Saturday, July 31, 2010

sabar dan syukur

Assalamualaikum....

SABAR dan SYUKUR.....

Dua perkataan yang senang disebut tapi sangat susah diamalkan.

Kadang-kadang kita ni bila Allah uji dan tak makbulkan doa kita, kita sedih, gelisah, rasa macam Allah tak bagi apa yang kita inginkan. Rasa macam kita dah betul-betul berusaha, walhal, usaha hanya secebis.

Manusia ni bila Allah bagi, kita nak lebih. Kita selalu compare nikmat yang Allah bagi kat kita dengan orang lain. Walhal apa yang Allah bagi kat kita tu dah cukup sebenarnya. Lebih dari cukup. Nikmat yang terbesar yang kita patut sentiasa syukuri ialah nikmat IMAN dan ISLAM. Cuba fikir kalau kita ni tak dilahirkan sebagai seorang ISLAM? Nauzubillah kan. Cuba kita tengok satu nikmat yang selalu kita ignore, nikmat sihat. Kalau tengok sekarang, banyak sangat penyakit pelik-pelik. Alhamdulillah, kita sekarang masih lagi sihat, masih lagi mampu beribadat denagn normal, masih lagi mampu menuntut ilmu, masih lagi mampu menjejakkan kaki ke majlis-majlis ilmu.

Saya cuba ingin kongsikan apa yang disampaikan oleh rakan saya. Ceritanya tentang seorang rakannya yang sedang belajar di Mesir, mengambil jurusan Dentisty. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh agar mampu pass dalam examnya. Biasalah, kalau dentisty ni, hanya gagal atau lulus penentunya. Tak ada A, B atau C. Ini yang saya tahu la. Tapi ditakdirkan Allah, walaupun beliau telah berusaha bersungguh-sungguh, dia gagal dalam ujian tersebut.

Dia sedih. Dia mengadu kepada seorang senior yang mengambil jurusan Medic. Tahu apa kakak tu cakap??? Saya pun terkedu mendengarnya. Kakak tu cakap,

"Sayangnya Allah pada kamu....sampai macam tu sekali Allah uji kamu..."

MasyaAllah. Itu persepsi kakak itu. A very positive thinking. Itulah persepsi seorang yang faham akan ketentuan yang Allah telah tetapkan padanya. Kalau kita, mesti kita fikir yang Allah tak sayang kita sebab Allah tak tunaikan apa yang kita impikan. Kita fikir Allah tak adil sebab kat orang lain Allah bagi yang lebih baik. Walhal apa yang Allah bagi tulah yang terbaik buat kita. Ingat, Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu laluinya. Cuba renungkan ayat dalam kitabul karim.

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menaggung dosa atas kejahatan yang diusahkannya.."
~Al-Baqarah: 286~

Ada saya terbaca dalam satu buku, satu hadis dari Riwayat Muslim, "Sungguh unik urusan orang beriman itu. Semua urusan baik baginya. Hal ini hanya dimiliki oleh orang beriman. Jika dia memperolehi kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika dia ditipa kesulitan, dia bersabar dan itu lebih baik baginya".

Ya Allah. Ya Allah. Cuba kita renungkan, kita ni tergolong dalam kalangan yang disebutkan dalam hadis di atas ni tak?

Kita ni kalau Allah bagi yang baik baru kita bersyukur. Kalau Allah bagi ujian sikit, mulalah terdetik yang Allah tak sayang kita. Mulalah nak merungut. Ingat, Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Mungkin kalau Allah bagi apa yang tak sepatutnya, kita alpa dan leka. Kita jadi tak ingat Allah.

Mungkin kita tak dapat apa yang kita inginkan sebab tak cukup lagi usaha. Usaha lagi. Memang manusia ni selalu rasa yang ikhtiarnya dah cukup. Padahal hampeh. Jujurlah dengan diri sendiri, koreksi diri satu persatu, jangan ego. Rendahkanlah diri kita. Jangan rasa diri kita ni tinggi. Kita ni lemah sebenarnya. Kalau kita ni pandai, tolong sahabat kita yang lain, bukan pandang rendah padanya. Kalau kita ni tak pandai, jangan berlagak pandai! Usaha semaksimum yang mampu, Ingat, Allah tak tengok apa yang kita dapat, tapi Allah tengok apa usaha kita!

Sukurlah dengan apa yang Allah berikan pada anda. Sabarlah dengan ujian yang melanda.

Ini ingatan buat diri sendiri dan juga buat sahabat tersayang....

notakaki :: klik SINI untuk baca artikel Hilal Asyraf. Artikel ini ada kaitan dengan sabar dan syukur ni.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com