Saturday, July 31, 2010

sabar dan syukur

Assalamualaikum....

SABAR dan SYUKUR.....

Dua perkataan yang senang disebut tapi sangat susah diamalkan.

Kadang-kadang kita ni bila Allah uji dan tak makbulkan doa kita, kita sedih, gelisah, rasa macam Allah tak bagi apa yang kita inginkan. Rasa macam kita dah betul-betul berusaha, walhal, usaha hanya secebis.

Manusia ni bila Allah bagi, kita nak lebih. Kita selalu compare nikmat yang Allah bagi kat kita dengan orang lain. Walhal apa yang Allah bagi kat kita tu dah cukup sebenarnya. Lebih dari cukup. Nikmat yang terbesar yang kita patut sentiasa syukuri ialah nikmat IMAN dan ISLAM. Cuba fikir kalau kita ni tak dilahirkan sebagai seorang ISLAM? Nauzubillah kan. Cuba kita tengok satu nikmat yang selalu kita ignore, nikmat sihat. Kalau tengok sekarang, banyak sangat penyakit pelik-pelik. Alhamdulillah, kita sekarang masih lagi sihat, masih lagi mampu beribadat denagn normal, masih lagi mampu menuntut ilmu, masih lagi mampu menjejakkan kaki ke majlis-majlis ilmu.

Saya cuba ingin kongsikan apa yang disampaikan oleh rakan saya. Ceritanya tentang seorang rakannya yang sedang belajar di Mesir, mengambil jurusan Dentisty. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh agar mampu pass dalam examnya. Biasalah, kalau dentisty ni, hanya gagal atau lulus penentunya. Tak ada A, B atau C. Ini yang saya tahu la. Tapi ditakdirkan Allah, walaupun beliau telah berusaha bersungguh-sungguh, dia gagal dalam ujian tersebut.

Dia sedih. Dia mengadu kepada seorang senior yang mengambil jurusan Medic. Tahu apa kakak tu cakap??? Saya pun terkedu mendengarnya. Kakak tu cakap,

"Sayangnya Allah pada kamu....sampai macam tu sekali Allah uji kamu..."

MasyaAllah. Itu persepsi kakak itu. A very positive thinking. Itulah persepsi seorang yang faham akan ketentuan yang Allah telah tetapkan padanya. Kalau kita, mesti kita fikir yang Allah tak sayang kita sebab Allah tak tunaikan apa yang kita impikan. Kita fikir Allah tak adil sebab kat orang lain Allah bagi yang lebih baik. Walhal apa yang Allah bagi tulah yang terbaik buat kita. Ingat, Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu laluinya. Cuba renungkan ayat dalam kitabul karim.

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menaggung dosa atas kejahatan yang diusahkannya.."
~Al-Baqarah: 286~

Ada saya terbaca dalam satu buku, satu hadis dari Riwayat Muslim, "Sungguh unik urusan orang beriman itu. Semua urusan baik baginya. Hal ini hanya dimiliki oleh orang beriman. Jika dia memperolehi kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika dia ditipa kesulitan, dia bersabar dan itu lebih baik baginya".

Ya Allah. Ya Allah. Cuba kita renungkan, kita ni tergolong dalam kalangan yang disebutkan dalam hadis di atas ni tak?

Kita ni kalau Allah bagi yang baik baru kita bersyukur. Kalau Allah bagi ujian sikit, mulalah terdetik yang Allah tak sayang kita. Mulalah nak merungut. Ingat, Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Mungkin kalau Allah bagi apa yang tak sepatutnya, kita alpa dan leka. Kita jadi tak ingat Allah.

