Friday, September 3, 2010

kejarlah malam lailatul qadar...


Mungkin agak terlewat saya berkongsi apa yang terdapat dalam post ini kerana 20, 21, 22, 23 Ramadhan sudah berlalu. Namun, masih ada beberapa hari lagi untuk kita beramal mengejar malam lailatul qadar.

Sekadar berkongsi apa yang disampaikan oleh Ustaz Muhadir dalam kuliah talaqqi sempena Ramadhan, khususnya tentang Lailatul Qadar. Diharap apa yang dikongsi ini memberi manfaat buat semua. Post ini sebenarnya dicopy dari blog Kak Fatimah yang sempat merakam ceramah ustaz melalui MP3nya. Saya tak sempat nak salin semua yang ustaz sampaikan. Sama-sama kita beroleh manfaat dari apa yang dikongsi....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar

Surah Al-Qadr (سورة القدر) adalah surah ke-97 dalam Al Quran yang terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah ‘Abasa. Surat ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surat ini.


Isi Kandungan

  • Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan;
  • para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan.
  • Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahawa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam lailatul Qadr itu.

Malam Lailatul Qadar

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan


Menurut Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam qadar ialah :


1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Menurut guru kami, almuhtaram ustaz muhadir bin haji joll ,diantara tanda-tanda lailatul qadar itu ialah:-

1) Hari itu sangat tenang

2) Pada malam hari,tidak terdengar salakan anjing seperti malam-malam kebiasaan

3) Kadang-kadang pada malam itu,seseorang akan rasa termotivasi untuk melakukan
amal ibadat berbanding dengan malam-malam yang lain.

4) Dan diantara petunjuk yang lain juga,seseorang itu akan rasa mengantuk teramat
sangat utk melakukan ibadah

5) Jika diizinkan Allah,ada di kalangan seseorang hamba itu diberi peluang
untuk melihat pokok-pokok seolah-olah dalam keadaan rukuk atau bersujud.
-Menurut guru kami lagi perkara ini pernah terjadi pada anak murid beliau.

6) Pada malam itu dimakbulkan akan segala doa.
-Ustaz menjelaskan sekiranya seseorang yang buta meminta agar ia disembuhkan,maka dia
akan dapat melihat dan barangsiapa yang pekak meminta agar dia dapat mendengar,
maka dia akan memperolehinya.

Nasihat berharga dari Almuhtaram ustaz Muhadir Bin Haji Joll bagi mereka yang ingin mencari malam Lailatul Qadar:

"Peliharalah diri dari mengerjakan maksiat serta peliharalah mata supaya tidak memandang perkara-perkara yang haram kerana mata-mata yang dipilih Allah untuk melihat malam lailatul qadar adalah mereka yang menjaga pandangannya dari perkara-perkara haram"

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com