Saturday, August 4, 2012

pertengahan ramadhan

15 Ramadhan 1433H

Tanya diri sendiri, berapa juzu' dah baca selama 15 hari Ramadhan tahun ni ? Sebab apa kita tak boleh sampai lagi separuh juzu' ? atau hampir ke arah itu ?

Jangan beralasan kerana sibuk menolong mak buat kuih raya, sebab sibuk tolong jahit baju raya, cari barang untuk raya dan lain-lain. Kalau kita sempat berfacebook, kenapa tak sempat baca Al-Qur'an ? 

Sama-sama muhasabah diri..

Ingin berkongsi kata-kata dari TGNA yang begitu menusuk kalbu ini 
 

"Ihya' maksudnya menghidupkan, jika jam hidup dengan bateri, jika lembu hidup dengan rumput... maka Ramadhan hidup dengan ibadah.. puasa, qiyam dan bacaan al-quran ialah di antara program-program yang menghidupkan Ramadhan.."


Hari ini, ada satu perkara yang berlaku. Hari ini detiknya. Lama menanti. Moga ia berjalan lancar seperti apa yang kami rancangkan :) 


**********

 

Semalam, 14 Ramadhan 1433 H,  kami sekeluarga ke Qaryah Ramadhan, seperti tahun lepas juga, kedatangan ustaz azhar menarik ribuan manusia ke tempat itu. Suka melihat suasana rakyat di negeriku ini membawa satu keluarga, dari baby hinggalah yang tua, ke majlis ilmu, satu dari taman-taman syurga. 



Moga Allah kekalkan pemerintahan rakyat Kelantan di bawah pemimpin yang mahu menegakkan Islam, harapnya ia tak jatuh pada golongan yang tak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan mereka.

Tapi, kemenangan bukan datang dengan percuma dan senang-senang. It needs effort. 



Moga aku termasuk dalam kalangan mereka yang menyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah :)

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com