Sunday, May 27, 2012

rasa syukur itu


Pagi-pagi ni online untuk elakkan tidur lepas subuh. Dan, terbaca satu benda ni yang buatkan saya kata pada diri, 

"Hei athirah, betapa banyak nikmat yang Allah bagi selama ni pada kau, tapi jarang sekali kau bersyukur. Selalu tengok pada kelemahan kau je dan selalu bandingkan kelemahan kau dengan orang lain. Selalu je kau rasa serba tak cukup. Selalu je rasa orang lain lebih bagus dari kau walhal setiap orang punya kelebihan dan kelemahan masing-masing"

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kita selalu nampak kelebihan orang lain, dan kita seolah buta dengan keleibihan diri sendiri. Manusia ni memang tak bersyukur dengan kejadian yang Allah dah buat.Tengok balik Surah Ar-Rahman, betapa banyak kali Allah ulang ayat, "Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?". 31 kali ayat ini diulang. 31 kali tu bukan jumlah yang sedikit. 

Sebab tu umi selalu pesan, setiap orang punya kelebihan dan kelemahan, jangan fokus dan sedih dengan kelemahan kita, sebab mungkin kita ada kelebihan yang orang lain tak ada. Umi selalu pesan macam ni. Mungkin si ibu tahu anaknya ni selalu sangat rasa tak besyukur dan rasa tak yakin pada diri sendiri. Yeh, one of my weakness is not being confident with myself. Hmmmm...

Serius saya rasa terkesan dengan benda dan statement yang saya baca tu. Tapi rasanya tak perlu la kot nak share benda tu kat sini ye. Cumanya nak cakap, setiap dari manusia ni Allah ciptakan berbeza kelemahan dan kelebihan setiap dari kita. Dua-dua ada hikmah masing-masing. Dan kita, sebagai manusia, kena ada rasa syukur setiap masa kerana Allah dah pilih kita untuk jadi khalifah di muka bumi ni.

Oklah, rasanya setakat ini sahaja pagi ni. Jangan banyak tidur ye kawan-kawan especially time exam ni. Kita tidur waktu malam, bukan waktu pagi dan petang. Malam masa untuk kita rehat. Kita amalkan gaya tudur awal bangun awal, bukan sebaliknya ye.

Selamat belajar kawan-kawan :)



notakaki :: apa pandangan korang tentang Himpunan Belia di Putrajaya?

Saturday, May 26, 2012

baking


Tadi ada kawan post gambar ni kat FB. Looks delicious right? Rindunya nak berbaking. Hobi yang dah lama ditinggalkan. Sabar trah sabar, 3 papers to go. Lepas tu boleh lah balik jumpa adik-beradik dan umi abah tercinta. Hopefully plan nak pergi holiday jadi la kan sementara semua ada lagi. Nanti bila masing-masing dah fly jauh susah pulak nak jumpa dan kumpul ramai-ramai.

Rindunya si kecik lutfi. Rindunya eca dan baby eca 4 ekor yang comel-comel semuanya.

Satu lagi, teringin sangat nak makan pavlola. Cuti ni kalau rajin nak try buat (tak taw la jadi x haha).

Ok, athirah, SILA STUDY SEKARANG.

baibai kawan-kawan :)


notakaki :: asal dok bilik je mesti ngantuk dan malas. nampaknya, memang kena bertapa kat library baru rajin kan :)

Wednesday, May 23, 2012

selamat

Hari Isnin yang lalu, sempat keluar makan di Tanjung Lumpur dengan geng-geng kelas masa CFS dulu. Masa tu masih sama-sama dalam one year programme sebelum saya ambil keputusan untuk extend.

Ada bercakap dengan sorang ni, katanya, "Dalam hidup setiap dari kita, ada susahnya. Belajar ni susah, tapi kalau kita lari dari kesusahan yang sikit ni, kita akan tempuhi banyak lagi kesusahan lain kan. Kalau sekarang ni ambil keputusan untuk duduk rumah dan relax saja, nampak macam senang, tapi sebenarnya kita menempah kesusahan di masa akan datang".

Luahan dari orang baru lepas exam. Almaklumlah, mereka ni second year Medic, jadi hari tu ada Minitest. Tu yang mereka ajak keluar makan tu. Tension barangkali.

Saya menangguk tanda setuju.

Membelek balik helaian dalam buku tulisan Prof. Dr Muhaya. Satu perenggan yang amat menarik.

