudapan dan yang pahit itu ubatan. Semoga aku dan kamu semua mendapat Syafa'at daripadanya di Akhirat nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com