Wednesday, January 29, 2014

gila pada buku


Sorry la ada word 'gila' kat tajuk post =.=

Gila pada buku. Kalau guna cinta buku lagi elok kan? Tapi nak sangat title gila buku tu. Jealous tengok perempuan-perempuan solehah yang saya kagum pada ilmu & thaqafah mereka (cik izzati, kak mun, kak syakirah & kak hani) yang saya yakin tengah khatamkan banyak buku masa cuti ni :)

p/s : ada ke antara geng kembara yang baca blog ni hihi

Entah kenapa nak post benda ni hari ni, mungkin sebab perasan cuti dah nak habis tapi buku yang target nak baca still tak achieve lagi heh!


Ini mungkin untuk diri sendiri la, yang malas ni, nak lancarkan kempen iaitu, Satu Bulan Satu Buku (at least!). Ni sebab ada tengok sahabat yang buat macam ni untuk pastikan dia baca buku at least sekali sebulan.

Moga Allah mudahkan projek buku saya ni. Sape nak join? JOM! Mari sama-sama kita mengislah diri ayuh! :)

Wahailah perempuan, sila rajinkan diri anda jadi macam perempuan yang rajin dan solehah menambah thaqafah :)


notakaki :: Alhamdulillah atas result yang dapat semalam :) Ya Allah Ya Bari, aku serahkan segalanya padaMu. Moga kau aturkan pelan kehidupan yang terbaik buatku, DUNIA dan AKHIRAT ^.^

notakaki :: Sekarang addicted dengar short lecture by Nouman Ali Khan. Oh i'm so in love with the way he delivered his lecture ^.^

Monday, January 27, 2014

backbiting


Malam ni rajin nak bukak blog rahsia, dan membaca azam sahabat di UK, untuk semester 2 di University Manchester sana (sem 2 dia la, saya masih degree =.=), iaitu : berazam untuk buat kerja dengan lebih teratur dan kurangkan mengumpat.

You go girl!


Tertarik dengan 'kurangkan mengumpat' tu.

Kita ni (baca : aku) selalu sangat cakap pasal orang (baca : mengumpat). Allah. Astaghfirullahalazim. Moga Allah ampunkan dosa aku. Dan satu lagi, dosa mengumpat ni, akan diampunkan Allah jika orang yang kita umpatkan tu maafkan dosa kita. Betapa besarnya dosa mengumpat ni.

Selalu pesan kat diri, jangan suka ambil tahu hal orang, dan jangan suka cakap pasal orang lain. Sebab tu kadang-kadang, bila nak marah ke ape ke, tak suka sangat cerita kat orang, bila cerita ni kan, biasala perempuan, semua benda nak cerita. So, as prevention method la katakan, saya tak suka sangat cerita kat orang. Susah jugak sebenarnya sebab memang fitrah wanita tu suka bercerita. Ingat kat dosa athirah, dosa mengumpat tu macam makan daging saudara kita sendiri. Ingat tu, ingat tu..... 

Lepas je baca statement sahabat tercinta di UK ni, terus terbaca di FB kata-kata Ustaz Pahrol Muhammad Juoi,

"Hebatnya peribadi mu wahai Rasulullah, kau mampu mendoakan musuh-musuhmu! Aku pula, masih tega mengumpat sahabat dan saudara sendiri. Akukah yang mengaku cintakanmu?"

Kena pada masanya.

Aku cintakanmu Ya Rasulullah. Aku ingin akhlak mulia sepertimu....

Muhasabah diri. Tak nak jadi orang yang muflis di akhirat sebab dosa mengumpat ni. Tak nak jadi orang yang termengumpat dan banyak mendengar umpatan.

Allah.

Ok lah selamat malam


notakaki :: lama tak tulis secara random di blog tersayang ni. hopefully lepas ni rajin nak menulis :)

Thursday, January 16, 2014

ingatan buat pencinta Rasulullah


Ini nukilan dari Ustaz Rosli Jabbar yang menyentuh hati saya. Moga perkongsian ini ada manfaatnya. Sengaja saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Moga Allah suburkan cinta di hati kita buat sang Rasul yang tak pernah kita bersua. Moga Rasulullah kenal & memberi syafaat kepada saya di akhirat kelak . Allahumma ameen :)

*************************************************

Sedikit ingatan sempena MaulidurRasul SAW buat murid-muridku di Ma'had Tahfiz Darul Fikri, juga dimana-mana sahaja.

Jangan hanya sekadar membuai hati untuk menanamkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW dengan berselawat kamu semata-mata. Menelusurilah perjalanan dakwahnya, rasailah kepahitan natijah perjuangannya. Rasulullah SAW tidak diutuskan oleh Allah swt untuk kita berselawat kepadanya semata, tetapi juga sebagai Qudwah dalam seluruh kehidupannya.

Jangan hanya gembira dengan kelahirannya, kerana kelahirannya hanya seketika, tetapi perjuangannya sepanjang hayat. Jangan hanya bermanis wajah dan berair mata berselawat kepadanya, tetapi tidak sanggup untuk berkerut duka, bermandi peluh dan darah untuk menuruti dan berhadapan dengan Ibtila perjuangannya.

Janganlah berselawat kerana halobakan pujian kerana ingin dikatakan cinta kepadanya, tetapi menjauhkan diri daripada perjuangan untuk menegakkan Islam yang terpaksa menerima kejian dan fitnah, Rasulullah SAW tidak hanya dicintai orang yang beriman tetapi juga dibenci oleh musuh-musuh Allah SWT.

Jangan hanya beramal dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan kamu dihormati, tetapi beramallah juga dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan Rasulullah SAW diperangi oleh musuhnya. Jangan hanya bersunnah dengan natijah kegembiraan tetapi menjauhkan diri dari kedukaan mehnah perjuangan.

Jangan hanya berpakaian indah untuk berada dipentas-pentas selawat semata, tetapi jejakkanlah kaki mu di medan perjuangan yang pastinya menyebabkan tubuhmu meleket peluh, pakaianmu bersalut debu, kulit mu hitam terbakar dek kepanasan kerana itulah juga perjalanan Rasulullah SAW.

Janganlah rasa kamu hebat kerana indahnya suaramu berselawat, lalu kamu lupa untuk menyatakan kebenaran yang akan menyebabkan hilangnya penghormatan musuh Islam terhadapmu. Rasulullah SAW tidak hanya disantuni tetapi Rasulullah SAW juga disanggah.

Jangan hanya bersunnah dengan makanan yang lazat-lazat dari apa yang pernah dimakan oleh Rasulullah SAW, hingga kamu lupa berpuasa dan lupa bahawa Rasulullah SAW juga kelaparan ketiadaan makanan. Ingatlah ketika kamu pelahap memamah makanan yang dikatakan Sunnah lalu kamu lupa Sunnah untuk membantu orang-orang fakir dan miskin yang kekurangan makanan.

* Perbanyakkan selawat keatas Junjungan Rasulullah SAW.
* Beramallah dengan sunnahnya.
* Menelusurilah perjuangannya.


Jadilah Islam yang tulin, jangan jadi Islam yang tuli. Yang manis itu kudapan dan yang pahit itu ubatan. Semoga aku dan kamu semua mendapat Syafa'at daripadanya di Akhirat nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com