Thursday, October 29, 2009
My life as a 2nd sem student...Ok la kut..
1st day....sampai kat Hentian Putra dalam pukul 5..ak dtg kl dengan rommateku yg tercayam, nadia..ingat nak pergi umah c'tee kat mane ntah, tapi last-last balik uia dengan cab dgn 2 org lg senior..Ya AllaH, umi punyer la takut anak dara sorang ni naik cab,umi, i'm big enough now..**ngee**..ptg tu pergi buat online registration ngan nadia..pastu, dapat tahu yg faddy n ema dapat 4 flat..congrate buddies..nak jugak 4 flat..
2nd day....ari ni sedikit letih..pagi2x lagi dah pergi class..and mostly all of my classmates are from DQ (Darul Quran)..ak punyer la rase inferior sesangat..almaklumlah, dioram tu semuanya hafal Quran 30 juzu'..ak ni..ermm..rase rendah diri sesangat..doram sesangatlah baik..then, buat add drop after habis class..i suppose to take chem 1 this sem but in my course slip tertulis chem 2..ok, takkan ak nak ami cehem 2 kot, chem 1 pun x lepas lagi..malam tu call umi, haha, best cakap ngan umi...dalam 1 jam jugak borak ngan umi..love u, my mom!!!
3rd day....alamak, ak terlewat..janji ngan fareeza nak pegi AMF pukul 8..tapi,ak pergi lewat seket..sori erk fareezaku sayang..puyer la beratur panjang2x tapi still x settle2x lagi..umi, kakak x ada group for my RIM (Religous In Malaysia) subject..
4th day....hari ni barulah ak dapat online..huh..penantianku selama 3 hari berakhir juga..haha..ak cayam tenet kat uia..tapi, bia la boleh online selalu erk tenetku sayarm..
oklah..inilah srba sedikit ngarutanku..coz ak x tahu nak tulis ape..hehe..ok, for this sem i'll take chem 1, mat 2, rim, n also bahasa arab..alamak, dah lama dah tinggal arab, dah x ingat sgt dah..i'll hope that i'll get 4 flat for this sem ( kalau x pun, biar tinggi la cet)..INSYAALLAH..
Sunday, October 25, 2009
Ibadat
1. Hendaklah pekerjaan itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah contohnya Aku bekerja untuk mendapat rezeki yang halal kerana Allah menuntutku mencari rezeki yang halal.
2. Dilaksanakan bertepatan atau tidak bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW.
Yakni tiada unsur yang diharamkan seperti rasuah, tidak menutup aurat dan tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas contoh solat fardhu tidak dilengah-lengahkan.
Orang lain tidur untuk berehat sahaja. Semua orang akan berniat begitu. Bagi orang Islam kita perlu niat yang lebih baik dari itu dan menepati syarat kerana Allah iaitu Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Friday, October 23, 2009
Aku sedih..
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu kamu meyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kau tidak mengetahui"
Wednesday, October 21, 2009
I Love Them..
Tuesday, October 20, 2009
..AInul Mardhiah...
" Adik kenal dop sapo Ainul Mardhiah?" nie ak tanye..
" Kenal..kenal..Saim (kawan) adek namo Ainul Mardhiah. Gano kakak kenal?"
" Mano tau Lutfi..mano Lutfi kenal budok tino (perempuan)"
Monday, October 19, 2009
...Fell Like Want to be at Home Forever...
Saturday, October 17, 2009
ARE WE PROUD WITH OUR IDENTITY?
"Orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia...."-Surah Al-A'raf:51-
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."-An-Nur: 31-
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Juga, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
So, ape yg ak paham on the above statement is aurat wanita nie as u'll know, all body parts except for face and palm hand, baju n tudom x jarang(kalu tudum jrg nampak leher & kalu baju jrg nmpk bentuk tubuh ) dan tudong melabuhi dada (it means that it cover ur breast n peolpe can't see the its' size).
