Alhamdulillah, selesai sudah program Nisa' Junior Smart Camp 2.0. Adik-adik muslimat yang terlibat dalam program ni dalam range 10-15 tahun.
Moga adik-adik membesar menjadi wanita yang solehah wa muslehah. Ini doaku juga doa semua ajk serta fasilatator yang terlibat wahai adik-adik.
Satu perkongsian yang menyentuh hati saya dari ibu peserta sendiri. Peserta baru darjah 4 omooo *ibunya tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai sarung kaki & baju pun berlengan pendek*
[Ibu]
Pagi tadi anak pergi ke kedai makan, pakai sarung kaki. Bila ditanya, dia kata aurat. Dan, ibunya mengajak anaknya membeli sarung kaki sama-sama di kedai.
Satu lagi, anak kata, bila angkat tangan, kena pegang hujung lengan kalau tidak akan nampak aurat.😳😳
******************************
Dan benarlah, hidayah Allah itu akan datang pada bila-bila masa. Allah yang menggerakkan hati ibunya untuk menghantar anaknya ke program seumpama ini. Dan, siapa tahu, anaknya menjadi pencetus dakwah dalam keluarga.
Moga Allah rahmatimu dik. Moga Allah istiqamahkan kamu di dalam kebaikan.
Cerita ini hanya satu contoh yang berlaku. Mungkin pada sesetengah orang, ini hanya kisah biasa.
Tapi bagi saya, kisah penghijrahan seorang manusia ke jalan Allah merupakan satu kisah yang menyentuh hati saya *for me aurat is such a big matter and it is not that easy to have such strength to cover all of your aurat properly at the early stage*
Tak semua orang berpeluang untuk mengenal nikmat beramal dengan Islam sejak dari kecil. Tak semua manusia lahir dalam keluarga yang so called 'islamic'. Tak semua orang berpeluang hidup dalam biah solehah sejak dari kecil.
Dan, kita (manusia) yang harus terus saling nasihat-menasihati sesama sendiri.
Kan semua orang nak masuk syurga kan?
😉
Tahniah Nisa' Dungun ♡
Dan moga, Allah kurniakan kita rezeki anak yang soleh wa musleh,
Tak lupa juga, terima kasih buat suami yang banyak menolong walau sibuk dengan kerja dan Ihtifal PASTI Dungun. Moga Allah rahamatimu abang. Moga istiqamah hingga kemenangan.
Tak lupa juga, terima kasih buat suami yang banyak menolong walau sibuk dengan kerja dan Ihtifal PASTI Dungun. Moga Allah rahamatimu abang. Moga istiqamah hingga kemenangan.
smile emoticon
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment