Masa itu juga, kali pertama dalam hidup saya solat jemaah di tepi pantai dalam kesibukan manusia di pantai itu leka dengan maksiat. Banyak mata-mata yang melihat pelik. Ada juga yang mengambil gambar kami. Entah kenapa, masa solat, air mata saya menitis. Mungkin sebak dengan kejahilan manusia kini. Allah, berilah kemenangan pada Islam, mudahkanlah kami untuk laksanakan tanggungjawab dakwah kami.
Thabatkanlah kami atas jalan yang kami pilih ini. Jalan menempah susah di dunia, namun, moga jalan ini jualah yang membantu kami untuk ke syurga nan abadi.
Sesungguhnya, saya amat suka pantai. Tenang sekali. Walau pun hari ni tak sempat pun nak jejak air pantai. Hanya melihat dari jauh.
notakaki :: Talk 'When I See You My Heartbeats' memang sangat best. Gandingan mantap pasangan sejoli Kak Nurul dan Ustaz Syaari memang mantap :)
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment