Sunday, June 27, 2010

mahu tak kuih yang ada tahi kucing?

Pelik kan tajuk post ni. Inilah apa yang dibincangkan bersama sahabat tersayang tadi, Soalan yang diajukan oleh sahabat, "Kalau orang tu solat, tapi tak tutup aurat, tak buat segala apa yang Allah suruh, dan buat segala apa yang dia tahu benda tu haram, macam mana erk? Tapi betul ni, dia solat memang khusyuk, dah la lama pulak tu." Macam mana yer?

Beginilah, bagiku, kita sebagai hamba Allah ni wajib melakukan segala apa suruhan Allah dan meninggalkan segala apa yang Allah larang. Kita sebagai hamba bukan beribadat untuk mendapat kata-kata pujian serta buat orang kagum dan hormat kepada kita, tapi kita beribadat kerana Allah. Ingat, kita beribadat siang malam bukan jaminan kita akan masuk syurga, tapi apa yang membuatkan kita akam masuk syurga ialah rahmat Allah. Jangan laksanakan Islam secara separuh-separuh sahaja. Islam is the way of life kan...kan... Cuba kita renungkan ayat di bawah ini.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208-209).

Berbalik kepada kuih yang ada campuran tahi kucing tadi. Kalaulah anda semua saya hidangkan 2 kuih yang sama jenis, sama warna, sama rasa, sama bau, tapi salah satu daripada kuih itu saya tambahkan sedikit tahi kucing. Sedikit sahaja, tak langsung mengubah warna, rasa, dan bau. Sudah tentu anda tidak mahu memakannya kan. Begitulah analoginya kita sebagai hamba ni. Jangan palitkan amalan-amalan kita dengan dosa. Cuba untuk lakukan segala apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Sama-sama kita cuba untuk menjadi hamba terbaik. Ini peringatan buat si penulis juga.....

notakaki :: thank u ALLAH....

Saturday, June 26, 2010

permudahkan urusan kami

Alhamdulillah,berekesempatan juga mengupdate blog di hujung minggu ini.

Pagi tadi, ramai sahabat yang menghantar mesej yang bagiku amat bermakna. Di saat hatiku gundah, kalian semua datang memberiku kata-kata semangat. Mesej yang membuatku tiba-tiba rasa kuat untuk berada di jalan ini dan bersyukur kerana Allah menganugerahkan kalian semua untuk menjadi sahabatku.

Ya Allah, moga tautan ukhwah ini akan kekal. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami membantu agamaMu yang tercinta ini. Moga hati kami sentiasa ikhlas beramal keranaMu.

Sikit sahaja coretan untuk hari ini. ^^,

notakaki :: Ceteknya ilmuku Ya Allah... Kurangnya aku mengetahui akan sirah nabimu.. Moga aku rajin-rajinkan diri membaca sirah umat terdahulu...Moga ada pengajaran yang diambil dari setiap apa yang di baca...

Saturday, June 19, 2010

tahniah sayang-sayangku semua...


Buat sahabat tersayang, tahniah kerana tidak lama lagi kamu semua akan menjejakkan kaki ke universiti.

Che Ten - Sains Matematik, UiTm
Isna - Sains Kimia, UiTM
Shekin - Farmasi, UiTM
Che Teh - Medic, UDM

Ucapan tahniah ini bukan kutujukan hanya untuk 4 orang yang istimewa dalam hidupku ini sahaja, tapi buat semua yang telah dapat keputusan UPU beberapa hari yang lalu. Mungkin ada yang mendapat pilihan pertama, tak kurang pilihan kedua, namun ada juga yang mendapat pilihan yang terakhir. Tapi, ingatlah, apa yang telah ditentukan itu mungkin yang terbaik buat kita. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kita boleh meancang, tapi ingatlah, perancangan dan ketetapan Allah itu lagi hebat. **ini juga ingatan buat diri sendiri**

Walau aku bukan orang yang layak untuk beri nasihat, tapi nasihatku, study, study jugak, ilmu akhirat jangan dilupa. Walau kita menggenggam ijazah, further study sampai PhD pun, mati nanti, bukan itu yang dibawa, amalan kita juga yang akan dibawa kan, kan...

