Monday, September 15, 2014

diri ini


Kini, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tersedar atas sebab satu mimpi. Allahurabbi.

Diri ini agak berserabut tika ini. Kubuka blog yang kusayangi untuk menitipkan sedikit bicara yang mungkin terlahir dari hati ini. Mudahkanlah urusanku Ya Rabbi.

__________________________________

‘Alastu bi rabbikum?` “Qaalu, bala syahidna”

Pertanyaan ini ditanya kepada seluruh manusia saat
 kita belum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah Al-A'raf : 172)

Diri ini lahir dari setitis mani yang sangat hina. Mulia kita kerana taqwa. TAQWA!

Allah.


Diri yang hina ini punya tanggungjawab sebagai hamba, anak, kakak, mahasiswa, rakyat, sahabat, bakal isteri dan bakal ibu.

Jadikanlah aku hamba yang menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya. Kerana aku tahu, ia bakal dipersoalkan.

Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan. Atas pilihanMu untuk aku memilih jalan ini sebagai jalanku.

Ayat-ayat Al-Quran di bawah ku belek. Ayat motivasi buat pendokong amanah, penggalas tanggungjawab.



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" 
(As-Saff : 10)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" 
(As-Saff : 11)

"Biar ada harga pilihan Allah ini". Kata-kata seorang yang amat kukagumi.

Baiknya Allah, mengurniakan ganjaran-ganjaran seperti ayat di bawah ini buat mereka yang istiqamah menjalankan taklifan yang diamanahkan :)



"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar"  
(As-Saff : 12)


1. Diampunkan dosa
2. Dimasukkan ke dalam taman-taman syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai
3. Ditempatkan kamu di dalam syurga Adn

Allah. Aku tahu aku insan yang punya banyak dosa. Tapi apalah lagi yang dapat membuat hati ini girang gembira selain dapat menjejaki syurgaMu nan indah.

Sungguh, SYURGA lah motivasi terbaik!


p/s :: dan setelah berbulan lamanya mengabaikan blog, ia terusik di saat hati gundah gulana tika ini.

p/s :: buat adik yang mesej kak tirah, moga sama-sama thabat ye dik :)

p/s :: Lagu Langkah Pejuang ni boleh jadi booster kot. Terima kasih adik manis di Dublin yang share lagu ni.

2 sila..silakan komen..:

Unknown said...

setelah sekian lama...i'm waiting for your post..hihi (stalker sangat)..thanks dear, nice one!

athirahariffin said...

terharunyaaaa best friend sdiri jadi stalker heheh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com