Tuesday, July 12, 2011

KELCHEFF 2011


KELCHEFF 2011.

Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 akan diadakan pada 14 Julai hingga 23 Julai 2011 di Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan. Satu festival makanan yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan yang membawa 200 chef dari pelbagai negara antaranya, Turki, India, Jepun, Thailand, Korea, Lubnan dan Indoesia. Makanan dari Palestin pun akan disediakan di KELCHEFF 2011 ini.

Nama Cheng Ho diambil bersempena mengingati pelayaran armada Cheng Ho yang membawa 200 buah kapal dan melibatkan 60. 000 orang kelasi. Untuk menyediakan makanan kepada beribu-ribu kelasi, makanya, beberapa buah kapal hanya dikhususkan kepada kapal makanan sahaja, yang membawa pelbagai jenis makanan dan tukang masak untuk keperluan kelasi kapal yang lain.

Cheng Ho selain berdagang, membawa Islam, yang bukan sahaja diterima di China, malah di negara-negara serantau.Untuk pengetahuan semua, Cheng Ho adalah orang Islam yang berbangsa Cina. Titik pertemuan yang dicari ialah Islam, bukan bangsa. Ini objektif kerajaan negeri memilih nama ini. Cheng Ho adalah ikon penyatuan semua kaum.

Masih terngiang-ngiang dalam kepala kata-kata Dato' Haji Husam Musa pada majlis pelancaran sukarelawan Green-V untuk KELCHEFF 2011 yang diadakan. Katanya, makanan adalah satu perkara yang paling penting dalam hidup kita. Bila melihat makanan, jangan hanya lihat ia hanya sekadar makanan yang fungsinya untuk buat kita kenyang, tapi fikirkan yang ianya adalah satu keajaiban dari Allah.

Mendengar cerita dari mulut seorang YB tentang makanan dari negara-negara yang pernah dikunjunginya buat saya rasa kagum dengan ciptaan Allah. Walau dengan hanya melihat makanan, kita mampu mengagungkan ciptaan Allah. Bayangkan, di India, terdapat lebih 700 jenis buah mangga. Itu hanya buah mangga yang datang dari India sahaja, bukan dari serata negara di dunia. Di satu negara Arab ni (tak ingat megarab mana), ada satu jenis nasi yang dimasak bersama ayam dalam tanah. Satu-satunya jenis nasi yang dimasak bersama ayam di bawah tanah di dunia ini dan rasanya sangat sedap. Itu menurut YB la, tapi saya memeng terliur masa dia tengah cerita sebab masa tu lapar sangat.

Semasa perasmian itu juga, YB Husam juga ada menceritakan kisah Maryam. Perintah Allah kepada Maryam semasa mengandung ialah makan dan minum. Selepas Maryam melahirkan Nabi Isa a.s. , Siti Maryam telah diminta oleh Allah untuk menggoyangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan Nabi Isa a.s. lalu gugurlah pohon tamar yang dijadikan makanan untuk mengumpul tenaga tanpa makanan yang lain.

Sila rujuk Surah Maryam ayat 25. Dalam ayat itu ada, disebut rutaban janiyya, iaitu sejenis kurma yang sangat bagus untuk ibu-ibu mengandung. According to researh, dates is the best food for pregnant mother. Allah, indahnya Islam. Makanan yang terbaik untuk ibu mengandung pun sudah diajar dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran, banyak perintah Allah agar kita makan dan minum. Antaranya,

"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu."
~Surah Al-Baqarah, ayat 168~

"Wahai rasul-rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja kebaikan; sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu mengerjakan"
~Al-Mu'minun, ayat 51~

Perintah Allah kepada Adam dan Hawa,

"Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang zalim."
~Al-Baqarah, ayat 35~

Dalam syurga, tempat yang semua orang impikan, Allah juga perintahkan kita untuk makan dan minum,

"Di dalam surga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan."
~Al-Zukhruf, ayat 73~


"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!"
~Surah Muhammad, ayat 15~

Allah, begitu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang membicarakan tentang makan dan minum.

Makanan dan kita, memang tak dapat dipisahkan. Persoalannya di sini, kita makan untuk hidup atau kita hidup untuk makan?

Di karnival ini, pelbagai makanan HALAL dari pelbagai negara yang terdapat di sini. Jom datang beramai-ramai untuk memeriahkan satu lagi karnival yang dianjurkan kerajaan Negeri Kelantan.

Moga saya dan rakan-rakan dapat membantu dengan ikhlas. Berkhidmat untuk negeri tercinta.

3 prinsip sukarelawan.
Carry a heart that never hate,
Carry a smile that never fade,
Carry a touch that never hurt.

Akan bersama Isna, Shikin, Alifah dan Najiha untuk bersama membantu menjayakan KELCHEFF 2011. Moga usaha membantu yang kecil ini dikira ibadah dan diberi pahala dariNya.

Berdekatan dengan tapak KELCHEFF, akan diadakan Galeri Tamadun Islam di Gelanggang Seni dan Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan.


Sila layari SINI untuk ke laman rasmi KELCHEFF 2011.

Sila layari SINI untk ke laman Facebook KELCHEFF 2011.


notakaki :: Nyummy, nyummy. Tak sabar nak rasa macam-macam makanan, especially makanan cina. Lepas ni makin gemuk la aku!

notakaki :: Yes, food is my passion :)

1 sila..silakan komen..:

Wan Nornajwa Wan Othman said...

knjwa punya post sal kursus Cheng Ho. Ad jg :)

http://komradautentik.blogspot.com/2011/07/kursus-kelcheff-part-1-makanan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com