Tulisan ini sekadar mencoretkan beberapa aktiviti saya dan sahabat-sahabat sebelum dan semasa bulan Ramadhan. Buat kenangan dalam blog sendiri.
Beberapa hari sebelum masuknya Ramadhan, kami anak Kelantan mengadakan Jaulah Anok Kelate. Alhamdulillah ia berjalan lancar walau saya hanya sempat join 2 hari sahaja. Hari ketiga nampak macam paling best tapi tak dapat diri ini join sebab ada tugasan yang lebih utama.
Gambar di bawah diambil tika mereka menziarahi keluarga saya di rumah. Waktu ni tak ramai lagi yang join :)
Nak tahu detail, bacala SINI, coretan Kak Husna si penulis hebat. Tersenyum sorang-sorang baca apa dia tulis. Saya percaya, ukhuwah bekalan istiqamah. Dengan sebab itu jualah, jaulah ini diadakan. Walau tak semua join, tapi ia berjalan dengan lancar sekali. Beberapa buah rumah telah kami serbu dan kenal keluarga mereka. Makan tu memang WAJIB! Saya bab makan on je bila-bila masa (macam mana berat kau tak naik! )
3 hari yang awesome! Nanti raya ni kita buat lagi ye. Serbu rumah mana yang tak serbu lagi.
2 Ramadhan. Kami beberapa orang student UIA Kuantan join satu program yang dinamakan Program Make Colek Bersama Mahasiswa. Kami konvoi 3 buah kereta. Serius suka sangat konvoi dengan geng konvoi ni. Senang nak gerak sebab saya ni tak ada lesen lagi. Lesen basikal ada la.
Program ni kita turun jumpa masyarakat kampung. Nama kampung tu, Gual Periok. Pelik kan namanya. Masa jumpa orang kampung kan, rasa sedih sangat tengok kehidupan mereka yang miskin dan daif. Bila dengar cerita mereka ada masalah keluarga, lagi la sedih dibuatnya. Bila balik cerita kat umi, umi kata, sebab tu la kita kena syukur dengan apa yang kita ada.
Alhamdulillah program ni berjalan lancar. Masa meeting hari Khamis tu banyak masalah timbul, tapi alhamdulillah Allah permudahkan jua at last. Dah la sedih tak dapat join jaulah sebab kena pergi meeting. Meeting pulak kat Rantau Panjang. AJK semua memang baik-baik dan sempoi-sempoi. Banyak pengalaman yang dapat.
Nak baca lebih, sila baca SINI. Again, tulisan tangan Kak Husna.
Dan, hari ini jugak first time dalam hidup balik rumah pukul 2 pagi. Macam kutu rayau pun ada rasa. Tumpang akak yang sangat baik hati ni. Dia drop di KFC Kubang Kerian, 24 hours outlet. Umi relax-relax je ambil saya pukul 1.30 pagi di KFC, Siap melantak KFC lagi pagi-pagi buta.
Dan, semalam, 6 Ramadhan, sekali lagi kami beraktiviti bersama. Ada Konvenyen Mahasiswa Nasional di Hotel Raudhah. Ada slot bersama Rafizi Ramli. Mesti semua pernah dengar nama dia kan? Tak kenal tak tahu la nak kata apa. Memang membuka minda. Suka cara dia bercakap. Fakta memang dia ingat satu persatu.
Ramadhan ini jua pertama kali menjadi amilin di Qaryah Ramadhan. Mengutip pengalaman selagi mana umur masih muda dan kudrat masih ada.
Banyak lagi aktiviti yang terhidang di bulan Ramadhan ni. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.
Satu lagi kan, kita dah nak habis cuti. Sedih pulak rasa.
Selamat beribadat buat semua! Rebut peluang dapat pahala banyak-banyak di bulan penuh barakah ini. Note to myself.
notakaki :: Buat sahabat tersayang yanh sedang posting di Kansai Paint, kuat ye sayang! Kerja dalam bulan Ramadhan ni memang penat + mesti homesick teringat kat rumah, tapi you have to be strong girl! :)