Ok, jadi, sama-samalah kita jaga diri, jaga akhlak, dan jaga hubungan dengan Allah, baru jaga hubungan dengan manusia.

p/s :: Maaf kalau aku bukan sahabat yang baik. Aku insan biasa yang punya banyak kekurangan. Terimalah kekurangan diriku seadanya. Maaf sangat sebab jarang contact. Tapi, ingatlah, kamu semua selalu ada di ingatanku.

Friday, June 18, 2010

mati tak mengenal usia

Alhamdulilah, hari ini berjaya jugak aku online dan buka facebook dan blg kesayangan. Seerti yang kujangka, status sahabat di UIA PJ di facebook kebanyakannya mengenai kak atim. Senpat jugak aku melihat wall di Facebook kak atim. Sahabat, sebelum anda semua membaca entri ini, eloklah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kak atim. Moga kak atim ditempatkan diantara kalangan hambaNya yang beriman.

******************************

Pada 1 Rejab yang lalu, alhamdulillah, aku berkesempatan menunaikan solat berjemaah di surau ground floor zc. Selepas selesai solat, ada seorang senior memaklumkan bahawa kak atim telah terlibat dalam kemalangan yang agak ngeri bagiku dan pada masa itu sedang koma. Sejurus selepas itu, bacaan Yasin dibaca oleh kami semua.

Pada 3 Rejab, pada pagi hari lagi, aku mendapat mesej yang mana mengatakan bahawa kak atim kini sedang nazak. Dan pada petangnya, sekali lagi mendapat mesej yang kak atim telah pergi buat selamanya bertemu pemiliknya.

Entri ini sebenarnya bukan untuk menceritakan yang telah pergi, kerana jujurnya, memang aku tak berapa mengenali kak atim. Wajahnya kukenal, tapi tak pernah aku bercakap dengannya secara personal. Tapi, apa yang akan kuingat tentang kak atim ialah suaranya yang selalu mengingatkan kami semua, pelajar UIA agar menutup aurat. Suara kak atim akan kedengaran pada setiap hari selasa khasnya, kerana pada hari ini ramailah pelajar UIA PJ yang akan keluar ke pasar malam, mengingatkan kami semua agar memakai sarung kaki, sarung lengan, jangan memakai selendang yang mendedahkan dada, dan berjalan ke pasar malam mengikut laluan yang telah ditetapkan untuk muslimat agar tidak bercampur dengan para muslimin. Moga apa yang kak atim nasihatkan ini akan menjadi amalan yang akan dibawanya di alam barzakhnya.

Mendengar kak atim pergi dalam usia yang sangat muda membuatku memikirkan yang mati tidak mengenal usia. Dalam usia yang remaja, orang kata zaman untuk enjoy. Katanya, muda hanya sekali. Maka ramailah anak-anak muda yang memang menghabiskan masanya untuk menikmati segala macam yang ada di dunia ini. Tapi ingatlah wahai diri dan sahabat, kita yang remaja ini mungkin akan mati sesaat selepas ini, tak pun, seminit selepas ini, sejam selepas ini dan mungkin sehai selepas ini.

Semasa mendapat tahu akan pemergian kak atim, aku terfikir, jika aku yang pergi, macam mana keadaanku selepas mati nanti, apakah aku akan bahagia seorang diri di alam barzakh ataupun diseksa dek dosaku yang bertimbun? Mati bukanlah penamat kehidupan, tapi mati merupakan satu titik bermulanya kehidupan yang akan kekal abadi.

Oleh itu sahabat, sama-samalah kita tingkatkan amalan agar kita bahagia di kehidupan kita di alam barzakh dan moga kita semua ditempatkan di syurgaNya.

notakaki 1 :: Kak atim meninggal dalam bulan Rejab. Ustaz Muhadir pernah berkata, sesiapa yang dimatikan dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadha, mereka mulia di sisi Allah. Moga kak atim tergolong dalam golongan tersebut.

notakaki 2 :: Sekarang tibalah bulan Rejab, marilah sama-sama kita tingkatkan amal kita dalam bulan yang mulia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com