Sunday, July 31, 2011

dia sudah balik ♥


Oh, excited teramat si dia dah balik !

Nanti kalau ada rezeki nak jumpa jugak ye awok. Nati raya-raya ni, kita jumpa ramai-ramai sebelum mereka-mereka yang lain pun turut ikut jejak langkah awok tinggalkan bumi Malaysia.

Rupanya ni surprise kamu ye. Berkali aku tanya kamu sangat reluctant nak jawab. Haish..

Excited tengok gambar ni. Comel je awok ni. Macam dulu lagi ye :)


notakaki :: BEST sangat Bicara Selebriti semalam. Alhamdulillah :)

Saturday, July 30, 2011

tawaran ini sah sebulan sahaja !


Ahlan, Ahlan Ya Ramadhan

Pagi Jumaat kelmarin, sempat ke Medan Ilmu di Kota Bharu. Hajatnya ingin mendengar kuliah Tok Guru tapi bukan Tok Guru yang berucap, tapi YB Haji Takiyuddin, salah seorang Exco Negeri Kelantan yang sedang berucap. Rupanya ada pogram perasmian Ihya' Ramadhan.

Siap ada dua orang Imam dari Mesir lagi. Mereka inilah yang akan menjadi imam solat tarawih di Qaryah Ramadhan. Pada pagi tu, mereka memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran yang sangat menusuk kalbu.

Oh, sebelum saya lupa, ini dia saya linkkan Taqwim Ihya' Ramdhan di Qaryah Ramadhan, Kelantan bermula 1 Ramadhan 1432 H hingga 1 Syawal 1432 H. Paling tak sabar Ustaz Azhar Idrus akan datang ke Qaryah Ramadhan pada 4 Ramadhan ni! Best kan berpuasa di Kelantan. Syukur Ya Allah!

Allah, tak sabarnya menempuh bulan Ramadhan penuh berkat ini. Moga aku tidak sia-siakan peluang bertemu Ramadhan kali ini. Moga aku rebut segala kelebihan dan pahalan yang ditawarkan di bulan ini. Yup, tawaran hebat ini hanya sah sebulan sahaja!

Banyak yang saya harapkan di bulan Ramadhan kali ini. Almaklumlah, sebulan penuh akan berada di rumah. Sebulan penuh Allah bagi peluang untuk bersama dengan keluarga di rumah. Sebulan penuh juga masa sayatidak sibuk dengan aktiviti kuliah dan assignment. Mungkin ada yang kata, ianya cabaran kerana mungkin kita akan banyak tidur sepanjang hari. Tapi, kita sendiri boleh kawal diri kita kan? Ya, memang susah berlawan dengan hawa nafsu ni!

Ramadhan kali ini, saya harap dapat melazimi Al-Quran, Al-Mathurat, qiamullai, dan solat di awal waktu. Jangan lupa berpagi-pagian. Lepas Subuh, jangan tidur walau seminit, kalau tak nanti meleret-leret. Nampak macam sikit tapi susah jugak ni! Tapi tak mustahil kan!

Sungguh, aku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna!

Harapan saya untuk Ramadhan kali ini. Ini azam saya, mungkin berlainan dari anda semua.

1. Khatam Al-Quran
2. Bangun Qiam setiap malam
3. Tolong memasak sahur & berbuka
4. Berbuka puasa dengan kurma & air masak seperti saranan Rasulullah
5. Solat tarawih di Qaryah Ramadhan, kalau tak pun di masjid berdekatan rumah
6. Kurangkan main FaceBook dan seangkatan dengannya
7. Habiskan baca buku yang sudah ditarget untuk baca. Alahai, susahnya!
8. Kurangkan bercakap perkara yang tidak perlu
9. Kurangkan berat badan. Macam susak jugak.
10. oh banyak lagi rupanya, sampai saya boleh lupa!

Doakan harapan Ramadhan saya tercapai. Dengan izinNya :)

Ini dia saya vidoe dari Aiman Azlan dan Anwar Hadi. Mamat-mamat ni memang sengal la! But somehow, they have succeded in making me more excited for the come of Ramadhan! :D


Malay version dan English version dua-dua BEST kan. Terbaekk ah mereka ni!

