Sunday, September 18, 2011

fattabiouni

Pernah dengar tak?

Cerita ni bermula time Ramadhan hari tu lagi sebenarnya, tapi bila kelmarin tengok balik cerita ni kat tv Al-Hijrah, rasa nak berkongsi dan sebarkan tentang cerita ni.

Kalau dulu anda pernah baca dalam blog ni ada saya pernah post pasal bermusafir cara Rasulullah. Sebenarnya, itulah salah satu episod dalam Fattabiouni. Masa tu tak tahu pun dan kat Tv Alhijrah pun masih tak ditayangkan lagi cerita tu.

Setakat yang saya cari, tak ada lagi video Fattabiouni dalam YouTube yang ada translation English atau Melayu. Jadinya, memang kena tengok dalam Tv Al-Hijrah. Memang jatuh cinta dengan Tv Al-Hijrah :) Kalau Facebook, cuba klik untuk Fattabiouni Malaysia dan klik ini juga untuk Fattabioni English.

Bagusnya cerita ini, ia mengajak kita untuk mengikut sunah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Kadang-kadang kita tak pernah tahu pun ianya sunnah tapi melalui cerita ini, banyak yang dapat kita tahu. Satu lagi, sangat suka tengok pengacara dalam cerita ini, Habib Mohammad Al-Saggaf. Mukanya tenang, cara penyampaiannya memang menusuk kalbu. Moga Allah rahmati usahanya membawa umat dunia ini ke arah mengikuti sunnah Baginda.

Mulakan dengan kanan

Saya sempat mengikuti cerita ini kelmarin, ianya tentang mulakan segala yang kita lakukan dari arah kanan.

Slot bermula dengan ayat dari Surah Al-Waqiah, ayat 8, "iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan".

Habib ada menyebutkan, Rasulullah sangat suka memulakan segala-galanya dari arah kanan. Pernah satu hari Rasulullah ingin memotong rambut, tukang gunting itu ingin memulakan dari arah yang lain. Rasulullah terus menghalang dan menasihatkan si tukang gunting rambut untuk memulakan dari arah kanan. Sebab itu menurut Habib Saggar, Habib sangat suka potong rambut di kedai gunting kerana dengan cara ini, dia boleh menyebarkan sunnah Rasulullah pada si tukang gunting rambut.

Ada satu lagi kisah yang diceritakan Habib Saggar, katanya, pada suatu ketika, Rasullullah sedang dalam sebuah jamuan dan di sebelah kanan Baginda, terdapat sahabat seperti Umar dan Ali, tapi di sebelah kiri Baginda, duduknya Ibnu Abbas yang pada masa itu berusia dalam linkungan 4-6 tahun. Dan sebelum makan, Rasulullah meminta izin dari Ibnu Abbas yang berada di sebelah kirinya agar Baginda dapat memberi makanan kepada sahabat yang berada di sebelah kanannya, kerana Rasulullah sangat suka mendahulukan yang kanan. Indahnya akhlak Rasulullah, memuliakan yang kanan dan juga memuliakan kanak-kanak seawal usia 4-6 tahun seperti Ibnu Abbas.

Di akhirat kelak, buku amalan bagi golongan yang bertuah juga akan diterima oleh tangan kanan. Moga dengan mengikut sunnah Baginda ini, kita akan dicintai Allah, dan moga-moga di akhirat sana, buku amalan akan kita terima melalui tangan kanan. InsyaAllah.

Rasanya setakat itu sahaja, kalau anda berkesempatan, tengoklah rancangan ini. Sangat bermanfaat dan menyentuh hati. Anda pasti akan tertawan dengan cara penyampaian Habib Saggar yang sangat tenang.


notakaki :: Baibai epi sayang. Jaga diri baik-baik di Belfast sana ye! Nanti kalau mu banyak duit belanja tambang flight aku g Belfast eh! haha ~ Sorry tak leh g KLIA hantar mu. Kalau KLIA tu kat Kuantan nescaya aku g dah. Jom Skype lepas rinduuu eh :)

notakaki :: Jom dapatkan buku pertama Ustaz Azhar Idrus terbitan PTS!

14 sila..silakan komen..:

Unknown said...

salam ukhwah..nak tanya..saudari tahu lagu latar kat fattabiouni tu?harap sudi bgtau..terima kasih

athirahariffin said...

wsalam. maaf, memang tak tahu apa background song. tp rasa pernah dgr org cakap tu maybe lagu sami yusof. wallahualam~

Anonymous said...

yup lagu Sami yusuf - AlMuallim

athirahariffin said...

terima kasih anonymous. apapun, lagu tu memang best. kena dgn cerita.

opiect said...

salam...saya pn dah jatuh cinta ngan slot tu...senang utk dicerna n dihadam ilmu2nya...

athirahariffin said...

moga Allah merahmati Habib Saggaf dan mereka yg terlibat dlm fattabiouni.

moga kita juga makin serlahkan kecintaan kita pada Rasulullah dgn mengamalkan sunnah Baginda :)

rafi ali said...

gembira je bila dapat apa yg d cari..dahtu bangga lak rasa bila masih ada yg ingin bersama dalam mpertabatkan dinur islam..tau tak rasanya begitu tepat dgn indahnya islam ini..^_^..apapun,semoga allah slalu mberkahi dan mencintai org2 yg bertawakal dlm urusan-nya.amin.

mekasih,semua..
(sy cari music background fattabiouni dan akhirnya dpt info di blog ini..hihi..tq!!!)

Izni Arifah Shuib said...

jatuh cinta jugak dgn rancangan ni. hehe. btw,salam ukhuwah :)

Anonymous said...

saya nak like tapi takde button like kat sini. =)
thanks for the post.
nak cari nama slot ni. then jumpa blog awak. <3

athirahariffin said...

buat yang drop komen kat sini dan buat yang baca post ni, doakan kita semua dapat syafaat Rasulullah. moga syurga milik kita =)

Anonymous said...

Lagu yg sblom start tu lagu ape yee???

athirahariffin said...

awal tu al-muallim kan? :)

Abu Rifaie said...

Salam Ukhwah..ni saya bagi link utk donlod lagu tema Fattabiouni..

http://mp3skull.tv/gateway.php?mp3=nrrY7eW%2Fzd2Uu9I%3D&t=%D9%81%D8%A7%D8%AA%D8%A8%D8%B9%D9%88%D9%86%D9%8A%20%28fattabiouni%20theme%20song%29

maro rozalez said...

Assalam.

Siapa tahu nama lagu latar utk rancangan Muslims Scientist kt TV Al Hijrah tu.

T. Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com