Saturday, June 20, 2015

ramadhan

Ramadhan 1436 H. Pertama kali berpuasa di Kuantan. Oh ya, UIA Kuantan. Dapat juga merasa sebelum grad :)

Izinkan saya untuk mencoretkan sedikit coretan untuk tatapan diri sendiri khususnya di lain hari.

Semalam, semasa bertarawikh 2 Ramadhan di Masjid UIA Kuantan, ada satu budak kecik yang comel sangat berlari-lari atas sejadah sambil gelak-gelak dari mula solat Isyak hinggalah solat Tarawikh (tak letih ke budak ni adoi~).

Benda ni biasa je kan jumpa. Tak khusyuk jugak solat tengok dia lari dah la comel. Cumanya, ada satu benda yang dia buat yang jadikan saya jatuh cinta pada budak comel ni. Ada satu masa, lepas dia berlari, dia ambil Quran, dan duduk di depan saya (masa tu tengah solat Tarawikh), dan baca Quran tu. Bukan baca sangat sebab mulut dia bergerak-gerak dengan suara yang kuat tapi baca macam mengarut je, sambil belek-belek sampai ada satu page terkoyak.

He kept on repeating the same verses of the Quran, with a lot of Bismillah and Amin of course heheh. Bismillah dan Amin tu lagi banyak dari dia baca Quran kehkeh. Terdetik dalam hati, budak ni baru umur 2 tahun (kot), mana la pandai sangat nak baca Quran, rasanya mungkin dia meniru gaya ayah ibunya baca Quran.

Selepas solat, ternampak budak ni dan kakaknya, jadi gagahkan diri untuk peluk dia dari belakang. Namanya Fateh. Nama kakak tak dapat dikesan sebab kakaknya pemalu sangat.

"Fateh pandai baca Quran?"


Jawab Fateh, "Nak baca. Nak baca. Quran. Quran."

Ya Allah sejuknya perut masa tu (tiba-tiba je kan perut aku pulak yang sejuk).

Lepas bercakap-cakap dengan dia, terus ke belakang masjid sebab nak lipat kain sembahyang. Fateh terus lari-lari dengan kakaknya.

Dia datang ke belakang masjid dan ambil rehal dan Quran. 2 rehal, 2 Quran. Untuk dia, dan untuk kakaknya. Sekali lagi terus ke arah Fateh dan kakaknya (budak 2 orang ni dah la comel lepas tu soleh solehah pulak tu). Tolong betulakn rehal sebab dia tak pandai betulkan rehal tu, dan dia terus letak Quran atas rehal.

Ya Allah. Budak sekecil ini pun tunjukkan yang mereka ini cinta pada Al-Quran (walaupun tak reti baca pun). Mungkin mereka dididik dengan biah yang cintakan Al-Quran. Moga membesar menjadi hamlatul Quran wahai adik soleh solehah. Doakan juga moga kakak dikurniakan zuriat yang cintakan Al-Quran. Allahummaj'alna min ahlil Qur'an.

Ada seorang senior pesan, gagahkan diri untuk buat ibadah sambil berniat dalam hati. Semasa Ramadhan, dia gagahkan diri untuk solat sambil berdiri dan jaga waktu solat walaupun sarat mengandung dengan niat moga anak yang dikandung menjadi orang yang menjaga solatnya. I came up with one idea dengan nasihat dia ni. Kita gagahkan diri untuk baca dan jadikan diri kita rapat dengan Quran, dengan niat moga zuriat kita membesar menjadi orang yang soleh solehah, hamlatul Quran dan orang yang juga cintakan Al-Quran.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ 

Allahumma ameen.

Sama-sama kita berdoa. Moga-moga Allah makbulkan doa kita :)


...................


Dan satu lagi kisah yang saya ingin abdikan dalam tulisan ini, ialah pengalaman mendengar amanat dan taujihat dari Dr. R, murabbiah kami. Dr. R ini antara salah seorang insan yang banyak memberi inspirasi pada saya. I wish to be a great mom and wife like her.