Moga kita buat yang sehabis baik pada Ramadhan kali ini. Seolah-olah kita tak akan berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Ingatlah, Ramadhan bulan penuh keampunan yang mana di dalamnya terdapat 1001 rahmat dan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Rebut, jangan tak rebut!


notakaki :: Solusi edisi Ramadhan sangat BEST! Siap ada jadual harian di bulan Ramadhan, ada senarai bacaan harian utk khatamkan 30 juz Quran, pelbagai tips yang menarik sempena bulan barakah ini dannnnnn banyak lagiiiiiiiiii~~ jejomz dapatkan Solusi edisi Ramadhan yang bertajuk, "Andai Ini Ramadhan Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya"

Wednesday, July 27, 2011

e-one


Bila tengok adik Isna post tentang ini. Rasa nak post something tentang E-one.

E-one, inilah portfolio yang ditaklifkan sepanjang KELCHEFF 2011.


Memang mulanya happy sangat sebab dapat portfolio yang sama dengan Isna dan Shikin. Merekalah yang menceriakan hari-hari saya. Love you both lah!

Ya, kerja kami menjual air, dan hasil kutipan ini akan terus masuk ke dana Green-V, iaitu satu organisasi sukarelawan hijau Kelantan. Haa, itulah kerja saya sepanjang 10 hari di KELCHEFF. Seronok taw!

Lagi happy bila orang-orang dalam portfolio ini ramah tamah dan bahagia je semuanya. Tak rasa pun letih sebab selalu bergelak ketawa dengan mereka semua ni. 4 hari yang pertama, saya di shift malam. Seterusnya, saya ambil shift pagi. Pagi-pagi, breakfast di Nasi Lemak TC! Thanks to driver, Shikin. Selalu jugak kena marah bila balik dari breakfast sebab breakfast terlalu lama. Yela, kalau datang awal kat gerai pun mana ada orang pagi-pagi kan!

Pada beberapa hari yang pertama, group kami ditugaskan untuk menjual di gerai bersebelahan kambing panggang tu, dan hari-hari terakhir kami ditukarkan di gerai berdekatan Galeri Tamadun Islam.

Walau di mana pun kami berada, E-One tetap the BEST! Ada papa yang selalu pakai spek hitamnya, ada abang long yang selalu datang check kerja kami, ada runner yang setia lari berkejar-kejaran dan ada semuanya la.


Masa hari last tu, sedih bila teringatkan hari esoknya kami tak lagi berkhidmat untuk E-one dan KELCHEFF. Ya, memang akan ada kutukan dan komen dari orang ramai, tapi apapun, kami ikhlas membantu (erkk, dapat elaun RM 20 sehari + dapat bonus, thanks Green-V)

Memori 10 hari di KELCHEFF, dari 14 hingga 23 Julai, takkan kulupa :)


notakaki :: Teringin sangat nak buat kek Fairlady. Barang tak cukup lagi, esok insyaAllah pergi beli. Nyummy!

Saturday, July 23, 2011

wanita cantik :)


Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.


Suka melihat wanita cantik. Cantik akhlak, cantik agamanya.

Allah, jadikan aku dan juga sahabat-sahabat tersayang wanita cantik itu, wanita cantik akhlaknya, cantik agamanya.

Wanita cantik. Jauh lagi tu. Jauh lagi untuk aku menggapai gelaran wanita cantik.

Jauhkanlah aku dari menjadi fitnah kepada kaum adam. Jauhkanlah aku dari terlibat dengan dosa itu.

Rindu pada wanita-wanita cantik UIA. Rindu ex-roomates. Rindu rakan seperjuangan.


notakaki :: Alhamdulillah, tamat sudah KELCHEFF 2011. Kalau rajin, akan update tentang KELCHEFF lagi, dan juga tentang E-ONE :)

Thursday, July 21, 2011

bicara selebriti

Allah, melihatkan panelnya sahaja, sudah cukup membuatkan saya teruja! Moga berkesempatan mengikuti program ini.



notakaki :: KELCHEFF hanya tinggal 2 hari lagi, marilah sama-sama memeriahkannya sebelum ia tamat :)

Wednesday, July 20, 2011

being myself

Kalau ditranslate, maknanya, menjadi diri sendiri. (Background music : lagu Menjadi Diriku dari Ed Coustic. hehe)

Accept me as i am.

For my beloved friends, yes, this is me.

Kamu semua pun kenal kan. Seorang yang mudah rasa guilty, mudah rasa down bila nampak kawan yang tersayang sedih, dan banyak lagilah. Mudah, dan mudah semuanya bila berkait hal perasaan. Sangat-sangat banyak lah kelemahan. Malas nak reveal kelemahan diri sendiri.

Itu maknanya aku sayangkan kamu wahai kawan-kawan.

Ok, now i want to say that i LOVE you both!

For both, sorry if i did something wrong. Hehe, tetiba emo!

And, i'll bring chocolate muffin for both of you tomorrow. And, also for my Maheran. Yup, she's coming tomorrow ♥ ♥


Allah, lamanya tak jumpa Maheran yang tersayang ni!


notakaki :: Haha, ada kaitan ke muffin dengan tajuk eh? Aku pun confuse.

notakaki :: Tengah hari tadi berkesempatan jumpa adik Nafilah. Salam ukhuwah dan salam kenal adik.KELCHEFF ni memang tempat jumpa orang ni. Hari tu baru je jumpa Jibah, Eti, Widad, Epi, Mirah Aziz dan geng GFFXS yang havoc tu. Esok, jumpa Maheran. Can't wait! InsyaAllah esok lusa, jumpa Kak Zakuan :)

Monday, July 18, 2011

desktop Quran ♥

Perisian ni untuk kita dengar bacaan-bacaan Quran daripada ramai imam. Boleh pilih la nak dengar bacaan daripada imam mana. Bentuk bacaan berformat MP3.

JOM download! Tekan SINI.

Kini, tiada lagi alasan untuk hati sunyi dari ayat-ayat cintaNya. Download sekarang! Jom, kita kasi desktop/laptop kita 'solehah' sikit :D

Allahumma ballighna Ramadhan :)

Sunday, July 17, 2011

mati dalam perjuangan


Balik dari KELCHEFF, terus buka fb, dan tengok status fb Tok Guru Nik Aziz Nik Mat,

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya."

Sebenarnya, petang tadi sebelum ke KELCHEFF, saya telah dapat mesej dari ex roomate, Zaleha akan berita ini. Tapi, tak lama selepas itu, ada mesej yang mengatakan ianya hanya khabar angin. Rupanya, malam ini, bila tengok status Tok Guru, ianya adalah berita yang benar. Dr. Lo'lo Bt Mohd Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.13 malam. Dr. Lo'lo ni merupakan senior umi masa di Sri Puteri, seorang srikandi wanita yang hebat memperjuangkan Islam.

Masa dalam kereta petang tadi, bila saya inform kat abah yang Dr. Lo'lo telah kembali ke rahmatullah (even masa petang tu berita ni khabar angin sahaja), abah terus cakap,

"Dia mati dalam perjuangan kakak, insyaAllah mati dalam kebaikan (husnul khotimah). Kita ni tak tahu lagi mati macam mana."

Allah, air mata mengalir. Tiba-tiba terfikirkan bagaimana keadaan matiku kelak?

Dah la sebelum tu, maksud saya, sebelum dapat mesej dari Zaleha, saya dan abah tengah dengar ceramah dari Ustaz Shamsuri dalam kereta abah. Intipati ceramah mengenai mati.

Ustaz bercakap mengenai sebuah hadith sahih. Di hari kiamat kelak, bila semua proses hisab telah dijalankan, yakni semua manusia telah tahu tempatnya di neraka atau di syurga, akan ada seekor kambing yang akan disembelih, dan kambing itu simbolik kepada kematian. Bila kambing ini telah disembelih, maksudnya tiadalah kematian selepas itu. Mati sudah mati. Maksudnya, di akhirat kelak, manusia tidak akan mati lagi, manusia akan hidup selama-lamanya.

Dan, meranalah manusia yang tempatnya di neraka. Dan, bahagialah manusia yang tempatnya di syurga.

