RABU, 3 April 2013, tarikh keramat buat rakyat Malaysia. Parlimen dibubarkan setelah sekian lamaaaaaaaaaaaaaaa menunggu. Bila diumumkan parlimen dibubarkan, seronok sangat rasa. Terus mesej kawan cop seat kereta dia nak balik menngundi kehkeh. Yes, i am an eligible first time voter, and i am so excited to cast my vote!
One whole day duduk mengadap depan laptop. Hari tu banyak berita gembira datang menyapa;
- 2 kelas cancel (are these good news? kehkeh)
- Dapat penceramah yang sangat saya suka untuk Kuliah Dhuha yang akan diadakan pada 13 April 2013 ni, Ustaz Dusuki Rani, alhamdulillah (yang selama ni duk contact dengan banyak ustaz tapi tak dapat sebab ramai busy)
- Hujan pun turun (the temperature is too hot nowadays, drops of rain make us happy)
Ini pesanan dari Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Semboyan jihad pilihanraya sudah ditiup. Marilah kita melakukan "Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya" untuk memenangkan Islam di persada kuasa. Pastikan kita semua bermula saat ini,
1) Jangan tinggalkan solat malam walaupun 2 rakaat
2) Jangan tinggalkan solat dhuha walaupun 2 rakaat
3) Lazimi solat berjemaah
4) Membaca Quran minima 1 muka sehari
5) Banyakkan bersedekah minima RM10 setiap hari
6) Berdoa untk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu
7) Sentiasa dalam keadaan wudu'
Ini pula tambahan dari Puan Hajjah Mumtaz Nawi, iaitu, puasa sunat Isnin dan Khamis. Masa cuti minggu lepas, jumpa Kak Taz di satu program di PUTIK, Kelantan. Ya Allah, baiknya dan humblenya dia, siap ambil gambar dan makan sekali kat belakang stage tu hehe. (macam tipu je makan sekali, bukan satu meja pun, sebelah meja dia je hehe).
Apa yang saya nak tekankan ialah,
JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH!
Kalau mujahidin di Palestin sana, sebelum mereka dapat masuk untuk jadi mujahidin Briged Al-Qassam, mereka perlu lepasi syarat 6 bulan solat subuh berjemaah di masjid. Allahuakbar! Tulah, kadang-kadang some of us pandai dan banyak sangat cakap, tapi sangat susah nak hadirkan diri ke masjid/surau pada waktu pagi kan. Jom, mulai dari hari ni dan sampai bila-bila, kita penuhkan masjid dan surau tu. especially SUBUH. Mujahadah sikit je ni. Terasa keizzahan Islam bilaman kita melihat ramai yang mendirikan solat subuh jemaah kan :)
Satu je pegangan saya, "Islam tidak diperjuangkan & dibangunkan oleh pemuda-pemuda yang bangun tidur selepas azan Subuh!"
Kalau rajin, baca la ni,
Bangun solat malam di saat orang lena tidur, hanya untuk tunjukkan pada Sang Pencipta betapa kita cinta padaNya, merayulah dan merintihlah dengan dosa-dosa yang kita lakukan seharian padaNya. Saya ingat pesan sahabat, jangan pernah tinggalkan solat malam, paling malas pun, at least solat 2 rakaat. It just needs a few minutes, you just have to wake up a bit early in the morning and perform the prayer :)
Bangun awal pagi, qiam, solat subuh jemaah di masjid. What a perfect day!
Saya mahu fokuskan pada 2 amalan yang bagi saya sangat-sangat penting. Dan, moga saya dan kita semua istiqamah dalam mengamalkannya. Amin :)
Buat pembaca yang disayangi sekalian, ayuh kita laksanakan tanggungjawab sebagi pengundi ye.
" Dalam kita memilih pemimpin, kita tidak akan dapati kesempurnaan seorang pemimpin kerana ia adalah makhluk, manakala kesempurnaan itu hanyalah milik Allah yg memiliki sifat Kamalat, tetapi kita wajib memilih pemimpin yang lebih baik dan bercita-cita untuk melaksanakan hukum Allah."
~Ustaz Rosli Abdul Jabar ~
Moga kemenangan berpihak kepada Islam. Allahuakbar!
Towards Malaysia as Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur :)
Ini kalilah!
notakaki :: Weekend ni FULL. Tapi kena jugak luangkan masa untuk satu program yang sudah lama dinanti, IIUM Kuantan Berselawat :)
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment