Saturday, May 30, 2015

exam. last.

 


Exam last, almaklumlah final year final sem kan.

Exam. Masa ni la nak tengok gambar lama-lama dalam phone, nak buat photogrid la, nak edit la, nak send gambar-gambar tu kat kawan-kawan konon-konon throwback kan.


Lepas tu masa ni pulak bila bukak insta, banyak laa benda yang memikat mata. Banyak jumpa decoration kek-kek yang menawan hati, baju-baju cantik la, baby-baby comel la. Kenapala orang post semua benda ni masa saya exam. Masa tak exam tak banyak pulak benda-benda camni.


Masa ni la nak tulis diari la, nak check rak buku, check buku mana tak baca lagi, nak kemas itu, nak kemas ini. Nak itu la, ini la.

Masa exam ni jugak la nak list semua lecturer yang ada, nak fikir nak bagi apa untuk lecturer, nak fikir ayat untuk tulis kad kat lecturer. Oh dan atas usaha gigih listkan semua lecturer yang pernah mengajar diri ini, so total semua ada 23 orang.


Dan, masa ni jugak la banyak sangattttt la idea-idea bernas yang keluar dari kepala ni. Tak nak la list kat sini kan tapi itulah, semua nak datang masa exam ni uuuuu.

Banyak laa sangat distraction niiiii ***~.~'***

Oh ya, esok ada paper. Urmmm dan masa ni la rasa nak update blog. Ok la doakan saya. Nak sambung study.


Oh dan. Lepas ni mesti rindu kan zaman belajar ni. Kalau ada rezeki sambung belajar tu lain la kan hee =D

.....

Sekian. Kakak final year final sem melaporkan dari bilik 7.5 Mahallah Fatimah, UIA Kuantan.

Toodles! :)



p/s : buat IA, another few days i'm going to meet you. aku hari-hari buat countdwon tahuuuu dop ^.^

p/s : dan doakan jugak another one important thing (or event?) yang hari-hari ku doakan moga Allah permudahkan urusan.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com