Sunday, February 21, 2010

Ingin jadi VVIP di padang mahsyar kelak?

Menarik bukan. Kalau cakap pasal nak jadi VVIP je, semua orang nak kan. Sebab apa ye? Sebabnya, VVIP ni special, segala kelebihan dan keutamaan VVIP dapat, nama lagi Very Very Important Person kan. Tapi, pernahkah kita terfikir untuk menjadi VVIP di padang mahsyar kelak, tempat di mana semua umat manusia dari zaman nabi Adam hinggalah ke umat akhir zaman. Huh, keadaan tempat tu jauh sekali dapat kita bayangkan macam mana keadaannya.

Sebenarnya, tujuan entry ini dibuat adalah untuk berkongsi satu ilmu yang ak dapat masa dengar ceramah kat IKIM fm ari tu. Hadis tu menceritakan tentang 7 golongan yang akan bernaung di bawah bayang 'Arasy Allah tika di akhirat kelak. Masa dengar radio tu aku tiba-tiba teringat yang aku pernah baca tentang hadis ini dalam buku yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Bertemu Janji Allah. Then, ak belek2x la balik apa yang ada dalam buku tu.

Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

"Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh rahmat Allah, pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya, iaitu raja (pemerintah) yang adil. Pemuda yang hidupnya berbuat ibadah (taat) kepada Allah. Lelaki yang hatinya tergantung di masjid, apabila keluar meninggalkan masjid hatinya sentiasa ingat untuk pergi ke masjid (untuk beribadah) semula. Dua orang yang berkasih (bersahabat) kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana Allah. Lelaki yang mengingati (zikir) Allah seorang diri sehingga mengalirkan air mata. Lelaki yang digoda oleh wanita jelita mengajak melakukan maksiat, tetapi dia menolak dengan katanya: 'Bahawa sesungguhnya aku amat takutka Allah yang mentadbir sekalian alam, dan akhirnya lelaki yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah, sehingga ketika tangan kanannya memberi tangan kirinya tidak mengetahui'

Demikianlah 7 golongan mukmin yang kamil, iaitu golongan yang tidak akan merasa kepanasan matahari akhirat kepadanya, walaupun matahari itu berada di atas ubun-ubun kepalanya. Mereka selamat daripada segala huru-hara akhirat, tidak merasa dahaga dan lapar. Tidak berendam dalam lautan peluh walaupun jiran sebelahnya karam dalam peluh masing-masing. Tidak jemu menanti keputusan mahkamah Allah walaupun orang lain keletihan menuggu beribu tahun lamanya.

Jadi, wahai athirah dan sahabat sekalian, hitunglah diri masing-masing adakah tergolong dalam golongan mukmin yang kamil ataupun sebaliknya.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com