Sunday, June 27, 2010

mahu tak kuih yang ada tahi kucing?

Pelik kan tajuk post ni. Inilah apa yang dibincangkan bersama sahabat tersayang tadi, Soalan yang diajukan oleh sahabat, "Kalau orang tu solat, tapi tak tutup aurat, tak buat segala apa yang Allah suruh, dan buat segala apa yang dia tahu benda tu haram, macam mana erk? Tapi betul ni, dia solat memang khusyuk, dah la lama pulak tu." Macam mana yer?

Beginilah, bagiku, kita sebagai hamba Allah ni wajib melakukan segala apa suruhan Allah dan meninggalkan segala apa yang Allah larang. Kita sebagai hamba bukan beribadat untuk mendapat kata-kata pujian serta buat orang kagum dan hormat kepada kita, tapi kita beribadat kerana Allah. Ingat, kita beribadat siang malam bukan jaminan kita akan masuk syurga, tapi apa yang membuatkan kita akam masuk syurga ialah rahmat Allah. Jangan laksanakan Islam secara separuh-separuh sahaja. Islam is the way of life kan...kan... Cuba kita renungkan ayat di bawah ini.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208-209).

Berbalik kepada kuih yang ada campuran tahi kucing tadi. Kalaulah anda semua saya hidangkan 2 kuih yang sama jenis, sama warna, sama rasa, sama bau, tapi salah satu daripada kuih itu saya tambahkan sedikit tahi kucing. Sedikit sahaja, tak langsung mengubah warna, rasa, dan bau. Sudah tentu anda tidak mahu memakannya kan. Begitulah analoginya kita sebagai hamba ni. Jangan palitkan amalan-amalan kita dengan dosa. Cuba untuk lakukan segala apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Sama-sama kita cuba untuk menjadi hamba terbaik. Ini peringatan buat si penulis juga.....

notakaki :: thank u ALLAH....

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com