Allah. Lama tak menulis sesuatu di sini. Hari ini, terasa nak mencoret serba sedikit kisah mengenai pilihanraya kampus UIA Kuantan 2014 yang telah diadakan pada 20 November 2014 yang lalu.
Sebelum saya berkongsi cerita, izinkan saya kongsikan satu video yang insyaAllah sangat bermanfaat. Satu video yang dirakam ketika sesi Sembang Jumaat dan disampaikan oleh sahabat baik saya yang solehah, Najah Solihah. Hebat sungguh ukhti hihi ^.^

Tergerak hati untuk berkongsi di sini sebab dulu pernah kongsi cerita tentang Pilihanraya Kampus UIA Kuantan 2013. Kali ini ingin berkongsi kenangan pada tahun 2014 yang mungkin ada sedikit kenangan manis buat saya, ye la kakak tahun akhir la katakan. Tahun depan dah tak dapat rasa bergerak kerja untuk PRK dah kan.
Untuk kuliyah kami, tahun ini ada 4 calon yang bertanding. Keempat-empat calon masyaAllah soleh solehah serta hebat gerak kerjanya. Rambang mata nak pilih. Apapun, hanya 2 calon yang boleh dipilih dan rasanya saya dah buat pilihan terbaik dah hehe.

Tahun ini, saya diamanahkan untuk terlibat sebagai salah seorang CA (counting agent) semasa sesi pengiraan undi berlangsung. Sesi pengiraan undi berlangsung sejurus selepas masa pengundian tamat. Berdebar jugak jadi CA ni. Kena sangat teliti dan peka. Alhamdulillah, ianya bejalan dengan sangat lancar. Pengalaman pertama dan terakhir untuk menjadi CA untuk PRK. Nice moment indeed.
Jika kita rujuk balik sirah, sejurus Rasulullah s.a.w. wafat, perkara awal yang dilaksanakan oleh para sahabat adalah MELANTIK PEMIMPIN untuk menggantikan baginda. Betapa pentingnya melantik pemimpin itu sendiri. Jadinya, penting juga kita sebagai warga kampus, untuk memilih pemimpin yang QAWIYUL AMIN untuk menjadi pemimpin buat kita semasa di kampus.
Tahniah dan tahziah buat adik-adik yang terpilih sebagai YB. Selamat bekerja adik-adik!
Kepimpinan (Al Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
Kepimpinan (Al Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
Last but not least, nak letak gambar sebagai kenangan di blog kesayangan. Gambar kali terakhir mengundi zaman bergelar pelajar bersama sahabat seperjuangan tersayang, Izzati :)
Doakan kakak tahun akhir ini dipermudahkan segalam urusan ye :)
notakaki :: homesicknyaaaa.. nak balik kelate T.T