Friday, August 17, 2012

iftar

16 Ogos 2012, bersamaan 27 Ramadhan, saya sempat beriftar dengan sahabat-sahabat sekolah rendah dulu, Sekolah Rendah Islam Aman di Jalan Telipot.




Sampai lewat di sana, memandangkan sebelum tu beli barang dapur di Mydin Mall Kubang Kerian. Mak aih! Ramainya orang.... Lenguh kaki queue nak bayar.


Di sekolah inilah, tempat saya menuntut ilmu dari darjah 1 hingga darjah 4. Ramai jugak sahabat muslimat yang datang, muslimin yang datang sikit je. Sesampainya di sana, buat bulatan macam bulatan usrah tu, bertaaruf tentang diri masing-masing. Muslimat je la ni ye. Bila muallimah datang, masa ni yang bising bila muallimah buka balik cerita masa kami kecik-kecik dulu. Terharunya muallimah masih ingat saya, walau saya ni bukan budak top dan glamer hihi.


Bila dekat waktu maghrib, muslimat macam biasa kena siapkan makan untuk berbuka. Bukan kena masak pun, siapkan kuih-muih, buah-buahan dan buat air je. Muslimin pula berbual mesra dengan muallim dan muallimah.


Paling best bila berbicara dengan muallimah Zulaila. Muallimah Zulaila memang kenal umi dan semua adik-beradik saya. Suka sangat bila mendengar perkongsian dan tazkirah dari muallimah. Teringat balik masa zaman kecik-kecik dulu. Satu pesan mallimah yang saya tak akan lupa,



"Bila kita ni belajar pandai-pandai, jangan kita ni jadi sama macam orang lain, belajar hanya untuk dapat kerja dan segulung ijazah saja. Matlamat kita lain, dalam masa kita belajar, jangan lupa tanggungjawab kita untuk berdakwah, sebab itulah tanggungjawab kita pada Allah yang perlu kita tunaikan"

Terima kasih atas nasihat yang sungguh berbekas di hati :)

Solat maghrib, isyak dan tarawikh berimamkan sahabat-sahabat muslimin di Sri Aman dulu. Bagus-bagus semuanya, macam ustaz-ustaz dah gayanya walau mostly ambil medical. Tazkirah antara solat tarawikh pun diberikan oleh sahabat saya. Sangat meyentuh hati. Cara dan gaya bagi tazkirah macam Tok Guru Nik Aziz bagi tazkirah dah. Antara yang menarik dan menyentuh hati bila dia kata ;


Selalulah doakan kepada Allah dengan doa,



"Ya Allah, Janganlah Kau keluarkan kami dari bulan Ramadhan yang barakah ni sebelum Kau ampunkan dosa-dosa kami"

Ameen.. ameen... Muhasabah buat diri yang lalai dan alpa ni. Ramadhan bakal meninggalkan kita semua ;(


Sejurus selepas itu, kami beberapa orang muslimat bercadang untuk ke rumah seorang lagi sahabat kami, Iman yang tak dapat datang iftar sebab tengah sarat mengandung. Sampai je rumah Iman, terkejut tengok perut mummy to be yang dah besar dah. Lama sangat tak jumpa iman.


Ingat lagi zaman sekolah dulu iman ni antara budak yang nakal dan lucu. Suka sangat berkawan dengan dia. Wah, sahabat baik saya dah nak dapat zuriatnya. Seronoknya kan. Tumpang gembira buat iman :)


Di rumah iman, berbincang banyak benda. Macam usrah pun ada. Kebetulan suami iman tak ada. Jadi memang bercakap sampai tak ingat dunia la. Dari cerita zaman sekolah, isu semasa hinggalah cerita baitul muslim dan macam mana nak didik anak-anak. Itulah bila bercakap dengan orang yang dah kahwin dan punya zauj ni lain ceritanya. Sempat lagi kawan bertanya, iman ni nak ada baby dah habis belum baca buku Tarbiyatul Aulad karya Abdullah Naseh Ulwan. Berseri-seri muka iman ni, almaklumlah nanti dah nak ada anak.


Iman kata nak namakan anaknya Aisyah. Moga Aisyah jadi anak yang solehah ye buat ummi iman dan abi aiman :)


Bila dah lewat malam, anak-anak dara pun berangkat balik ke rumah masing-masing. Memandangkan kami konvoi 2 kereta, jadi, 2 orang naik kereta Madihah dan 4 orang naik kereta Aisyah. Dalam kereta, banyak lagi topik yang kami bincangkan. Seronok sangat. Ye la mana tak banyak bila perjalanan agak lama, dari Binjai nak ke Salor hantar kawan, lepas tu patah balik ke Wakaf Che Yeh dan balik semula ke Telipot.


Bila dalam kereta, berkongsi jua 'cerita'. Ya Allah, thabatkan jua kami atas jalan ini. Jadinya, memang lagi best bila bercakap tentang banyak isu. Ada yang cerita tentang keadaan kampus di Jordan dan IPG Tun Hussein Onn. Dalam kereta pun sempat lagi sambung isu perjuangan, Baitul Muslim, perancangan keluarga dan tarbiyatul aulad.


Teringat balik bila ada sorang dalam kereta tu cakap,  "Masing-masing Allah dah tetapkan masa yang sesuai untuk berbm. Tengok je iman, kita nampak macam tak matured tapi sebenarnya dia sangat matang dah memang betul-betul ready untuk jadi isteri dan ibu. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya."


Tanggungjawab ibu bapa ialah untuk tarbiyah anak-anak untuk kenal Islam dan hingga mereka ni menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah. Bukan benda kecik kan. Nak didik keluarga dan adik-adik pun rasa sangat susah kan, ni pulak nak didik anak-anak.


Memang rasa terisi sangat perjalanan kami ni.


Bak kata Farah Aisyah, "Seronoknya hari ni jumpa kawan-kawan, dapat berukhuwah dalam masa yang sama tazkiyatun nafs dan pengisian buat hati".


Lepas hantar Farah Aisyah balik, ada satu insiden. Kereta masuk jalan mati, jalan gelap sangat-sangat, bila reverse kereta, tayar sebelah masuk longkang, mujurlah tak dalam. Huh! Memang ngeri la jugak kan. Takut pulak jadinya nak drive. Tapi mujurlah Aisyah ni pro kan bawak kereta. Bak kata dia, muslimat mestilah power. Kalau saya memang turun kereta suruh orang lain bawak dah.


Memang berbaloi untuk diri ini hadir ke iftar ni walau hari tu memang letih sangat. Sampai rumah pukul 1 pagi, mana tak letih. Hehe.


Lupa nak cakap, iftar yang saya hadiri pada hari Selasa, 25 Ramadhan bersama sahabat di UIA Kuantan juga sangat best! Alhamdulillah, iftar berjalan lancar setelah penat lelah kami meeting banyak hari bersama geng konvoi. Iftar ini dinamanakn Iftar Tarbawi. Saya tersenyum je bila baca entry blog Kak Husna tentang kenangan Iftar Tarbawi ni :)


Sorry buat kawan sekolah rendah masa di SRKZ1 yang menjemput untuk ke iftar pada hari Rabu, 26 Ramdahn, saya tak dapat hadirkan diri. Takkan 3 hari berturut-turut nak buka puasa di luar kan. Mesti ada portion masa untuk family jugak.


Hari ni alhamdulillah berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Cukup 8 orang semuanya, umi abah dan 6 orang adik-beradik. Sempat masak sambal tumis kerang dan udang dan ikan keli percik buat keluarga tersayang. Esok insyaAllah beriftar bersama keluarga besar mek belah umi :)


Hargailah nikmat kasih sayang keluarga dan saudara-mara sementara kita masih punyai mereka.



Banyak pulak membebel kan. Tahniah buat sesiapa yang habis baca entry ni :)

2 sila..silakan komen..:

Izzati Nur said...

ok aku habes,wakaka

mungkin maso aku baco aku baye mu duk bercerita ko aku po skalo
kalu xwi attention,kesot hati pulok.

selamat hari raya sayangku :))

athirahariffin said...

good good..
haha..
meme mg pendengar setia bebelanku haha :)

btw, selamat hari raya. taqabbalallahu minna waminkum :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com