Mungkin kita tak dapat apa yang kita inginkan sebab tak cukup lagi usaha. Usaha lagi. Memang manusia ni selalu rasa yang ikhtiarnya dah cukup. Padahal hampeh. Jujurlah dengan diri sendiri, koreksi diri satu persatu, jangan ego. Rendahkanlah diri kita. Jangan rasa diri kita ni tinggi. Kita ni lemah sebenarnya. Kalau kita ni pandai, tolong sahabat kita yang lain, bukan pandang rendah padanya. Kalau kita ni tak pandai, jangan berlagak pandai! Usaha semaksimum yang mampu, Ingat, Allah tak tengok apa yang kita dapat, tapi Allah tengok apa usaha kita!

Sukurlah dengan apa yang Allah berikan pada anda. Sabarlah dengan ujian yang melanda.

Ini ingatan buat diri sendiri dan juga buat sahabat tersayang....

notakaki :: klik SINI untuk baca artikel Hilal Asyraf. Artikel ini ada kaitan dengan sabar dan syukur ni.

Friday, July 30, 2010

happy belated birthday fareeza sayang


Alhamdulillah, hari ni dapat jugak curi-curi masa update blog. Post ini istimewanya saya khususkan buat sahabat tersayang, Fareeza Suhaimi.

Hari ni 30/07/2010. Birthday fareeza 26/07/2010 yang lalu. Biar lewat beberapa hari, namun saya tetap mahu publish post ni jugak.

Beberapa minit selepas masuknya 29 haribulan, saya terus bagi mesej kat fareeza. Tanpa call ataupun pergi ke bilik dia. Nak tunjuk jahat dan macam buat tak ingat sangat sebenarnya. Hehe. Tapi, saya dah siap-siap plan dengan roomatenya, Fatihah dan ex-roomatenya sem lepas, Nailah dan Hidayah, untuk buat surprise kat Fareeza.

Saya call Fatihah untuk bawak Fareeza ke tempat lain sebab kami semua nak masuk bilik dia. Makanan, minuman dan hadiah dah siap kami beli. Kami bertiga tunggu la dalam bilik Fareeza dan Fatihah sampai mereka berdua balik. Huh. Panas dan berpeluh kami semua. Tapi takpe kan dayah dan nailah..hehe..

Alhamdulillah, plan menjadi. She was very happy with what we had done. We're really happy to see that you're happy. Alhamdulillah juga, malam itu malam Nifsu Syaaban, moga ada keberkatan di sebaliknya. Malam di mana buku amalan kita diangkat ke langit. Harapannya agar kitabku dan kitab rakan-rakanku terisi dengan amalan yang baik. InsyaAllah.

Moga pertambahan umurmu seiring dengan pertambahan amalmu.

Moga menjadi 'a better Fareeza Suhaimi' in every aspects.

Pesanku buatmu, jaga akhlak, jaga ibadat, jaga hubungan dengan Allah, then, jaga hubungan dengan manusia.

HAPPY BIRTHDAY DEAR!!!!!

p/s : HOPE U HAPPY WITH THE PRESENT...hehe...
p/s : terharu bila Fareeza cakap yang dia tak expect pun benda macam ni dari kitorang, tapi as long as kitorang jaadi kawan dia, itu dah cukup.

notakaki :: Selamat Hari Jadi juga saya ucapkan pada sahabat saya, Hasanah. Harap anda gembira dengan kejutan yang kami berikan..haha...

Saturday, July 17, 2010

buku oh buku ...

Alhamdulillah, sempat jugak hari ni update blog sikit2. Thanks roomateku nadia sayang sebab bagi pinjam guna lappy beliau.

Hari ni, saya nak cakap pasal buku. Ye, buku, x kan tak kenal kot. Tapi, tak nak la cakap pasal buku akademik,i mean, buku physic, chem, math, bio semua tu. Tapi di sini saya nak cakap sikit pasal buku-buku ilmiah.

