Thursday, June 28, 2012

kebaikan dunia dan akhirat



Alhamdulillah, seusai solat maghrib berjemaah di masjid tadi, sambil menunggu tibanya isyak, kami sekeluarga sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Maaf, tak tahu nama ustaz tu apa. Tadi, ustaz tu mengulas kitab Riyadus Solihin. Untuk hari ini tajuknya ialah fadhilat berdoa.


InsyaAllah, saya akan berkongsi setakat yang saya mampu dan faham berdasarkan huarian ustaz tadi dan juga nota yang diberi tadi.


Banyak yang sempat ustaz tu huraikan, tapi ada satu yang saya sangat tertarik. Ustaz ada membacakan satu hadith ini, maksudnya;


Dari Aisyah radiallahu 'anhu, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu suka doa-doa yang menghimpun - yakni mengandung segala macam kepentingan dan keperluan - dan beliau s.a.w. meninggalkan yang selain itu." Diriwayatkan oleh Imam Dawud dengan isnad shahih.


Menurut hadith ini, Rasulullah suka akan doa yang pendek tapi maknanya menyeluruh.


Nak tahu apa doanya? Yang disebutkan oleh ustaz tadi ialah doa yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke 201. Ayat ni rasanya sangat familiar.



Maksudnya : 
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
 lindungilah kami dari azab api neraka"

Simple kan doanya ?

Kebaikan dunia kita nak, kebaikan di akhirat pun kita nak kan. 

Di dunia, kita mahukan pasangan yang soleh dan solehah yang mampu menuntun kita ke syurga, keluarga dan anak-anak yang mengikut perintah Allah, rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah dan selesa, pekerjaan yang elok. kehidupan yang bahagia, tubuh badan yang sihat dan cantik, and the list goes on.......... 
Banyak sangat perkara dalam dunia ni yang kita nak kan.

Di akhirat, kita mahukan syafaat Rasulullah, kita mahu tergolong antara mereka yang mendapat naungan Arasy Allah, tergolong dalam kalangan yang mendapat syurga Allah, dalam kalangan hamba yang mendapat buku catatan amalan dari tangan kanan, berkumpul bersama orang yang kita cintai di syurga Allah, merasai nikmatnya syurga Allah, and the list goes on......... 
Di akhirat, lagi banyak kebaikan yang kita dambakan.

Doa ini juga ada disebutkan dalam satu hadith, maksudnya;

Dari Anas r.a., katanya: "Sebahagian banyak doa Nabi s.a.w., itu ialah: Rabbana atina fiddun-ya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, waqina 'adzabannar - Ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan pada kami di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka." (Muttafaq 'alaih)

Imam Muslim dalam riwayatnya menambahkan: Katanya: Anas apabila berkehendak akan berdoa dengan sesuatu doa, maka berdoa dengan doa di atas. Juga apabila berkehendak memohonkan sesuatu permohonan yang lain, maka dalam doanya dimasukkan doa di atas itu pula.

Bagi mereka yang masih lagi tak hafal doa yang sangat pendek ni, cepat hafal dan kita jadikan sebagai amalan. Lirik panjang-panjang kita boleh hafal takkan doa pendek pun tak boleh nak ingat kan? :)

Masih ingat lagi sewaktu menyertai satu halaqah, ada seorang kakak ni pesan, amalkan doa ni setiap kali kita solat, tak kiralah solat sunat ke solat wajib ke, baca doa ni sewaktu sujud yang terakhir.

Itu pesanan kakak itu beberapa tahun yang lalu. Terima kasih buat kakak! Terima kasih atas ilmu dan pesanannya. Sorry, i forgot your name.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
 lindungilah kami dari azab api neraka


notakaki :: Let's read Al-Kahfi tonight. Dalam hadith riwayat An-Nasai' & Baihaqi ada disebutkan, InsyaAllah disinari cahaya antara 2 Jumaat. Let's shine!

checklist!


Jom sama-sama kita checklist amalan kita! 

1. Solat berjemaah 
2. Bacaan Mathurat
3. Bacaan ayat-ayat Al-Quran
4. Talaqqi kitab + Muzakarah ilmiah
5. Ziarah + Dakwah
6. Usrah + Liqa' Fikri
7. Tamrin + Mukhayyam
8. Mujalasah (Mendampingi Ulama')
9. Makan berjemaah setalam
10. I'ktikaf dalam masjid + Qiam
11. Memakmurkan markaz + pusat tarbiah


Wednesday, June 27, 2012

dakwah

ALLAHUAKHBAR.... Hayati bait kata-kata ini. Terjumpa kata-kata ini di FB. Muhasabah diri ini. Ramai yang mengelakkan diri untuk terlibat dalam gerak kerja dakwah kerana merasakan diri tidak layak. Ayuh Cabar Diri. Perbaiki Diri dan Ajak Orang lain...(^_^)

Jom sama-sama kita perbaiki diri, dan sama-sama kita jadi yang terbaik untuk Islam. Satu lagi, amalkan sikap tolong menolong untuk kita jadi yang terbaik buat Islam, bukan saling jatuh-menjatuhkan. Salah satu sikap Melayu (dan juga Islam) ni tak maju sebenarnya ialah sikap hasad dengki dan saling jatuh-menjatuhkan, bukan nak saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. 

Tuesday, June 26, 2012

Tatkala Hati Mati


Jom dengar ! Dan sama-sama kita praktikkan :) Doakan moga hati kita sentiasa subur dengan benih Islam.

Monday, June 25, 2012

ulangtahun umi dan lutfi

Selamat hari jadi buat umi dan lutfi! 24.06.2012, pada tarikh ini, kami sekeluarga menyambut hari jadi 2 orang yang tersayang dalam keluarga kami. Birhday umi 21.o6.2012, tapi, hari ahad tu baru wish. Kesian umi tunggu anak-anaknya wish birthday kan. Umi, si ibu yang sangat mengambil berat tentang anak-anaknya dan juga ibu yang sangat sporting, juga, lutfi, si bongsu yang soleh dan manja.

Pada tahun ni, sempat beli hadiah untuk umi dan lutfi. Harap umi dan lutfi gembira.

Hari ahad tu hari yg sangat hectic. Pagi tu saya ada hal, jadi zohor baru sampai rumah. Terus bergegas ke dapur untuk buat kek untuk mereka. Plan nak buat malam tu tapi carrot pulak tak ada dalam fridge. Pada saya, buat kek untuk yang tersayang lebih puas berbanding kita beli kek tu. Orang kata adunan kek tu ada ramuan kasih sayang. Cewah!

Lutfi tanya, "Mana nama lutfi? tak dok pon nama lutfi?". Lepas tu umi terus jawab, "Baby tu lutfi la. Lutfi kan baby umi".

 
Carrot cupcake with creamcheese frosting

Buat umi dan lutfi tersayang, harapnya umi gembira dengan apa yang kakak, amir dan abah plan. Ini yang termampu kami lakukan. Buat imran, hanif dan adik yang ada di asrama masing-masing, padan muka sebab tak boleh celebrate birthday umi dan lutfi.

Tahun ini dan tahun lepas saya masih lagi boleh membuat umi gembira dengan kejutan dari kami, insyaAllah, tahun-tahun yang mendatang pun kami akan tetap lakukan perkara yang sama.

Wacana Perdana di Balai Islam

Malam ahad tu, saya berkesempatan untuk ke satu program wacana perdana siri ke 11. Dalam berbanyak-banyak wacana yang saya hadir, wacana inilah yang paling 'hot' dan paling ramai. Sampai ada yang kena berdiri. Memang panas! Panas bukan sebab tak ada aircond tapi panas sebab isu dan cara olahan para panel. Dalam wacana yang sebelum ni, jarang kita dengar penonton bersorak, tapi dalam wacana kali ini, ramai yang bersorak. Tapi kadang-kadang, geram jugak dengan mereka yang bersorak tu. Please audience, be professional! Tak ada gunanya kita tunjukkan akhlak yang tak baik pada mereka yang memang dah tak suka pada kita (referring to the panelists).

Pada sesiapa yang tak berkesempatan untuk menonton wacana yang bertajuk, "PRU 13 : Masa Depan Islam", boleh lah rajun-rajinkan diri menekan link di bawah ye :)


Tengok, jangan tak tengok!

Pada malam itu juga, di Balai Islam, tempat berlakunya forum, moderator sempat mengumumkan kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Dr Mursi, si penghafal Al-Quran diangkat menjadi Presiden Mesir. Lega sangat bila tahu, sebabnya saya amat takut kalau-kalau SPR di Mesir menipu keputusan pilihanraya dan mengumkan si Shafiq tali barut Husni Mubarak itu yang naik menjadi presiden. Presiden Mesir ini merupakan PM yang kedua yang menghafal s30 juz Al-Quran selepas PM Palestin, Ismail Haniyah. Allahuallah~

Alhamdulillah, kemenangan IM di Mesir merupakan berita gembira buat pencinta Islam. Kemenangan gerakan Islam di Mesir merupakan stepping stone ke arah pembentukan Khilafah Islamiyah. Doakan ye sahabat-sahabat semua. Moga-moga Islam terus tertegak di bumi Mesir dan menjalar ke bumi Malaysia satu hari nanti. From another side of view, sebenarnya, bila Islam menang dan khilafah islamiyah sudah tertegak, ini petanda akhir zaman.

Hari ahad ini, saya meyambut 2 insan yang saya sayangi dan yang paling penting, mendapat berita gembira tentang kemenangan IM di Mesir. Allah :)

Oklah, saya rasa setakat ini saja yang mampu saya kongsikan. Buat warga u yang cuti sekarang, jom manfaatkan masa lapang yang kita ada ni dengan sebaiknya ye!

Wahai athirah, bolehlah nak mula membaca (dengan SERIUS) buku-buku yang ada di rak dan atas meja tu. Tengok saja mana nak bertambah ilmu tu!


notakaki :: Hari ini cuba memberanikan diri menerima tempahan kek dari sahabat yang menempah. Sebelum ni, kalau ada orang order, tak berani nak terima. Cuti lama ni bolehlah nak mula. Orang kata kalau takut sampai bila kita nak mula kan.

Sunday, June 24, 2012

gathering

Alhamdulillah, sempat ke gathering Medical Student UKM. Eh, not me. Itu gathering abah dan kawan-kawan satu batch masa study dulu. Hari ni ke rumah Dr. Mat, senior abah. Suka tengok bila orang-orang tua jumpa dan cerita balik kisah mereka zaman muda-muda dulu.
 
Potluck yang dibawa

Terima kasih pada keluarga Dr. Mat atas makanan yang sedap dan layanan yang baik. Sangat terancang. Siap ada buku unutuk tulis kedatangan dan juga untuk tulis biografi famili ahli batch yang hadir. Rumah dia pun sangat cantik. Boleh tak nak ada rumah macam tu? hehe :)



Bahagia kan.


Saya tiba-tiba teringat satu angan-angan geng kami bila kami dah berkeluarga dan berkerjaya nanti. 


Kita ni, bila sekolah, berangan nak ke universiti. Tapi bila di universiti, terkenang-kenang memori di sekolah. Bila kerja, agaknya, kita akan bercakap-cakap tentang kenangan di universiti barangkali kan?


Lupa nak snap gambar di rumahnya. Segan sebenarnya.


Umi dan saya banyak duduk dan makan je. Almaklumlah, umi bukan satu course dengan abah, jadi kawan-kawan umi memang tak datang gathering ni. Tapi ada la umi bercakap dengan junior umi ni, bercerita tentang  kawan baik umi di Sri Puteri yang juga ambil jurusan Medik. Rupanya, ada seorang antara kawan umi dah kembali ke rahmatullah kerana menghidap kanser.

Allah, masa tu, saya terfikir, siapa tahu, bila besar dan dah kerja nanti, tak ada siapa yang tahu siapa yang pergi dulu atau yang akan pergi kemudian. Muhasabah buat kita yang masih hidup lagi. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah (kerongkong) kita, peluang untuk kita bertaubat masih terbuka luas kan. Mungkin nanti, sama ada orang bercakap tentang kematian kita dulu ataupun kematian sahabat kita. No one knows...

