Di sini, aku ingin ceritakan apa yang berlaku kepadaku. Bukan untuk membuka aib diri ini, tapi diharap apa yang aku luahkan hari ini mampu memberi pengajaran kepada yang membaca. Sekarang aku di rumah sedang bercuti selama 3 bulan, dan seperti biasa rutinku di tengah hari, aku akan prepare untuk masak lunch kepada keluarga aku. Boring-boring dok kat dapur sorang-sorang (sebab umi dan adi-adik aku pergi sekolah), aku pun dengar Ikim.fm melalui phoneku, diharap sambil memasak, bolehlah juga memberi pengisian kepada hati yang lagho ini. Dan, berkumandanglah lagu Obat Ati nyanyian Opick. Di sini aku buka ingin sertakan lirik lagu itu, tapi apa yang aku dapat melalui lagu itu.
Menurut lagu ini,ubat hati ada 5 perkara:
1. Baca Quran
2. Solat malam, yakni Qiamullai
3. Bergaul dengan orang soleh
4. Banyakkan puasa
5. Zikir
Setelah mendengar lagu ini, aku tiba-tiba merasakan yang selama aku diberi kelebihan bercuti di rumah ini, banyak hak-hak kepada Allah yang aku tidak tunaikan. Bacaan ma'thuratku tidak lagi istiqamah, begitu jua bacaan Al-Quraanku, tidak lagi menjadi rutin harian, tidak istiqamah dalam menunaikan solat tahajud, walhal itu adalah cara untuk aku mendekatkan diri dengan Allah, solat pun kadang-kadang je awal waktu, solat sunat entah ke mana dan macam-macam lagi. Tiba-tiba aku rasa aku tak manfaatkan masa terluang yang Allah bagi kat aku ni sebaik mugkin. Nak kata busy study, mustahil, nak kata busy buat kerja rumah, tak pun, kerja rumah yang aku buat pun bukanlah berat sangat, setakat memasak dan kemas rumah je, bab-bab laundry aku tak sentuh pun.
Itulah, manusia ni kadang-kadang kalau Allah bagi kita busy, 'busy' itu kita jadikan alasan untuk tidak memperuntukkan masa kepada Allah, tapi, bila Allah bagi masa lapang pun kita lalai. Ya Allah, janganlah biarkan hatiku ini dari lalai dari mengingatiMu. Janganlah jadikan aku insan yang tergolong dalam kalangan hamba yang lupa bahawa destinasiku bukan hanya di dunia, tapi di akhirat sana.
Kalau sebelum cuti dulu, semasa aku masih lagi di UIA, banyak yang aku plan nak buat semasa cuti ni, antaranya, membaca sebanyak mungkin buku-buku yang ada kat rumah aku dan menambahkan ilmu aku yang amatlah sikit ini dari segi agama mahupun hal yang lain. Untuk pengetahuan sahabat semua, abah aku ni antara insan yang sangat suka membeli buku, tapi beliau tidak ada masa untuk membacanya dek sibuk dengan kerjanya sebagai doktor. Umi, walaupun seorang guru, namun jarang membaca buku yang abah beli sebab sibuk menguruskan rumahtangga kerana rumah aku tak ada maid. Tapi, terus terang aku katakan, sepanjang cuti ini, tiada satu pun buku yang aku sempat khatamkan, Baca tu ada la jarang-jarang, tapi, tak ada satu buku pun yang aku sempat habiskan. Malas menjadi alasanku. Alasan yang tidak munasabah langsung. Walhal, aku ni boleh la dikategorikan sebagai seorang yang agak suka membaca. Kalau di UIA dulu, ada je orang jual buku, terus aku singgah dan beli, dan habiskan buku tersebut.
Aku sengaja memberitahu kelemahan diriku ini di blog ini, seperti yang aku katakan di awal tadi, aku mahu sahabat semua ambil iktibar dari aku yang lagho dalam nikmat yang Allah berikan padaku ini.
Pesanan untuk diriku, ingat tirah, hidup bukan sekali, tapi dua kali. Di dunia dan juga di akhirat. Dunia hanyalah sebagai kenderaan menuju ke akhirat. Manfaatkan setiap masa, jadikan setiap perkara yang dilakukan ikhlas kerana Allah, harapnya, dikira sebagai ibadah. Harapnya, ia menjadi saham untuk bertemu Allah diakhirat sana.
“ dan tidaklah KAMI menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya hanya untuk bermain-main(sia-sia) sahaja” Ayat 16 Surah Al-Anbiya.
2 sila..silakan komen..:
aiyo0~~~
klu mg g2, ak lg2 lar trah wei!~~
betapa teruknye diriku ini,,...
aiisshh..ado plop oyap gitu..ak muhasaboh diri ak ni..
Post a Comment