Saturday, May 30, 2015

exam. last.

 


Exam last, almaklumlah final year final sem kan.

Exam. Masa ni la nak tengok gambar lama-lama dalam phone, nak buat photogrid la, nak edit la, nak send gambar-gambar tu kat kawan-kawan konon-konon throwback kan.


Lepas tu masa ni pulak bila bukak insta, banyak laa benda yang memikat mata. Banyak jumpa decoration kek-kek yang menawan hati, baju-baju cantik la, baby-baby comel la. Kenapala orang post semua benda ni masa saya exam. Masa tak exam tak banyak pulak benda-benda camni.


Masa ni la nak tulis diari la, nak check rak buku, check buku mana tak baca lagi, nak kemas itu, nak kemas ini. Nak itu la, ini la.

Masa exam ni jugak la nak list semua lecturer yang ada, nak fikir nak bagi apa untuk lecturer, nak fikir ayat untuk tulis kad kat lecturer. Oh dan atas usaha gigih listkan semua lecturer yang pernah mengajar diri ini, so total semua ada 23 orang.


Dan, masa ni jugak la banyak sangattttt la idea-idea bernas yang keluar dari kepala ni. Tak nak la list kat sini kan tapi itulah, semua nak datang masa exam ni uuuuu.

Banyak laa sangat distraction niiiii ***~.~'***

Oh ya, esok ada paper. Urmmm dan masa ni la rasa nak update blog. Ok la doakan saya. Nak sambung study.


Oh dan. Lepas ni mesti rindu kan zaman belajar ni. Kalau ada rezeki sambung belajar tu lain la kan hee =D

.....

Sekian. Kakak final year final sem melaporkan dari bilik 7.5 Mahallah Fatimah, UIA Kuantan.

Toodles! :)



p/s : buat IA, another few days i'm going to meet you. aku hari-hari buat countdwon tahuuuu dop ^.^

p/s : dan doakan jugak another one important thing (or event?) yang hari-hari ku doakan moga Allah permudahkan urusan.

Thursday, May 28, 2015

tanah suci


Semalam, berkesempatan untuk keluar bersama ex-roomates (baca : dating buat kali terakhir before grad uhuk) sewaktu di UIA PJ dahulu. 

N, A & Z antara gadis-gadis solehah yang Allah temukan saat saya mencari diri. Terima kasih Allah kerana temukan saya dengan orang-orang baik. Kalau perasan, banyak yang saya ceritkan tentang gadis-gadis solehah ini dalam blog ini. Menyimpan memori di sini, untuk tatapan diri sendiri jugak di masa akan datang hee.

Dan, ada seorang tu, baru balik umrah. Lebih tepat, dua orang dari kami telah Allah rezekikan untuk sampai ke tanah suci. Terima kasih awak bagi buah tangan dari tanah suci.


Ingat lagi dulu-dulu, selalu diceritakan kepada ahli bilik tantang pengalaman manisnya di tanah suci, bumi barakah itu. *sape nak baca bole bace SINI. a nice writing indeed*. Dan tahun ini, Allah rezekikan seorang lagi dari kami untuk ke sana. Dan moga, Allah rezekikan dua orang lagi dari kami untuk menatap Kaabah depan mata kami.

Dan, doakan saya diizinkanNya untuk sampai ke tanah suci sebelum saya menutup mata (mungkin. kita mana tahu ajal esok lusa).

Sungguh, saya cemburu dengan mereka yang telah sampai ke sana (takpe kan jeles bende gini geee).

Moga, Allah permudahkan jua sahabat-sahabat yang menyimpan niat untuk ke sana. Dan, jangan lupa doakan saya untuk menjadi salah seorang tetamu Allah juga. Mana tahu doa kalian dimakbulkan Allah =D


............


Tenangnya Ya Rabbi melihat gambar di atas. Antara gambar yang mata ini senang untuk melihat. Yang bila menatapnya, ada satu rasa singgah di hati. Rasa yang mungkin hanya Dia yang tahu.



notakaki :: seronoknya perasaan bilamana orang yang kita sayang (baca : saudara mara perempuan), yang dulunya auratnya mungkin tak djaga, kini, menutup aurat dan menjaga maruahnya sebagai seorang muslimah. dan moga istiqamah wahai gadis solehah. benarlah, kita tak mampu meramal masa depan, sebab itu doa itu senjata buat kita, doakan moga Allah menggerakkan hati mereka ke arah kebaikan, dan doakan moga Allah sentiasa menetapkan kita atas jalan yang kita pilih ini :)

to you, i love you (saya tak tahu awak baca tak tapi if and only if you read this, just to let you know that i love you, and Allah loves you more sayang)

Tuesday, May 26, 2015

jadilah isteri solehah


Hari ni ingin berkongsi satu artikel yang dikongsi oleh sahabat, dan saya letakkan di sini untuk tatapan diri di masa ini dan di masa akan datang.

Klik ni untuk baca >>>>>>> Jadilah Isteri Solehah :)

Hari ni juga terbaca satu buku yang menarik, "Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami", dan nak petik satu hadith yang ada dalam buku ni. Buku ni nipis je, tapi bagusss sangat (plus cover warna pink so cantik la hee)

"Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan 
ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."
Riwayat al-Bukhari, Hadith 4828, Kitab al-Nikah, Bab al-Mar-ah Ra'iyyah fi baiti zaujihah.

Dan, moga impian kita jadi kenyataan, dengan bantuanMu Ya Allah. Ini impian setiap yang bergelar perempuan:
- bintun solehah : anak gadis yang solehah
- zaujatun solehah :  isteri solehah
- ummun aqilah : ibu yang berwawasan
- ajuzan mursyidah : orang tua yang menunjuk jalan

Semoga. 



notakaki :: bagi can la kakak final year yang nak rest gap exam ni post benda cenggini hiks

notakaki :: tadi g KMC, nak jumpa Dr. tapi ada bad experience nurse. sokmo macam ni. end up kena sabar dan tabah je. sorry to say, saya memang lamaaa x suka nurses, entahla macam ada aura negative nurses ni. banyak kes jadi sebab nurse, hal family, satu lagi masa atuk sakit. they treat those that i love badly and it hurts me. hmmm  itulah.. fated dari kecil hingga besar ada pengalaman buruk dengan nurses. oh btw nurses uia baik2x, pakaian pun x seksi tutup aurat plus solehah :)

Saturday, May 23, 2015

tawakkal paling tinggi


Pesan seseorang beberapa hari yang lalu,

"Berpeganglah pada janji Allah. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

Hari ini, ada sahabat baik datang bilik dan berkongsi beberapa pesanan dari Ustaz Hasbullah, yang bagiku, sangat kena dengan masa, sangat menyentuh hati ini.



"Akad nikah is not only a contract between husband and wife, but also contract with Allah. So, this why munakahat is one of the sunnah and 'ibadah, it's about halal, haram, sunnah, makruh and harus. And also, marriage is not only about love, but marriage is about making ummah". 

Perkahwinan itu tawakkal paling tinggi kita pada Allah. Tanpa mengenali si dia, berjanji untuk sehidup semati, dan moganya, sampai syurga. Tanpa mengenali, mempercayai sang lelaki untuk membimbing, meyantuni dan menjaga kita dan zuriat yang bakal lahir.


Dan sebab itulah, hanya pada Dia kita berserah, kerana kita tahu, Dialah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita :)

Buanglah rasa takutmu, yakinlah pada Dia wahai diri. Ingat, matlamatmu bukan hanya dunia, tapi akhirat sana yang lebih besar =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com