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa, "orang yang tidak berdiri sekarang tidak akan boleh duduk kemudian". Ini bermakna sesiapa yang tidak bekerja keras pada masa mudanya, tidak boleh menjalani kehidupan yang senang pada masa tua. Apa jua kesenangan dalam hidup ini perlu dibayar dan kita semua terpaksa membayar 'cukai' untuk kejayaan yang ingin kita capai. Saya percaya untuk memperoleh gred yang baik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, anda telah mebayar 'cukai' dalam bentuk bersengkang mata sehingga larut malam, kerja keras dan mungkin berhempas pulas bermandikan darah, peluh dan air mata.



Dan esok, giliran saya pula berdepan dengan final exam. Moga dipermudahkan urusan esok hari. Ini baru permulaan untuk perjalanan yang masih jauh lagi. Kalau bercita-cita nak sambung belajar dan jadi macam pensyarah-pensyarah kamu yang hebat tu, kamu kenalah rajin dan tunjukkan keinginan dan kebolehan kamu ye athirah.

Ikhlaskan niat dalam belajar.
Kuatkan diri dalam mengharungi hidup sebagai seorang pelajar.
Perjalanan kamu masih jauh lagi.

Moga kita lebih ihsan, lebih sedar yang Allah melihat kita,
tenang-tenang dan tidak stress
bukankah belajar itu juga satu ibadah ?

Ingat athirah, kebanyakan perkara-perkara penting dalam dunia, berjaya dicapai oleh orang-orang yang tidak jemu-jemu mencuba walaupun dalam keadaan yang tidak ada harapan langsung.

Ayat diatas juga diambil dari buku Prof. Dr. Muhaya. So inspiring kan :)

Buat sahabat-sahabat yang saya sayang sekalian, selamat berjaya juga buat kamu. Doa selamat ini bukan hanya untuk ujian di dunia ini, malah moga kita berjaya tika di Hari Pemabalasan, Hari Penentuan kelak.

Doakan saya juga berjaya dunia akhirat :)



notakaki :: Tak sabar nak balik :)

notakaki :: Sempat lagi ye kau update blog trah... hehe...

Thursday, May 17, 2012

baguskanlah


Ya Allah baguskanlah agamaku karena ia menjadi peganganku. 
Baguskanlah duniaku kerana disitulah kehidupanku, dan 
baguskanlah akhiratku kerana itulah tempat aku kembali. 
Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan
 jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.

(HR. Muslim)



notakaki :: Janganlah ikut nafsu tu wahai athirah. tidur lepas subuh memang syok kan. kuat oh kuat. jangan ikut nafsuuuuu

Wednesday, May 16, 2012

Nakbah Day


Kalau yang buka Facebook, mesti ada yang perasan ramai yang tukar profile picture macam ni kan? Walau hanya menukar DP, besar kesannya. Besar penangan Facebook, gelombang coklat ni buatkan ramai yang sedar akan Nakbah Day. Semalam ada seorang kawan bertanya, kenapa ramai sangat tukar profile picture pada warna coklat. Terus saya cerita pasal Nakbah Day :)

Biasanya kan, sejak dari kecil, kita akan mempenringati 16 Mei je kan. 16 Mei tu hari guru. Memang penting, tapi jujurnya, sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan Nakbah Day. Jahilnya aku =.=

15 Mei = Hari Nakbah = Hari Kecelakaan Pencerobohan Palestin

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi Palestin.

Saya tertarik dengan status FB Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofre. Seorang ustaz yang saya sangat suka dengar kata bicaranya. Kalau anda biasa tengok Tanyalah Ustaz, anda mungkin pernah tengok ustaz ni.

"Hari ini Hari Nakbah. Tahukah anda apa dia Hari Nakbah? Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut. Mari sama-sama kita juga mengingati peristiwa-persitiwa ini untuk sama-sama memacu perjuangan Islam ke hadapan."

Ada juga terjumpa artikel yang menarik tentang Nakbah Day ni kat FB. Boleh klik SINI dan SINI untuk baca.

Moga tanah suci itu menjadi milik kita akhirnya.


notakaki :: Hari ni 16 Mei 2012. Buat semua guru, Selamat Hari Guru saya ucapkan, terutamanya buat umi, Kalau dulu umi dapat Anugerah Guru Paling Sporting, agak-agak anugerah apa umi dapat tahun ni? hehe. Tak lupa juga buat uru-guru yang pernah dan sedang mengajar saya di SRI Aman, SRK Zainab 1, SMKA Naim Lilbanat, UTP, Matrikulasi UIA, dan juga UIA Kuantan :)




Monday, May 14, 2012

last minute

Apabila segala kerja kita lakukan saat-saat akhir, orang kata, buat kerja last minute, kita akan salahkan masa. Masa jadi serba tak cukup. Kadang-kadang rasa serabut tu datang, tapi sengaja tak mahu tunjukkan atau expresskan sebab satunya rasa bersalah pada diri sendiri. Sebab memang salah diri sendiri, kerja tu dah lama orang bagi tapi masa-masa terakhir ni la nak buat segalanya.

Ini salah aku. Ini salah aku. Ini salah aku. Berkali-kali cakap pada diri. Jangan kerana salah kita, kita nak salahkan dan libatkan orang lain. Prinsip aku, jangan kerana salah kita, orang lain jadi mangsa. Itu salah satu prinsip yang aku pegang. Satu prinsip yang agak susah untuk diimplementasikan sebenarnya.

Mengurus masa dengan bijak itu tak mudah, ia sangatlah susah, tapi tak mustahil kan. Kagum pada mereka yang pandai mengurus masa dan siap kerja before time (before time lebih hebat dari on time kan).

Allah dah cakap dalam Quran, demi masa, manusia itu berada dalam kerugian. Ia disebut dalam surah yang pendek tapi sangat berisi intipatinya.

Maka akhirnya, bersengkang matalah menyiapkan segalanya. Longgokan kerja yang bertimbun yang dah lama diberikan, tapi saat-saat akhir inilah saya nak siapkan segalanya. Padan muka. Esok nak quiz tapi apa pun tak sentuh. Luckily pagi esok tak ada kelas, jadi kena rajinkan diri buka nota Biochemistry.


Pengajaran buat si penulis : lakukan kerja awal-awal. Kita tahu kita sibuk dan berbeza dengan orang lain, jadi pandai-pandaikan diri mengurus masa dengan bijak.

Saat kesemputan masa ini, masih sempat lagi mencuri masa update blog saat rasa sangat-sangat nak balik rumah tenangkan hati :)

notakaki :: Orang Canada baru sampai rumah. Lamanya tak jumpa. Tak sabar nak balik :)

notakaki :: Girangnya hati berFD. Sape tak g rugiiiiiii...

Sunday, May 6, 2012

bagaimanakah kamu memandang diri kamu?


"Ya Allah, seperti mana Engkau telah dengarkan nasihat ini kepadaku serta memberi petunjuk padaku, dengarkanlah juga kepada mereka dan tunjukilah mereka"

Kriteria nabi Muhammad s.a.w adalah sentiasa bertambah ketakutan serta tawaduknya kepada Allah dan bertambah kasih sayang serta berlemah lembut terhadap makhluk.

Dimanakah keadaan diri kita?

Adakah ke arah kriteria nabi muhammad atau ke arah kriteria iblis iaitu bersifat "aku lebih bagus darinya"?

Terima kasih sahabat yang berkongsi video ini di Facebook. Buat muhasabah bersama, adakah kita rasa diri kita ni BAGUS DAN BAIK daripada mereka di luar sana yang tak berpeluang mengamalkan Islam secara total?

Check balik diri kita, amalan kita tu bertuhankan Allah atau bertuhankan syaitan?

Tengoklah video ni, tak lama puun, hanya 8 minit, tapi impaknya besar pada hati saya (kita mungkin).


Friday, May 4, 2012

cerita dari lecturer

Pagi tadi, lecturer Biochem baru ajar kami. Namanya Dr. Ridhwan. A nice and handsome guy. Bagus lecturer ni, banyak kali ingatkan kami untuk baca Surah Al-Kahfi hari ni. Maklumlah, sunnah kan baca surah ni hari Jumaat kan.

Suka dengar cerita beliau tadi. Saya saya tiba-tiba rasa terinspire. Entah kenapa. Tadi, beliau bercerita, yang beliau merupakan antara batch pertama yang ambil bidang yang saya ambil sekarang, iaitu BioMedical Science. Tapi, beliau belajar di Universiti Of Nottingham, bukan di tanah air tercinta.

Bila dengar je beliau kata yang beliau belajar di UK, mata dan telinga saya terus fokus. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang beliau menyambung pengajian selepas Degree pun di UK ( Master dan juga PhD). Bertuahnya beliau dapat jejakkan kaki ke sana kan. How i wish to be there.

Kata beliau, berada dalam bidang BioMedical ini, kita boleh bergerak jauh. Jangan kisahkan apa yang orang cakap, kerana mereka tak tahu apa sebenarnya bidang ini.

