Potluck yang dibawa
Terima kasih pada keluarga Dr. Mat atas makanan yang sedap dan layanan yang baik. Sangat terancang. Siap ada buku unutuk tulis kedatangan dan juga untuk tulis biografi famili ahli batch yang hadir. Rumah dia pun sangat cantik. Boleh tak nak ada rumah macam tu? hehe :)
Bahagia kan.
Saya tiba-tiba teringat satu angan-angan geng kami bila kami dah berkeluarga dan berkerjaya nanti.
Kita ni, bila sekolah, berangan nak ke universiti. Tapi bila di universiti, terkenang-kenang memori di sekolah. Bila kerja, agaknya, kita akan bercakap-cakap tentang kenangan di universiti barangkali kan?
Lupa nak snap gambar di rumahnya. Segan sebenarnya.
Umi dan saya banyak duduk dan makan je. Almaklumlah, umi bukan satu course dengan abah, jadi kawan-kawan umi memang tak datang gathering ni. Tapi ada la umi bercakap dengan junior umi ni, bercerita tentang kawan baik umi di Sri Puteri yang juga ambil jurusan Medik. Rupanya, ada seorang antara kawan umi dah kembali ke rahmatullah kerana menghidap kanser.
Huh! hari ni baru blog terupdate kan. Minggu ini agak full dengan pelbagai tugasan. Esok, kami merancang untuk buat kejutan sempena harijadi umi dan lutfi. Malam esok juga ada Wacana Perdana di Balai Islam. Buat orang-orang Kelantan jangan lupa untuk pergi ye :)
notakaki :: Hari ini genapnya 10 tahun perginya tokoh agama dan siasah di Malaysia, Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat pejuang Islam ini.
notakaki :: Apa yang kita buat, jangan terlalu fikirkan sangat apa orang nak kata ye.
2 sila..silakan komen..:
nak belajar buat kek dengan kawan tersayang boleh ? hehehe :D
kawan awak tersayang ni pun masih lagi belajar. tak pandai pun, cuma minat :)
miss u! cepatla kelik mesia :)
Post a Comment