Buku ilmiah. Jarang remaja suka menghabiskan masa membaca bahan bacaan seperti ini. Mungkin ada yang berpendapat yang bahan bacaan agama seperti ni khas untuk yang berumur sahaja. Wahai remaja sekalian, saya sangat-sangat menyeru anda semua agar luangkan masa anda untuk membelek buku ilmiah ini. Bukan untuk orang lain,untuk anda semua jugak kan. Ingatan ini ditujukan khas buat cik ATHIRAH ARIFFIN. Tak lupa juga kepada sahabat tersayang semua.

Hari Jumaat yang lepas, lepas je hantar lab report Chem, singgah sekejap kat gerai buku kat dalam UIA ni je. 2 buku je saya beli. Satu majalah Solusi dan satu lagi buku yang tajuknya Amalan Pelajar Untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat. Harapnya, saya akan gagahkan diri untuk habiskan buku-buku ni.

Sebenarnya, saya ni jenis yang suka baca buku.Tapi, saya tak tahu kenapa, sekarang ni saya malas sangat nak baca buku. Sangat malas. Beli je yang rajin. **jangan ikut perangai athirah ariffin yang tak baik ni yer**
Antara buku-bukuyang dah saya beli yapi sampai sekarang tak khatam-khatam lagi ialah :
~Bila Ayat-Ayat Allah Berbicara
~Cinta di Rumah Hassan Al-Banna
~Malam Petama di Syurga
~Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Banyak kan.Tapi tulah, kalau beli sahaja, tapi tak baca, ilmu tak akan bertambah jugak. Sahabat, doa-doakanlah agar saya ni rajin tingkatkan ilmu ni. Saya yak nak jadi manusia jahil. Saya juga tak mahu masa yang Allah berikan saya tak guna untuk benda berfaedah.

notakaki :: Ya Allah,buangkanlah sifat malasku ini. Moga aku rajin-rajinkan diri tingkatkan ilmu yang memang dah tersangat cetek ini.

Friday, July 16, 2010

ikhlaskan niatmu kerana Allah, bukan kerana manusia...

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

{18 : 103-105}

Post kali ni dimulakan dengan ayat dari kitabul karim, buat renungan diri dan sahabat. Sebenarnya, saya baru sahaja membaca post di Az-Zhariyat. Post yang ringkas tapi bermakna buat diri ini. Di sini, saya kongsikan apa yang telah saya baca. Moga kalian semua dapat muhasabah diri balik. Fikirkan balik samaada apa yang kita lakukan selama ini niat ikhlas kerana Allah atau untuk mendapat pujian dari manusia semata-mata.

*************************************

Kadang-kadang bila kita tolong kawan,kita ingat kita adalah kawan dunia dan akhirat,padahal dalam hati penuh rasa tidak puas hati.

Kadang-kadang bila kita bersabar dengan kerenah kawan,kita fikir kita lah yang paling banyak bersabar,padahal kerenah kita dengan kawan-kawan lagi banyak.

Kadang-kadang bila kita mengajak kawan tunaikan solat,kita rasa kita lah pewaris nabi,padahal solat subuh kita pun tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita jaga hubungan dengan Allah,kita rasa kita sudah layak masuk syurga,padahal hubungan sesama manusia tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita tolong ibu bapa kita,kita rasa kita adalah anak soleh,padahal jaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab asas seorang anak.

Kadang-kadang bila kita menjaga pandangan,kita rasa kita lah manusia yang paling suci,padahal dalam fikiran kita lebih dari perempuan bogel dibayang.

Kadang-kadang bila kita study teruk-teruk dan jaga solat tapi result kita masih teruk,kita fikir Allah tidak tunaikan janji Nya,padahal kita hanya mengingati Nya ketika exam sahaja.

Kadang-kadang bila kita menulis artikel keagamaan,kita rasa kita sudah jalankan tanggungjawab berdakwah,padahal entah betul entah tidak artikel yang ditulis.

Kadang-kadang bila kita ikut program agama,kita rasa kita lah yang paling baik,padahal baru sekali dua kita ikut.

