Friday, July 6, 2012

what i found at mts

Memang biasanya beberapa kali dalam sebulan, umi akan melawat adik di MTS dan Hanif di MARA Tumpat, secara bergilir-gilir. Kalau minggu ni melawat Hanif, maknanya next week turn adik untuk kami lawati.

Hari ni, sempat ke MTS melawat adik. Dah besar panjang rupanya adik (budget lama tak jumpa je). She's the only one sister that i have. Banyak la dia dok bercerita. Dan last sekali dia cerita pasal result. Tapi dia tak ingat result dia. Banyak kot aih! 22 subjek! Mana nak ingat satu-satu kan

Lepas tu, kami terus ke board yang tampal semua result banat MTS. Memang tampal siap dengan nama, ranking dan result yang pelajar dapat. Result adik dah ok, cuma kena fokus jugak subjek yang sains dan matematik tu. Tu pesan umi buat adik. Moga jadi seorang hafizah yang solehah ye adikku :)


Kat laluan tu banyak board yang ada, dan saya tertarik dengan board yang diberi nama Karya H.E.M ni. Nak tahu apa yang buat saya rasa sangat terkejut? Jom tengok bawah!



Bila duit hanya berlegar di kalangan mereka yang kaya, 
yang miskin nak belajar pun susah. 
Nak belajar pun kena berhutang kan. Alahai!

Terbukanya kan. Best kalau macam ni. Ni tak, post kat fb pasal benda ni pun nak condemn. Langsung tak berkembang otak dan tahu pasal isu semasa. Kalau post pasal cerita artis, jadual konsert, cerita dalam tv, lagu-lagu korea tak pula kena condemn kan.


Rasuah, rasuah! 

Bagusnya kalau pelajar universiti yang ada hak mengundi ni dibenarkan untuk terang-terangan menyiarkan tentang isu semasa dan juga kezaliman penguasa di negara kita (baca : zalim maknanya tak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Dan, menggunakan wang awam untuk kepentingan peribadi tu sangat zalim di masa rakyat sangat ramai hidup susah ok! Tak tahulah kalau dia menabung dari kecil kan.



Keterangan gambar :
Beg Birkin yang dibeli dengan harga RM 311, 260.00. Umi cakap boleh buat sebuah rumah banglo harga beg dia. Birkin, the world's most impossible-to-get handbag.

Teringat pesanan Ustaz Zaharuddin, apa-apa yang berkaitan dengan kezaliman mereka menggunakan duit rakyat dengan tidak adil dan zalim (baca : rasuah dan guna duit rakyat sesedap rasa sesuka hati), kita boleh menghebahkannya kerana mereka telah berbuat dosa pada rakyat.

Tapi, jikalau si pemerintah melakukan dosa yang agak peibadi, contohnya, tak menutup aurat, berpelukan dengan lelaki atau perempuan yang bukan mahram, dan sebagainya, tak perlu dihebohkan, kerana ianya merupakan dosa antara si pemerintah tersebut dengan Allah. Bolek klik SINI untuk dengar penjelasan dari Ustaz Zaharuddin. Dengar elok-elok, ada ustaz mention.

Teringat Ustaz Azhar kata, kalau kita lakukan dosa dengan manusia, dalam hal ni melibatkan wang awam, jikalau dia sudah bertaubat, dia wajib memulangkan sebanyak mana wang haram yang telah mereka ambil dan kembalikan pada rakyat.

Bak kata Dr Asri Zainal Abidin, "That's taxpayers' money the government is using".


Sekadar berkongsi apa yang saya lihat petang tadi.

Sekian, wassalam.

Peace no war :)


notakaki :: Pernah cakap dengan seseorang ni tentang rasuah dalam kalangan pemimpin ISLAM, katanya, "Biasalah rasuah ni, pemimpin mana dalam dunia yang tak rasuah. Asalkan kita selamat, aman dan damai hidup tu kira ok la kan."

Hello! Seriously, i cant't accept this!

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com