Ustaz juga ada berkata, andai kita tersalah pilih jalan hidup kita di dunia ini, tak guna menyesal lagi selepas kita sudah mati.

Allah, memang kena pada masa. Mungkin Allah mahu mengingatkan aku agar berhati-hati dengan dunia. Pandai-pandailah kita membuat pilihan yang bijak agar kehidupan kita kekal bahagia di syurga yang abadi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga arwah YB Dr. Lo' lo'.

Telah pergi sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar dan mewangi di taman jihad. Almarhumah Dr Lo' Lo', semoga Allah merahmati beliau. Sesungguhnya beliau telah pergi bersama dengan jasa dan kebaikannya, kita juga akan menyusul dengan amalan-amalan kita.

Perginya diiringi doa jutaan pencinta islam insyaAllah.


notakaki :: Semalam eti dan jibah datang gerai. Jumpa jibah selepas lama tak jumpa. Dengar cerita dari jibah mengenai coursemates di UTP dulu. Rupanya, banyak yang dah berubah. Hurmmmm... Kadang-kadang miss jugak UTP, tempat yang pernah kududuki dulu :)

tawakkal adalah keajaiban hidup


“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.”
(Imam Muslim)


notakaki :: Really want to finish up the book entitled How To Get From Where You Are To Where You Want To Be, written by Jack Canfield. It such a good inspirational book :)

nisfu sya'ban

15 Syaaban 1431 Hijrah. Nisfu Sya'ban.

Klik SINI untuk download risalah amalan nisfu sya'aban dari Guru talaqqi kami, Al-Fadhil Ustaz Muhadhir. Sama-sama kita hidupkan malam nisfu Syaaban ♥ ♥

Allahumma ballighna Ramadhan :)

Friday, July 15, 2011

berita hari ini

Wah, tajuk!

Bukan, bukan nak promote suruh tengok berita TV1 ke TV3 ke sebab semua berita kat channel tu memang sangat menipu sekarang. Seolah-olah dapat arahan dari pihak atasan kan. Malaysia, Malaysia... Masa hari selepas BERSIH, cuba tengok berita, TV1 dan TV3, semua saya buka. Nak tengok apa yang diorang cuba nak tipu dan belit fakta. Memang lain dengan apa yang terjadi sebenarnya. Hanya orang yang turut serta je yang akan tahu perkara sebenar. Sedih sebenarnya dengan orang yang percaya segala tipu yang dibuat oleh berita. Oleh itu, marilah kita sama-sama boikot berita TV1 dan TV3 sebab ia sememangnya akan memunahkan otak anda. Hal semasa masih kena cakna, cuma jangan update melalui berita di tv.

Ok, back to topic!

Hari ini, hari kedua berkhidmat di KELCHEFF, rasa sangat penat, lagi penat dari hari pertama sebab dapat shift malam. Ribuan hadir memeriahkannya. Sangat gembira sebab satu usaha kerjaan negeri ini mendapat sambutan masyarakat setempat. Masa hari pertama, memang kerja dok bergambar je dengan Isna dan Shikin. Excited la katakan. Lagipun memang Isna bawak kamera pon.


Masa hari pertama, kena jaga booth mak cik dari Penang, dan dia suruh bantu dia masak kuih. Tahu kuih apa? Kuih ni saya memang lama sangat dok mengidam nak buat sebab sangat comel. Kuih tu ialah Apam Polka Dots. Sangat seronok! Nanti nak try buat :) Senang je sebenarnya!

Hari ni, balik rumah pukul 11.15 malam. Memang lewat dan sangat penat. Saya ni dah selsema dah ni. Memang tak boleh over letih terus kena penyakit. Tapi puas hati sebab dapat berbakti untuk KELCHEFF. Seronok taw! Sila la datang pada yang tak datang lagi tu. Sila melawat saya juga!

Alhamdulillah, tadi dapat mesej dari Widad. Dia inform satu berita gembira, rakan-rakanku berjaya fly ke negara idaman masing-masing. Athirah Razali dapat ke India, insyaAllah ke Manipal College melanjutkan pelajaran dalam bidang Dentistry. Sofia Idris dapat ke United Kingdom melanjutkan pelajarannya dalam bidang Engineering. Wah, hebat-hebat semua gewe-gewe saya! Hehe.