Kadang-kadang bila kita diuji,kita rasa kita lah manusia yang paling malang,padahal ada si fakir miskin yang makan 1 minggu sekali tetap bersyukur dan redha dengan Allah.

Kadang-kadang bila kita bersedeqah,kita rasa kita lah manusia yang paling dermawan,padahal kita hanya menderma RM1 dari biasiswa yang kita dapat.

Kadang-kadang bila kita baca al-quran,kita rasa kita sudah berinteraksi dengan Allah,padahal sepatah haram pun kita tidak faham.

Kadang-kadang bila kita bangun qiamullail tatkala kawan yang lain sedang nyenyak tidur,kita fikir kita lah yang paling rapat dengan Allah,padahal baru sekali kita bangun qiamullail.

Kadang-kadang bila kita menangis ketika solat,kita fikir kita lah yang paling kusyuk,padahal tangisan kita itu telah pun melalaikan kita dari mengingati Allah.

Kadang-kadang bila kita berpuasa sunat Isnin-Khamis,kita rasa kita lah yang paling soleh,padahal kita tidak sedar kita ujub.

Kadang-kadang bila kita jaga solat berjemaah di Masjid,kita rasa kita sudah dijamin masuk syurga,padahal wudhu’ dan hukum-hakam tentang solat entah ke mana.

Seloka yang ringkas tapi moga jadi iktibar buat kita semua.

notakaki :: Ya Allah, tetapkanlah aku pada agamaMu.

exam + selsema

Hacccuh...Alhamdulillah..

Bersin la pulak..

Banyak kali jugak bersin, hidung berair-air. Malam semalam lepas talaqqi Ustaz Muhadir, dalam pukul 12 lebih, dah tidur, awal la tu. Lab report chem pun tak sempat nak buat. Terpaksa la buat hari ni. Untuk pengetahuan sahabat semua, minggu depan saya exam fizik. Dan saya sangat harap-harap yang saya akan dapat A solid untuk fizik. Boleh, tapi usaha perlu ada tirah ! Bak kata jah, senang je fizik ni, sebab dia dapat A solid untuk fizik. Jah, aku nok ikut jejok lakoh mum deh...doakan aku dapat A pijik..ngee~~

Minggu ni saya rasa emosi tak berapa stabil. Mungkin sebab sangat ramai kawan-kawan Kelantan yang balik. Sobss, nok kelik klate jugok.. Antara yang balik, Zaleha, Razanah, Ainu, kak Wirdah, Aqilah dan ramai lagi la. Sebenarnya saya sangat dengki kat mereka.**tak baik dengki2x ni trah**. Hari tu Ainu ada ajak balik kelantan semasa dia nak beli tiket. Ikutkan hati, memang rasa nak balik, tapi bila difikirkan semula, banyak lagi tanggungjawabku di sini yang tak selesai. Minggu depan exam fizik dan ada kuiz chem. Fizik banyak lagi tak study, chem pulak kuiz tajuk acid-base yang memang saya tak faham sangat lagi. Dan ada lagi kerja-kerja lain yang tak selesai. Sebab tulah, harapnya, masa hujung minggu ni saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk study dan uruskan semua urusan yang tak selesai.

Allah humma yassir wala tuassir....

p/s :: Minggu ni abah datang. Ada meeting kat kl ni dalam seminggu. So, sempat la melawat anak daranya di UIA dan anak terunanya di Taylor College.

p/s :: Minggu depan, insyaAllah, lepas exam fizik, hari sabtu akan keluar dengan Fareeza nak beli phone bari. Hari ahad pula, nak hang out dengan kawan-kawan kat NAIM dulu. Isna dan Shekin, miss weh nok jupo sep mum!!

Saturday, July 10, 2010

jom baca manga !

Baca manga yer, bukan makan mangga...

