Saturday, August 21, 2010

macam mana kita di bulan Ramadhan?



Alhamdulillah, setelah sekian lama tak mengupdate blog, hari ni saya berpeluang gagahkan diri untuk pinjam broadband (ni sbb internet connection yg buat problem hari ni) dan update blog. Banyak yang saya ingin kongsikan, tetapi disebabkan kekangan masa, semuanya tertangguh (bajet busy la sangat).

Alhamdulillah, hari ni, 11 Ramadhan, berlalunya satu fasa Ramadhan yang pertama iaitu fasa rahmat. Tinggal lagi 2 fasa Ramdhan iaiti fasa keampunan dan fasa yang terakhir ialah fasa pmbebasan dari api neraka. Alhamdulillah, Allah sampaikan kita ke bulan yang penuh berkat ini, bulan yang padanya terdapat seribu satu kelebihan.

Satu pertanyaan yang sering saya ajukan pada diri saya, dan hari ini ingin saya ajukan pertanyaan ini kepada sahabat sekalian, bagaimana amal kita di bulan mulia ini, adakah kita manfaatkan setiapa masa yang berlalu di bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang berfaedah? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

Dalam satu buku yang saya baca, ada menceritakan tentang betapa hebatnya Ramadhan ulama-ulama. Ramai ulama-ulama yang diceritakan dalam buku itu, tetapi, saya ingin kongsikan betapa hebatnya amal Imam Syafi'e di bulan penuh barakah ini. Di bulan Ramadhan, beliau mampu khatam 60 kali Al-Quran dan di bulan yang lain, sebanyak 30 kali. MasyaAllah, hebatnya amal beliau. Kalau 60 kali sebulan, maknanya dalam satu hari, beliau akan khatam sebanyak 2 kali. Macam mana pulak kita ? Mungkin tak mampu untuk kita khatam 2 kali sehari, tapi at least, cuba sasarkan dalam bulan Ramadhan ini, khatam sekali Al-Quran. Ni yang paling kurang la ye. Jangan la buat macam-macam alasan yang kata kita ni busy study la, busy dengan program tu la, program ni la. Jangan.. Cuba rebut peluang yang Allah bagi ni untuk kita beramal sebanyak mungkin. Cuba manfaatkan Ramadhan ini, kerana mungkin kita tak sempat untuk sampai ke Ramdhan yang seterusnya, ajal maut kita hanya Allah yang tahu kan. Jangan pernah sesekali terfikir yang kita ni muda lagi, masih remaja, tunggu la tua-tua dulu baru nak beramal dan bertaubat kerana umur anda mungkin tak akan samapai ke tua.

Saya ingin kongsikan status Ustaz Zahazan di facebook (siapa kata facebook tak ada manfaatnya?) hari ni yang berbunyi :
~Membaca al-Quran hingga khatam merupakan amalan yang sangat disukai malaikat. Imam Ahmad bin Marwan al-Dinawari dalam kitab al-Mujalasah meriwayatkan ucapan Sufyan al-Thauri, “Jika seorang manusia mengkhatamkan al-Quran, malaikat mencium keningnya.”~

MasyaAllah, besarnya ganjaran orang yang khatamkan Al-Quran. Jadi, sama-samalah kita khtamkan Al-Quran di bulan Ramadhan ni yer, sebab amalan sunat yang afdhal dalam bulan Ramdhan ni selepas solat sunat tarawih ialah membaca Al-Quran. Kalau malas sangat pun sekali khatam cukuplah sahabat semua ye...

Dan satu lagi nasihat saya buat diri yang hina dan juga sahabat sekalian, jangan kita palit-palitkan amalan puasa kita ni dengan dosa. Jangan kita mengejar amalan sunat tetapi perkara yang wajb kita tinggalkan. Contoh yang saya ingin beri ialah tentan penutupan aurat di kalangan muslimat. Geram dan sedih bila saya melihat ramai yang berbondong-bondong ke masjid untuk lakukan solat SUNAT tarawih tetapi ramai antara mereka tidak tutup aurat dengan sempurna, yang merupakan WAJIB dalam Islam. Contohnya, lepas tarawih, ramai yang tak tutup kaki, pakai tudung tapi tak tutup dada, pakai baju adik mereka(baju kecik la maknanya) dan macam-macam lagilah. Paling teruk, yang dok dating-dating dengan couple masing-masing.

Sebut pasal dating, saya nak kongsikan satu pengalaman saya teman kawan saya ke UM jumpa dengan kawannya. Kitorang bermalam di UM. Alkisahnya, kitorang nak sahur, dalam pukul 4.30 pagi kat cafe berdekatan. MasyaAllah, sampai je kat sana, punyalah ramai orang yang dok berdua-duaan di cafe, tengah dok sahur dengan pasangan masing-masing. Geram betul saya tengok. Orang kalau dah bangun pagi-pagi pergi la buat qiam sikit, ni tidak, dok buat dosa dalam bulan Ramadhan ni. Ni la jadinya kalau Ramadhan ni hanya menjadi adat, bukan lagi ibadah.

Berbalik kepada bulan Ramdhan, saya ingin kongsikan satu mutiara kata oleh Imam Al-GHhazali, dalam kitabnya, Ihya' Ulumuddin, "Berapa ramai orang yang berpuasa, namun dia tidak mendapatkan dari puasa itu, selain lapar dan haus. Sebab puasa itu bukanlah semata-menahan lapar dan haus, akan tetapi adalah menahan hawa nafsu. Boleh jadi orang tersebut berdusta, menfitanah dan memandang dengan syahwat, sehingga yang demikian itu membatalkan hakikat puasa".

Jom sama-sama muhasabah diri kita!!!

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com