*maaf, gambar dan identiti Dr. R kena rahsiakan heheh*



Gambar sahabat-sahabat solehah saya lepas kami jumpa Dr. R:)

Dr. R luangkan satu masa untuk makan-makan dengan kami pada sehari sebelum 1 Ramadhan. Dia cuti hari ni, bila ditanya kenapa ambil cuti hari tersebut, katanya, untuk siapkan Diary Ramadhan anak-anaknya (3 lelaki dan 2 perempuan).

Kami semua kagum dengan Dr. R. A good effort indeed. Tapi Dr. R tak bercerita panjang mengenai Diary Ramadhan anak-anaknya ni. Dr. R banyak memberi nasihat agar kami menjadi hamba, amilin, anak, isteri dan ibu yang solehah. Dan, moga kami semua terus thabat atas jalan yang dipilih ini.

Balik dari makan, gagahkan diri untuk wassup personal Dr. R untuk tanyakan tentang Diary Ramadhan. I was in love with that kind of idea. Katanya, Diary Ramadhan ni banyak di website. So bila cari di website, memang jumpa banyak sangat. Katanya, print je untuk anak-anaknya mengikut umur. Dr. R siap kongsikan gambar yang dia telah print untuk anak-anaknya, Sofea dan Lila yang masih kecil. Untuk 3 orang hero yang dah besar, Dr. R ada tunjukkan buku yang sudah diprint.

Kata Dr. R, "By the time athirah jadi ibu, akan ada banyak lagi aktiviti Ramadhan yang best2x."

Dr. R juga ada berkongsi, yang dia sediakan Ramadhan Bucket untuk anak-anaknya. Dalam tu, ada pensil kaler baru (tahun ni Dr. R bagi magic colour), buku nota kecil, dan satu buku kanak-kanak yang mesti dihabiskan dalam bulan Ramadhan. Kata Dr. R, untuk setiap kali Ramadhan, akan ada hadiah untuk anak-anaknya agar mereka gembira menyambut bulan barakah ini. Jubah for boys and new telekung for girls.

Kata Dr. R, starting last year dia bagikan markah untuk setiap aktiviti. Dan diary - solat, puasa penuh ke tak, ada infaq ke tak.. good deeds and etc. At the end, dia akan kira dan dapat hadiah. Hadiah yang Dr. R bagi simple je, yang kanak-kanak suka, tak perlu mahal-mahal.

Pesan Dr. R, "Banyak lagi sebenarnya yang seorang ibu (dan juga ayah) boleh buatkan untuk anak-anak, it just the matter that kita sebagai ibu (dan juga ayah) luangkan masa atau tidak"

Saya niatkan agar apa yang dikongsi ini dapat memberi inspirasi pada mereka yang membaca, dan juga moga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk menjadi seorang ibu yang baik seperti Dr. R ^_____^


*Rasa macam besar sangat dah bila baca post ni balik. Oh ya, lagipun memang dah besar pun, umur dah 2# (lahir tahun 1991, you do the math ok!)*


notakaki :: 47 days more. tik tok tik tok.....

notakaki :: rindunya ramadhan kat rumah uhuk.

3 sila..silakan komen..:

Anonymous said...

Salam ramadhan akak, saya bakal student uia kuantan bulan 9 ni :) Saya ada kemusyikilan. Saya student kulliyah allied tapi saya berminat nak masuk dentistry. Cuma masa asasi saya x dpt perform elok2 utk dpt offer. Kalau kt kampus kuantan nanti ada peluang lagi ke nak cuba? Saya harap akak dpt jawab ^_^ jazakumullah khairan

athirahariffin said...

Wassalam dik :) Setakat ni, ramai tukar course bila dah dapat result semester pertama, make sure dapat 3.5 above. Tapi setakat yg akak dengar, dentistry agak susah nak masuk, pointer yg sebelm ni pun mostly entrance utk dental student 3.8, 3.9. Dan, ada je batchmates tukar course, tp mostly ke pharmacy bukan medic / dental sbb agak susah nak masuk.

Anonymous said...

Terima kasih kak utk pencerahan ni ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com