Manga. Biasannya kalau dengar je manga mesti terbayangkan komik-komik jepun kan. Haa, hari ni saya mahu perkenalkan anda dengan manga Islam. Pelik bukan? First time dengar pun macam rasa pelik jugak.

Tapi, lepas baca manga tu, rasa macam sangat menarik. Manga ni boleh dibaca di laman web DeviantArt. Saya pun tak sign in lagi deviantart tu. Nama si penulis ialah FullWhiteMoon. FullWhitemMoon ini banyak menghasilkan karya tentang Islam yang mudah difahami. Salah satunya, ialah seperti dibawah ini, tajuknya "Understanding Islam For Dummies". Untuk membaca keseluruhan karya si FullWhiteMoon pula, sila klik disini.


klik pada gambar untuk besarkan dan
baca Understanding Islam For Dummies

p/s :: Baik baca manga yang macam ni, ada jugak input untuk hati dan otak. Tiba-tiba saya rasa nak makan mangga. Bak kata orang Kelantan, nok make buoh pauh.

hanya ini yang mampu kutitipkan buat sahabat tersayang

Alhamdulillah, selesai sudah exam Chemistry 2. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Tawakkal kepada Allah akan result yang bakal menyusul selepas ini.

Sebenarnya, banyak yang ingin saya luahkan di blog tersayang ini memandangkan sudah lama tidak menulis post yang baru.

Sudah lama sebenarnya benda ni terbuku di hati. Tapi, baru detik ini saya terasa ingin meluahkannya. Sekarang, di CFS IIUM, tempat di mata saya menuntut ilmu, banyak sangat pemandangan yang agak jelik bagi pandangan saya.

Mungkin bagi sesetengah pihak, mereka akan rasa benda ini biasa. Tapi bagi saya, bukan benda yang biasa bilamana kita melanggar apa yang Allah tetapkan.

Pada sem ni saya banyak meluangkan masa di library, sebabnya kalau study kat bilik saya sangat-sangat mudah nak mengantuk. Di library sekarang ni, ramailah couple-couple yang study bersama pasangan masing-masing. Sweetnya kan. Yela, ada orang yang nak bantu dan ajar kita tatkala kita tak faham subject tu. Tapi, ingatlah kawan-kawanku dan junior-juniorku semua, tak elok berdua-duaan dengan pasangan tak sah anda itu. Mungkin bagi anda, anda rasa tak salah sebab di library ada ramai orang. Tapi ingatlah, mula-mula kat library lepas ni ke mana pulak anda nak dating. Ehem, diingatkan yer, couple tu sendiri pun dah haram di sisi Islam. Tapi, athirah ariffin hanya pandai tengok dan membenci dalam hatinya, imannya tidak kuat untuk menegur pasangan yang sedang study bersama-sama itu. Lemahnya imanku Ya Allah.....

Di mahallah pula, terdengar seorang sister sedang bercakap-cakap di telefon. Lembut dan manja suaranya, Antara dialog yang kuingat **sebabnya rasa sangat geli-geleman**, "Bi, bi sayang ayang tak" , "Nanti kalau kita dating nanti bi belanja ayang erk", "Bi ni lucu la, selalu buat ayang happy" dan "Bi ni sweet la, tu yang ayang sayang bi sangat ni". Ok, saya nak taip lebih-lebih pun rasa macam gatal-gatal je tangan saya ni. Sahabat, dalam Al-Quran pun Allah ada berfirman yang tatkala kita berurusan dengan lelaki, tegaskan suara kita.

"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kat-kata yang baik (sesuai dan sopan),"
~Al-Ahzaab : 32~

Bukan tak boleh bermanja dengan lelaki, boleh, tapi pastikan dahulu lelaki itu halal untuk kita. Bila sah jadi suami isteri nanti, silakan, tak ada siapa pun nak larang! Tapi, athirah ariffin hanya mampu mendengar, tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar untu menegur si sister itu. Lemahnya imanku Ya Allah....

