Sangat terkesan hati ini membaca post INI di Bayyinat. Untungnya, bertuahnya Julaibid, si hodoh, si hitam, si miskin, si yatim piatu, si cacat, yang berjaya meraih syurga Allah dan namanya disebut penduduk langit.
Manusia memang suka benda yang cantik. Lelaki suka wanita cantik, sama juga wanita, suka akan lelaki cantik, eh silap, bukan cantik, tapi kacak (tapi umi cakap tak perlu cari yang hensem-hensem andai perangai macam hapa, tak boleh bimbing kita, tak sayang kita.. hee, selingan).
Sape tak mahu jadi cantik, semua orang nak kan. Saya yang tak cantik ni pun nak kalau jadi cantik. Hee~~ Tapi, jangan mempertaruhkan prinsip Islam hanya sekadar untuk jadi cantik. Boleh jadi cantik, tapi, mengikut syariat Islam. Ni baru betul-betul cantik kan.
Tapi bagi saya, tak guna cantik di dunia andai kita akan dilihat hodoh di akhirat kelak. Kerana ingin cantik, sanggup mengikut arus pemodenan fesyen dengan memakai baju-baju yang dirasakan lawa dan terbuka sana sini. Kadang-kadang ada yang rasa sudah menutup aurat, tapi sebenarnya membalut aurat. Baju yang dipakai ketat, dicampur lagi baju yang singkat (baca : level atas punggung), ditambah lagi dengan seluar ketat yang memang boleh nampak paha anda ni kecil ke besar. Kening dicukur, walhal tahu ianya berdosa besar. Saya tak pernah rasa orang yang cukur kening itu cantik.
Peringatan disini, tutup aurat tu bukan hanya sekadar meletakkan secebis kain di kepala, tapi, menutup semua badan kecuali muka dan tapak tangan dan menutup bahagian dada. Ni bagi wanita la. I love all my muslimat friends, that's why i keep reminding the same things again and again.
Lebih teruk lagi, cantik menjadi umpan untuk memikat lelaki.
Allahurabbi...
Teringat pesanan Asso. Prof. Dr. Sohirin, lecturer UNGS saya, katanya:
"Nowadays, women in hijab (read : covering all parts of the body except palm of the hand and the face, plus, cover the bossom) are so called outdated, and those who follows the modern style are so called updated. Be proud with the muslimah identity, we are the civilised one, we follow the rules in Islam, and we are the one who updated"
Jangan pernah rasa malu untuk mempamerkan keindahan Islam itu. Tutuplah auratmu, ikhlas keranaNya. Makin susah halangan yang dihadapi, makin tinggi nilainya di hadapan Allah insyaAllah. Pesanan khas buat sahabat-sahabat yang berada di tempat yang kebanyakan orang keadaan persekitarannya memdedahkan aurat, maksudnya bukan seperti di UIA yang ramai orang menutup aurat. Anda bertuah, kerana dalam beribu kaca, anda jadi permata. Ingat hadith Rasulullah, Islam akan dilihat asing di akhir zaman ini. Maka, berusaha menjadi yang asing itu.
Memang banyak dugaannya, dicampur lagi dengan rasa asing itu. Tapi, selalulah ingat akan ganjaran syurga yang super duper BEST itu.
Kalau orang tanya kenapa nak tutup aurat? Cakap, ini suruhan Allah. Kita takut api neraka, tak mahu masuk neraka, nak masuk syurga yang best tu, sebab tu ikut suruhan Allah. Kita bukan tutup aurat semata-mata untuk nampak 'baik' di hadapan manusia, ingin dikatakan alim dan macam-macam lagi.
Pernah terbaca satu artikel dalam SOLUSI, isu no. 29, artikel bertajuk Hodohnya Ahli Neraka. Disebutkan bahawa, akan terjadi apa yang diberitakan dalam mafhum firmanNya: "Muka mereka dibakar oleh api neraka, dan mereka dalam api neraka itu dalam keadaan cacat (kalihun)." ~Surah al-Mu'minun 23 : 104~
Dalam Sunan al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w mentafsirkan lafaz "kalihun" ini dengan sabdanya yang bermaksud :"Wajah mereka dibakar dengan api neraka, maka bibir bahagian atas mereka menjulur hingga ke lehernya, dan bibir bahagian bawah mereka menjulur hingga menyentuh tali pusatnya"
Allahurabbi, moga Allah menjauhkan kita semua dari azab api neraka.
Jom jadi cantik luar dan dalam.
Jom jadi cantik dunia dan akhirat.
Sama-sama berusaha menjadi cantik di mata Allah.
Ketahuilah Allah dan RasulNya tidak memandang kecantikan fizikal kita tapi memandang kecantikan iman kita. Allah menilai ketaqwaan kita
notakaki :: Dah update! Huh, sejak dua menjak ni sindrom malas update blog melanda. InsyaAllah, blog akan diupdate paling kurang seminggu sekali. Ini peraturan bilik kami. Buat roomates sekalian, Aqilah, Najah, dan Zaleha, sila update blog once a week yer!
notakaki :: Oh, lupa cakap, i'm home! Having a great weekend with my family ^^,

2 sila..silakan komen..:
saya sokong! :D
saya pun sokong..
jum sama2x sokong!
kita mulakan dari diri kita dulu,
then dakwah pada prg lain..
^^,
Post a Comment