Bila mereka pergi, maka 3 orang dari 10 geng Vvians merantau di negara orang menimba ilmu. Moga mereka berjaya dunia akhirat. Itu doa saya buat sahabat sehati sejiwa sekalian.

Distance doesn't count dear. Wherever we go, you guys will always be my best friends forever.


notakaki :: Esok shift malam lagi. Its tiring, but yes, i'm happy to do the volunteering jobs.

notakaki :: Malam Nisfu Syaaban bakal menjelma :)

Tuesday, July 12, 2011

KELCHEFF 2011


KELCHEFF 2011.

Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 akan diadakan pada 14 Julai hingga 23 Julai 2011 di Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan. Satu festival makanan yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan yang membawa 200 chef dari pelbagai negara antaranya, Turki, India, Jepun, Thailand, Korea, Lubnan dan Indoesia. Makanan dari Palestin pun akan disediakan di KELCHEFF 2011 ini.

Nama Cheng Ho diambil bersempena mengingati pelayaran armada Cheng Ho yang membawa 200 buah kapal dan melibatkan 60. 000 orang kelasi. Untuk menyediakan makanan kepada beribu-ribu kelasi, makanya, beberapa buah kapal hanya dikhususkan kepada kapal makanan sahaja, yang membawa pelbagai jenis makanan dan tukang masak untuk keperluan kelasi kapal yang lain.

Cheng Ho selain berdagang, membawa Islam, yang bukan sahaja diterima di China, malah di negara-negara serantau.Untuk pengetahuan semua, Cheng Ho adalah orang Islam yang berbangsa Cina. Titik pertemuan yang dicari ialah Islam, bukan bangsa. Ini objektif kerajaan negeri memilih nama ini. Cheng Ho adalah ikon penyatuan semua kaum.

Masih terngiang-ngiang dalam kepala kata-kata Dato' Haji Husam Musa pada majlis pelancaran sukarelawan Green-V untuk KELCHEFF 2011 yang diadakan. Katanya, makanan adalah satu perkara yang paling penting dalam hidup kita. Bila melihat makanan, jangan hanya lihat ia hanya sekadar makanan yang fungsinya untuk buat kita kenyang, tapi fikirkan yang ianya adalah satu keajaiban dari Allah.

Mendengar cerita dari mulut seorang YB tentang makanan dari negara-negara yang pernah dikunjunginya buat saya rasa kagum dengan ciptaan Allah. Walau dengan hanya melihat makanan, kita mampu mengagungkan ciptaan Allah. Bayangkan, di India, terdapat lebih 700 jenis buah mangga. Itu hanya buah mangga yang datang dari India sahaja, bukan dari serata negara di dunia. Di satu negara Arab ni (tak ingat megarab mana), ada satu jenis nasi yang dimasak bersama ayam dalam tanah. Satu-satunya jenis nasi yang dimasak bersama ayam di bawah tanah di dunia ini dan rasanya sangat sedap. Itu menurut YB la, tapi saya memeng terliur masa dia tengah cerita sebab masa tu lapar sangat.

Semasa perasmian itu juga, YB Husam juga ada menceritakan kisah Maryam. Perintah Allah kepada Maryam semasa mengandung ialah makan dan minum. Selepas Maryam melahirkan Nabi Isa a.s. , Siti Maryam telah diminta oleh Allah untuk menggoyangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan Nabi Isa a.s. lalu gugurlah pohon tamar yang dijadikan makanan untuk mengumpul tenaga tanpa makanan yang lain.