Di cafe-cafe pula, banyaklah couple-couple yang sedang bergelak ketawa melayan perasaan bahagia tatkala berbicara dan makan bersama pasangan masing-masing. Memang anda hanya bercakap-cakap, nauzubillah ada aksi sentuh-sentuh, tapi, makwe dan pakwe anda itu bukan suami atau isteri anda, Eloklah jika tidak berdua-duaan kalaupun hanya mahu makan sahaja. Sebabnya, memang couple tu sndiri yang haram kan. Tapi, athirah ariffin hanya mampu melihat dan hatinya membuak-buak benci melihat panorama tersebut. Lemahnya imanku Ya Allah.....

Hanya di blog ini mampu kusuarakan pendapatku. Saya bukan insan yang tegas dan petah berkata-kata, susah sekali mahu menyusun ayat yang berhikmah untuk menegur perbuatan yang salah di sisi syarak. Jika ada di antara anda yang menbaca ini yang juga sedang bercouple dan melakukan apa yang saya ceritakan di atas. Berubahlah ke arah yang baik. Tahulah anda bahawa couple itu haram. Masa muda remaja ini, gunakan masa untuk beramal kepadaNya. Berdoalah agar Allah akan kurniakan pasangan yang soleh dan solehah agar mampu menjadi pembimbing juga peneman untuk kebaikan dunia juga akhirat. Yakinlah dengan janji Allah dalam Al-Quran ! Jodoh anda sudah ditetapakan sahabat semua....


notakaki 1 :: Tegurlah saya jika anda lihat saya menyimpang dari apa yang saya tulis.

notakaki 2 :: Ya Allah, anugerahkanlah aku seorang suami yang mampu membimbingku dan memimpinku menuju syurgaMu.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kati sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa"
~Al-Furqan : 74~

Saturday, July 3, 2010

ingatan buat diri

Cik Athirah Ariffin,

Kamu bukan dilahirkan untuk enjoy-enjoy, memanglah kamu ni remaja, orang kata zaman untuk enjoy puas-puas, tapi, ingat, tujuan kamu hidup adalah untuk beribadat kepadaNya. Cuba tengok balik ayat Allah dalam kitabul karim ;

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"
~Az-Zhariyat : 56~

Wahai diri, dunia ni penuh dengan godaan dan ujian 'berbalut' duka nestapa, terutamanya bagi para hamba yang istiqamah meniti jalan Allah untuk meraih kebahagiaan hakiki di negeri akhirat. Dunia menawarkan segala kenikmatan dan kemewahan, bagi mereka yang mengabaikan serta menafikan kehidupan akhirat.

Wahai diri, jangan lalai dengan keseronokan dunia. Ingat bahawa kamu bukan akan selamanya hidup di dunia yang fana ini, kamu akan ke alam akhirat jua. Jadikan dunia ni sebagai kenderaan untukmu menggapai akhirat, bukan tujuan utama hidup serta matlamat kehidupan. Jadi manusia yang celik mata hatinya, selalulah mengingati akhirat serta beramal soleh untuk kehidupan akhirat kelak.

notakaki 1 :: Kuatkan dan tabahkan hatiku Ya Allah...

notakaki 2 :: InsyaAllah, esok akan ke rumah cik faddy. Dia akan masuk ke UIA Kuantan next week, mengambil course Medical. So, minggu ni berkesempatan juga berjumpa dengannya sebelum dia ke Kuantan.

Thursday, July 1, 2010

thanks kak deena...


Terima kasih sangat-sangat kak deena sebab bagi kat trah simcard yang cumel ni.

Tapi kan, sori la sangat-sangat sebab baru nak post.

Tapi tu tak bermakna trah tak menghargai cenderahati
istimewa ni.

notakaki :: Hari ni dapat tahu jadual midsem. 10/7 ~ chem 2 dan 23/7 ~ physic. Moga Allah permudahkan urusanku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com