Monday, October 6, 2014

anak soleh solehah




Pertama kali melihat video ini ketika berada dalam satu program tarbiyyah yang diikuti. Beberapa bulan yang lalu mungkin. Tapi masa tu, sangat penat sebab hari dah malam, terpaksa melayan karenah adik-adik dari pagi lagi. Tak fokus. Alhamdulillah, sahabat yang menayangkan video ini pada adik-adik berkongsi link YouTube untuk saya lihat sekali lagi.

Melihat video dan mendengar kisah yang diceritakan dalam video in buat air mata ini gugur. Sungguh, penyampaian Ustaz Dusuki memang tak pernah mengecawakan hati.

Bait-bait yang ditutur oleh Ustaz Dusuki yang buat hati ini tersentuh,

"ngaji la tinggi mano pun, belajar la hebat lagu mano pun. tika kami x dok, mung kena mmandi mayat kami, time kami x dok, kubur kami ni jange sunyi dari doa pok2x mung"

Teringat satu hadith yang mungkin semua orang pernah dengar. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Benarlah, anak soleh solehah itu aset buat ibu bapa. Moga kita tergolong dalam kalangan anak soleh solehah buat ibu ayah. Moga kita juga diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat yang soleh solehah, yang dapat jadi pembela di alam kubur dan di akhirat sana yang kekal abadi.

Saya berpegang pada kata-kata, "Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today"


Selalu juga amalkan doa Nabi Ibrahim yang dirakam dalam Surah As-Saffat, ayat ke 100.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”

Moga Allah bagi saya kekuatan dan petunjuk untuk jadi anak yang solehah buat umi abah :)

Dengar taw video ni. InsyaAllah bermanfaat ^.^

Satu lagi, sambil baca post ni, minta tolong doakan sekali ye hihik ^.^


p/s :: parking video ni di blog khas untuk tatapan diri sendiri sebenarnya, dan harapnya bermanfaat jugak buat readers. dan moga, nanti saya tua-tua, bila saya tengok balik post ni, Allah dah kurniakan saya dengan zuriat soleh solehah. saya juga berimpian cerita dalam video ni jadi kisah kami adik-beradik. ameen :)

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com