Sila rujuk Surah Maryam ayat 25. Dalam ayat itu ada, disebut rutaban janiyya, iaitu sejenis kurma yang sangat bagus untuk ibu-ibu mengandung. According to researh, dates is the best food for pregnant mother. Allah, indahnya Islam. Makanan yang terbaik untuk ibu mengandung pun sudah diajar dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran, banyak perintah Allah agar kita makan dan minum. Antaranya,

"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu."
~Surah Al-Baqarah, ayat 168~

"Wahai rasul-rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja kebaikan; sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu mengerjakan"
~Al-Mu'minun, ayat 51~

Perintah Allah kepada Adam dan Hawa,

"Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang zalim."
~Al-Baqarah, ayat 35~

Dalam syurga, tempat yang semua orang impikan, Allah juga perintahkan kita untuk makan dan minum,

"Di dalam surga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan."
~Al-Zukhruf, ayat 73~


"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!"
~Surah Muhammad, ayat 15~

Allah, begitu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang membicarakan tentang makan dan minum.

Makanan dan kita, memang tak dapat dipisahkan. Persoalannya di sini, kita makan untuk hidup atau kita hidup untuk makan?

Di karnival ini, pelbagai makanan HALAL dari pelbagai negara yang terdapat di sini. Jom datang beramai-ramai untuk memeriahkan satu lagi karnival yang dianjurkan kerajaan Negeri Kelantan.

Moga saya dan rakan-rakan dapat membantu dengan ikhlas. Berkhidmat untuk negeri tercinta.

3 prinsip sukarelawan.
Carry a heart that never hate,
Carry a smile that never fade,
Carry a touch that never hurt.

Akan bersama Isna, Shikin, Alifah dan Najiha untuk bersama membantu menjayakan KELCHEFF 2011. Moga usaha membantu yang kecil ini dikira ibadah dan diberi pahala dariNya.

Berdekatan dengan tapak KELCHEFF, akan diadakan Galeri Tamadun Islam di Gelanggang Seni dan Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan.


Sila layari SINI untuk ke laman rasmi KELCHEFF 2011.

Sila layari SINI untk ke laman Facebook KELCHEFF 2011.


notakaki :: Nyummy, nyummy. Tak sabar nak rasa macam-macam makanan, especially makanan cina. Lepas ni makin gemuk la aku!

notakaki :: Yes, food is my passion :)

Wednesday, July 6, 2011

demam kuning


Lega dapat permission dari parents untuk turun. Tu pun pergi dengan abah. Abah pesan macam-macam. Macam nak berperang lagaknya. Punyalah susah nak dapat permission. Guna skill yang bermacam untuk pujuk. Alhamdulillah, i got the permission at last :)

I'm a big girl. No big deal. Don't worry.

Dengar SINI untuk dengar penjelasan Ustaz Zaharuddin tentang perhimpunan aman. Sila dengar penjelasan dari alim ulama bukan dari tibi surat khabar yang mengarut entah apa-apa.

Juga baca SINI untuk baca tentang peristiwa Hilful Fudhul iaitu satu himpunan kaum di zaman Rasulullah.

why should i marry her?


Once, there was a very handsome, pious, well educated young man, whose parents compelled him to get married. They had seen so many marriage proposals, and he had turned them all down. The parents thought that, it was becoming a little ridiculous or suspected that he may have someone else in mind.

However every time the parents left the girl's house, the young man would always say:
'she is not the one for me'.

The young man only wanted a girl who was religious and practicing, however one evening his mother arranged for him, to meet a girl, who was religious, and practicing. On that evening, the young man, and girl, were left to talk, and ask each other questions. (As one would expect). The young man, being a gentleman that he was allowed, the lady to ask first.

The young girl asked the young man so many questions, she asked about his life, his education, his friends, his family, his habits, his hobbies, his lifestyle, his enjoyment, his pastime, his experiences, even his shoe size. The young man replied to all of her questions, politely, without tiring, and with a smile. The young girl took up nearly all of the time, over an hour, and felt bad, and asked the young man: "Do you have any questions for me?"

The young man said, "It's ok". I only have 3 questions.
The young girl thought, "Wow, only 3 questions okay, shoot".
The young man's first question was, "Whom do you love the most ?"
She said, "This is an easy question; my mother", she replied and smiled.

Second question, he asked,
"You said that you read a lot of Qur'an, could you tell me which surahs you know the meaning of?"

Hearing this she went red and embarrassed and said, I do not know the meaning of any yet, but I am hoping to learn few soon insha'allah. I've just been a bit busy.

The third question the young man asked was, "I have been approached for my hand in marriage, by girls that are more prettier than you, so why should I marry you?"

Hearing this the young girl was outraged, she stormed off to her parents with fury, and said I do not want to marry this man, he is insulting my beauty, and intelligence. And the young man and his parents, were once again, left without an agreement of marriage.

This time, the young mans parents were really angry, and said what did you do to anger that girl, the family was so nice, pleasant, and they were religious like you wanted. "What did you ask the girl??" Tell us !

The young man said, "Firstly I asked her, whom do you love the most? she said, her mother."

The parents said "So, what is wrong with that??"

The young man said, ''No one, is Muslim, until he loves Allah, and his/her messenger (saw) more than anyone else in the world. If a woman loves Allah and the Prophet (pbuh) more than anyone, she will love me and respect me, and stay faithful to me, because of that love, and fear for Allah (swt), and we can share this love, because this love is greater than lust for beauty".

The young man said, "Then I asked, you read a lot of Qur'an, can you tell me the meaning of any surah? And she said no, because I haven't had time yet.

So I thought of that hadith, "The world is accursed - cursed is all that is in it, except for the dhikr of Allah and all that is related to it, or an alim, or a student."It is recorded in al-Jami as-Sagheer.

She has lived 20 years by now and didn't had any time, to seek knowledge of Qur'an, How can I marry a woman, who does not know her rights, and responsibilities, and what will she teach my children, except how to be negligent, because the woman is the madrasa (school) and the best of teachers to her children.

"The third question I asked her was, that a lot of girls, more prettier than her, had approached me for marriage, so why should I choose you? Upon this, she stormed off, getting angry".

The young man's parents said "That was a horrible thing to ask, why did you do ask that question, we are going back there to apologise".

The young man said "I said this for a specific purpose, to test whether she could control her anger or not. The Prophet (saw) said 'do not get angry, do not get angry, do not get angry' when asked how to become pious; because anger is from Satan. If a woman cannot control her anger with a stranger she has just met,do you think she will be able to control it with her husband??".

Source: Productive Muslim


notakaki :: Berusaha menjadi sebelum mencari. Bagi lelaki, mungkin dia mencari IBU yang terbaik buat anak - anaknya. Begitu juga wanita, mencari yang terbaik untuk menjadi Imamnya. Kerana kehidupan kita bukan setakat berakhir di dunia, yang lebih penting di akhirat sana.

Sunday, July 3, 2011

BERSIHkan akaun FB kita


Lepas Maghrib tadi, terbaca tentang bab Orang Yang Bijaksana Mengingati Mati dalam buku, Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada. Indahnya Islam, menyuruh umatnya mengingati mati agar umatnya selalu berhati-hati jika ingin melakukan sesuatu perkara.

Seorang sahabat daripada kaum Ansar bertanya kepada Rasulullah "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang pintar dan cerdas akalnya?"

Maka Rasulullah menjawab, "Perbanyakkan mengingati haazimatul lazzat iaitu mati"

Imam Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin menegaskan, apabila kita banyak mengingati mati, kita menjadi semakin takut dan bersedia menghadapi kematian.

Ya, apabila kita sentiasa ingat akan mati, perkara yang pasti akan berlaku kepada setiap insan, maka setiap perbuatan kita akan kita sandarkan adakah ia baik buatku selepas aku mati kelak atau tidak. Segala apa yang kita lakukan di muka bumi ini walau sebesar zarrah pun akan dikira, samaada kebaikan ataupun keburukan.

Jadi, sama-sama kita muhasabah diri masing-masing. Bila terbaca bab mati ini, kadang-kadang rasa diri ini penuh berlumur dosa untuk menghadapi alam barzarkh kelak, untuk menghadapi hari selepas mati. Allah!

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


Bila buka Facebook, ada rakan-rakan di FB dan blog yang berkongsi tentang satu artikel yang sangat menarik, artikel tentang kaitan FB dan mati. Memang tepat pada masa. Jom baca!

*************************

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan da selamat beramal


notakaki :: Imran dah selamat belajar di KMB, moga Imran ingat pesan kakak. Amir ada kursus BTN seminggu. Makin sunyi rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com