Teringat pula, hari Rabu yang lalu, saya ke bilik lecturer Physiology saya, namanya juga sama dengan lecturer Biochem yang saya ceritakan tadi, Prof. Ridzwan Hashim namanya. Lecturer yang sangat lucu dan baik. Orang Kelantan, jadi, sepanjang berada dalam biliknya, memang cakap Kelantan. Bila bercakap dengannya, teringat atuk saya (Al-Fatihah buat ayoh ).

Sebenarnya pergi ke bilik beliau untuk consult tentang term paper. Sepatutnya makan masa kejap je, tapi Prof ni banyak je ceritanya. Dari cerita masa di kampung beliau hinggalah cerita beliau di US, semuanya beliau ceritakan. Seronok pun ada dengar cerita beliau. Masa dalam bilik Prof, beliau ceritakan macam mana berbezanya cara orang Melayu belajar dengan cara orang di negara Barat belajar. Kata beliau, orang Melayu ISLAM ni sangat malas nak belajar. Lepas dengar, rasa nak hempuk je kepala ni. Ni cabaran untuk menjadi lebih RAJIN ye athirah. Hehe...

Satu lagi, beliau ada tunjukkan satu kertas pada saya. Ingat kan kertas apa, rupanya surat dari University Of Leeds. Universiti tu hantar surat pada Prof untuk Prof jadi referee pada seorang student yang nak further PhD di universiti tu. Masa tu, rasa berkobar sangat nak sambung belajar. Tak pe kan berangan, even sekarang masih lagi di tahun satu, saya nak cepat-cepat habiskan empat tahun saya di sini untuk saya sambung belajar di luar negara. Itu impian saya. Doakan ye ye ye :) :)


Oklah, saya berhenti di sini. Nak packing barang nak balik Kelantan ni. Saya abadikan dalam blog ni supaya bila saya baca di lain masa nanti, kot kot la masa tu saya dah sambung belajar kat UK dah. Haha. Kuat betul berangan kan. Takde lah, ini hanya sekadar motivasi buat diri saya sahaja.


notakaki :: Doakan saya selamat sampai di bumi Kelantan tercinta bertemu mereka yang saya kasihi.


Thursday, May 3, 2012

bulatan gembira

Hari ini, menyambut ulangtahun ke 21 ahli bulatan gembira yang saya sayangi kerana Allah.
Kejutan buat anne, moga anne gembira menerima kejutan hadiah dan kek dari kami.
Doaku, moga sama-sama thabat dan saling menguatkan antara satu sama lain.

Buat Ainnaja, semoga berjaya dunia akhirat. Moga thabat. Moga ukhuwah kita makin hari makin indah bak bunga mekar dari hari ke hari. Jangan biarkan ia layu. Sirami ukhuwah ini dengan baja cinta dan kasih sayang kerana Allah.

Bulatan gembira itu sangat BEST ok! 

Buat si A, si A, si A, si A, si R, si N, si kak T dan tak lupa buat Kak Aida tersayang, sayang kamu semua! 



Oh baru perasan rupanya bulatan gembira saya ramai nama A la : 


notakaki :: Yay! Esok balik :)

Tuesday, May 1, 2012

pantai

Ingat lagi, masa malam I-Fest 2012 di Teluk Cempedak, pantai menjadi saksi kami menjalankan Ekspedisi Dakwah. Malam yang hening di pantai itu jualah kami menyaksikan gelagat manusia yang makin larut malam, makin ramai membanjiri kawasan pantai.

Masa itu juga, kali pertama dalam hidup saya solat jemaah di tepi pantai dalam kesibukan manusia di pantai itu leka dengan maksiat. Banyak mata-mata yang melihat pelik. Ada juga yang mengambil gambar kami. Entah kenapa, masa solat, air mata saya menitis. Mungkin sebak dengan kejahilan manusia kini. Allah, berilah kemenangan pada Islam, mudahkanlah kami untuk laksanakan tanggungjawab dakwah kami.


Hari ini, di tepi pantai yang indah, sekali lagi terakam seribu kenangan kami berukhuwah kerana Allah.

Thabatkanlah kami atas jalan yang kami pilih ini. Jalan menempah susah di dunia, namun, moga jalan ini jualah yang membantu kami untuk ke syurga nan abadi.

Sesungguhnya, saya amat suka pantai. Tenang sekali. Walau pun hari ni tak sempat pun nak jejak air pantai. Hanya melihat dari jauh.


notakaki :: Talk 'When I See You My Heartbeats' memang sangat best. Gandingan mantap pasangan sejoli Kak Nurul dan Ustaz Syaari memang mantap :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com