Huh! hari ni baru blog terupdate kan. Minggu ini agak full dengan pelbagai tugasan. Esok, kami merancang untuk buat kejutan sempena harijadi umi dan lutfi. Malam esok juga ada Wacana Perdana di Balai Islam. Buat orang-orang Kelantan jangan lupa untuk pergi ye :)





notakaki :: Hari ini genapnya 10 tahun perginya tokoh agama dan siasah di Malaysia, Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat pejuang Islam ini.

notakaki :: Apa yang kita buat, jangan terlalu fikirkan sangat apa orang nak kata ye.

Wednesday, June 13, 2012

a moment to remember

 

Pagi tadi, dapat mesej dari si budak medic yang nak exam di kuantan sana. Thanks  a lot najah! Si dia informkan tentang rakaman A Moment To Remember. Teringin sanagat nak pergi bila ramai yang promotekan dalam facebook. Najah ni tahu-tahu je saya ni peminat Oki. Yes, i love to see her, a very sweet yet eloquent women.

Tapi kan, baru semalam tengok video tu. Kata minat, so segala update mesti la cepat kan. Tu pun tengok kat facebook bila ada orang share gambar Kak Oki dan Kak Wardina. After habis tengok semalam rasa nak berkongsi dalam blog tapi masa tu mata dah mengantukt sangat.

Oki bacakan sebuah sajak di awal video ni, entah kenapa, air mata jatuh. Oki, kata-kata dan suaranya memang buat saya tersentuh.

Rupanya si moderator tu Kak Geeah. Dulu pernah kami muslimat PJ berprogram dengan akak ni. Akak ni lucu taw :)

Kak Wardina pun, saya suka cara dia bercakap. Kalau anda ada masa tengok la rakaman ni, memang tak rugi dan bermanfaat. Saya suka part bila Kak Wardina sentuh tentang rahsia umat Yahudi berjaya dan memonopoli dunia ni.

Betul kata Kak Wardina, umat Islam adalah umat yang terbaik, tetapi lihatlah sekarang, umat Islam lemah dari segala sudut, rohani mahupun fizikal. Sebabnya? Kita tinggalkan dua panduan utama dalam hidup kita. Hidup kita jauh berbeza dengan cara hidup umat Islam terdahulu yang gah dalam pelbagai sudut.

Betullah, kalau kita ingin berubah, Allah akan uji kita untuk tahu adakah kita benar-benar ikhlas berubah kerana Allah, dan Allah akan hantarkan juga sahabat-sahabat yang baik di sekeliling kita.

 

Buat readers yang ingin memonton rakaman ini, silalah rajin-rajinkan diri menekan link di bawah ye kawan-kawan !

A Moment To Remember Part 1 : http://mobtv.my/islamic-1529.html
A Moment To Remember Part 2 : http://mobtv.my/islamic-1530.html

Moga bermanfaat :)


notakaki :: Maaf sangat-sangat buat kawan-kawan yang hantar mesej. Tak dapat nak reply sebab kehabisan kredit.

Monday, June 11, 2012

joyofbaking

Happy holiday peeps! I just want to share a very gorgeous website. For those who loves baking will definitely LOVE this page. Its awesome ok!

Sharing is caring right?

Just click on the picture below to go to that website :)



notakaki :: Abah cakap, "Tukang masak kita dah balik dah ni. Tapi tukang masak ni kena kuruskan badan sikit ye". Err, am i so fat? Mesti obvious sangat badan aku naik ni sampai abah cakap camni.

Sunday, June 10, 2012

si manja malas yang penakut

 
 
Hah....tak nak mengakulah tu.
Mulalah terfikir orang lain.
Mulalah menuding jari kepada kawan sebelah.
"Dia...dia ni memang pemalas. Dah la manja pulak tu. Penakut lagi,"
Nanti. 
Sebelum tengok orang lain, tengok diri sendiri dulu.
Kau. 
Ya, kau lah. Siapa lagi.
Kau manja kan?
Jangan nak tipu aku. 
Kau memang manja.
Dari kecil, sampai besar, kau selalu dimanjakan.
'Pampered', orang putih kata.
Dari kecil, sampai besar, kau selalu disuap.
Bukan takat makanan.
Tapi segala benda pun kau disuap.
Kau mana pernah cari duit sendiri.
Kau mana pernah berpenat lelah usaha untuk cari sesuap makanan.
Bila dah besar pun kau masih macam tu.
Di sekolah, kau disuap oleh cikgu.
Mana pernah kau cuba buat kajian.
Semua yang ada dalam buku teks kau telan bulat-bulat.
Hari-hari datang sekolah, kena suap.
Kau memang manja.
Kau pernah berusaha nak cari kebenaran?
Ni, aku tanya kau ni. 
Jawablah.
Ada pernah kau berusaha untuk cari kebenaran?
Ada pernah kau usaha untuk tegakkan keadilan?
Menegur yang membuat kesilapan? Pernah?
Kalau setakat menegur adik kau yang tadika tu salah eja perkataan, tak payah lah.
Pernah kau beranikan diri tegur orang yang lagi tua?
Pernah kau beritahu senior kau dia buat salah?
Pernah?
Jarang-jarang?
Sebab kau penakut kan?
Kau memang penakut.
Walaupun kau tahu kau benar, tapi kau terlampau penakut.
Penakut sangat, sampai kau tak kisah pun orang lain buat dosa.
Kau takut nak tegur, nanti kau dipandang serong.
Kau takut nanti tak ada orang nak kawan dengan kau.
Kau takut sebab nanti semua orang benci dengan kau.
Kau takut sebab nanti, akaun bank kau dah tak ada duit.
Kau takut sebab nanti, kau jadi miskin harta.
Kau takut sebab dunia!
Kau sedar tak?
Kalau kau yakin kau hamba Allah,
kalau kau yakin dengan janji Allah,
kau takkan jadi penakut, tahu?
Cuba kau tengok dunia sekarang ni
Banyak maksiat kan?
Banyak kemungkaran kan?
Habis tu apa yang kau dah buat?
Kau duduk diam saja kan?
Kau 'malas nak ambik port'.
Kenapa?
Terasa?
Ya, memang kau pemalas.
Kau malas nak ambil tahu.
Kalau sudah tahu pun kau malas nak fikir.
Kau malas nak sesakkan fikiran kau.
Kau rasa, buat apa susah-susah fikir untuk umat, ya tak?
Kalau kau fikir pun, kau malas nak bertindak.
Kau rasa, cukuplah dah fikir.
Biarlah orang lain buat kerja.
Kerja aku belajar saja.
Iya lah. Aku kan mahasiswa.
Belajar sudah lah.
Hakikatnya kau malas.
Mengaku sajalah.
Kau fikir kau mahasiswa, jadi kau tak ada masa nak buat kerja lain.
Kau fikir kau mahasiswa, jadi kau tak perlu ambil tahu hal-hal lain.
Sekadar fakta dalam buku teks itu cukuplah.
Ya, dunia kau hanya kuliah, tuisyen dan buku teks.
Kau mengaku kau hamba Allah.
Tapi apa yang kau dah buat sebagai hambaNya?
"Mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah"
Ada kau buat semuanya?
Kau tahu itu tanggungjawab sebagai hamba kan?
Tapi ada kau buat?
Jangan menipu lah.
Cukuplah kau jadi si manja pemalas yang penakut.
Tak payah tambah penipu pula. 
Kau lebih suka menjadi hamba dunia.
Sebab tu kau manja, tunggu untuk disuap.
 
Tunggu untuk diberi wang, pangkat dan pujian.
Kau lebih suka menjadi hamba dunia.
Sebab tu kau malas, tiada usaha untuk mencari kebenaran.
Kau selesa dengan apa yang kau ada, kau malas nak bersusah-payah.
Kau lebih suka menjadi hamba dunia.
Sebab tu kau penakut, bimbang dicaci oleh manusia.
Bimbang manusia sekeliling tak redha dengan kau.
Eh....kau.
Kau hamba Allah lah!
Kau tahu tak Allah ciptakan dunia tapi Allah tak mahu kau suka pada dunia?
Kau tahu tak dunia ni kejap saja?
Kau tak boleh bersabar ke?
Allah kurniakan sifat sabar dalam diri kau, tapi kenapa kau tak guna?
Nafsu kau besar sangat ke?
Iman kau mana?
Kau tak hebat kalau setakat ada sijil bertimbun.
Setakat ada kereta dan rumah besar.
Setakat ada duit segunung.
Kau tak hebat kalau kau tak menyedari yang selama ini kau bertuhankan dunia.
Kau tak hebat kalau kau tak ada sifat rabbani.
Kau tak hebat.
Kau memang tak hebat sebab selama ini kau hanya fikirkan tentang diri kau.
Kau fikir tentang Allah pun bila kau sesak, bila kau sakit, bila kau ada masalah.
Layakkah dengan perangai sebegitu, kau digelar hamba Allah?
Kau tak malu ke dengan Allah?
Bila kau doa, kau minta Allah bagi kau jadi pelajar cemerlang.
Bila kau doa, kau minta Allah bagi kau dapat harta banyak.
Bila kau doa kau minta Allah bagi kau hidup senang.
Tapi cuba kau fikir balik.
Cuba kau tengok balik.
Selama ni, kau jadi hamba Allah yang macam mana?
Selama ni dah cukup ke apa yang kau buat selaku hambaNya?
Yang kau mintak itu ini, tapi usaha kau takat mana?
Sejauh mana kesedaran kau tentang akhirat?
Sebesar mana pengorbanan kau?
Sebesar jihad Sumaiyah?
Sehebat mana keimanan kau?
Sekental iman Bilal bin Rabah?
Dah lah kau.
Berhentilah jadi si manja pemalas yang penakut.
Sebab kau mungkin mati esok hari.
Hiduplah dalam keadaan mulia. Mulia disisi Allah.
Moga-moga kau mati nanti, dalam keadaan syahid. 
Syahid untuk agama Allah.
 

Sunday, June 3, 2012

rutin di pagi exam

Rutin pagi-pagi, mesti buka fb. Biarlah orang lain puasa fb time exam ni pun, saya still akan bukak fb. Kalau tak, memang akan bermimpi di atas katil la lepas subuh yang sejuk dan damai ni.


Ada satu gambar yang saya lihat pagi ni, buat saya sebak. Tak perasan air mata berderai laju. 




Allah, kurniakanlah aku syurga. Tak layak si pendosa ini meminta, tapi aku takut dengan azabMu di neraka itu ya Allah. Hanya Kau yang tahu betapa banyak dosa aku, yang manusia lain tak tahu. Ampunkanlah si pendosa ini ya Allah, moga dengan rahmatMu, aku dapat menjejakkan kaki ke syurga impian.


============


Pilihanraya Mesir


Salah satu sebab yang buat saya eager untuk buka fb ialah untuk mengetahui perkembangan semasa pilihanraya Mesir. Mungkin ada yang pelik kan, time-time exam macam ni pun nak tahu pasal perkembangan politik. Dah la perkembangan politik negara orang kan. Sebagai umat Islam, banyakkan berdoa agar saki baki regim Mubarak tak akan berjaya untuk mendapat kuasa dan meneruskan kebatilan mereka.


Banyak baca tentang pak cik Shafik yang entah datang dari alam mana, tetiba dapat undia kedua terbanyak selepas Dr Morsi. Perasaan sangsi dan musykil membelenggu diri. Rasa nak baling laptop tapi sedar diri yang kita kena rasional dalam setiap tindakan. Ingat, jangan biarakn emosi mengatasi rational. Hmmmm, dari mana la datang penyokong yang ramai ye?


Lagi geram, bila tahu yang si Mubarak tu hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Hello! Umur dia dah 80 dah kot. Apalah sangat penjara seumur hidup for an 80 year old hag like him. Patutla rakyat kembali berkumpul di Dataran Tahrir lagi untuk menunjukkan ketakpuasan hati mereka. Allah dah memang sangat baik untuk dia, mungkin Allah bagi dia masa untuk bertaubat dengan dosa yang telah dia lakukan buat rakyat Mesir.


Walau apapun, satu je yang kita kena percaya, lambat atau cepat, ISLAM PASTI AKAN TERTEGAK!


============


Isu Syria

Isu ini kadang-kadang up and down. Dulu nampak ramai yang cakna, tapi kini macam ramai dah tak peka sangat dengan isu ini. Tugas kita as orang yang faham, cuba untuk bagi kesedaran pada kawan-kawan kita setakat yang kita mampu. Satu lagi, jangan pernah tinggal untuk baca Qunut Nazilah. Tak kiralah nak baca masa solat Subuh ke ataupun nak baca setiap kali doa after solat, tapi jangan pernah kita lupa untuk amalkan ye. 


Moga dengan usaha kita yang kecil-kecil dan teramat kecil ini, yang batil akan jatuh. Ini senjata doa yang kita ada untuk robohkan rejim Basyar Asad. Juga, untuk robohkan kezaliman yang berlaku buat umat Islam di serata dunia yang ditindas tika ini. Sometimes rasa berdosa, sebab tak mampu buat apa-apa. Allah, kembalikanlah khilafah Islam yang mampu menaungi dan melindungi umat Islam ini ya Allah.


Ada masa menangis mungkin bukan  kerana sedih sangat. Tapi terharu dan sebak kerana mereka pastinya ditempatkan di syurga Allah di sana. Sedangkan aku di sini pun sedang berjihad, tapi belum tentu Allah nak bagi ganjaran syurga atas jihad ini. 


Tertarik dengan satu ayat yang dibaca di blog seorang doctor in the making'

Pemuda zaman Nabi fikirkan macam mana cara nak bunuh musuh-musuh Islam. Pemuda hari ini hanya fikirkan masalah diri sendiri sahaja.

Mungkin setakat ini saja aku mampu menyonteng blog tersayang pagi ini. Kena bersiap-siap dah ni. Library menanti. Buat si peneman ke library, Izzati, Kak Irah dan Kak Tiah, moga dipermudahkan urusan kita hari ini. Moga senang untuk ingat dan hafal benda alah anatomy tu.


Moga beroleh manfaat. 

notakaki :: Counting the days to meet the beloved family :)


notakaki :: Selamat bekerja di Kansai. Untungla dapat offer :)

Friday, June 1, 2012

alamak, tak baca lagi!

Ok, tengok tajuk ni, bagi yang tahu saya dalam fatrah exam, mesti akan ingat saya nak cerita tentang subjek exam kan. Kot-kot la nak cerita banyak lagi tajuk yang tak baca dan nak mengadu kat sini ke kan.

Oh tak tak.

Sebenarnya nak cerita tentang seorang kawan ni. Minggu lepas kami ke pasar malam. Bestnya kan g pasar malam, boleh beli makanan banyak-banyak dan beli makanan sedap-sedap. Heaven kan bila nampak makanan banyak dan heaven lagi bila kita banyak duit. Oh my bad, memang kalau bab makanan susah nak tahan nafsu.

Selepas memborong makanan dengan jayanya, masuk kereta nak balik Tabari. Oh ye, Tabari itu nama asrama kami.

Tiba-tiba, si driver berkata, dengan loghat Kedah yang amat pekat;

"Weh aku tak baca lagi Surah Al-Kahfi ni. Tak ingat langsung aku nak baca semalam dan hari ni. Sekarang pukul berapa ni weh?. Sempat lagi tak nak baca ni?"

Wah, bagusnya dia kan. Resah gelisah semacam bila teringat tak baca lagi Surah Al-Kahfi tu. Resah gelisah jugak sebab masa tu dah pukul 7 ok!

Yang seorang lagi dalam kereta tu dok cerita yang dia dah baca Surah Al-Kahfi semalam sebab semalam dia tension, jadi, baca Quran dan sekaligus habis kan surah tu untuk tenangkan hatinya.

Baiknya kawan-kawan saya kan. Pernah tak kamu semua rasa gelisah bila tak ingat nak buat benda baik, lagi-lagi benda baik tu memang dah jadi habit atau rutin kita? Wah! Readers saya pun baik-baik jugak nampaknya :)

Waktu masih pagi. Jadi di hari Jumaat yang mulia ni jomlah kita baca surah tu sampai habis. Surah tu nampak panjang, 110 ayat semuanya. Tapi bila ingatkan ganjaran yang bakal kita dapat, terus rasa nak grab ganjaran tu dengan baca sampai habis kan.

"Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dua Jumaat"

(HR An-Nasa'i dan Baihaqi)


Dan, kalau sape nak pahala lebih lagi, bolehlah kita amalkan sunnah-sunnah Baginda di sayyidul ayyam ni. Moga nanti kita tergolong dalam kalangan umat yang cintakan Baginda, mengikut sunnah Baginda dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Ameen, ameen, ameen, ameen .............


notakaki :: The flower shape pavlova is very pretty. Drooling :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com