Saturday, September 4, 2010

home sweet home..


Alhamdulillah, buat pengetahuan semua, saya telah selamat sampai di rumah. Syukur saya panjatkan kepadaNya kerana setelah beberapa jam perjalanan di atas bas, sampai juga saya ke rumah saya dan bertemu dengan ahli keluarga yang tercinta.

Saya sangat-sangat gembira ketika ini.

Tak mampu diucapkan.

Tapi, apa yang saya tahu, saya gembira bersama keluarga saya. Saya sangat happy bila adik-adik saya happy dengan kepulangan akaknya ni dan dengan sedikit buah tangan yang saya beli. Biasalah budak-budak, setiap kali balik kena beli barang. Mujurlah kakaknya ni baik hati kan, kan...Sila angguk ye...

Kat rumah ni pun tak banyak yang berubah..hehe, bajet tak balik macam bertahun-tahun kan. Tapi, ada la sedikit perabot baru yang umi beli, ditambah dengan hiasan deco kat dinding. Binatang peliharaan pun bertambah, kalau dulu ada rabbit je, sekarang ni ada tortoise pulak. Adik-adik saya pulak dok kacau saya dengan tortoise tu, tahu la saya ni geli sikit pegang binatang macam tu kan.

Alhamdulillah, hari ni juga saya sempat untuk solat jemaah isyak dan tarawih di rumah, Imran, adik saya yang menjadi imam. Dah besar adik aku rupanya. Sekarang boleh jadi imam tarawih sudah adik kakak ye. Keep it up adikku..Moga Imran manfaatkan apa yang Imran belajar dan Quran yang Imran hafal. Tapi, lucu pulak bila tengok gelagat adik-adik saya yang lain, adik dan Lutfi yang tunjuk macam-macam perangai sebelum nak solat. Yang Lutfi tu, sempat solat Isyak jer, bila orang dah nak start solat tarawih, mulalah dia buat-buat letih, macam nak demam katanya. Adik pulak, lepas 2 rakaat tarawih., tersungkur di atas sejadah pulak (tidur la maksudnya..hehe). Adoai adikku...macam-macam perangai la korang ni.

Apapun, saya nak cakap...

I'M HAPPY TO BE AT MY HOME SWEET HOME.....


2 sila..silakan komen..:

Athirah I. said...

comelnye lutfi.. nak demam ek? hehe.. jaga diri leklok trah..

erm, nk tekan like boleh? :P

athirahariffin said...

tekan la like tu..bajet cam fb pulok deh..hehe..t[ meme la, adik2x ak ni banyok sgt ragam..penim palo ak dibuatnya..adoai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com