Ya, maybe its hard for us to do this..i mean, leceh la nak pakai sarung kaki, tudung kene carik yg tebal cket, baju x leh ketat n jrg (dahla byk baju yg cantik n jarang nia yg cantik sesangat) pastu pakai handsock la pulak..
Tapi, ak tahu. pengorbanan itu pahit kerana syurga itu sangat manis...
Ya Allah..Janganlah jadikan ak wanita yang membawa fitnah kepada kaum lelaki..
Ya Allah..Tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini...
.:AMIN:.
Friday, October 16, 2009
.: SUBHANALLAH :.
eh, banyak bebel plak..
Antara yang menarik tentang article tu ialah bila author dia buat aku bukak mata tentang mukjizat al Quran bila ada keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
Dalam article tu ada bagitau apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
oK, Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal.
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Juga, ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia (termasuklah ak,ak, kamo,kamo dan kamo..) supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .
So, sama-samalah kita jauhi perkara munkar dan buat perkara yang maaruf..Ustaz ak penah jugak cakap yang bala yang Allah timpa nie bukan untuk orang yang jahil sajer, tapi orang yang alim pon akan kene jugak..sebabtulah pentingnya konsep amar ma'aruf, nahi munkar...So, semua golongan dlm masyarakat akan cenderung untuk melakukan perkara yang ma'ruf sajer..
Renung-renungkanlah wahai diri ini dan sahabat yang kusayangi sekalian...
MEREKA MEMILIH ISLAM...
Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)
Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/
Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.
Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.
Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”
Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1§ion=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom
Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.
Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm
Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.
Ak kagum..dengan hidayah yang diberikan ALLAH, hati mereka terbuka untuk memeluk ISLAM..
Wahai sahabatku sekalian, kita dilahirkan sebagai seorang Muslim. Justeru, kenapa tidak diamal segala yang dituntut dalam Al-Quran?. Kenapa sukar sekali untuk mengamalkan apa yang dituntut oleh ISLAM?.
Renunglah wahai diri ini dan sahabat yang kusayangi sekalian....
Thursday, October 15, 2009
~SELAMAT DATANG~
arie nie..141009..ari rabu..ader la bebudak yg buta IT tu tetibe je nak buat belog..eh blog..erm..lamer dah ader hati nak buat belog nie..even buta IT.. tapi ader la jugak perasaan nak ader bl0g sedirik biler tg0k ramai kengkawan ader belog...iya..naluri nak berblog ni hadir maser ak dok kat utp lagik kot...tp mase tu budget busy la..now, dok kat uia dah..utp tinggal memori..haha..dah abih da 1st sem kat uia as a dentistry student..exceli..baru wat foundation la..x wat degree ag..
okep...
aper ade kat cni...?
..something yg ak rase ak bley share
..berpesan-pesanan ke arah kebaikan (bukankah berpesan itu amalan mulia?)
..as a tool to appreciate those i love (umi abh kat umah, adek-bradik, sedare-mare, viva vouge tues, kengkawan n semue lah yg kusayangi)
..tg0k sedirik la, maleh nak tulih pepanjang
kenaper bru sekrang..?
..erm, sebabnyer tgah b0rim dok kay umah x tau nak buat aper ++ dahla x retik bawak kete nak jalan2x p0m x leh ++ sbb rasenye dah smpai seru dah k0t
..rasenye, dah smpai mase bia oram laen tau aper yg t'buku di hati (acece)
..kam da ramai para daie guna belog utk sebar dakwah kan (so, boleh jugak wat pahala sesikit dgn amar ma'ruf nahi munkar nie)
AKAN TATAPI..
diharap sgla yg baik tu korang ambik la, yg buruk tu eloklah dibuang ajer..ak ni HAMBA ALLAH YG LEMAH LG HINA..maaplah jika ader byak kekurangan kat bl0g nie cam tuannyer jugaklah..
dengan lafaz BISMISLAHIRRAHMANIRRAHIM...blog ini dirasmikan skrang..
ALHAMDULILLAH, t'capai jugak hasrat nak beblog nie..