Sunday, May 1, 2011

lupakan episod semalam



Buat dia,

dia yang aku sayang fillah,

Lupakan episod semalam. Jadikan hari ini dan hari esok untuk jadi yang lebih baik, eh, eh, yang terbaeeekkk. Kamu ada aku, sama-sama kuatkan antara satu sama lain.

Allah masih bagi kita peluang untuk kita berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Allah sayangkan kita, dia bagi kita hidayah sebelum ajal kita sampai. Dia bagi kamu rasa ingin berubah, bagi kamu peluang untuk dekat dengan Dia saat manusia lain di sekelilingmu makin jauh dari Dia.

Grab it dear! Tak semua orang ada kemahuan untuk berubah sepertimu. Aku disini doakan dari jauh. Sama-sama kita gapai syurga yang indah itu walau harus kita tempuhi banyak kesukaran.

Kamu sangat kuat. Doakan aku juga kuat sepertimu.

Selalu doa pada Dia yang di sana. Bergantung haraplah padaNya.

Ya Muqallibal QULUB, thabit qulubana 'ala dinnik
O turner of HEARTS, make our heart firm upon your religion


Ikhlas dari aku. Aku yang anggap kamu sebagai sahabat baik.

p/s : I think you know who you are....


notakaki :: Kita akan jauh saat aku ke Kuantan. Tak pe la, phone ke ado!

6 sila..silakan komen..:

Al Basirah said...

tak tahu tok tahu

athirahariffin said...

tok tahu gapo anis weh? hehe

husnataqwa said...

melupakan episod semalam tapi membawa semua pengajaran semalam bersama. jadikan pengajaran itu satu SEMPADAN untuk kehidupan yang lebih baek pada masa akan datang. =)

athirahariffin said...

insyaAllah kak..
teringat masa buat riadah kat masjid tu aru tu..
ada la yang suh kita pejam mata tuh.. segala dosa kita masa lalu mmg akan dikira, tp moga yang terkehadapan ni, amal kita akan lebih baik, dan baik, tanpa dihantui dosa sila..

husnataqwa said...

Yup. masih ingat. Dan masih ingat bilangan langkah2 yang aku mampu untuk melangkah. muhasabah terbaek buat diri yang serba kekurangan...

athirahariffin said...

serious kak..
masa tu trah rasa mace trah ni dok dalam alam kubur..
ditanya bermacam-macam soalan..

rasa diri ni sangat hina..sangat2x..
masa tu terfikir, kalau aku mati sekarang, mampukah buat aku bahagia di alam barzakh juga di alam akhirat sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com